Bahasa jiwa bangsa. Itulah seringkali yang diterapkan dalam masyarakat Malaysia sejak di bangku sekolah lagi. Namun, ada rakyat Malaysia tidak kira mana-mana bangsa, malu dan segan untuk berbahsa Malaysia kerana ia dianggap “kampung”.
Dalam satu video yang dimuat naik Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menerusi akaun Twitternya, @maszlee, gadis itu kelihatan fasih berbahasa Malaysia ketika ditemu ramah sendiri oleh menteri tersebut.
Hana Takahashi yang juga seorang penuntut di Universiti Bahasa Asing, Tokyo bukan saja berminat mempelajari bahasa Malaysia tapi mempunyai semangat untuk memahami aspek masyarakat, budaya dan agama di Malaysia.
Lebih menarik lagi Menteri ada bertanya tentang makanan kegemarannya, dan dia menyatakan bahawa dia amat menggemari teh ais dan roti canai. Comelnya.
Ads
Saya sempat menemu ramah Hana Takahashi, seorang penuntut di Universiti Bahasa Asing, Tokyo yang fasih berbahasa Melayu. Bangga dengan cita-cita beliau untuk mempelajari tentang rakyat, budaya dan agama di Malaysia, saya doakan dia terus berjaya. pic.twitter.com/fHQVgyCiFK
Tuah badan lelaki bernama Ramzan Miah, 25 ni baru je tiga bulan sertai agensi peragaan berasa sangat bertuah bila terpilih dalam acara yang prestij ini. Katanya, dia mula berjinak dalam bidang modelling ni semenjak usia 17 tahun lagi dan pernah jadi model untuk jenama ternama seperti John Lewish di Norwich Fashion Week.
Tapi biasalah kan, dah nama netizen dan netizen tu pulak datang dari Malaysia. Sedikit sebanyak Ramzan yang tak ada kena mengena ni terkenalah tempias membawangnya sikit-sikit.
Semoga terus sukses! Kejayaan tak diukur dengan siapa atau apa bangsa dan latar belakang anda. Yang penting kena ada usaha!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki yang gemar potongan rambut panjang mampu memukau orang lain jika kena pada gayanya. Bagaimanapun, mereka yang memilih gaya rambut panjang perlu peka dan mendandan serta membelai rambut supaya kemas, bersih dan menarik, sama seperti kaum hawa menjaga rambut mereka. Apatah lagi, kaum Adam merupakan golongan yang memiliki gaya hidup lasak. Maka, mereka tidak boleh mengambil mudah berbanding rakan-rakan lain yang memilih untuk berambut pendek.
Terdapat beberapa tip yang boleh dijadikan panduan oleh mereka yang berambut panjang supaya setiap kali ditiup angin atau ketika mendekati teman wanita, mereka tidak jauhkan diri daripada anda disebabkan bau yang kurang menyenangkan ataupun kelihatan tidak menarik.
Hanya sekadar mahu tetapi tidak tahu cara yang betul untuk memiliki rambut yang panjang pun tidak guna juga. Oleh kerana itu, kami ingin berkongsi dengan anda 5 cara yang betul untuk memiliki rambut panjang.
1. Sesuai atau tidak?
Pertama sekali sebelum anda menyimpan rambut panjang, tanya kepada diri sendiri dahulu sama ada gaya ini sesuai ataupun tidak untuk anda. Tidak semua orang sesuai untuk memiliki rambut yang panjang. Ada juga jenis kerjaya yang tidak benarkan anda berambut panjang, contohnya guru.
Oleh itu, anda perlu kenal pasti sama memiliki rambut panjang ini sesuai ataupun tidak untuk anda.
2. Jangan kerap bersyampu
Elakkan daripada selalu syampu rambut anda setiap hari. Jika anda kerap syampu rambut anda ia akan merosakkan folikel rambut dan seterusnya mengganggu pertumbuhan rambut yang sihat dan merosakkan akar rambut.
Pastikan anda juga tidak memilih syampu yang tinggi kandungan sulfatnya.
3. Jaga pemakanan
Makan sesuatu yang boleh menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan boleh memelihara rambut sedia ada. Amalkan memakan makanan yang mengandungi vitamin c, biotin dan niacin yang boleh membantu menumbuhkan rambut dengan baik.
Buah-buahan seperti buah oren dan betik boleh membantu dalam hal penjagaan rambut ini.
4. Gunakan perapi rambut
Bagi anda yang mahukan rambut yang panjang, menggunakan perapi rambut adalah satu kemestian. Ini perlu dijadikan amalan agar rambut anda tidak kelihatan kusut dan serabut. Perapi rambut akan memastikan rambut anda kelihatan kemas dan juga terurus.
5. Menggunakan tonik rambut
Anda juga boleh mencuba tonik rambut untuk mempercepatkan penumbuhan rambut.
Selain itu, tonik rambut juga boleh membantu menghasilkan rambut yang sihat dan juga akar rambut yang kuat.
Bila rambut dah panjang sila jaga!
Cuci rambut elak berbau!
Apabila berpeluh, potensi rambut berminyak dan mengeluarkan bau kurang menyenangkan sangat tinggi. Berdasarkan fakta, lelaki lebih cenderung berpeluh dengan banyak berbanding perempuan. Kamu disaran mencuci rambut setiap hari untuk mengelakkan daripada berminyak, berbau dan menghasilkan kelemumur. Lebih-lebih lagi, penunggang motosikal yang memakai helmet untuk tunggangan lasak dan perjalanan yang jauh.
Pastikan Kering
SELESAI sahaja kamu mencuci rambut, biarkan rambut kering secara semulajadi dan lap dengan perlahan. Mengelap rambut basah dengan tuala memudahkan rambut bercabang, mudah patah, tidak sihat dan kelihatan kering dan menyebabkan rambut kelihatan kusut dan tidak menarik!
Jangan Ikat Kuat Sangat
MASALAH traction alopecia iaitu kehilangan rambut akibat akar rambut yang tertarik boleh berlaku kerana memakai topi yang ketat atau mengikat rambut dengan getah yang kuat. Ini menyebabkan kamu mengalami keguguran rambut yang banyak dan mungkin juga lama-kelamaan, botak! Selain itu, rambut kamu yang panjang juga boleh patah dan rosak.
Syampu sesuai
MEMBASUH rambut sahaja tidak memadai jika kamu tidak mencucinya dengan syampu. Urut rambut kamu dengan syampu yang sesuai dengan menggunakan hujung jari dan bilasnya dengan menggunakan air sejuk. Hindari air panas untuk membilas rambut kerana ia akan menyebabkan perapi yang terdapat pada syampu tersebut terpisah daripada kulit kepala dan kamu tidak mendapat rawatan yang baik.
Trim
TRIM atau buang rambut yang telah rosak merupakan tip terbaik untuk mengekalkan kesihatan rambut. Sama ada ke salun ataupun menggungting sendiri. Potonglah hujung rambut untuk mengelaknya daripada bercabang. Memotong rambut secara teratur akan membantu pertumbuhan rambut yang baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sweater merupakan pakaian tebal yang hangat dan popular digayakan ketika musim sejuk di negara-negara barat.
Untuk memaksimumkan fungsinya sebagai pakaian untuk menghangatkan badan, sweater diperbuat daripada material yang lembut seperti benang kait, bulu, kain cotton fleece, kain fleece, kain baby terry, kain terry doors dan sebagainya.
Ia selalunya digayakan oleh ahli-ahli sukan hoki ais, malah begitu sinonim dengan gaya pelajar-pelajar kampus.
Walaupun mungkin anda bukan lagi pelajar, namun tidak salah untuk anda menggayakan sweater dalam pemakaian harian untuk nampak lebih cool.
Memandangkan cuaca Malaysia yang agak panas, pastikan anda menggunakan sweater daripada material yang sesuai agar anda tidak berpeluh apabila menyarungkannya.
Untuk menggayakan sweater, pastikan anda beri perhatian pada empat perkara penting ini.
Mempunyai butang di bahagian hadapan tetapi variasi sweater lain terbuka tanpa butang. Memakainya tanpa kancing menjadikan kardigan hampir sama seperti jaket memberikan gaya kasual. Jika anda ingin sweater anda lebih bertekstur visual, cubalah kancingkan kardigan dan sarungkan jaket di atasnya.
Ia juga dikenali sebagai sweater o neck yang mana ia berkolar bulat. Ia biasanya digayakan dengan kemeja-T di lapisan dalam atau kemeja dan tali leher. Tampak kemas dan lebih bergaya apabila digayakan ke pejabat.
Ia mempunyai leher berbentuk V dengan sudut siku di bahagian tengah dada. Sweater jenis ini sesuai digayakan dengan kemeja berkolar termasuk kemeja Polo. Sama ada kolar diletakkan bahagian luar atau dalam sweater.
Sweater jenis ini memiliki garis leher berbentuk bulat dengan ribs panjang mendekati kerongkong. Anda boleh menggayakan sweater jenis ini dengan blazer daripada jenis tweed atau kot kasual atau hanya menyarungkan sahaja jumper anda itu. Ia sesuai digayakan dalam keadaan sejuk.
Bentuk lehernya lebih sederhana daripada jenis turtleneck yang mana kain di bahagian atas kolar terletak di leher dan bukannya lipat ke bawah.
Sweater yang mempunyai lipatan seperti selendang ini adalah gaya yang sangat khas untuk menonjolkan imej kasual. Gaya ini cenderung ke arah sisi spektrum yang lebih santai jika nak dibandingkan dengan sweater jenis turtleneck. Ia sesuai digayakan dengan denim dan boots atau seluar slack.
Orang bersaiz besar tidak boleh memakai sweater yang terlalu tebal atau bercorak kerana ia akan menampakkan ilusi tubuh badan anda lebih besar.
Pilih sweater daripada material kapas atau fibre sintetik jika tidak terlalu sejuk. Material ini bersesuaian dengan keadaan cuaca di negara kita.
Anda boleh menggayakan sweater dengan pelbagai pilihan seluar yang sesuai seperti jeans, chinos mahupun slack.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
adidas gegarkan langit Kuala Lumpur dengan drone show spektakular sempena FIFA World Cup 2026™ sambil bawakan pengalaman bola sepak immersive untuk peminat tempatan.