Menjadi sebahagian daripada elemen penampilan harian fesyen merupakan antara industri cukup penting bukan sahaja di negara kita tetapi di peringkat global.
Meraikan kepelbagaian idea fesyen menerusi ciptaan serta rekaan daripada pereka fesyen, acara fesyen yang cukup berpengaruh mampu memartabatkan industri ini ke peringkat lebih tinggi. Sebagai salah sebuah acara yang cukup dinantikan ramai, Kuala Lumpur Fashion Week 2022 bakal diadakan di samping meraikan ulang tahunnya yang ke-10.
Selepas tahun lalu menyaksikan ‘comeback’ yang cukup luar biasa disebabkan pandemik, edisi pada tahun ini dijangka meneruskan momentum tersebut dengan cukup gemilang. Edisi Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW 2022) pada tahun ini menyaksikan lebih 40 orang pereka fesyen tempatan tampil dengan koleksi ready-to-wear di pentas peragaan bertempat di Pavilion KL bermula 17 hingga 21 Ogos 2022.
Sejak pengenalannya pada tahun 2013, KLFW telah menjadi salah sebuah platform yang cukup penting dan signifikan kepada sebilangan besar pereka tempatan. Di samping itu KLFW turut menjadi medan buat penggiat fesyen bersama-sama meraikan industri ini dengan pelbagai aktiviti dan kerjasama yang cukup penting.
MERAIKAN BAKAT FESYEN
KLFW juga telah menjadi batu loncatan kepada ramai pereka untuk menembusi bukan sahaja pasaran tempatan malah antarabangsa. Sama ada koleksi pakaian ready-to-wear, avantgarde, couture atau gaya hidup KLFW telah membuktikan bahawa mereka menjadi acara fesyen terulung di Malaysia.
Pada edisi tahun ini, KLFW 2022 turut menampilkan kempen #iAmMalaysia yang diperkenalkan oleh AmBank dan Designer Search & Model Search oleh Samsung di mana mereka menampilkan 10 Designer Search berkolaborasi bersama Mimpikita.
Sementara itu, Vespa pula turut menampilkan Doodle Decal Contest. Manakala Poh Kong mengaktifkan kolaborasi bersama pereka tempatan seperti Jimmy Lim. Isuzu pula menampilkan kolaborasi bersama Super Sunday dan Moccona Coffee bersama Khatreena.
“Ketika saya mula memperkenalkan KLFW pada tahun 2013 yang lalu, saya sedar akan risiko besar dan usaha keras perlu saya lakukan untuk menjayakannya. Sebelum ini saya pernah bekerja bersama penganjur acara berkaitan minggu fesyen dan disebabkan itulah saya mempunyai rasa hormat cukup tinggi kepada industri ini.” jelas Pengasas KLFW, Andrew Tan.
Buat penggemar fesyen tempatan, KLFW 2022 merupakan satu acara cukup dinantikan. Koleksi yang bakal diperagakan di pentas pada tahun ini dijangka turut memberikan impak positif kepada trend serta industri fesyen itu sendiri.
All the best MASKULIN ucapkan kepada KLFW dan juga pereka-pereka yang mengambil bahagian pada tahun ini!
https://www.youtube.com/watch?v=SrkNhnoqHIE
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI