Tak dapat dinafikan Baju Melayu merupakan pilihan utama untuk para jejaka bergaya di pagi Hari Raya. Ia merupakan tradisi yang sememangnya perlu kita dakap sebaik mungkin.
Siapa lagi yang mahu meneruskan tradisi kalau bukan kita.
Namun untuk hari raya yang berikutnya pasti anda ingin sesuatu yang sedikit berbeza. Kalau hari raya pertama sekadar mengunjungi sanak-saudara dan jiran terdekat pada hari berikutnya mungkin anda perlu trvael sedikit jauh untuk bertemu saudara yang jauh sedikit.
Memandangkan cuaca di negara kita ini sentiasa panas maka pemilihan kemeja lengan pendek merupakan alternatif terbaik untuk anda.
Anda pasti bosan juga menggayakan satu atau dua jenis kemeja lengan pendek bukan? Jangan risau kali ini MASKULIN ingin kongsi 8 idea gaya kemeja lengan pendek yang boleh anda cuba pada musim perayaan nanti!
PILIHAN YANG FIT
Langkah pertama memilih kemeja lengan pendek ialah kesesuaian saiznya mengikut badan. Pilihan yang tepat bagi anda berbadan normal ialah yang memiliki potongan fit di badan. Selain lebih cantik dipandang, ia secara tak langsung memberikan gambaran tentang struktur fizikal yang anda miliki.
Ads
IKUT WARNA KULIT
Semasa memilih kemeja lengan pendek pastikan anda titik beratkan warna yang sesuai dengan tona kulit. Perkara ini sangat penting kerana lebih pendek lengan kemeja itu lebih banyak bahagian lengan akan tervisual.Jika padanan warna tak sesuai dengan kulit anda akan kelihatan janggal dan pelik.
Ini pula bergantung kepada lokasi, majlis dan juga penampilan yang anda ingin serlahkan. Sebagai contoh jika anda menghadiri majlis hari jadi yang bertema smart kasual di restoran, menggayakan kemeja bercorak ‘pantai’ amatlah tak sesuai. Nasihat MASKULIN, carilah kemeja lengan pendek yang berwarna polos. Dan jika anda ingin lebih menonjol carilah yang membawa motif bunga.
Ads
KAIN YANG SELESA
Kita sudah sebaraikan elemen penting berkaitan warna, corak dan saiz. Selain tiga perkara tersebut salah satu elemen paling penting untuk memilih kemeja lengan pendek ialah material kain. Ingat, tak guna kalau warna cantik dan corak yang gempak tapi kalau pakai anda rasa tak selesa. Carilah kemeja yang menggunakan kain selesa dengan kulit. Sebagai contoh kemeja yang diperbuat daripada kain kapas sepenuhnya.
KANCING SAMPAI ATAS
Ada satu perkara yang unik bila kita melihat seorang lelaki menggayakan kemeja dengan kemas dan mengancingnya sampai ke bahagian atas. Ia memberikan seseorang itu imej tegas dan lebih serius. Selain itu ia juga membuatkan anda nampak lebih formal. Inmi sesuai digayakan di majlis separa formal seperti majlis minum petang.
Ads
JANGAN TIGHT-IN
Anda bukan menggayakan sut! Ingat, anda tak perlu tight-in baju ke dalam seluar. Apatah lagi jika menggayakan kemeja lengan pendek yang mempunyai corak seperti floral. Kemeja lengan pendek lebih nampak cocok dengan anda jika dibiarkan sahaja di luar.
PADANAN DENGAN KHAKI
Antara seluar yang paling sesuai digayakan dengan kemeja lengan pendek ialah khakis. Atau dalam bahasa keramaiannya ‘seluar slack’. Cuma elakkan memilih seluar daripada material kain licin dan lembik. Jika anda berani padankan dengan seluar khaki pendek berkuruan pada paras lutut.
TAK TERLALU BANYAK WARNA
Ingat satu perkara, anda bukannya tiang bendera! Jadi elakkan memakai kemeja lengan pendek yang mempunyai banyak warna. Kemeja lengan pendek yang kasual tak seharusnya memiliki lebih daripada dua atau tiga padanan warna termasuklah warna seluar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kolaborasi antara dua jenama gergasi terutamanya yang mempunyai pengaruh serta pengikut besar merupakan satu fenomena biasa dalam industri fesyen masa kini.
Sebagai contoh kerjasama antara Timberland dan Mastermind yang sentiasa mendapat perhatian ramai.
Meneruskan kolaborasi yang bermula pada musim lalu, Timberland sekali lagi bekerjasama dengan jenama streetwear gergasi Jepun, Mastermind untuk koleksi Fall/Winter 2019.
Dengan melakukan olahan rekaan lebih ‘dark’ dari Mastermind dan gaya vintaj outdoor dari Timberland, kolaborasi ini adalah sebuah estetika fesyen yang mengetengahkan kualiti, gaya dan hasil premium.
Timberland x Mastermind Japan Capsule Collection memperkenalkan sebanyak enam item berbeza iaitu field boot, weatherbreaker waterproof jacket, sherpa fleece jacket, sweater, seluar kasual dan t-shirt bergrafik.
Projek istimewa Timberland kali ini juga memaparkan seleksi rekaan klasik mewahnya yang bertembung dengan ideologi jenama Mastermind.
Sebagai contoh field boot menerima penambahbaikan dengan teknologi kalis iar TimberDry dengan padanan logo tengkorak terkenal Mastermind.
Setiap item juga lengkap dengan kemasan metalik dengan padanan kontras warna hitam dan putih dan logo reflektif.
Koleksi Timberland x Mastermind Japan Capsule Collection ini hanya boleh didapati secara eksklusif di Isetan The Japan Store, Kuala Lumpur pada 9 November 2019.
Kesemua item ini juga dilaporkan dalam kuantiti sangat terhad.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Barisan Menteri Kabinet dijadual mengangkat sumpah pada Isnin.
Namun satu portfolio yang dinanti-nantikan oleh golongan muda ialah jawatan Menteri Belia dan Sukan. Ia menggantikan Menteri sebelum ini iaitu Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Ini juga merupakan antara portfolio penting yang mengambil kira hal ehwal anak-anak muda Malaysia. Pada Jumaat, perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan senarai nama untuk 15 Menteri Kabinet baharu.
Menurut kenyataan Perdana Menteri, antara yang tersenarai adalah Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi manakala Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Senarai yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri itu telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara dan Baginda telah memperkenankan senarai itu.
Tun Mahathir sebelum ini turut berkata Pakatan Harapan mahu perkecilkan Kabinet kepada 25, jumlahnya boleh ditambah pada masa hadapan bergantung kepada keperluan.
Senarai penuh kabinet difahamkan akan diumumkan kemudian.
*Sumber Awani
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ternyata trend berjambang di kalangan lelaki kembali menular. Sudah pasti ia rapat dengan karakter serta sifat maskulin seseorang lelaki itu. Malah terdapat beberapa alasan lain mengapa lelaki tampil untuk berjambang.
Lelaki ini dahulunya hanyalah seorang lelaki biasa tetapi kini semuanya berubah sejak melibatkan diri dalam dunia permodelan. Gwilym Pugh hanyalah seorang lelaki biasa berusia 21 tahun ketika memulakan syarikat insurans di bilik tidurnya. Bekerja dari rumah menyebakan dia mengalami kenaikan berat badan yang banyak, 280 paun dilaporkan.
Sehinggalah tukang gunting rambut menyuruhnya untuk membela jambang dan lihat transformasi lelaki ini, cukup sempurna!
Lihat penampilannya sekarang!
“Pada masa itu saya boleh dikatakan overweight, saya bekerja 12 jam sehari dari rumah, perniagaan berjalan dengan baik tetapi saya memutuskan saya perlu menjalani kehidupan yang lebih sihat daripada yang sekarang ini,” jelasnya pada Daily Mail.
Tukang gunting rambut menyuruhnya membela jambang untuk penampilan yang baru. Sejajar dengan penampilannya yang baru, lelaki muda ini turut melakukan transformasi dengan mengamalkan diet seimbang dan membina badan.
Sekarang, Gwilym, 33, adalah sebahagian daripada model AMCK agensi London. Dia telah bekerja dengan jenama Vans, Bud Light, Diesel, dan nama-nama besar lain. Kerja kerasnya juga membolehkan dia menjadi duta bagi jenama David Beckham untuk produk lelaki, House 99!
Terima kasih pada tukang gunting kerana kini penampilan lelaki muda ini nampak lebih macho dan sihat!
Sumber : Wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Temui 5 kelebihan luar biasa hiking untuk lelaki cara hebat untuk bina mental toughness, kekal fit, dan nikmati ketenangan minda. Hiking bukan sekadar panjat bukit, tapi gaya hidup lelaki kuat.