Setiap tahun jenama New Balance meraikan ‘Grey Day’ mereka tersendiri dengan pengenalan koleksi menarik berkisarkan warna yang cukup ikonik bagi jenamanya iaitu kelabu.
Tahun ini menyaksikan Grey Day 2023 disambut dengan cukup menarik dengan beberapa pengenalan siluet kasut dan juga pertunjukan pop-up khas oleh New Balance Malaysia.
Seperti mana yang peminat jenama ini sedia maklum, Grey Day merupakan penghormatan kepada ekspresi baharu dan klasik legasi kekal jenama dalam warna kelabu.
Pada akhir 1970-an, kelabu pada asalnya dilahirkan sebagai penyelesaian untuk pelari bandar yang kasut putihnya semakin musnah oleh keadaan bandar. Suede kelabu memperkukuh ketahanan, dipadankan dengan warna asfalt dan sesuai dengan gaya hidup pengguna dengan lancar.
Lelaran produk kelabu yang tidak terkira banyaknya kemudiannya, hubungan antara warna dan Imbangan Baru kekal kekal dan serba boleh tanpa henti.
Sebagai penghormatan kepada Grey Day, New Balance memperkenalkan koleksi ‘Moon Daze’ dengan versi tiga siluet New Balance klasik iaitu 550, 580 dan 9060.
Ads
Mengambil inspirasi daripada masa depan dan mendorong kita untuk berfikir lebih jauh di luar dunia kita, ‘Moon Daze’ memberikan eskpresi kasut yang bersifat terestial.
Selai itu New Balance turut menampilkan kapsul MADE in USA dengan beberapa siluet premium dan popular seperti 990v4, 990v6, 996 dan 998 dengan kesemuanya hadir dalam warna kelabu.
Ads
“Untuk New Balance, warna kelabu mewakili sejarah inovasi dan berfungsi sebagai simbol gaya global – ia adalah lambang laluan unik kami ke hadapan,” kata Ketua Pegawai Pemasaran & Naib Presiden Kanan Merchandising, Chris Davis.
“Grey Day ialah detik untuk jenama mengisytiharkan kedudukan kami yang tidak berbelah bahagi di persimpangan prestasi dan gaya, dan meraikan inovasi reka bentuk yang terus mendorong kami ke masa hadapan,” tambahnya lagi.
Grey Day di Malaysia juga disambut tidak kurang hebatnya. Bertempat di APW Bangsar jenama ini memperkenalkan New Balance Malaysia Grey Day 2023 dengan tema, ‘Moon Daze’. Pertunjukan atau persembahan eksklusif ini dibuka untuk orang awam bermula semalam sehingga 14 Mei 2023.
Ads
Buat anda yang ingin merasi pengalamannya bersedialah untuk melibatkan diri dalam pelbagai bilik interaktif, bengkel dan aktiviti yang menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk semua peminat kasut dan peminat New Balance.
Selain itu, terdapat juga pemasangan seni eksklusif oleh artis pencahayaan yang berpangkalan di Kuala Lumpur iaitu Jun Ong.
Koleksi “Moon Daze” Grey Day boleh didapati di New Balance Pavilion KL dan kedai Sunway Pyramid, dan dalam talian di www.newbalance.com.my bermula dari 12 Mei 2023.
Untuk koleksi Made in USA, U990TA4 kini boleh didapati dalam talian dan di kedai Pavilion KL. Siluet lain daripada koleksi ini akan dikeluarkan secara tempatan pada tarikh kemudian.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kanye West merupakan nama yang cukup besar dan berpengaruh dalam industri fesyen global. Selain bergelar penyanyi, pemuzik dan pencipta lagu figura yang terkenal dengan jenamanya YEEZY merupakan di antara usahawan cukup berjaya terutamanya dalam bidang fesyen.
Kerjasamanya dengan adidas menyaksikan hampir setiap koleksi kasut laku keras dan habis dijual diperkenalkan dalam sekelip mata.
Dan terbaru, Kanye West telah mengumumkan kerjasama terbaru YEEZY bersama jenama pakaian GAP. Berita tersebut dikongsi olehnya menerusi laman media sosial Twitter dengan memperkenalkan tanda pagar #WESTDAYEVER.
Selepas pengumuman tersebut nilai pasaran jenama GAP dilaporkan terus meningkat naik di bursa saham sebanyak 42 peratus.
Berita kerjasama ‘YEEZY GAP’ telah membuatkan nilai jenama tersebut meningkat lebih dari USD1 billion dengan nilai terkini dianggarkan sebanyak USD4.8 billion.
Kolaborasi dua jenama berpengaruh ini akan dilakukan selama 10 tahun dengan Kanye menyasarkan koleksi pakaian untuk semua golongan sama ada dewasa dan kanak-kanak pada harga yang berpatutan dengan rekaan tersendiri.
Menurut laporan, GAP turut berharap dengan kerjasama ini jenamanya mampu meningkatkan jualan lebih USD1 billion setahun.
Berita gabungan kerjasama YEEZY dan GAP juga telah mendapat reaksi yang pelbagai dari penggemar fesyen terutamanya peminat Kanye West. Rata-rata melahirkan rasa teruja untuk menyaksikan sendiri hasil yang akan keluar nanti menerusi kolaborasi ini.
Adakah kita akan bakal lihat YEEZY x GAP ini akan turut laku keras setiap kaliia dipasarkan sama seperti kasutnya?
Sama-sama kita nantikan!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Cermin mata gaya hidup dan sukan kini menjadi sebahagian daripada keperluan terutamanya buat seseorang yang mengamalkan gaya hidup aktif dan sentiasa berada di luar.
Dengan kondisi cuaca yang panas dan matahari yang cukup cerah di negara kita penggunaan cermin mata berkanta gelap merupakan satu keperluan. Selain memberikan visual penglihatan yang lebih baik ia juga mampu melindungi mata daripada sinaran cahaya UV.
Selain itu, cermin mata berkanta gelap juga menjadi item fesyen gaya hidup yang cukup penting dalam penampilan seorang lelaki. Salah satu jenama yang selalu menjadi pilihan ramai ialah Oakley.
Terbaru, Oakley melancarkan sebuah program yang memberikan peluang kepada pengguna melakukan kustomisasi dengan pemilihan bingkai, kanta dan pelbagai aksesori cemrin mata.
Oakley Custom Program merupakan program yang cukup unik diperkenalkan oleh jenama tersebut bagi memberikan peluang buat individu yang inginkan kelainan serta menonjolkan personaliti mereka mengikut sentuhan peribadi.
Oakley Holbrook
Penekanan terhadap ‘personalization’, program ini memberikan peluang pengguna untuk menyerlahkan keunikan masing-masing menerusi kustomisasi cermin mata gaya hidup atau sukan yang ditawarkan oleh jenama ini.
Program ini menawarkan kombinasi yang sangat banyak. Malah menurut mereka lebih 40 juta kombinasi berbeza dapat dilakukan. MASKULIN sendiri mengikuti sendiri pengalaman mengikuti program ini.
Oakley Frogskins
Pertama sekali kita perlu memilih model cermin mata. Untuk program ini Okaley menawarkan empat seleksi iaitu Frogskin, Holbrook. Sutro dan Radar EV. Setiap model menawarkan beberapa seleksi warna berbeza. Secara keseluruhannya terdapat 30 gaya berbeza ditawarkan.
Selepas memilih bingkai beralih pula kepada kanta, bilah dan juga aksesori hiasan tambahan. Di sini juga terdapat banyak variasi mengikut warna dan juga rekaan berbeza.
Oakley juga memberi peluang kepada pengguna program ini untuk memasang sendiri cermin mata pilihan mereka. Ia merupakan satu pengalaman yang cukup penting terutamanya melibatkan item kustom.
Tawaran Oakley Custom Program ini hanya boleh didapati secara eksklusif di butik Oakley KLCC sahaja. Jadi jika anda mahukan cermin mata kanta gelap yang kena dengan selera sendiri bolehlah mengunjunginya dengan segera.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Beberapa minggu lalu Vans telah mengumumkan tentang sebuah kolaborasi menarik mereka bersama siri novel dan filem popular, ‘Harry Potter’.
Kolaborasi seperti ini bukanlah satu perkara asing bagi jenama kasut skateboard ini kerana mereka juga pernah melakukan perkara sama bersama artis serta jenama lain seperti David Bowie, Metallica, NASA, Supreme dan banyak lagi.
Menerusi foto awal yang dikeluarkan, Vans x Harry Potter menampilkan sebanyak empat rekaan kasut dengan setiap satunya mewakili setiap house berbeza dalam Hogwarts School of Witchcraft.
Setiap rekaan dan warna mewakili empat house berbeza iaitu Gryffindor, Ravenclaw, Hufflepuff dan Slytherin. Menariknya setiap koleksi menggunakan model kasut Vans berbeza. Sebagai contoh Gryffindor ditampilkan menerusi model Sk-8 Hi dengan warna merah dan emas dipadankan dengan suede hitam di bahagian atas.
Vans Sk8-Hi ‘Gryffindor’
Manakala Ravenclaw pula tampil dengan model Authentic dengan motif checkerboard berwarna bitu putih. Hufflepuff dengan model Slip-On dan Slytherin pula dengan model kasut Era dengan makeover sisik ular yang mewakii house tersebut.
Vans Authentic ‘Ravenclaw’Vans Classic Slip-On ‘Hufflepuff’Vans Era ‘Slytherin’
Setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi dari Vans Malaysia bilakah koleksi ini akan mula dipasarkan. Namun, MASKULIN menjangkakan ia akan berada di pasaran dalam waktu terdekat pada bulan ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.