Penggemar fesyen di negara kita sebenarnya cukup bertuah kerana satu demi satu jenama fesyen popular mula bertapak dan memberikan seleksi terkini buat mereka.

Di antara jenama yang dilihat semakin serius memberikan pilihan kepada penggemar fesyen ialah jenama asal Itali, United Colors of Benetton.

Para peminat fesyen terutamanya yang gemar menzahirkan ekspresi fesyen melalui warna-warna ceria dan corak jalur dalam pakaian harian mereka kini dimanjakan dengan pilihan bergaya di kedai utama UNITED COLORS OF BENETTON yang pertama di Malaysia.

Jenama Fesyen Itali, UNITED COLORS OF BENETTON Lancarkan Butik Terbaru Di Kuala Lumpur

UNITED COLORS OF BENETTON merupakan jenama gaya hidup tampil dengan nuasa jiwa kosmopolitan menjemput rakyat Malaysia untuk meneroka pelbagai gaya pintar yang diungkapkan melalui pakaian rajutan, warna dan jalur di butik terbaru mereka.

Pengenalan outlet terbarunya di The Gardens Mall, Mid Valley City menonjolkan ruang seluae 1162 kaki persegi dan menjual pakaian serta aksesori.

Jenama Fesyen Itali, UNITED COLORS OF BENETTON Lancarkan Butik Terbaru Di Kuala Lumpur

IKLAN

Melambangkan rasa kepelbagaian Benetton, outlet ini juga akan menawarkan pelbagai pakaian ikonik yang direka untuk menjadi fleksibel, menyeronokkan dan memberdayakan setiap individu untuk menjadi diri mereka sendiri.

KOLEKSI MUSIM GUGUR/MUSIM DINGIN 2023

Menerusi koleksi terbarunya iaitu Koleksi Musim Gugur/Musim Dingin 2023, UNITED COLORS OF BENETTON mengetengahkan seleksi simfoni gaya seiring dengan pelancaran butik atau outlet pertamanya di Malaysia.

Jenama Fesyen Itali, UNITED COLORS OF BENETTON Lancarkan Butik Terbaru Di Kuala Lumpur

Lebih menarik koleksi ini mendapat sentuhan dari Pengarah Kreatif BENETTON, Andrea Incontri. Menerusi koleksi ini mereka mengetengahkan empat identiti gaya utama iaitu:

IKLAN

Back to Tailoring: mengungkapkan kembali kepada esensi penjahitan, bentuk-bentuk yang mengagumkan, pakaian kultus dan penemuan semula kepingan pernyataan dalam almari pakaian.

My Own Private Style: koleksi pakaian luar yang tidak tertandingi untuk kebolehgunaan, kesederhanaan, dan kesopanan.

The New Knit Club: potongan rajutan dengan rekaan alam seperti bunga, cendawan, dan arnab.

Welcome to the Benetton Club: siri baju ragbi yang merupakan campuran gaya preppy dan atletik.

IKLAN

Andrea Incontri yang bertindak sebagai Pengarah Kreatif bagi Koleksi Wanita, Lelaki, dan Kanak-kanak, setelah dilantik pada tahun 2022.

Sebagai graduan arkitek, Andrea melancarkan label fesyennya sendiri pada tahun 2009 dan kemudian juga berkhidmat sebagai pengarah kreatif bagi kumpulan mewah Itali Tod’s dari tahun 2014 hingga 2019.

Jenama Fesyen Itali, UNITED COLORS OF BENETTON Lancarkan Butik Terbaru Di Kuala Lumpur

Gayanya berakar dalam apa yang beliau panggil ‘pengurangan formal’ dan ini akan membimbing Benetton dalam menceritakan kompleksiti dunia masa kini.

Koleksi di UNITED COLORS OF BENETTON ditawarkan bermula dari RM159 ke atas untuk pakaian lelaki, RM139 untuk pakaian wanita, dan RM95.90 untuk pakaian kanak-kanak serta RM49.90 ke atas untuk aksesori. Ia turut boleh diperolehi menerusi talian di ZALORA atau LAZADA.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI