Tidak dinafikan jenama BONIA sememangnya cukup sebati di kalangan pengguna di Malaysia. Jenama tempatan yang mengambil inspirasi rekaan Itali kini berdiri sama tinggi dengan jenama antarabangsa yang lain.
Walaupun pada suatu ketika dahulu ia lebih sinonim dengan pengguna wanita yang telah bekerjaya berusia 30 tahun ke atas, namun BONIA kini telah melalui fasa penjenamaan semula dengan rekaan yang menarik untuk semua golongan.
Bukan sahaja beg tangan, BONIA kini menampilkan koleksi lebih daripada itu termasuklah untuk lelaki. Berdiri teguh sejak tahun 1974, BONIA kini memperkenalkan logo dan monogram yang baharu.
Pengenalan logo dan monogram baharu ini juga bersempena ulang tahunnya yang ke-48. Menghampiri pencapaian separuh abadnya yang meraikan keanggunan, klasik abadi dan romantik, corak baharu ini datang tiga dekad selepas monogram BONIA pertama diperkenalkan.
Ads
ILHAM FASA BULAN
Monogram La Luna baharu ini diilhamkan oleh fasa perubahan bulan, serta sejarah panjang BONIA yang menjalinkan warisan, pertukangan dan pergerakan kontemporari dalam industry fesyen tempatan.
Bahagian dan Pasukan Kreatif di BONIA juga menggabungkan seni bina Itali yang mereka dapat lihat dan alami semasa lawatan penemuan warisan perjalanan pengasas mereka.
Ads
Gabungan elemen ini mewujudkan pautan garis kursif dan jalinan ‘B’ yang membentuk bulan sabit, terletak di antara satu sama lain – ianya simbol bagi perjalanan penjenamaan semula BONIA barubaru ini. Bentuk infiniti yang terhasil daripadanya menceritakan kisah jenama BONIA, akar warisan ketukangannya dan semangat juangan yang tidak terhenti.
Dilensakan oleh jurugambar Perancis yang terkenal, Antoine Renault, kempen koleksi ini dengan jelas menyatakan perjalanan BONIA yang menarik melalui fasa-fasa bulan.
Ads
Lebih menarik, membintangi kempen ini ialah artis tanah air terkenal, Scha Alyahya dan Dini Schatzmann serta pelakon Indonesia, Caitlin Halderman.
Kempen ini juga menampilkan koleksi istimewa, seperti beg edisi terhad, La Luna Sonia dan beg Maris, serta rangkaian aksesori dan kasut untuk para lelaki.
Bagi menandakan detik ikonik ini, BONIA akan melancarkan satu pop-up khas La Luna di Centre Court, Mid Valley Megamall dari 8 hingga 14 Ogos 2022.
Buat anda yang berminat merasaikan pengalaman ‘La Luna’ dan membeli-belah koleksi ini dengan tawaran menarik, menyesuaikan pembelian mereka di “Personalisation Station” kami, serta menikmati hidangan ringan yang enak dan banyak lagi. Koleksi La Luna boleh didapati di butik dan dalam talian bermula 15 Ogos 2022.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Terkejut tak lelaki bila dengar keinginan para wanita ini? Ini bukan rekaan, tapi kenyataan daripada satu laman salah satu laman tempatan yang telah menjalankan survey dimana sebilangan wanita mengaku mereka hanya akan menamatkan zaman bujangnya jika pasangan mereka itu bergaji RM5000! Biar betul!
Menurut World of Buzz, Sweet Ring telah mengumpul maklumat daripada 500 orang responden warga Malaysia dan keputusannya 70 peratus wanita di Malaysia memang mahu pasangan yang bergaji sekurang-kurangnya RM 5000 sebulan barulah kaum wanita ini setuju untuk berkahwin dengan lelaki tersebut.
“Kami sanggup stay single jika gaji pasangan kami tak capai seperti yang disebut”
Namun bukan semua wanita beranggapan yang sama. Ada 30 peratus responden wanita mengaku yang mereka sanggup menerima lelaki yang hanya dengan pendapatan minumum RM3000 sebulan. Ini tidak dinafikan untuk kaum Adam dimana gaji 3k ke 5k itu sudah cukup untuk memulakan hidup berkeluarga. Apa yang penting mereka tidak menitikberatkan gaji para isteri.
Kalau nak ada keluarga, mestilah kena memiliki sebuah perkahwinan yang menarik kan? Ini memang menjadi idaman setiap wanita. Ini antara majlis perkahwinan yang mereka idamkan:
60 peratus kaum Cina Malaysia idam kos perkahwinan tu antara RM10,000 ke RM30,000
20 peratus idam majlis perkahwinan sedarhana bawah RM 10,000
10 peratus sanggup bayar lebih daripada RM30,000 ke RM 60,000 untuk majlis perkahwinan mewah!
Mestilah data ini tidak menggambarkan seluruh pendapat wanita ataupun lelaki di Malaysia, berapa kerat je responden dia. Lagipun pendapat perihal perkahwinan ini terpulang pada individu. Tapi, apa pendapat anda?
Jadi apa kata anda bawak teman wanita anda ke Karnival Karangkraf berbuka puasa secara percuma untuk simpan duit majlis kahwin. Kata nak grand!!!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa yang tidak mengenali figura ini? Lantunan suara yang acapkali menghanyut perasaan pendengar ini tampil dengan single terbaru yang lebih bergenre ‘Progresif Pop Rock’. Turut berkolaborasi bersama penyanyi rap tersohor tanah air, Altimet, Hazama kali ini lari dari zon selesa.
‘Aku Bukan Dewa’ ini saya anggap sangat dekat dengan diri saya kerana ia menceritakan tentang semangat juang saya dalam industri muzik ini. Dari hari pertama saya bertapak dalam industri, pelbagai ranjau dan onak duri terpaksa saya tempuhi sebelum saya berada di sini; pada hari ini. Lagu ini sangat istimewa kerana muzik yang dipersembahkan seolah-olah memberi gambaran akan penceritaan dan ‘mood’ atau suasana yang ingin disampaikan.
Menariknya lagi, pendekatan genre muzik yang saya ambil pada kali ini iaitu progresif pop rock, berlainan dari konsep pop balada yang saya bawa selama ini. Saya ingin lari dari ruangan selesa saya dan menampilkan kelainan dengan tampil menyampaikan lagu rancak. Ini sebenarnya adalah jiwa saya dan pada kali ini, saya akan membawa peminat menyelami aliran sebenar muzik, dalam dunia saya.”- Hazama.
Lagu yang mengangkat genre muzik progresif pop rock ini merupakan single kedua Hazama untuk tahun ini selepas ‘Aku Yang Sebenar’ yang dilancarkan pada bulan April lalu. Sama seperti ‘Aku Yang Sebenar’, single kedua Hazama ‘Aku Bukan Dewa’ ini turut mendapat sentuhan dari Ad Samad selaku penulis lirik, Hazama sendiri bersama Taja pula bertindak sebagai komposer. Istimewanya lagi, Hazama turut bekerjasama dengan penyanyi rap tersohor tanah air, Altimet dalam menjayakan single ini.
Buah tangan terbaharu daripada Hazama ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan akan mula menemui peminat menerusi corong-corong stesen radio tempatan bermula pada hari ini. Selain dari itu, single ini turut boleh didengari di landasan penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Muzik video lagu ini pula dijangka bakal menemui peminat dalam jangka masa terdekat ini di saluran Youtube Rocketfuel Network.
Mengulas mengenai edisi terbaharu beliau ini, Hazama menjelaskan, “Saya sangat teruja kerana sekali lagi berpeluang untuk bekerjasama dengan nama-nama hebat di sebalik tabir penghasilan ‘Aku Bukan Dewa’ ini. Segah tajuk yang diberi, karya ini sekali lagi mempamerkan kehebatan Ad Samad dalam menghasilkan sebuah lirik yang cukup bermakna dan memiliki maksud yang begitu mendalam, diulit pula dengan keindahan muzik hasil sentuhan kerjasama saya dan Taja, dan pada masa yang sama rakan baik saya sendiri, Altimet, hadir menyumbangkan gegaran rap kreatif beliau bagi melengkapkan nukilan ini. Hasilnya, sempurnalah ‘Aku Bukan Dewa’, istimewa untuk peminat-peminat saya di luar sana.
Lagu ‘Aku Bukan Dewa’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan. Layari saluran Youtube Rocketfuel Network untuk maklumat lanjut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Anda dah rancang bila na balik kampung? Tak kiralah sama ada anda pulang ke kampung bersama keluarga, sahabat handai atau jiran tetangga, Kelengkapan yang sempurna ketika pulang ke kampung itu memang penting untuk memberi keselesaan kepada kita. Tambah lagi, apabila berhadapan degan perjalanan jarak jauh dengan kesesakan lalu lintas yang tak menentu.
Untuk menjadikan perjalanan anda itu kekal selamat, bertenaga dan ‘fun’ apa kata anda sediakan barang -barang ini untuk pulang ke kampung berhari raya.
Travel neck pillow
Sama ada anda seorang co-pilot ataupun mereka yang duduk di bahagian belakang, pastikan anda sediakan pollow neck. Pemanduan yang lama akan menyebabkan anda mengantuk, dan sakit tengkuk yang melampau. Jadi, belilah yang harga RM 10 kalau rasa membazir nak beli yang mahal. Ikut keselesaan anda.
Power Bank
Ini tak payah tunggu musim raya, bukan musim raya pun anda memerlukan power bank ini dalam bag anda. Untuk anda yang berjalan dalam perjalanan yang jauh, anda dinasihatkan untuk bekalkan diri anda dengan power bank yang banyak battery, supaya tak adalah berebut dalam kereta nak cucuk dekat usb nanti. Sedikit tip untuk penjagaan kereta anda, kalau boleh tidak digalakan untuk memakai usb di dalam kereta kerana ia akan mempercepatkan kerosakan battery kereta anda.
Tupperware
Kenapa tupperware ini penting? Kerana jika anda pulang ke kampung halaman, tentunya ibu ayah anda akan bekalkan anda makanan untuk pulang ke KL nanti. Jadi, siap-siap bawa bekal untuk penggunaan masa hadapan anda.
Earphone
Ini paling penting, bayangkan jika anda travel dengan keluarga anda, penuh satu kereta. Bukans semua orang nak dengar lagu raya kan? Jadi bawa siap-siap. Jika anda seorang yang kaki menonton drama ataupun bermain game, pakai earphone untuk elak dicemuh oleh rakan-rakan atau keluarga dalam kereta. Barulah perjalanan balik kampung anda tidak membosankan!
Akhir kata dari team Maskulin, Selamat pulang ke Kampung, dan berhati-hati di jalan raya!
Sumber: ProductNation
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.