Kereta elektrik atau EV (Electric Vehicle) dah makin jadi pilihan orang ramai, terutama golongan muda yang mahukan sesuatu yang bukan je canggih dan mesra alam, tapi juga berbaloi dari segi kos dan prestasi.

Tapi menariknya, tak semua beli EV sebab nak ikut trend.

Ada yang beli sebab logik macam lelaki ni, yang pilih Tesla Model 3 berbanding sebuah Nissan GTR.

Harga, Prestasi & Jimat Cukai Gabungan Yang Susah Nak Tanding

EV Bukan Gaya Hidup Je Lelaki Ini Buktikan Tesla Lagi ‘Smart’ Dari GTR
Foto : Energi Elite

Dalam satu video di TikTok (@roqisaif), lelaki ni berkongsi kenapa dia pilih untuk ‘trade off’ sebuah kereta sport berkuasa tinggi dengan sebuah EV.

Menurutnya, Tesla Model 3 yang dia miliki tu bukan calang-calang mampu hasilkan 500HP dan pecut 0-100km/j dalam masa sekitar 3 saat je. Lebih kurang macam prestasi sebuah supercar.

Apa yang buat keputusan dia makin logik, katanya, adalah disebabkan harga.

Dengan pengecualian cukai import untuk EV yang masih berlangsung sampai hujung 2025, harga Tesla jauh lebih rendah berbanding kereta konvensional berkuasa tinggi.

Kalau banding dengan GTR atau BMW M3, cukai jalan pun dah jimat banyak dari RM6,000-7,000 setahun jadi hampir percuma.

Ads

Lepas 2025 pun, cukai jalan EV masih bawah RM1,000.

Servis & Penyelenggaraan? EV Jauh Lebih Tenang

EV Bukan Gaya Hidup Je Lelaki Ini Buktikan Tesla Lagi ‘Smart’ Dari GTR

Satu lagi kelebihan yang dia highlight ialah penyelenggaraan. Tak perlu tukar minyak enjin, servis pun jarang.

Malah, sistem regenerative braking buat pad brek tahan lebih lama ada pengguna EV luar negara yang tukar lepas 200,000KM!

Kos cas harian pun sangat murah penuh cas bawah RM40, malah boleh serendah RM30 kalau ikut pelan TNB Time of Use.

Ads

Banding dengan GTR yang perlukan RM300-400 untuk jarak sama, EV jelas lebih mesra poket.

Teknologi Sentiasa Up-to-Date, Siap Ada Potensi Jana Pendapatan

Tesla bukan sekadar kereta elektrik. Ia juga ‘smart car’ yang sentiasa dapat update software.

Fungsi-fungsi keselamatan pun canggih dari auto lane assist, adaptive cruise control, sampai potensi jadi robotaxi pada masa depan.

Yes, kau mungkin boleh jana pendapatan dengan kereta sendiri satu hari nanti.

Ads

Kesimpulannya, dari perkongsian lelaki ni, jelas EV bukan lagi sekadar simbol status atau gaya hidup hipster.

EV Bukan Gaya Hidup Je Lelaki Ini Buktikan Tesla Lagi ‘Smart’ Dari GTR
Foto : Shutterstock

Ia dah jadi alternatif logik yang berbaloi dari segi kewangan, prestasi, dan penyelenggaraan.

Dengan sokongan kerajaan dan kemajuan teknologi EV yang semakin pesat, tak mustahil lebih ramai akan tinggalkan kereta petrol demi masa depan yang lebih lestari.

Sumber : Tiktok @roqisaif

BACA LAGI : Pusat Servis Baharu PEUGEOT Tawar Pengalaman Selepas Jualan Bertaraf Premium

Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads