Ramai menyangka filem perlumbaan hanya berputar sekitar kelajuan dan selekoh tajam, namun filem ‘F1’ terbaru lakonan Brad Pitt membuktikan ia jauh lebih mendalam.
Filem ini mengangkat semangat kompetitif, nilai gaya hidup lelaki moden dan keunikan sinematik yang menghidupkan kembali dunia permotoran dari sudut yang lebih manusiawi dan visual yang menarik.
Brad Pitt melakonkan watak Sonny Hayes, bekas pelumba F1 yang kembali ke litar selepas bersara. Lebih menarik, beliau sendiri memandu kereta Formula 2 yang diubah suai menyerupai jentera F1, menambahkan elemen realisme yang jarang wujud dalam filem genre ini. Aksi ini dirakam terus dari litar sebenar, menjadikan setiap babak lebih hidup dan autentik.
Dengan kos produksi mencecah USD140 juta dan sokongan penuh daripada F1 serta Mercedes, filem ini turut menampilkan penampilan istimewa Lewis Hamilton, Max Verstappen dan Carlos Sainz Jr.
Karakter Brad Pitt
Brad Pitt membawakan watak Sonny Hayes, seorang pelumba Formula Satu yang pernah bersara selepas mengalami kemalangan ngeri di litar. Wataknya mengangkat naratif tentang peluang kedua dan semangat untuk kembali menguasai litar, meskipun usia dan trauma menjadi penghalang.
Apa yang menjadikan filem ini luar biasa adalah keberanian Pitt untuk terlibat secara langsung dalam aksi perlumbaan.
Beliau sendiri memandu kereta Formula 2 yang telah diubah suai menyerupai jentera F1 moden, lengkap dengan reka bentuk aerodinamik dan sistem pemanduan berprestasi tinggi.
Brad Pitt turut mengakui bahawa daya G yang dialami ketika memandu jentera itu sangat mencabar dan jauh lebih ekstrem daripada apa yang dijangkakan.
Ads
Lokasi Penggambaran Bukan Sekadar CGI
Tidak seperti kebanyakan filem aksi lain, filem ini benar-benar menjalankan penggambaran di litar perlumbaan sebenar seperti Abu Dhabi, Silverstone, Monza, Las Vegas, Jepun dan beberapa lagi.
Brad Pitt berada secara fizikal di tengah-tengah dunia Formula Satu, bukannya hanya beraksi di hadapan latar hijau seperti kebiasaan dalam produksi moden.
Kehadiran sebenar di lokasi menjadikan setiap babak terasa lebih autentik dan mendalam. Salah satu momen menarik berlaku di Silverstone, apabila pelakon Damian Lewis menyanyikan lagu kebangsaan British secara langsung sebelum perlumbaan bermula.
Suasananya bukan sahaja patriotik tetapi turut diselitkan elemen jazz klasik yang mengingatkan pada gaya persembahan Elvis Presley.
Ads
Gabungan suasana perlumbaan sebenar dengan aksi langsung seperti ini meletakkan filem ini dalam kelas tersendiri, menjadikannya bukan sahaja tontonan wajib buat peminat F1 tetapi juga peminat sinematografi yang menghargai perincian dan kesungguhan produksi.
Nama-Nama Besar Turut Buat Kemunculan
Filem ini dibina dengan kredibiliti yang tinggi, bukan sekadar nama besar Hollywood semata-mata.
Salah satu daya tarik utamanya ialah penglibatan Lewis Hamilton sebagai penerbit bersama, yang turut tampil dalam beberapa babak penting filem ini.
Kehadiran Hamilton bukan sahaja memberi pengesahan kepada keaslian perlumbaan yang digambarkan, malah membawa sentuhan sebenar dunia F1 ke layar perak.
Lebih menarik, filem ini turut menampilkan penampilan khas daripada beberapa pelumba terkemuka dunia sebenar. Turut serta membuat kemunculan ialah:
Max Verstappen
Carlos Sainz Jr.
Sergio Pérez
Siapa Di Sebalik Tabir?
Di sebalik visual yang memukau dan naratif yang mengujakan, filem ini turut dibina atas asas produksi yang berkualiti tinggi.
Ads
Ia diarahkan oleh Joseph Kosinski, nama besar di sebalik kejayaan ‘Top Gun: Maverick’. Muzik latar digubah oleh Hans Zimmer, komposer tersohor yang dikenali dengan sentuhan epik dan emosinya.
Skrip pula ditulis oleh Ehren Kruger yang pernah menghasilkan naskhah untuk filem-filem blockbuster seperti Transformers. Pelakon pemenang Oscar, Javier Bardem, turut menyumbang sebagai ketua pasukan APXGP dalam cerita.
F1 The Movie dijadualkan untuk tayangan pada 26 Jun 2025 di Malaysia bertepatan dengan berlangsungnya Grand Prix Austria, menjadikannya sangat relevan dengan musim perlumbaan sebenar.
Tayangan perdana akan dilakukan di pawagam seluruh dunia, sebelum ia tersedia secara eksklusif di platform penstriman Apple TV+.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
PERKONGSIAN DARI FACEBOOK DR ZUBAIDI MENGENAI PENYAKIT SCURVY, SEMOGA IA BERMANFAAT KEPADA KITA SEMUA.
BENARKAH VITAMIN C DAPAT MERAWAT PENYAKIT SCURVY?
Benar, sejarah perubatan moden membuktikan bahawa penyakit scurvey dapat dirawat dengan sempurna dengan pemberian vitamin C. Malah penyakit scurvey ini sebenarnya adalah berpunca dari kekurangan vitamin C dalam tubuh.
GUSI MUDAH BERDARAH
Pesakit yang mengalami penyakit scurvy akan mengalami tanda coklat pada kulit, dan gusi yang mudah berdarah. Tanda ini banyak terdapat pada kuit di bahagian peha dan kaki. Ini berpunca dari pembentukan darah beku yang semakin mencair. (mula-mula darah beku akan membentuk tanda berwarna merah gelap dan kemudian menjadi coklat).
PUCAT
Pesakit juga kelihatan pucat, rasa kemurungan dan tidak dapat banyak bergerak. Jika tidak diberikan rawatan, lama kelamaan pesakit akan mengalami luka yang membusuk, kehilangan gigi dan akhirnya menyebabkan kematian.
PERLUKAN VITAMIN C
Tubuh manusia hanya mampu menyimpan sebahagian kecil vitamin C. Jika ia tidak ditambah dengan pengambilan makanan, penyimpanan ini akan berkurangan. Oleh kerana kebanyakan sumber vitamin C adalah dari buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan, mereka yang tidak suka mengambil kedua-dua jenis makanan ini (terutama mereka yang mengambil makanan yang segera dan berproses) akan mengalami masalah penyakit scurvy di peringkat subklinik. Tanda-tandanya ialah pesakit akan berasa mudah penat, gusi mudah berdarah, banyak lebam bila terlanggar dinding atau perabut dan tidak berdaya untuk bergerak.
Untuk mencapai tahap penyakit yang lebih jelas, ia mengambil masa antara 6-12 bulan. Ini bergantung kepada penyimpanan vitamin C yang sedia ada dalam tubuhnya dan kadar pengambilan vitamin (yang selalunya terlalu sedikit) dalam pemakanan.
SUMBER : Facebook DR Zubaidi
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Air nabeez adalah minuman beralkali, yang mampu menolong membuang kelebihan asid pada perut dan memulihkan sistem pencernaan tubuh. Juga membantu badan untuk menyingkirkan toksin yang berbahaya didalam tubuh dalam kata lain berguna sebagai detox.
Disebabkan air nabeez tinggi akan kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan/menajamkan fikiran agar kita tidak mudah lupa dan juga membantu menurunkan berat badan secara alami.
Cara membuat air nabeez :
Rendam beberapa butir kurma (sebagusnya dalam bilangan ganjil) ke dalam air masak didalam segelas air. Alangkah baiknya dibuat pada waktu petang menjelang malam dan pastikan gelas rendaman kurma tersebut tertutup rapat. Keesokkan paginya (8 hingga 12 jam setelah perendaman), air rendaman baru boleh diminum & buah kurma hasil rendaman yang telah lembut boleh dimakan.
Kurma yang baik digunakan untuk membuat air nabeez adalah kurma ajwa. Tapi kalau tidak ada kurma ajwa boleh menggunakan buah kurma yang lain. Kalau ingin membuat air nabeez dengan menggunakan buah kismis pun boleh. Caranya ambil segenggam kismis, kemudian direndam dalam segelas air. Dan dibiarkan semalaman seperti membuat air rendaman kurma.
Kalau ingin meminum air nabeez di waktu pagi hari, siapkan rendaman kurma/kismis pada petang menjelang malam. Dan kalau ingin meminum air nabeez di waktu malam, buatlah rendaman kurma /kismis di waktu pagi hari (8 hingga 12 jam perendaman).
Sebaiknya, hanya menggunakan satu jenis buah saja kurma atau kismis. Air nabeez bila tersimpan didalam peti ais boleh bertahan 1 hingga 2 hari. Tetapi dilarang meminum air rendaman kurma/kismis yang sudah memasuki lebih dari 3 hari, kerana akan terjadi proses fermentasi, yang menjadikan air rendaman kismis/kurma tersebut menjadi arak dan hukumnya haram untuk diminum.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mungkin rata-rata daripada anda pernah menjadi ahli pengakap sama ada ketika di bangku sekolah atau pun di peringkat pengajian tinggi. Ia merupakan satu badan beruniform yang mempunyai tempat cukup istimewa di hati ramai ahlinya di seluruh negara.
Tidak dinafikan juga ramai yang mungkin ada kenangan cukup manis mengikuti segala macam aktiviti seperti jambori yang cukup sinonim dengan pengakap. Imej pengakap dengan pakaian seragamnya pasti tersergam di minda masing-masing.
Namun selepas 63 tahun, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) kini memperkenalkan pakaian seragam baharu. Ia dikatakan lebih segar sejajar dengan perkembangan dunia kepengakapan moden pada era ini.
Menurut Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Prof. Datuk Dr. Mohd. Zin Bidin, pakaian seragam yang terdiri daripada baju berwarna ‘emerald sea’ dan seluar berwarna ‘aspen green’ disifatkan lebih menarik dan efektif dengan reka bentuk baharu.
LANGKAH EFISIEN
Keputusan menukar pakaian seragam adalah satu langkah yang efisien bagi memastikan pergerakan kepengakapan negara sentiasa relevan dan dinamik dalam menyokong pembangunan golongan muda.
Selain itu ia juga dapat membendung penjualan haram pakaian seragam yang semakin berleluasa di pasaran.
“PPM sentiasa proaktif dalam memastikan pergerakan kepengakapan negara terus bergerak selari dengan peredaran zaman. Sejak diasaskan di negara ini pada tahun 1908, pergerakan kepengakapan melalui pelbagai fasa evolusi dan perubahan bagi memastikan ia terus relevan dan dinamik dalam melahirkan pemimpin masa depan negara.
“Selepas 63 tahun tidak tampil dengan pakaian seragam baharu, PPM dengan sukacitanya mengumumkan pertukaran warna pakaian seragam kepada warna yang lebih segar dan moden yang dinamakan Pakaian Seragam Pengakap No. 3.
“Selain memberikan wajah baharu kepada pergerakan pengakap, langkah ini juga menjadi mekanisme baharu yang penting dalam usaha kita untuk mengawal dan membendung penjualan haram pakaian seragam yang semakin berleluasa.
“Ini adalah langkah proaktif yang diambil untuk memastikan imej dan integriti pergerakan ini sentiasa terpelihara dengan sebaik-baiknya. Terima kasih saya ucapkan kepada Seri Pertiwi yang turut sama bertungkus-lumus dalam memberikan input untuk pertukaran pakaian seragam ini,” tambahnya lagi.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pakaian Seragam Pengakap No. 3 di ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia baru-baru ini.
SECARA BERPERINGKAT
PPM akan memberi kelonggaran kepada ahli untuk menggantikan pakaian seragam lama kepada yang baharu secara berperingkat.
“PPM ingin menekankan bahawa pelaksanaan pertukaran pakaian seragam ini tidak akan membebankan ibu bapa atau ahli. Proses ini akan dilaksanakan secara berfasa, dan pakaian seragam lama masih boleh digunakan dalam tempoh peralihan iaitu tiga tahun lagi.
“Tiada paksaan kepada mana-mana ahli untuk menukar pakaian seragam mereka. Bagi pelajar yang kurang berkemampuan, mereka boleh memakai skarf untuk menyertai sebarang aktiviti
“Penggunaan warna kelabu sebelum ini didapati menimbulkan permasalahan, terutamanya dalam mendapatkan tona yang konsisten. Dengan warna baharu yang dipilih, ia diharapkan dapat menyediakan penyelesaian yang lebih praktikal dengan pakaian yang lebih seragam secara keseluruhan,” katanya.
Sementara itu, PPM berharap pertukaran pakaian seragam baharu dapat menarik lebih ramai ahli baharu sekali gus mempertingkatkan pertumbuhan keahlian.
“Ia adalah satu pencapaian besar yang menunjukkan PPM sedang memasuki fasa baharu. Kita sepatutnya berbangga kerana berjaya merealisasikan usaha penyegaran jenama pengakap ke arah sebuah pergerakan yang lebih berketrampilan dan moden selaras dengan misi dan misi Pengakap Dunia.
“Pakaian seragam baharu ini adalah lambang identiti dan kebanggaan bagi setiap ahli PPM. Oleh itu, adalah penting bagi kita semua untuk menghargai dan memelihara pakaian seragam ini dengan penuh tanggungjawab,” katanya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.