Ia bukanlah singkatan bagi Badan Makin Ideal – walaupun memang itulah yang ramai orang harapharapkan.
Sebaliknya, ia merujuk pada Indeks Jisim Tubuh (BMI).
BMI boleh diperolehi dengan menggunakan formula berikut:
Ads
BMI = Berat badan dalam kilogram / (Ketinggian dalam unit meter)2
BMI yang sihat adalah di antara 18.5 dengan 23. Namun begitu, ia bukan bermakna seseorang itu harus menurunkan berat badan sehingga menghasilkan BMI 23.
Angka ini hanyalah sebagai panduan.
Bagaimanapun, jika BMI anda melebihi 30, anda digalak mengurangkan berat badan kerana ia sekali gus dapat membantu menurunkan risiko mendapat penyakit.
Ads
Dengan hanya mengurangkan berat badan antara lima dengan 10 peratus, ia dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengawal kadar gula. Apabila badan terasa lebih ringan, seseorang akan berasa lebih cergas, pernafasannya menjadi kian lancar dan mood bertambah ceria.
Saya rasa kesan-kesan itu seharusnya sudah cukup memberi kepuasan kepada mereka yang gigih ingin menguruskan badan. Selebihnya, bolehlah dianggap sebagai bonus.
Ads
Rahsia kawal berat badan
Kalau banyak makan, kenalah banyak ‘buang’. Jika tidak dibuang, ia bakal disimpan dan ibarat kata pepatah, sikitsikit, lama-lama membukit, maka bertambahlah babat.
Ingatlah formula: Tenaga daripada makanan = Tenaga yang dibakar hasil aktiviti dan Kadar Metabolisme Dasar (BMR).
Untuk mengekalkan berat badan, jumlah kalori atau tenaga daripada makanan mestilah seimbang dengan pembakaran kalori atau tenaga daripada aktiviti. Jika seseorang ingin mengurangkan berat badan. • Meningkatkan pembakaran kalori dengan melebihkan kegiatan seperti bersenam atau; • Mengurangkan pengambilan kalori dengan mengurangkan makanan yang berkalori tinggi.
Kadar Metabolisme dasar seseorang itu bergantung pada beberapa faktor:
• Usia: Kadar BMR merosot dengan peningkatan usia.
• Diet yang terlalu terhad dari segi kalori.
• Kadar otot dalam badan: Kaum Adam yang lebih berotot mempunyai kadar yang lebih tinggi.
• Bersenam: Terutama sekali latihan kekuatan/ketangkasan seperti angkat besi.
• Suhu keliling yang rendah – mereka yang tinggal di negara sejuk mempunyai kadar yang tinggi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Walaupun kini berkerja sebagai penghantar barang, tidak pernah sekalipun pelakon Hafidz Roshdi, 29, menganggap kerjaya itu merendahkan martabatnya sebagai artis, demikian lapor Berita Harian.
Sudah hampir dua bulan bekerja sebagai penghantar barang di sebuah syarikat kurier, Hafidz Roshdi mengakui dia lebih tenang meskipun tidak lagi selumayan dulu.
“Saya tak memilih asalkan rezeki halal, tak ada apa yang nak dimalukan daripada tak buat apa-apa langsung.
“Saya rasa seperti budak baru habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang nak mulakan hidup.
Masih Ada Tawaran Berlakon
Hafidz bagaimanapun tidak menafikan yang masih menerima tawaran berlakon
“Alhamdulillah, walaupun pekerjaan sekarang jauh dari dunia glamor dan pendapatannya tidak selumayan berlakon, tapi saya beroleh ketenangan,” katanya menerusi laporan Berita Harian.
Berkongsi pengalaman hampir dua bulan beralih angin, Hafiz berkata, dia seronok dengan pekerjaan baharu yang kurang tekanan berbanding lakonan.
Penyakit kanser merupakan antara penyakit kronik yang paling digeruni dalam dunia perubatan.
Setiap jenis penyakit kanser mempunyai etiology ataupun punca yang berbeza dan tidak semua pesakit kanser mempunyai punca yang sama. Salah satu punca utama kanser adalah berpunca dari sumber diet yang mengandungi banyak garam, lemak, makanan segera, makanan bakar dan kurang serat dan kurang buah-buahan juga antara penyebab berlakunya kanser perut dan usus. Meminum alkohol dalam jangka masa panjang juga dikaitkan dengan kanser hati.
Didapati terdapat kandungan tidak sihat di dalam makanan segera terutamanya sosej yang kita ambil dalam menu pemakanan kita seharian.
1) Kandungan bahan-bahan kimia ‘deadly’ dangerous yang mungkin terdapat di dalam setiap isi kandungan sosej. Sebagai contoh:
*Nitrite, Heterocyclic Amines (HCAs), Starch, Various types of meat, Hight salts, High fructose syrup, High MSG, Artificial coloring (untuk sosej itu kelihatan lebih pinkish), Preservatives
2) 7000 kajian saintifik membuktikan ia mengandungi bahan-bahan yang boleh membawa kepada kanser!
3) Bagi kanak-kanak yang sering makan sosej melebihi 12 batang selama sebulan, berisiko 9 kali lebih tnggi untuk mendpaat Leukaemia.
4) Ibu mengandung yang memakan sosej lebih pada sebatang setiap minggu akan meningkatkan risiko bayi mendapat barah otak.
Amalkan 10 rutin ini untuk pastikan usia anda kekal lama, tetapi kalau dah ajal nak buat macam mana kan, kita sekadar hidup secara sihat dan kekal cergas setiap hari.
1.Jangan berhenti kerja
“Bukti dalam masyarakat menunjukkan apabila seseorang itu berhenti kerja atau bersara secara mendadak, insiden obes dan penyakit kronik meningkat selepas itu,” kata Luigi Ferrucci, Pengarah Baltimore Longitudinal Study of Aging. Jika perlu berhenti atau bersara, kekalkan kegiatan aktif dan mungkin boleh menyertai aktiviti sukarelawan. Menjadi sukarelawan sebenarnya umpama serampang dua mata kerana kita bukan saja membantu orang sebaliknya diri sendiri menerima manfaat yang lebih besar. Orang yang gemar melakukan kerja sukarela secara umumnya hidup lebih tenang dan bahagia secara tidak langsung akan memperlahankan proses penuaan.
Closeup of young man flossing his teeth. Cleaning teeth with dental floss
2.Flos setiap hari
Ia membantu menjaga saluran darah yang sihat. Kajian pada 2008 oleh Universiti New York menunjukkan menggunakan flos setiap hari mengurangkan jumlah bakteria berpunca daripada jangkitan gusi dalam mulut. Bakteria ini berupaya memasuki saluran darah dan mencetuskan keradangan pada arteri iaitu faktor risiko utama penyakit jantung.
3.Banyakkan bergerak
“Senaman ialah satu-satunya cara untuk mengekalkan keremajaan,” ujar Jay Olshansky, profesor perubatan dan pengkaji penuaan di Universiti Illinois, Chicago. Kajian itu menunjukkan senaman memperbaiki emosi, ketajaman mental, keseimbangan tubuh serta meningkatkan jisim otot dan tulang.
4.Makan bijirin kaya serat untuk sarapan
Menikmati satu hidangan bijirin penuh terutama di waktu pagi didapati membantu warga emas mengekalkan kestabilan tahap gula dalam darah sepanjang hari. “Mereka yang mengamalkan tabiat ini berisiko rendah mengalami penyakit kencing manis, yang menjadi penggerak kepada penuaan pramatang,” tambah Olshansky.
5.Tidur sekurang-kurangnya enam jam sehari
Sentenarian (golongan yang berusia lebih 100 tahun) meletakkan tidur sebagai keutamaan mereka. “Tidur adalah salah satu fungsi penting yang digunakan tubuh kita untuk mengawal selia dan memulihkan sel. Kami dapati jumlah minimum tidur dalam kalangan warga emas adalah enam jam yang membolehkan fasa REM (Rapid Eye Movement) berlaku,” ujar Ferrucci.
6.Nikmati makanan sebenar, bukan suplemen
Kajian menunjukkan bahawa individu yang mempunyai tahap darah yang tinggi daripada nutrien tertentu – selenium, beta-karotena, vitamin C dan E – lebih panjang usianya dan mempunyai kadar penurunan kognitif yang perlahan. Bagaimanapun tiada bukti bahawa mengambil pil suplemen nutrien ini memberikan faedah antipenuaan kepada individu terbabit.
Elakkan makanan berwarna putih yang kurang kandungan nutrien dan pentingkan pengambilan buah-buahan serta sayuran pelbagai warna, selain roti gandum dan bijirin berwarna gelap.
7.Kurang neurotik
Kajian mendapati sentinarian kurang cenderung untuk terus hanyut dalam masalah atau terlalu menganalisis sesuatu perkara. Cari cara yang lebih baik untuk menguruskan tekanan anda. Yoga, senaman, meditasi, tai chi atau hanya tarik nafas panjang dan dalam untuk beberapa ketika adalah lebih baik. Bagi yang beragama Islam, dekatkan diri dengan Allah boleh menenangkan fikiran dan mententeramkan perasaan. Merenung dan rungsing memikirkan hal orang lain, makan makanan ringan di depan televisyen dan mengambil alkohol hanya akan lebih memburukkan keadaan.
8.Perkara rutin
Sentarian lazimnya hidup dalam rutin yang sama, makan dalam diet yang sama dan melakukan hampir perkara sama setiap hari sepanjang hidup mereka. Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari adalah tabiat yang baik bagi membantu tubuh berada dalam keseimbangan mental serta fizikal. Apabila keseimbangan ini terjejas, dengan melakukan perkara yang di luar rutin atau kebiasaan, ia boleh melemahkan imuniti tubuh, sekali gus membuatkan kita mudah terdedah kepada jangkitan selesema dan bakteria.
9.Teruskan berhubung
Mempunyai rangkaian sosial yang kerap dengan teman dan pasangan adalah satu cara efektif mengelakkan kemurungan, yang boleh membawa kepada kematian pada usia muda. Sentiasa berhubung dengan teman rapat atau ahli keluarga memberikan faedah tinggi kepada golongan warga emas dan mereka didapati kurang bimbang mengenai masa depan mereka. “Mereka (orang di sekeliling) akan memberitahu kita sama ada daya memori makin lemah dan mereka pasti akan menggesa kita bertemu segera dengan doktor,” kata Perls.
Hubungan sosial yang baik juga memberi banyak kesan positif kepada kita kerana ia boleh merangsang kecergasan fizikal, memperbaiki kesihatan jantung, merendahkan tekanan darah dan tekanan emosi, meningkatkan keyakinan, membolehkan kita tidur lebih nyenyak dan merendahkan gejala kemerosotan daya ingatan.
10.Penuh kesedaran
Mereka yang berpersonaliti menarik didapati menikmati kehidupan yang panjang. “Personaliti itu termasuk sifat berhati-hati, teratur dan berhemah,” jelas penulis buku The Longevity Project, Howard Friedman dan Leslie Martin. Ia berikutan golongan jenis ini lebih mematuhi saranan doktor, mengambil ubatan pada masa dan jumlah yang betul serta tidak lupa menjalani pemeriksaan berkala.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.