Pasti ada je korang dengar isu dan accident tentang beg yang pecah di airport kan. Tapi, nak atau tidak, kita terpaksa juga meletakkan bagasi pada ruang ‘luggage’. Mungkinkah ada cara yang boleh dilakukan, untuk mengelakkan bagasi kita rosak?
Nampak remeh tapi bila kena batang hidung time tu nak senyum pun tak lalu bang.
Ya, semestinya, jom kita baca apa yang perlu dilakukan. Cara Mudah Bagaimana Untuk Pastaikan Bagasi Tidak Rosak
Seorang pemuda yang bekerja sebagai salah seorang krew yang menguruskan bahagian bagasi, di syarikat penerbangan Amerika Syarikat telah kongsikan beberapa tips bagaimana untuk memastikan bagasi anda selamat di sepanjang perjalanan.
Ads
1. Mempunyai pemegang di bahagian bawah
Ia lebih mudah untuk dialihkan, dan dipindahkan, sama ada ke dalam pesawat, atau ke atas lori pengangkut. Tidak perlu susah-susah untuk menggunakan pemegang pada bahagian atas bagasi.
2. Pastikan beg penuh
Bagasi yang padat dan penuh lebih baik, kerana ia akan termampat, sekiranya diletakkan dengan bertindih. Pastikan anda tidak meletakkan sebarang cecair, atau membiarkan zip tidak tertutup rapat. Ini akan menyebabkan, ada barang yang akan terkeluar, juga mungkin cecair tersebut akan pecah, dan meleleh keluar.
3. Bagasi yang ‘teguh’
Sememangnya banyak bagasi di luar sana yang dikatakan sungguh ringan, dan ia menjadi pilihan ramai. Tetapi, jika bagasi ringan, sudah pasti tidak mempunyai banyak kerangka, dan ia menjadi salah satu faktor bagasi akan cepat rosak, khususnya bila dihempap antara satu sama lain. Jadi, tidak salah cari bagasi yang mahal sedikit, dan kuat, dari terpaksa menukarnya berulang kali.
Ads
4. Mempunyai 4 roda
Ia lebih mudah, dan mempercepatkan proses pemunggahan, kerana bagasi boleh ditolak begitu sahaja, kepada rakan sekerja yang lain. Berbanding dengan yang hanya mempunyai 2 roda, yang mana, mungkin akan diseret begitu sahaja, oleh sebab ingin cepat.
5. Tag bagasi
Kalau tag yang besar, dan keras, ia pasti akan memudahkan untuk pengecaman. Tapi, disebabkan ia keras, sudah pasti mudah rosak, dan pecah, sememangnya membuatkan banyak serpihan berterabur. Jadi, jika ingin menggunakan tag, sebaiknya kecil, dan lembut, seperti pemegang kad yang lut sinar, adalah pilihan lebih baik.bagasi rosak, bagasi kapal terbang, kerosakan bagasi, kerosakan beg, kerosakan stroller, kerosakan baby carrier, kerosakan barang
6. Balut ‘stroller’ atau ‘car seats’
Jika melancong bersama anak kecil, sudah pasti akan membawa ‘stroller’ atau ‘car seats’, dan diletakkan di ruangan bagasi. Sebaiknya, balut dengan plastik, atau diletakkan dalam beg khas. Ini kerana, tali yang dibiarkan daripada ‘stroller’ dan ‘car seats’ akan menyukarkan kerja pemindahan, disebabkan tersangkut pada benda lain. Pastikan anda memudahkan urusan pemindahan.
Ads
7. Biarkan sahaja jika kotor
Sama ada Louis Vuitton, atau apa sahaja bagasi berjenama mahal, tidak semestinya akan diberikan layanan yang istimewa. Sekiranya beg mahal anda kotor, tidak usah untuk di ‘complain’, kerana beg bertujuan untuk melindungi barang di dalamnya, bukan diri mereka.
Jadi, pastikan anda cuba yang terbaik dari segi pemilihan bagasi, juga apabila diserahkan untuk diletakkan pada bahagian penyimpanan. Tidak salah untuk kita berusaha lebih, dalam memudahkan kerja mereka yang lain, yang mana akhirnya bagasi kita selamat tiba ke destinasi.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam sedar tak sedar, Rakyat Malaysia ni sebenarnya kreatif-kreatif belaka. Nak-nak bila buat parodi, walaupun tak ada bajet besar, tapi masih berani challenge production asal. Korang dah tengok belum video parodi trailer filem The Avengers: Infinity War?
Video ini mendapat perhatian kerana Aiman Sany tuan empunya video ni, berani compare kan videonya dengan video asal. Lebih mengejutkan lagi apabila mereka ini mendapat respond dari perangah The Avengers itu sendiri.
Nah! cuba layan video parodi ni. Mesti anda terhibur.
Berbakat rupanya Rakyat Malaysia ni.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seorang lelaki yang siapkan makanan untuk ditunjukkan pada seorang wanita menandakan bahawa dia tahu bagaimana untuk menunjukkan kemampuannya. Dia juga menunjukkan pada pasangannya bahawa dia mampu untuk memberikan perhatian yang lebih.
TAHUKAH KAWAN-KAWAN BAHAWA LELAKI YANG PANDAI MEMASAK TERNYATA LEBIH SEKSI BERBANDING MEREKA YANG TIDAK RETI MEMASAK?
Tak perlu masak benda yang berat dan try hard sangat masak, cuba resepi yang simple-simple pun okay je macam nasi goreng. Rakyat Malaysia dan nasi memang tidak boleh dipisahkan!
Nah senaraikan 5 resipi nasi goreng ‘rare’ tapi sedap yang korang boleh try masak nanti!
1. Nasi Goreng Western
Bahan-bahan :
500 gram nasi putih
3 batang sosej ayam/dihiris nipis
2 biji telur
3 ulas bawang putih
80 gram sayur campuran
3 sudu makan mentega
Garam secukup rasa
Cara memasak :
1. Cairkan mentega dan tumiskan bawang putih sehingga kekuningan.
2. Pecahkan telur dan biarkan masak seketika.
3. Masukkan sosej yang dihiris nipis dan biarkan masak.
4. Masukkan nasi bersama sayur campur dan bahan perasa. Gaul rata dan biarkan masak sehingga nasi garing.
5. Angkat dan hidangkan.
2. Nasi Goreng Telur Masin
Bahan-bahan :
500 gram nasi putih
80 gram isi ayam
1 biji telur masin
100 gram kangkung
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Cara memasak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.
2. Kemudian masukkan isi ayam dan pecahkan telur masin. Biarkan telur masak seketika.
3. Masukkan nasi putih bersama kangkung dan perasa secukupnya.
4. Gaul rata dan angkat.
3. Nasi Goreng Bunga Kantan
Bahan-bahan :
500 gram nasi putih
80 gram isi ayam
2 batang bunga kantan dihiris nipis
100 gram kangkung
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Cara memasak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.
2. Kemudian masukkan telur dan biarkan masak seketika.
3. Masukkan nasi putih bersama bunga kantan dan kangkung.
4. Masukkan perasa secukupnya, gaul rata dan angkat.
4. Nasi Goreng Yong Chow
Bahan-bahan :
500 gram nasi putih
80 gram sayur campuran
100 gram isi ayam
80 gram kek ikan (fish ball)
60 gram bebola ikan
2 biji telur
1 sudu teh minyak bijan
5 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Cara memasak :
1. Panaskan minyak dan masukkan isi ayam, kek ikan serta bebola ikan. Biarkan masak seketika.
2. Kemudian pecahkan telur dan kacau sehingga kering.
3. Masukkan nasi putih bersama sayur campur dan kacau sehingga sebati.
4. Tambahkan perasa dan akhir sekali masukkan minyak bijan.
5. Angkat dan hidangkan.
5. Nasi Goreng Sambal Belacan
Bahan-bahan :
500 gram nasi putih
150 isi ayam
80 gram sambal belacan
80 gram kubis bulat
5 batang kacang botol
2 biji telur
3 ulas bawang putih
5 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan pecahkan telur. Kacau rata.
2. Masukkan sambal belacan bersama isi ayam dan kacau sehingga masak.
3. Apabila ayam sudah sebati dan masak, masukkan nasi putih beserta sayuran.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan nasi sedikit garing.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mendidik ibu bapa mengenai barah pornografi lebih sukar berbanding mendidik anak-anak, demikian pendapat yang dikongsikan Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi.
Menurut hantaran itu, seorang ibu kepada murid perempuan darjah enam di sebuah sekolah telah dipanggil gara-gara anaknya membawa telefon bimbit ke sekolah.
Lebih parah, guru mendapati telefon bimbit berkenaan mengandungi banyak video lucah saat dirampas.
“…Tengok Seorang-Seorang Dekat Rumah Dah Lah!”
Bagaimanapun, reaksi ibu berkenaan terhadap anaknya sangat menghampakan guru yang turut berada di situ
“Kenapa bawa handphone pergi sekolah? Kan dan kantoi! Tengok seorang-seorang dekat rumah dahlah!” kata ibu berkenaan melalui penceritaan Akhi Fairuz di hantaran tersebut.
Reaksi tersebut bukan sahaja menunjukkan ibu berkenaan seolah-olah tidak risau mengenai anaknya menonton video lucah seawal usia 12 tahun, malah seperti menormalisasikan perbuatan tersebut sebagai sesuatu yang sepatutnya dilakukan ketika bersendirian.
Hantaran Akhi Fairuz itu sudah menerima sebanyak 1,300 perkongsian semula dan 740 komen di laman Facebook.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.