Di zaman serba moden ini, banyak prosedur perubatan yang boleh membantu seseorang untuk yang mengalami masalah berat badan.
Antaranya ialah prosedur potong usus, atau dikenali sebagai pembedahan bariatrik.
Bagi selebriti seperti Diana Danielle, dia juga menerima tawaran menjalani prosedur itu namun tidak mendapat keizinan suaminya Farid Kamil.
Memetik laporan Gempak, Farid berpendirian bahawa ada cara lain yang lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
“Saya tak benarkan Diana buat benda itu sebab bagi saya potong usus adalah perkara yang melampau.
Gemuk Kerana Diri, Kurus Juga Kerana Diri
“Saya percaya yang menggemukkan badan adalah kita jadi yang menguruskan kembali pun adalah kita. Tidak ada benda lain melainkan kesedaran diri sendiri,” katanya.
Tambahnya, dia juga pernah melihat kondisi perut sahabatnya yang pernah melakukan prosedur tersebut.
“Saya rasa impak bariatrik itu lebih banyak berbanding kelebihan yang ada dan saya juga pernah lihat perut kawan saya yang lakukan bariatrik. Nampak agak pelik bila tengok.
Ads
“Setengah orang melakukan atas sebab faktor kesihatan manakala setengah lagi ada yang buat dengan tujuan untuk kurus, bergantung,” ujarnya.
Untuk rekod, Diana mengakui mengalami pertambahan berat badan susulan pertambahan selera makan.
Pertambahan berat badan Diana turut merubah bentuk badannya menjadi lebih berisi sehingga ada yang menyangkanya sedang mengandung.
Demi mendapatkan berat badan yang ideal, diet ialah salah satu pilihan termudah bagi beberapa masyarakat. Namun, ketika melakukannya, banyak orang melakukan kesalahan tanpa sedar dalam melakukan diet. Berikut beberapa kesalahan berdiet dan cara mengatasinya.
1 Tidak menghitung kalori dalam minuman
Jangan lupa untuk menghitung berapa jumlah kalori dalam minuman anda. Kopi atau minuman manis yang anda ambil mungkin dapat mengandungi beberapa ratus kalori. Bahkan jus buah dan minuman bersoda juga mengandungi kalori. Selain itu, dengan mengambil pelbagai minuman ini, rasa lapar anda pun tidak akan berkurang dan anda tetap perlu makan sehingga berakhir dengan mengambil lebih banyak kalori daripada yang telah dirancang. Daripada anda meneka-neka berapa kalori yang ada dalam minuman bersoda atau kopi anda, lebih baik pilih air putih. Air merupakan salah satu elemen penting untuk membakar kalori. Jika anda mengalami dehidrasi, maka metabolisme tubuh pun akan menurun dan membuat penurunan berat badan lebih lambat. Minum sekurangnya lapan gelas atau lebih air putih setiap harinya membakar lebih banyak kalori.
2 Tidak minum susu
Abaikan setiap saranan yang meminta anda untuk menghindari susu penuh krim, keju, dan ais krim ketika berdiet. Tubuh membakar lebih banyak lemak bila anda mengambil cukup kalsium setiap hari dan menghasilkan lebih banyak lemak bila anda kekurangan kalsium. Mengambil suplemen kalsium seperti tidak memberikan kesan yang sama dengan mengambil susu dan produk tenusu. Bila anda risau lemak yang ada di dalam susu penuh krim, gantilah dengan susu rendah lemak.
3 Sering mengambil makanan segera
Jam makan tengah hari yang terbatas kadang membuat anda mengambil jalan pintas dengan makan makanan segera. Seseorang yang mengambil makanan segera lebih dari dua kali seminggu akan mengalami peningkatan berat badan sebanyak lima kilogram lebih banyak daripada orang yang hanya mengambil makanan segera kurang dari satu kali setiap minggu. Bila anda sangat sibuk sehingga waktu makan tengah hari anda jadi sangat terbatas, ini adalah alasan yang kuat untuk menyiapkan bekal makan tengah hari dari rumah. Jika terpaksa perlu makan tengah hari di luar pejabat, maka kurangkan saiz hidangan makanan anda menjadi setengah saja atau pilihlah menu masakan yang rendah kalori dan tinggi protein. Anda juga boleh memenuhi meja kerja dengan makanan sihat seperti roti gandum, sayuran kering, kacang-kacangan dan buah-buahan.
4 Menetapkan sasaran terlalu tinggi
Menetapkan sasaran yang terlalu tinggi dapat membuat anda kecewa ketika tidak berhasil mencapainya atau bahkan membuat anda tidak memulai diet kerana tahu bahawa hal itu mustahil. Tentu saja sesiapapun berhak untuk menetapkan sasaran dan memperoleh berat badan yang ideal. Tetapi jangan lupakan bahawa diet lebih kepada perubahan gaya hidup untuk mencapai kualiti kesihatan yang lebih baik. Diet bukan tentang perlumbaan atau mencapai kesempurnaan. Kunci daripada diet yang berhasil ialah dengan menetapkan sasaran-sasaran kecil yang mampu anda raih dalam tempoh tertentu secara konsisten. Misalnya anda menetapkan untuk menurunkan berat badan dua kilogram saja satu bulan. Apabila anda konsisten dalam mencapainya, maka berat badan anda akan turun sebanyak 24 kilogram dalam setahun. Hal ini lebih mudah dilakukan kerana terjadi secara bertahap dan tidak memberikan beban mental yang terlalu besar.
5 . Tidak bersenam
Jika anda tidak bersenam, maka anda hanya bergantung pada diet saja untuk menurunkan berat badan. Ingatlah bahawa bila anda lebih aktif, maka akan lebih banyak kalori yang anda bakar untuk mendorong penurunan berat badan.
Senaman selama 60-90 minit, tiga hingga empat kali seminggu, wajib dilakukan. Paduan aerobik berupa joging dan jalan kaki, masing-masing berselang-seling setiap tiga minit, cukup efektif membakar lemak. Jika tidak sempat, berjalan kaki keliling rumah atau ruang pejabat selama lima minit setiap selang satu jam boleh membakar 200-300 kalori.
MAKAN SECARA SIHAT PENTING UNTUK MENGHINDARI BEBERAPA MASALAH KESIHATAN YANG BIASA BERLAKU PADA BULAN PUASA SEPERTI SEMBELIT, MAKANAN TIDAK HADAM, KEMBUNG PERUT, PEDIH ULU HATI DAN KANDUNGAN GULA RENDAH DALAM DARAH.
IA JUGA PENTING UNTUK MEMBOLEHKAN SESEORANG ITU BERPUASA DENGAN SELESA DI SAMPING MENDAPAT FADILAT RAMADAN. JUSTERU, MAKANLAH SECARA SEDERHANA DAN PASTIKAN PENGAMBILAN HIDANGAN SEIMBANG UNTUK KEKAL SIHAT PADA BULAN PUASA.
Walaupun berpuasa, kita perlu mengamalkan asas makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis hidangan secara sederhana dan seimbang. Kita mesti mengambil makanan daripada semua kumpulan makanan berasaskan Piramid Makanan Malaysia.
1.PILIH MAKANAN RINGAN DAHULU
Ini kerana tidak ada satu makanan yang dapat membekalkan semua nutrien diperlukan tubuh. Makanan yang diambil mestilah mengandungi kumpulan makanan berikut:
– Nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin
– Buah dan sayur
– Ikan, ayam, daging dan kekacang
– Susu dan produk tenusu
– Sedikit minyak, lemak, gula dan garam
Jangan makan secara berlebihan sewaktu berbuka puasa kerana selepas seharian berpuasa, aktiviti gastrik di dalam perut akan menurun pada tahap minimum. Apabila kita mengambil makanan semasa berbuka puasa, aktiviti gastrik akan meningkat. Kebiasaannya kita akan mengambil makanan yang banyak sewaktu berbuka puasa.
Ini menyebabkan peningkatan asid yang terlalu mendadak. Keadaan ini akan mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh menjejaskan kesihatan.
Justeru, makanlah makanan ringan terlebih dulu sewaktu berbuka puasa untuk mengelakkan peningkatan aktiviti gastrik yang mendadak.
2.AMBIL KURMA DAHULU
Mengikut sunah Rasulullah SAW, kita digalakkan mengambil tiga biji kurma sebagai makanan pertama sewaktu berbuka puasa. Kurma bukan saja kaya dengan tenaga, tetapi mengandungi serat, vitamin dan mineral.
Ini diikuti dengan separuh cawan jus buah-buahan. Selepas itu, bolehlah mengambil satu mangkuk kecil sup sayur berserta satu atau dua keping roti.
Pengambilan makanan ini dalam kuantiti yang betul boleh mengembalikan paras gula rendah dalam darah kepada paras normal. Namun, hadkan pengambilan makanan manis seperti kuih, kek dan air manis sewaktu berbuka puasa.
Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula boleh mengakibatkan peningkatan berat badan walaupun pada bulan puasa.
3.MAKAN SELEPAS TARAWIH
Makan malam yang lebih berat digalakkan sebaik saja selesai mengerjakan solat Maghrib. Hidangan makan malam yang disarankan ialah satu setengah cawan nasi putih, seketul ikan atau ayam dan secawan sayur campur.
Jika boleh, elakkan makanan berminyak dan bersantan. Ambil buah serta lebihkan minum air kosong. Hidangan lewat malam atau moreh, boleh diambil jika perlu.
Elakkan mengambil makanan yang berat, cukuplah sekadar snek ringkas seperti kacang, sandwic, yogurt, roti, biskut, satu atau dua ketul kuih dan segelas susu.
4.MINUM AIR MASAK BANYAK SEMASA BERBUKA
Lebihkan pengambilan air kosong. Pengambilan makanan berat seperti mi atau nasi mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh mengganggu tidur anda.
Sembelit pada bulan puasa adalah masalah yang mungkin boleh berlaku disebabkan kita kurang minum air dan makanan berserat serta banyak makan makanan diproses.
Sekiranya mengalami masalah ini, tingkatkan pengambilan air, buah serta sayur. Pastikan ambil enam hingga lapan gelas air, tiga hidangan sayur dan setengah cawan sayur serta dua biji buah sehari.
Pengambilan air juga boleh diambil dalam bentuk jus buah atau sup sayur. Untuk mengelakkan kehilangan air dari dalam badan, kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein seperti teh, kopi atau minuman berkarbonat.
Kurangkan kekerapan mengambil makanan segera yang tinggi kandungan lemak dan garam. Selain itu, lakukan juga senaman ringan seperti regangan dan berjalan untuk membantu melancarkan sistem penghadaman.
Pengambilan air mencukupi
Walaupun berpuasa, kita perlu mengambil enam hingga lapan gelas air sehari. Air penting untuk fungsi badan yang sempurna. Pengambilan air yang mencukupi juga perlu untuk mencegah sembelit.
Kekurangan pengambilan air boleh mengakibatkan kita keletihan. Jika boleh, utamakan air kosong. Namun, kita boleh mengambil air dalam bentuk jus buah ataupun susu rendah lemak.
Elakkan pengambilan air manis yang mengandungi pewarna dan perisa tiruan. Ketika berbuka puasa, digalakkan menyediakan sendiri air minuman di rumah kerana ia lebih terjamin kebersihannya.
Selain minum air, kita juga boleh meningkatkan pengambilan cecair dengan mengambil sup sayur atau jus buah. Berikut beberapa cara yang boleh diamalkan untuk membantu meningkatkan pengambilan air:
– Minum dua gelas air sewaktu berbuka. Ini termasuk jus buah ataupun susu rendah lemak.
– Minum dua hingga tiga gelas air sebelum tidur.
– Minum dua gelas air sewaktu bersahur.
BERIKUT BEBERAPA PANDUAN UNTUK ANDA KEKAL CERGAS PADA BULAN PUASA
– Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.
– Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk melakukan aktiviti fizikal ialah setengah jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.
– Minum banyak air terutama air kosong untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.
– Elakkan mengambil minuman berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat makanan oleh badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dunia hiburan digital Malaysia membuktikan bahawa penstriman kini menjadi fenomena budaya apabila sooka menganjurkan sooka Gilerrr Streaming Challenge di Pavilion Bukit Jalil. Acara sehari ini mengumpulkan seramai 273 peserta yang berentap dalam siri cabaran fizikal sambil terus menstrim kandungan sooka secara langsung.
Dengan penyertaan luar biasa ini, sooka secara rasmi mencatat pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori Peserta Terbanyak dalam Cabaran Penstriman Multitasking.
Untuk acara sulung kategori ini, pengiktirafan tersebut membuktikan betapa kuatnya budaya streaming dalam kalangan generasi muda yang mahukan hiburan interaktif dan tidak konvensional.
Sejak awal pagi, Pavilion Bukit Jalil dibanjiri peserta dan peminat yang hadir untuk menyaksikan cabaran paling unik dan menyeronokkan tahun ini.
Tujuan utama acara ini bukan sekadar mencatat rekod, tetapi meraikan semangat rakyat Malaysia yang energetic dan obses dengan hiburan serta sukan digital yang semakin berkembang.
Acara sooka Gilerrr Streaming Challenge turut menjadi platform peserta menunjukkan ketahanan fizikal, fokus mental, dan keupayaan multitasking dalam keadaan paling mencabar.
Turut hadir menyerikan acara ialah duta jenama sooka — Evertts Gomes, Aiman Ameer, Wani Kayrie dan Kimberly Chuah selain persembahan finalis Dewi Remaja, peserta Jaguh Rakan Muda, finalis Astro Star Quest serta pelakon Astro Originals dan sooka Shorts.
Walaupun kelihatan santai, setiap cabaran sebenarnya menguji fokus, refleks dan koordinasi peserta.
Antara cabaran utama termasuk sooka says yang memerlukan peserta menuruti arahan pantas, pusingan gangguan pontianak yang mencabar ketenangan mental, freeze challenge serta cabaran tin keseimbangan yang menguji koordinasi sambil terus menstrim secara langsung di platform sooka.
Pemenang utama membawa pulang Proton e.MAS 5, manakala peserta lain memenangi hadiah termasuk TV Samsung QLED 85 inci, iPhone 17 Pro Max, MacBook Air, PlayStation 5 Pro, DJI Pocket 3 Creator Combo dan Dyson Supersonic.
Selain mencatat rekod, acara ini turut memperkenalkan pratonton eksklusif sooka Shorts — format mikrodrama baharu yang akan mula dilancarkan Disember 2025.
Dengan episod pendek dan padat, sooka Shorts menampilkan tajuk menarik seperti Mandrem, Gadis Dihina Pemilik Empayar, Mak Kau CEO Aku dan Raja Fitnah.
sooka turut merancang kerjasama dengan studio serantau bagi memperluaskan kandungan vernakular termasuk mikrodrama Korea, sekali gus mengukuhkan kedudukan jenama ini sebagai peneraju hiburan tempatan digital.
Acara ini disokong oleh Pavilion Bukit Jalil sebagai penaja lokasi dan Vida sebagai penaja minuman, menjadikan suasana sooka Gilerrr Streaming Challenge lebih meriah dan penuh tenaga positif sepanjang hari.
sooka Gilerrr Streaming Challenge bukan sekadar pertandingan unik, ia adalah bukti bahawa dunia penstriman kini menjadi sebahagian daripada gaya hidup moden.
Pengiktirafan Malaysia Book of Records membuktikan pengaruh besar sooka dalam dunia hiburan digital, sementara pelancaran sooka Shorts menandakan masa depan baharu untuk mikrodrama tempatan yang lebih segar dan kreatif.
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.