Dalam dunia bola sepak yang penuh dengan drama dan aksi mendebarkan, pengadil sering menjadi individu paling kontroversi di atas padang.
Namun, apa yang ramai tidak tahu ialah pengadil Liga Perdana Inggeris (EPL) bukan sahaja mengawal permainan tetapi juga menikmati gaji lumayan yang jauh mengatasi beberapa profesion elit lain di United Kingdom.
Pendapatan Lumayan, Ceburi Bidang Pengadilan Berbaloi?
Menurut Ketua Pegawai Pengadilan EPL, Howard Webb, pengadil utama dalam liga tersebut boleh meraih sehingga £250,000 (RM1.43 juta) setahun.
Jumlah ini menjadikan mereka antara individu berpendapatan tinggi dalam industri sukan dan meletakkan profesion pengadilan EPL setaraf dengan kerjaya elit lain seperti kewangan, undang-undang, dan insurans.
Secara purata, pengadil EPL memperoleh antara £170,000 hingga £180,000 setahun, dengan gaji asas bermula daripada £72,000 hingga £148,000 bergantung kepada pengalaman dan tahap senioriti.
Selain itu, mereka turut menerima bonus prestasi dan bayaran per perlawanan yang menambah lagi pendapatan tahunan mereka.
Ads
Anthony Taylor & Michael Oliver Raih Pendapatan Tertinggi
Antara nama yang paling menonjol dalam dunia pengadilan EPL ialah Anthony Taylor dan Michael Oliver.
Mereka dianggarkan meraih hampir £250,000 setahun hanya daripada tugas mengadili perlawanan EPL sahaja. Pengadil yang berada dalam kumpulan Select Group 1, yang terdiri daripada pegawai yang kurang berpengalaman, juga memperoleh sekitar £125,000 setahun.
Selain itu, badan pengadil profesional, Professional Game Match Officials Limited (PGMOL), turut memperuntukkan sekitar £240,000 untuk setiap pengadil, termasuk caruman pencen dan insurans kebangsaan.
Bukan sekadar bertugas di EPL, pengadil juga berpeluang untuk menambah pendapatan dengan mengadili perlawanan antarabangsa.
Dalam Liga Juara-Juara UEFA (UCL), pengadil menerima bayaran antara £5,300 hingga £9,000 untuk setiap perlawanan, manakala dalam kejohanan utama FIFA seperti Piala Dunia, mereka boleh memperoleh antara £38,700 hingga £54,000, tidak termasuk bonus.
Melihat kepada angka pendapatan yang didedahkan, jelas bahawa menjadi pengadil EPL bukan sekadar tugas yang mencabar, tetapi juga satu kerjaya yang mampu menjamin masa depan.
Ads
Dengan gaji lumayan dan peluang mengadili perlawanan berprestij di peringkat antarabangsa, profesion ini boleh menjadi pilihan menarik bagi mereka yang meminati bola sepak dan mempunyai keberanian untuk membuat keputusan penting di atas padang.
Sumber : Astro Awani
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai yang berpendapat bahawa untuk mendapatkan otot yang besar dan kuat, anda perlu menghabiskan berjam-jam di gimnasium. Namun, kunci utama ialah memilih senaman yang tepat dan melakukannya secara konsisten.
Untuk mantapkan otot dan bakar lemak dengan cepat, ini ada lima jenis senaman yang boleh anda jadikan amalan.
1. Burpees (Bodyweight / Weighted)
Burpees merupakan senaman yang mencabar kekuatan seluruh badan. Ia juga memberi kelebihan untuk ketahanan otot dan jantung. Bagi anda yang ingin membina stamina yang tinggi sambil merendahkan lemak badan, senaman ini sememangnya sesuai kerana ia sangat mujarab.
2. Lunges (Bodyweight / Weighted)
Senaman ini sangat efektif dalam melatih kekuatan dan bina otot kaki dan membakar lemak dengan cepat. Bukan itu sahaja, stamina badan anda juga akan meningkat kerana lunges bukan sekadar senaman untuk orang membina badan, sebaliknya ia merupakan senaman untuk memberi kecergasan.
3. Push Up (Bodyweight / Weighted)
Senaman push up sememangnya senaman yang sangat popular. Dengan mengamalkan push up, badan anda akan lebih berotot, kuat dan nampak bergaya. Ia menggunakan keseluruhan badan dengan penekanan pada otot bahu, dada dan triceps.
4. Dip (Bodyweight / Weighted)
Jika anda lemah dalam bench press, cuba lakukan senaman dip dalam masa beberapa minggu. Percayalah, kekuatan bench press anda akan meningkat. Bukan itu sahaja, senaman ini juga adalah senaman yang sangat versatil kerana ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja tidak kira di rumah, pejabat, gym ataupun taman permainan. Kelebihannya hampir sama dengan senaman bench press.
5. Chin Up (Bodyweight / Weighted)
Kalau anda perlu memilih satu sahaja senaman untuk bahagian belakang, lakukan chin up bagi mempercepatkan pembesaran otot belakang anda. Percayalah dengan melakukan senaman chin up, anda boleh mendapatkan otot belakang yang kembang seperti kepak. Mudah sahaja caranya, anda hanya perlukan bergayut pada satu palang sahaja untuk mendapatkan otot belakang yang mantap.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ya, mengapa tidak. Ini kerana senaman squats mampu membantu anda mendapatkan bentuk tubuh badan terutamanya di bahagian punggung dan peha tampil lebih mantap dan pejal.
Wanita pasti akan menoleh tengok buat kali kedua jika mereka melintas anda. Tak percaya? Cubalah lakukan squats secara konsisten dan MASKULIN boleh jamin penampilan anda akan berubah dengan drastik.
Terdapat beberapa jenis squats yang boleh anda cuba. Antaranya ialah;
Setiap squats yang MASKULIN nyatakan di atas mempunyai fokus terhadap otot-otot tertentu terutama di bahagian punggung, perut, peha dan bahagian badan. Secara keseluruhannya anda akan dapat banyak manfaat dan kelebihan apabila melakukan squats.
Ini 15 manfaat yang perolehi jika sentiasa mengamalkan senaman squats!
1.
Membina otot di seluruh badan
2.
Membakar lebih banyak lemak
3.
Meningkatkan kesihatan badan
4.
Mengekalkan tahap mobiliti anda
5.
Membantu anda meningkatkan tahap keseimbangan
6.
Tingkatkan prestasi sukan
7.
Mencegah kecederaan otot
8.
Mengukuhkan teras anda iaitu bahagian abdomen
9.
Menguatkan sendi
10.
Senaman yang bersifat praktikal
11.
Mempunyai variasi cara berbeza agar anda tak bosan
12.
Tak menelan kos yang tinggi
13.
Boleh dilakukan di mana saja
14.
Tidak perlukan ruang yang luas
15.
Meningkatkan tahap fleksibiliti badan anda
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat kaki gym, ada satu bahagian yang sering kali dipinggirkan. Jadi tak hairanlah kita sering lihat abang-abang sado di luar sana memiliki bentuk badan yang sangat cantik.
Tapi bila tengok bahagian kaki… alahai kecilnya bagai tak ikut nisbah sesuai dengan bentuk badan. Ingat, do not skip your leg day!
Jangan hanya galak dan asyik nak bina otot di bahagian atas badan sahaja. Bahagian kaki juga perlu diberikan tumpuan sewajarnya.
Senaman kuatkan kaki ini terbukti dapat meningkatkan prestasi larian dan mengelakkan berlakunya risiko kecederaan masa bersenam. Masa yang paling sesuai untuk anda melakukan senaman kaki ini adalah selepas anda melakukan larian jarak dekat, kerana ia penting untuk memanaskan otot.
1. CLOCK MOBILIZER
Berdiri tegak menggunakan kaki kiri dalam posisi di pertengahan jam. Kaki kanan di letakkan di posisi jam satu.
Pusingkan pinggang serta bawa kaki kanan dari arah jam 1 ke arah jam 7 dan tahan dalam masa 10 saat. Tangan kanan juga dibawa seiring dengan pergerakan kaki kanan.
INFO: Lakukan sebanyak lima kali bagi setiap kaki.
2. SINGLE LEG SQUAT
Imbangkan badan menggunakan kaki kiri dan kaki kanan diangkat rata ke belakang.
Rendahkan badan sebaik mungkin dan pastikan lutut kaki kanan tidak melepasi kaki kiri.
Berhenti seketika di posisi paling rendah dan tolak badan ke atas menggunakan tumit kaki kiri.
INFO: Ulang sebanyak 10 kali bagi setiap kaki.
3. CURTSY LUNGE
Berdiri tegak dan kaki kanan diletakkan di belakang kaki kiri dalam keadaan selari.
Tangan diletakkan rapat ke dada.
Rendahkan badan sebaik mungkin dan kaki kanan ditolak ke kiri.
Tolak badan ke atas menggunakan bahagian hadapan tapak kaki.
INFO: Tahan selama 30 saat bagi setiap kaki.
4. SINGLE LEG HIP HINGE
Imbangkan badan menggunakan kaki kiri dan angkat kaki kanan ke balakang dan pastikan ia selari dengan tubuh.
Rendahkan badan sebaik mungkin sambil mengimbangi badan.
Tolak semula badan ke atas dan ulang dengan kaki kanan.
INFO: Tahan selama 30 saat bagi setiap kaki.
5. HOP-UP
Berdiri menggunakan kaki kiri dan kaki kanan. Kedua-dua tangan diangkat ke belakang, manakala badan perlu direndahkan sedikit.
Lompat kehadapan menggunakan kaki kiri.
Pastikan anda imbangi badan.
INFO: Ulang sebanyak 10 kali bagi setiap kaki
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.