Tahun ini menyaksikan Garmin selaku jenama jam pintar dan GPS terkenal meraikan ulang tahunnya yang ke-30. Bersempena dengan sambutan ulang tahun tersebut Garmin telah memperkenalkan sebuah koleksi jam pintar premium iaitu MARQ Collection.
Koleksi jam mewah ini menampilkan beberapa siri jam yang menampilkan ciri-ciri istimewa dalam tradisi bidang berbeza seperti aotumotif, marin, outdoor, penerbangan dan sukan.
Dan bersempena tema itu jugalah mereka mengetengahkan sebanyak 6 siri jam pintar berbeza iaitu MARQ Aviator, MARQ Driver, MARQ Captain, MARQ Adventurer, MARQ Athlete dan MARQ Commander.
Pada pelancarannya yang berlangsung baru-baru ini, Garmin telah menjemput beberapa ikon terkenal bagi mewakili setiap siri jam yang diketengahkan. Mereka adalah Datuk Nicol David, legenda sukan squash negara; Chris Lau, jurnalis meda perang; Khairulnizam Mohd Afendy, atlet Olimpik sukan layar; Datuk Kapten Nik Huzlan, bekas ketua juruterbang Malaysian Airlines; dan Zen Low, pelumba kereta antarabangsa.
IKLAN
IKLAN
Majlis pengenalan model terbaru Garmin ini turut memberi ruang kepada jemputan ternama ini untuk sama-sama berkongsi pengalaman mereka dalam bidang masing-masing. Menariknya setiap seorang daripada mereka bukanlah calang-calang individu kerana sangat kaya dengan segala macam pengalaman.
Ekspresi inilah yang ingin diketengahkan oleh Garmin MARQ Collection yang menggunakan bahan premium, elemen rekaan eksklusif dan ciri-ciri paparan unik.
Kesemua koleksi daripada MARQ Collection ini boleh didapati di outlet Garmin seluruh negara dan Swiss Watch Gallery bermula dari 13 November 2019 yang berharga dari RM7,999 sehingga RM13,500.
Berapa banyak kempen pengiklanan di seluruh dunia?Sama ada di dalam industri fesyen, automobil mahupun makanan, masing-masing berlumba-lumba untuk menghasilkan kempen yang mampu menarik minat orang ramai. Namun, ada juga kempen yang mencetuskan kontroversi di seluruh dunia melalui gambar mahupun isi yang terkandung di dalam sesebuah iklan itu.
ALL NIPPON AIRLINES (ANA) RASICT COMMERCIAL
Video selama 30 saat ini menjadi kontroversi hebat di antara negara Barat juga negara Asia (Jepun). Perubahan lelaki pendek memakai blond wig juga hidung palsu selepas ayat “Let’s change the image of Japanese people”, menjadi perbualan orang ramai sehingga mencetuskan isu kontroversi dalam penghasilan video kempen oleh syarikat penerbangan ini.
AMERICAN APPAREL
Bukan pertama kali jenama pakaian ini mencetuskan kontroversi dalam industri fesyen, juga di kalangan orang awam. Penggunaan imej yang seksi juga dan sensual menjadi buah mulut orang ramai terhadap imej iklan ini. Bukan hanya di saman malah tahap penjualan jenama ini merosot impak dari imej pengiklanan yang agak liar itu.
DUNKIN’ DONUTS’
Kempen Dunkin’ Donuts’ Thailand ini mencipta isu bila mana menggunakan imej seorang gadis dengan menggunakan make-up berwarna hitam. Gara-gara itu, iklan ini mendapat tohmahan dari masyarakat sedunia apabila ia seolah-olah berbaur perkauman yang melambangkan black people. Ia bagai mengingatkan kepada abad ke 19th/20th di mana ia menjadi stereotaip bagi orang-orang berkulit hitam yang menjadi offensive symbols of a racist era.
Kebanyakkan orang alpa dengan kasut sukan yang dibeli oleh mereka. Tahukah anda bahawa kasut memainkan peranan penting dalam aktiviti harian setiap orang? Jangan main pillih je kasut tu. Ini antara tip untuk anda beli kasut yang berkualiti disamping harga yang berpatutan.
Memilih kasut berlari “saiz betul”.
Pakai kasut pada keselesaan anda! Pemilihan kasut yang cantik tidak memberi apa-apa manfaat kalau anda memakai dengan ketat. Berkualiti macam mana pun kasut anda, kalau kaki anda tidak boleh bernafas dengan baik, maka sia-sia saja anda beli. Terlalu ketat boleh membuatkan kaki anda tidak selesa dan jika terlalu longgar pun akan menyebabkan kaki anda mudah melecet. Jadi hati-hati apabila memilih kasut ye!
Cuba kedua-dua bahagian kasut ketika mencuba
Ada antara anda alpa dengan perkara ini. Kadang-kala anda hanya mencuba sebelah kaki saja. Tahukah anda bahawa setiap pasang kaki manusia mempunyai saiz yang berbeza-beza. Jangan pernah pakai sebelah kaki saja dan terus beli kasut tersebut, takut nanti menyesal bila dah balik rumah.
Lakukan penyelidikan asas
Sebelum anda membeli, sila gunakan khidmat google untuk mengetahui maklum balas dari mereka yang telah membeli. Jika anda ke laman sesawang produk tersebut pun, mereka ada menerangkan ciri-ciri sesebuah kasut itu untuk anda membuat pilihan. Penat kan, kalau nak pusing satu Mall, tapi tak kena citarasa? Jadi, sila gunakan kuasa jari anda.
Sneakers kat Tomazni pun macam menarik. Boleh klik sini:
Fahami trek anda
Anda sendiri tahu bagaimana dan dimana anda selalu bersenam. Banyak jenama kasut mengeluarkan kasut mengikut kesesuaian trek anda. Jika anda sering bersenam di atas jalan raya, cari kasut yang mempunyai tapak selesa dan boleh mengawal batu-batu kecil di jalanan. Jika anda sering bersenam di gym, pilih juga kasut yang berseuaian untuk permainan dalam bangunan.
Rado, jenama yang diiktiraf di peringkat global terkenal dengan rekaan inovatif dan penggunaan bahan bermutu tinggi dalam penghasilan jam tangan yang paling tahan lama di dunia. 17 Ogos lalu, Jam tangan terkemuka Swiss Rado telah meraikan pembukaan butik terbaharu dan terbesar di Malaysia dalam sebuah acara ekslusif di Suria KLCC.
Sebuah pertunjukan fesyen yang memberi fokus kepada tema Rado bagi tahun 2018 iaitu ‘The Elements of Time’ mempersembahkan beberapa rekaan terbaharu daripada koleksi HyperChrome, DiaMaster dan True, selain pelancaran koleksi eksklusif Rado di Malaysia iaitu koleksi True Thinline Nature.
Konsep Terbaharu ‘Master of Materials’
Rekabentuk butik Rado turut diberikan nafas baharu seiring dengan konsep terkini yang ingin ditampilkan melalui ciri-ciri asli dan elemen terbaharunya. Butik ini mengetengahkan rekabentuk kontras antara minimal dan kerja tangan bertekstur berasaskan bahan bermutu tinggi.
Walaupun butik terbaru Rado ini telah dibuka secara rasminya kepada orang ramai pada 4 Julai yang lalu, tetamu yang hadir pada acara ekslusif ini berpeluang melihat koleksi terkini Rado dengan lebih dekat. Kepada anda yang ingin mendapatkan koleksi ini, boleh segera ke butik berdekatan ataupun ke KLCC sendiri.
Keterampilan gaya elegan seseorang lelaki kini bukan hanya bergantung kepada paras rupa dan juga penjagaan badan yang baik. Pemilihan pakaian serta aksesori kini menjadi...