Garmin Run Asia Series 2024, yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini, sekali lagi menyatukan lebih 12,000 peserta yang penuh semangat untuk mencapai matlamat kesihatan mereka.
Hadir dengan tema “From Zero to Hero,” acara larian tahunan yang sangat popular ini membawa mesej yang jelas – tiada yang mustahil jika kita berusaha melangkah lebih jauh.
Ia bukan sekadar acara larian biasa tetapu merupakan cabang gaya hidup yang mendorong semua peserta untuk terus bergerak dan mencabar diri dalam mencapai impian yang lebih sihat.
Sebelum memulakan larian, para peserta disambut dengan sesi zumba yang rancak, yang bukan sahaja memanaskan badan tetapi juga mencipta aura yang penuh energi dan semangat kesukanan.
Kehadiran Alif Satar, selebriti tempatan dan duta luar Garmin, turut menambahkan kemeriahan apabila beliau sendiri turut serta dalam acara larian 10km.
Beliau bukan sahaja memberi sorakan kepada peminat, tetapi juga menjadi inspirasi untuk semua yang hadir dengan menunjukkan bahawa menjaga kesihatan adalah untuk semua peringkat umur.
Ads
Alif turut berkongsi, “Setiap tahun, saya terharu melihat komitmen rakyat Malaysia yang berusaha untuk kehidupan yang lebih sihat. Garmin Run Asia Series ini bukan sekadar larian tetapi satu platform di mana kita semua boleh bersama-sama untuk menyokong antara satu sama lain dalam mengejar impian kesihatan.”
Pelbagai Pilihan Jarak Larian
Garmin Run Asia Series 2024 menawarkan pilihan jarak 5km, 10km, dan 21km, sesuai untuk semua tahap kecergasan.
Bagi mereka yang baru bermula, 5km mungkin mencukupi untuk mencapai matlamat peribadi. Namun, untuk pelari tegar yang ingin mencabar diri, 10km dan 21km adalah pilihan yang lebih mencabar. Setiap peserta mempunyai matlamat sendiri, dan acara ini membantu mereka merealisasikannya dalam suasana yang penuh sokongan.
Apa yang menarik, Garmin bukan sahaja menyediakan platform untuk berlari tetapi turut menawarkan hadiah menarik bernilai lebih RM138,000 untuk peserta terbaik.
Ads
Lebih menarik, para peserta berpeluang memenangi jam tangan Garmin, produk aminoVital, dan barangan lain dalam cabutan bertuah.
Antara pemenang yang mendapat perhatian ialah Noor Amelia Musa, juara Kategori Terbuka Wanita 21km, yang mengungkapkan kegembiraan dapat menyertai acara profesional yang tersusun rapi. “Melintasi garisan penamat membuatkan saya berasa sangat bangga dengan diri sendiri,” kongsinya.
Inspirasi Gaya Hidup Sihat
Sebagai penaja acara, Garmin terus komited untuk menggalakkan masyarakat Malaysia mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.
Menurut Pengurus Negara Garmin Malaysia, Jimmy Chuang, “Kami sangat terharu melihat sambutan masyarakat Malaysia terhadap Garmin Run Asia Series. Kami berbangga dapat menyokong perjalanan setiap pelari dengan teknologi Garmin.”
Ads
Garmin Run Asia Series bukan sahaja acara sukan; ia adalah panggilan untuk kita semua mengambil langkah pertama dalam membina kehidupan yang lebih aktif dan sihat.
Dari peserta pemula hingga atlet berpengalaman, semuanya berkumpul dengan satu tujuan—mencapai versi terbaik diri.
Kali ini MASKULIN ingin share beberapa fakta menarik atau fun fact tentang beberapa undang-undang bola sepak yang mungkin selama ini anda sendiri tak tahu kewujudannya.
GOL SENDIRI
Pemain tidak boleh menjaringkan gol sendiri secara terus dari sepakan percuma atau lontaran ke dalam. Sebaliknya pihak lawan akan diberikan sepakan sudut.
SAMBUTAN BERLEBIHAN
Kad kuning diberikan ke atas pemain yang meraikan jaringan dengan keterlaluan adalah muktamad. Walaupun selepas itu pihak pengadil mendapati jaringan tidak sah dan dibatalkan.
KAD MERAH SEBELUM SEPAK MULA
Pemain boleh dikenakan kad merah sebelum bermulanya sepak mula. Tindakan yang tiada sifat kesukanan atau agresif ke atas penonton atau pemain lawan boleh dikenakan kad merah walaupun wisel belum ditiup.
GOL BOLA KEMEK
Andai kata bola yang dijaringkan didapati bocor atau kemek, jaringan tersebut tidak akan dikira. Ini kerana bola yang masuk ke dalam gawang haruslah berada dalam keadaan sempurna.
MINIMUM PEMAIN ATAS PADANG
Perlawanan hanya boleh diteruskan jika setiap pasukan mempunyai sekurang-kurangnya tujuh orang pemain. Jika ada lagi pemain dikenakan kad merah perlawanan akan dihentikan. Ini kerana maksimum kad merah untuk sebuah pasukan hanyalah empat.
BALING SHIN GUARD
Jika pemain lawan yang membuat benteng di dalam kotak penalti semasa sepakan percuma membaling ‘shin guard’ terhadap bola, pengadil akan memberikan sepakan penalti. Shin guard tersebut dianggap sebagai ‘extension’ kepada tangan pemain yang melontar.
LAWAN & BENTENG
Semasa sepakan percuma pemain menyerang perlu berada sekurang-kurangnya 1 ela daripada benteng pasukan bertahan. Peraturan ini diperkenalkan bermula musim 2019/20 bagi mengurangkan melengahkan perlawan dan keagresifan.
TIANG GOLA
Penjaga gol tidak dibenarkan menyentak tiang gol sehingga ia beralih kedudukan
Terdapat pelbagai undang-undang bola sepak yang MASKULIN sendiri pun tidak tahu bahawa ia selama ini wujud. Semoga perkongsian ini dapat memberikan pencerahan terutama buat anda peminat bola sepak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mempunyai matlamat yang jelas. Ia seharusnya munasabah dan boleh diterima akal manusia. Tulis matlamat anda dan letakkan ia di tempat yang mudah anda lihat agar anda terus motivasi.
Minum teh. Penyelidikan menunjukkan bahawa mereka yang minum teh hitam, hijau, atau putih-mempunyai BMI yang lebih rendah dan lemak badan yang kurang daripada mereka yang tidak menjadikan teh sebagai habit.
Makan lada cayenne. Satu kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Nutrition menunjukkan bahawa apabila dibandingkan dengan plasebo, capsaicin bahan aktif dalam cayenne-pembakaran lemak lebih tinggi dari jenis lada yang lain.
Kurangkan / menghapuskan karbohidrat yang diproses. Mereka tidak dapat membantu anda dalam menurunkan berat, malah mereka hebat dalam menambahkan berat badan anda.
Makan lebih banyak sayuran. Mereka buat perut anda terisi, menyediakan banyak serat dan hanya mempunyai sedikit saja kalori yang tidak membahayakan.
Makanan tambahan dengan pil minyak ikan. Satu kajian yang diterbitkan dalam lipids dimana kajian telah dijalankan terhadap tikus yang dipertingkatkan EPA dan DHA a.k.a. minyak ikan. Para penyelidik mendapati bahawa tikus yang memakan makanan yang lebih tinggi dalam lemak omega-3 mempunyai pengurangan lemak badan yang ketara.
Latihan full body. Pelan senaman anda tidak seharusnya hanya tertumpu pada satu kawasan. Sebaliknya, lakukan latihan yang menggunakan seluruh badan anda. Fikirkan: squats, deadlifts, dan pushups. Anda akan mendapat lebih banyak pencapaian untuk setiap latihan anda.
Mulakan makanan anda dengan salad. Salad akan menyediakan sebahagian besar untuk membantu mengisi perut anda supaya anda makan kurang kalori secara keseluruhan.
Jangan lupa serat. Pikirkan serat seperti spons, ia menyerap air dan membuat anda berasa kenyang.
Minum air. Profesor Dr. Brenda Davy dan pasukannya dari Virginia Tech University mendapati bahawa minumi 2 cawan air sebelum makan dalam setiap hidangan boleh menyebabkan penurunan berat badan yang lebih besar selepas 12 minggu. Sebabnya? Ia membantu perut anda berasa penuh.
Simpan jurnal makanan. Tidak ada cara yang lebih baik untuk record apa yang anda masukkan ke dalam mulut anda.
Timbang sendiri. Kajian menunjukkan berat badan setiap hari membantu meningkatkan usaha penurunan berat badan. Jangan terlalu taksub dengan nombor tersebut. Anda mampu mengubahnya.
Makan telur keseluruhan. Harian. Satu kajian yang diterbitkan beberapa tahun yang lalu menunjukkan bahawa mereka yang makan telur sebiji mampu untuk meningkatkan HDL (baik) kolesterol.
Makan sebahagian besar makanan anda di A.M. Kemudian kurangkan [engambilan pada sebelah petang dan jangan makan pada waktu malam. Satu Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Nutrition menunjukkan bahawa makan kebanyakan kalori anda pada waktu pagi mempengaruhi perubahan berat badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lumrah manusia. Yang gemuk nak kurus dan yang kurus pula nak naikkan berat badan.
Mungkin ramai memandang remeh akan masalah yang dialami oleh lelaki yang memunyai berat badan yang kurang. Sebenarnya mereka juga berdepan dengan masalah yang lebih kurang sama dengan obesiti.
Selain memberi kesan terhadap fizikal, keyakinan diri juga terjejas teruk dengan kondisi mereka. Jadi antara dilema utama yang dihadapi oleh insan yang berbadan kurus ialah bagaimana untuk menambah berat badan.
Mungkin anda dah lakukan macam-macam dan berusaha tapi masih tak berhasil. Terlebih dahulu anda jangan salahkan diri sendiri. Ini kerana setiap orang mempunyai kadar metabolism yang berbeza.
Bagi anda yang kurang berat badan mungkin anda boleh cuba teknik yang MASKULIN kongsi di bawah.
ELAK MAKANAN BERLEMAK & BERGORENG
Pastikan mengambil makanan yang tinggi kalori dan makan makanan yang dimasak dengan cara yang dikukus, direbus atau dibakar lebih baik daripada digoreng kerana makanan bergoreng mengandungi lebih banyak lemak (dari minyak yang digoreng).
PROTEIN, KARBOHIDRAT & SERAT
Bekalan protein sangat penting untuk anda membina otot. Oleh itu pilihlah makanan tinggi protein tapi rendah lemak antaranya seperti telur, dada ayam, susu rendah lemak,susu soya non-GMO dan sebagainya.
Sumber dari karbohidrat juga penting untuk bekalkan sumber tenaga berpanjangan. Sayur dan buah-buahan adalah sumber serat yang membekalkan vitamin dan mineral untuk badan. Buah-buahan kering seperti kismis, kurma sangat membantu tambah berat badan. Makan di antara selingan waktu makan utama.
BERSENAM
Jangan ingat anda kurus tapi boleh skip bersenam ya! Bersenamlah sekurang-kurangnya 3-4 kali dalam seminggu. Dan ambil masa selama 10- 15 minit sahaja.
Untuk senaman tambah berat badan disarankan lebih kepada latihan kardio untuk meningkatkan otot secara tepat. Aktiviti yang sesuai seperti berenang, joging atau boleh dilakukan di mana saja seperti aktiviti squat, sit up, push up, pull up atau senamrobik.
Banyak minum air atau jus buah-buahan segar, susu organik atau serbuk protein sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Makan dalam kuantiti yang sedikit secara kerap dan konsisten, ia penting untuk tambah jisim otot dan elak kehilangan tisu-tisu penting. Ini cara terbaik untuk tambah berat badan.
REHAT & TIDUR YANG CUKUP
Pastikan anda dapat rehat yang menukupi. Pastikan anda sekurang-kurangnya tidur 7 atau 8 jam sehari bagi membantu pembentukan otot dan proses pemulihan badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.