Kesihatan lelaki sering menjadi topik yang kurang diberi perhatian, walhal ia sama pentingnya dengan kesihatan wanita.
Dalam dunia yang penuh tekanan dan gaya hidup serba pantas, lelaki perlu memastikan mereka menjaga kesejahteraan tubuh dan minda.
Berikut adalah beberapa tip kesihatan khusus untuk lelaki, termasuk senaman, pemakanan dan kepentingan pemeriksaan kesihatan berkala.
Senaman Untuk Lelaki
Senaman adalah kunci utama untuk kekal sihat. Aktiviti seperti latihan kardio, kekuatan dan fleksibiliti dapat membantu mengekalkan tubuh yang sihat.
Contohnya, berjoging, berbasikal atau berenang boleh meningkatkan kesihatan jantung dan stamina.
Manakala, latihan kekuatan seperti angkat berat atau push-up mampu membina otot dan tulang yang kuat.
Ads
Pemakanan Untuk Tenaga dan Kesihatan
Pemakanan yang seimbang memainkan peranan penting dalam mengekalkan tenaga sepanjang hari.
Pastikan anda mengambil protein berkualiti seperti ayam, ikan, telur dan kekacang untuk pembinaan otot.
Pilih karbohidrat kompleks seperti beras perang dan oat untuk sumber tenaga yang berpanjangan.
Lemak sihat seperti avokado dan minyak zaitun baik untuk jantung, manakala buah-buahan serta sayur-sayuran menyediakan vitamin dan serat yang diperlukan tubuh.
Kepentingan Pemeriksaan Kesihatan Berkala
Walaupun anda merasa sihat, pemeriksaan kesihatan berkala adalah langkah penting untuk mencegah penyakit.
Ads
Pemeriksaan tekanan darah, paras kolesterol dan gula dalam darah perlu dilakukan setiap tahun.
Lelaki berusia 40 tahun ke atas disarankan untuk memeriksa kesihatan prostat, lebih-lebih lagi jika terdapat sejarah keluarga yang pernah menghidap kanser prostat.
Menjalani gaya hidup sihat memerlukan usaha yang konsisten.
Ads
Mulakan dengan langkah kecil seperti berjalan kaki selama 10 minit sehari atau menggantikan snek tidak sihat dengan buah-buahan.
Dari masa ke masa, perubahan kecil ini akan membawa kepada hasil yang besar.
Kesihatan adalah harta yang paling berharga dan lelaki perlu menjadikannya sebagai keutamaan.
Jangan tunggu sehingga sakit untuk bertindak. Mulakan gaya hidup sihat anda hari ini!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
@maskulinmy 🌲 MASKULIN Who’s Your Bro kembali lagi dengan episod ke-3 menjanjikan lebih banyak aksi adrenalin lebih mencabar! Kali ini, 12 bros dibawa ke hutan belantara untuk mengharungi Log Jam Challenge! 💪🔥 Apakah cabaran yang menanti mereka kali ini? Siapa bro, siapa lawan? 🤔 📺🌲 Jangan lupa saksikan ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ malam ini jam 9PM di Astro Ria! #maskulin#maskulinwhosyourbro#SiapaBroSiapaLawan#Ideaktiv#astro#astroria♬ original sound – Maskulin
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa tak kenal dengan pelakon Thailand yang pernah mendapat gelaran Hundred Million Hero selepas mencipta nama dan dikenali di pentas antarabangsa menerusi filem box office Nang Nak dan Bang Rajan.
Terbaru, berita duka diterima apabila Winai Kraibutr, 54, dilaporkan meninggal dunia pada 20 Mac yang lepas, lapor portal 8days.
Winai yang cukup terkenal menerusi watak Mak dalam filem romantik seram, Nang Nak (1999) meninggal dunia akibat penyakit Bullous Pemphigoid.
Ia merupakan penyakit kanser kulit yang jarang ditemui dan mendiang menderita penyakit tersebut sejak lima tahun lepas.
Menerusi satu hantaran di media sosial isterinya, Chonrada Saenrangsi memaklumkan mendiang meninggal dunia di Hospital Bangkok selepas alami masalah tekanan darah rendah dan jangkitan kuman pada salur darah.
Kata isterinya lagi, tahap kesihatan Winai merosot sejak 15 Mac yang lepas, sebelum diserang sawan dua hari kemudian. Selepas itu, mendiang dilaporkan tidak sedarkan diri dan akhirnya disahkan meninggal dunia minggu lepas.
Menurut 8days, kehidupan Winai berubah selepas dia didiagnosis menghidap Bullous Pemphigoid, penyakit autoimun yang menyebabkan lepuh pada kulit pada tahun 2019.
Takziah kami ucapkan buat ahli keluarga Winai Kraibutr.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Umum sedia maklum yang minuman jus buah-buahan segar mempunyai manfaat kepada kesihatan, namun tahukan anda yang minuman ini boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan anda?
Bahkan, minuman jus buah-buahan segar adalah lebih memudaratkan daripada minuman berkarbonat jika anda salah faham mengenai kandungannya.
Menurut perkongsian seorang doktor iaitu Dr Onn Akbar Ali di laman media sosialnya, beliau bimbang dengan tanggapan masyarakat yang menganggap jus buah-buahan adalah satu minuman yang sihat.
Beliau yang juga seorang pakar jantung itu adakalanya berpendapat yang lebih baik jika anda minum minuman berkarbonat berbanding jus buah-buahan.
“Sebab apabila kita minum air Coca-Cola atau Pepsi, kita tahu bahawa minuman itu adalah tidak sihat, minuman itu adalah banyak gula dan kandungan-kandungan yang tak bagi apa-apa manfaat,” katanya.
Disebabkan sedar yang minuman berkarbonat bukanlah pilihan terbaik untuk kesihatan, akan timbul rasa bersalah dan was-was dalam diri seseorang sekaligus membuatkannya mengehadkan pengambilan minuman itu, jelas Dr Onn lagi.
Hasil Dari Buah Tidak Semestinya Sihat
Berbeza dengan jus buah-buahan, ramai yang meminumnya tanpa rasa bersalah kerana beranggapan yang minuman itu adalah minuman yang sihat.
“Bangun pagi minum air jus. Petang-petang bila dahaga cuaca panas, minum air jus sejuk. Malam-malam sebelum tidur tengah layan Netflix, minum lagi jus sebab dia rasa benda itu sihat,” ujar Dr Onn.
Walaupun ia terhasil daripada sumber semula jadi seperti buah-buahan, menganggapnya sebagai satu minuman yang sihat adalah tanggapan yang salah.
Dr Onn menjelaskan yang kandungan jus buah-buahan itu hanyalah air dan buah-buahan sahaja tanpa sebarang khasiat lain.
“Ambil buah kita perah jus, keluarkan air dan gula. Serat semua kita buang,” jelasnya lagi.
“Sebab itu kadang-kadang saya rasa minum air jus lebih bahaya sebab apabila orang minum air jus. Dia ingat dalam kepala otak dia tengah buat perkara yang baik, minuman itu adalah minuman yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan”.
Kevin Zahri merupakan seorang pakar kesihatan dan kecergasan terkenal di Malaysia. Beliau lebih dikenali sebagai “Cikgu Fitness” di kalangan peminatnya dan telah memainkan peranan penting dalam mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif di negara ini.
Terpanggil untuk memberikan pandangan mengenai trend makanan dengan ‘portion’ berlambak-lambak dan berlimpah-limpah di kalangan rakyat Malaysia.
Tak Perlu Risau
Pakar kecergasan terkenal ini menyatakan tidak perlu risau untuk menikmati makanan viral kerana ia merupakan sebuah kurniaan dari YANG MAHA ESA.
“Makanan viral bagi saya tidak ada masalah, pilih atau makanlah bila-bila pun, cuma cukuplah dengan menghadkan jumlah pengambilan,” ujarnya.
Kevin turut menitipkan pesanan supaya memilih makanan secara bermaruah sekali gus membeli sekadar untuk merasa dan tidak mahu ketinggalan trend.
Tambah beliau lagi, dalam urusan pengambilan makanan dan penjagaan kesihatan kena seimbang supaya boleh makan apa sahaja tetapi tetap sihat.