Penjagaan rambut di kalangan lelaki pada zaman sekarang ini sudah menjadi satu perkara yang sangat penting. Bukan sahaja untuk penampilan lebih menarik tetapi ia juga penting bagi membina keyakinan diri.
Selain itu melakukan potongan rambut secara rutin boleh memastikan kesihatan kulit kepala dan rambut dapat dijaga dengan sebaik.
Salah satu jenis gaya potongan yang cukup popular di kalangan lelaki ialah ‘crew cut’. Ia merupakan salah satu gaya rambut klasik cukup trendy di kalangan lelaki.
Gaya ini mudah untuk dirawat dan memberikan penampilan yang bersih dan rapi. Berikut MASKULIN kongsikan beberapa langkah untuk mendapatkan gaya rambut crew cut:
Peralatan yang Diperlukan:
Gunting rambut
Alat cukur rambut (clippers) dengan pelbagai saiz penjaga
Sikat
Cermin
Pengepit rambut
Produk penataan rambut
Langkah-langkah:
Bersiap Sedia: Pastikan rambut anda bersih dan kering. Rambut yang lembap boleh membuatkan proses cukuran menjadi lebih sukar.
Ads
Pilih Panjang Rambut: Pilih saiz penjaga pada alat cukur rambut anda. Untuk gaya crew cut klasik, biasanya panjang rambut di bahagian atas kepala adalah sedikit lebih panjang berbanding dengan sisi dan belakang kepala.
Mulakan Potongan: Mulakan potongan dari bawah kepala, naikkan mesin rambut atau alat cukur rambut anda dengan perlahan-lahan mengikut bentuk kepala. Lakukan gerakan yang konsisten dan rata.
Sisi Kepala: Cukur sisi kepala dengan arah yang sama. Pastikan untuk mengangkat alat cukur rambut apabila anda mendekati bahagian atas kepala untuk mencipta gradien yang halus.
Cukur Bahagian Atas: Gunakan gunting dan sisir untuk mencukur bahagian atas kepala. Sisir rambut ke atas dan gunakan gunting untuk memotong rambut ke panjang yang diinginkan. Pastikan panjang rambut di bahagian atas kepala sedikit lebih panjang daripada sisi dan belakang.
Ads
Ratakan dan Sempurnakan: Gunakan alat cukur rambut sekali lagi untuk meratakan dan menyempurnakan bahagian sisi dan belakang kepala. Pastikan semua bahagian telah dicukur dengan rata dan simetri.
Cuci dan Keringkan: Cuci rambut anda untuk menghilangkan rambut yang telah dipotong dan keringkan rambut dengan tuala atau pengering rambut.
Penggayaan: Gunakan produk penataan rambut jika diinginkan untuk memberikan bentuk dan penampilan yang lebih tegas.
Ads
Periksa Semula: Gunakan cermin untuk memeriksa dari semua sudut dan pastikan cukuran rambut anda rata dan simetri.
Penyesuaian Akhir: Buat penyesuaian akhir jika perlu, dan pastikan anda berpuas hati dengan hasilnya.
Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda seharusnya dapat mencapai gaya rambut crew cut yang rapi dan bergaya.
Jangan lupa untuk merawat rambut anda dengan produk penjagaan rambut yang baik untuk menjaga kesehatan dan kilau rambut anda.
Selamat mencuba!
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah tak anda dengar istilah ‘less is more’? Ya, bila bercakap tentang perfume ia merupakan perkara asa yang cukup penting. Perfume anda gunakan sudah cukup mahal untuk membazir dengan semburan tak tentu hala. Usah lakukan semburan perfume di beberapa lokasi badan.
Ini kerana ia bukan sahaja membazirkan perfume dan tidak memberikan bau yang diinginkan tetapi boleh mendatangkan bau tidak enak.
Usah lakukan semburan yang hanya membuatkan anda rasa tidak selesa sepanjang. Sebagai lelaki, bau badan merupakan ‘senjata’ sangat penting dalam aktiviti harian terutama bila bersama orang lain.
Melakukan semburan perfume umpama meletakkan ceri di atas sepotong kek yang sedap. Ia melengkapkan penampilan anda yang sedia kacak. Jadi kalu ini MASKULIN ingin kongsi beberapa lokasi yang perlu anda elak semasa melakukan semburan perfume.
MATA
Ini yang paling jelas. Tapi usah terkejut jika MASKULN katakan sudah ada kes orang yang sembur perfume di mata. Bukan sahaja tidak berkesan malah menyakitkan kerama kebanyakan perfume mengandungi bahan beralkohol.
Foto: Freepik
RAMBUT
Selurus atau segak macam mana sekali pun rambut ia tidak sesuai untuk disembur dengan perfume. Sesetengah orang ada masalah kepala berbau dan cuba menyembunyikannya dengan perfume. Itu tindakan yang salah kerana boleh menyebabkan rambut rosak.
TAPAK TANGAN
Melakukan semburan di pergelangan tangan itu merupakan tip yang kita semua lakukan kerana di situ terletaknya nadi. Namun ada juga orang yang melakukan semburan di atas tapak dan permukaan tangan. Ia sebenarnya tidak elok kerana boleh menyebabkan kulit menjadi bertambah kering. Jika diamalkan kulit boleh merekah dan rosak.
Foto: 8photo / Freepik
BAWAH LENGAN
Ini satu lagi lokasi yang ramai lelaki lakukan semburan. Mungkin kerana ketiadaan deodoran mereka melakukan semburan di bawah lengan. Namun semburan ini boleh menyebabkan kulit bawah lengan berdepan masalah gatal-gatal. Dan ia juga berbau busuk dengan kombinasi bau badan yang kuat.
KAWASAN ‘LELAKI’
Melakukan semburan di bahagian ‘lelaki’ anda juga tidak elok sebenarnya. Ia boleh menyebabkan kulit menjadi kering, gatal dan jika ada luka menjadi angat sakit.
Jika anda ingin melakukan semburan dengan cara yang betul boleh rujuk artikel yang pernah MASKULIN kongsi di sini.
Dan jika anda ingin mencari perfume berbau sedap pada harga menarik, boleh dapatkannya di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dinafikan ada sesetengah lelaki secara semula jadinya lahir dengan wajah yang elok dan tampan. Apa sahaja yang mereka gayakan pasti nampak sedap saja siapa memandangnya.
Namun ramai juga tidak tahu bahawa keremajaan itu satu sifat yang tidak kekal! Faktor penjagaan diri sangat penting bagi penampilan lelaki. Rupa paras boleh diberikan sentuhan dengan pelbagai kepakaran dalam dunia peragaan sekarang, Jadi jangan ingat nada berwajah elok maka tidak harus melakukan penjagaan diri dengan baik.
Jika anda ingin kekal kacak, bergaya dan berpenampilan menarik jangan abaikan 7 perkara MASKULIN kongsikan di bawah.
GUNA PRODUK SESUAI DENGAN KULIT
Percaya atau tak masih ada lelaki yang mencuci wajah guna sabun! Sabun boleh menyebabkan kulit wajah jadi lebih kering, jadi berikan mereka set lengkap pencuci muka, penyegar dan pelembab. Bagi anda yang nak jimat, kongsi sahaja dengan pasangan.
TRIM BULU HIDUNG
Si dia akan perasan terutama mengenai bulu-bulu yang tidak sepatutnya muncul pada wajah anda. Mereka lebih rela untuk berbual bersama lelaki yang mulutnya berbau dari mereka yang bulunya tumbuh di merata tempat.Anda harus memperbaiki penampilan anda dan uruskan bulu-bulu di hidung atau telinga anda agar tidak terlalu kelihatan.
PENJAGAAN GIGI
Senyuman yang memikat datang dari gigi yang putih tersusun rapi. Cadangkan anda dan pasangan untuk melakukan pemeriksaan gigi sekurang-kurang setahun sekali. Benar lelaki yang paling kacak ialah memiliki gigi putih sihat dan nafas yang tidak berbau. Oops!
BERSENAM DAN JAGA MAKAN
Kalau tengok badan Hritik Roshan atau Zul Ariffin bergetar jiwa tapi bila tengok suami berkecai hati, tak baik macam itu. Apa kata anda mula menjaga diet dan makan makanan lengkap nutrisi. Sambil itu, rajinkan diri untuk beriadah atau bersenam. Cuba check mana-mana pusat gim yang ada pakej untuk couple, lagi seronok bersenam bersama kesayangan kan.
Potongan rambut pada seorang lelaki ialah kunci peribadi mereka. Betapa pentingnya untuk mendapatkan gaya rambut yang sesuai mengikut wajah dan tekstur rambut. Bukan itu sahaja, pastikan juga tahu cara menjaga rambut dan sentiasa alert bila kena trim!
KESEGARAN MATA
Lelaki mudah mendapat kedutan dibahagian kerana atas faktor usia dan bebanan stress yang dihadapi. Kedutan, lingkaran gelap bawah mata dan sembap buat si dia tampak berusia dari umur sebenar! Isteri terutamanya sila ajar suami anda untuk menyapu krim bawah mata setiap pagi dan malam sebelum tidur.
SENTIASA POTONG KUKU
Kebanyakan kaum lelaki lupa untuk melihat sekitar kuku, terutamanya kuku kaki! Jangan ingat para wanita sahaja yang wajib merias dan mengemas kuku begitu juga dengan lelaki. Cukup kuku kelihatan bersih dan pendek kerana kuku panjang dan kotor penyebab penyakit.
Buat jejaka kacak sekalian, jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk tip serta perkongsian menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Golongan lelaki hari ini kurang memberi penekanan kepada masalah blackhead ini. Jika dibiarkan, ia boleh memudaratkan muka kamu dan ia boleh jadi semakin besar. Muka kamu akan kelihatan tida bersih dan tidak rata. Jom bersihkan dengan cara paling mudah!
Mari kita atasi masalah pori, blackhead dan whitehead ni dengan menggunakan 7 bahan ini di rumah.
1. Ais
Ais meningkatkan simulasi pengaliran darah pada kulit dan seterusnya membina kulit lebih sihat.
Caranya : Balut kiub ais dalam dain dan tekap pada bahagian bermasalah selama 30 saat. Lakukan sekerap yang mungkin.
Jika tidak sempat, cuci muka dengan air berais sehari sekali. Untuk lebih efektif, gantikan air dengan jus timun, jus epal atau teh hijau yang dibekukan.
2. Cuka Epal
Menegangkan kulit, mengurangkan pori dan mengembalikan kestabilan pH kulit muka.
Caranya : Campurkan cuka epal ke dalam air. Dengan menggunakan kapas, celup dan sapukan pada kulit muka. Biarkan kering dan bilas. Sebaiknya lakukan setiap malam selepas mencuci muka.
3. Putih Telur
Mengecutkan liang yang terbuka dan mengurangkan minyak berlebihan di muka.
Caranya : Pukul putih telur dan sapu pada muka. biarkan kering baru dibilas. Untuk kesan yang efektif, selepas sapu putih telur di muka, lindunginya dengan meletakkan tisu di atasnya. Tarik tisu apabila putih telur betul-betul kering. Lakukan 2 kali seminggu.
4. Jus Lemon
Mengurangkan bukaan pori dan blackhead serta mencerahkan wajah.
Caranya : Campurkan satu sudu madu ke dalam jus lemon. Sapu pada muka dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas. Lakukan setiap hari selama sebulan dan hasilnya pasti menakjubkan.
5. Timun
Mengecutkan liang yang terbuka dan mengembalikan seri wajah.
Caranya : Ekstrak jus daripada sebiji timun. Rendam kapas dalam jus dan sapu pada muka. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Lakukan setiap hari selama sebulan.
6. Yogurt
Membuang minyak yang berlebihan, membuang sel kulit mati, mengurangkan garis halus dan kedut di muka.
Caranya : Sapu yogurt pada muka. Biarkan selama 10 minit baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin.
7. Oat
Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Caranya : Campurkan 5 sudu madu dan 2 sudu susu tepung dalam 2 sudu oatmeal. Gaul sampai sebati dan sapu pada muka. Kemudian urut perlahan-lahan. Sesudah itu, biarkan ia kering barulah dibilas.
sumber: purebyso.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.