Kekal sihat dan cergas di usia 50an merupakan suatu perkara yang boleh dikecapi jika sudah mula mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif sejak usia muda, demikian yang dialami oleh penyanyi kumpulan rock era 90an, Rahmad Mega.
Rahmad Mega, atau nama sebenarnya Rahmad Tohak mendedahkan yang dia memang gemar bersenam sejak usia remaja selain tidak merokok dan elak berpeleseran di waktu malam.
“Penjagaan itu bermula daripada remaja, bukan zaman kita dah sakit baru nak jaga,” ujarnya menerusi sebuah klip video yang dikongsikan Media Hiburan.
Tambahnya, kesan daripada aktiviti yang telah diamalkan sejak remaja itu akan dirasai apabila sudah meningkat usia.
Pelantun lagu malar segar Takdir dan Waktu itu percaya yang aktiviti itu mampu menjaga kecergasan dan daya tahan dirinya dan mengurangkan risiko penyakit selain daripada penyakit seiring usia seperti sakit pinggang yang dialaminya.
“Sebab saya pernah jatuh masa zaman main motor dulu,” jelasnya ringkas.
Baginya, kecergasan serta daya tahan badan yang mantap amat penting baginya sebagai seorang penyanyi apatah lagi kebanyakan lagu-lagunya bernada tinggi dan sukar untuk dinyanyikan.
Tetapkan Pendirian Tidak Merokok
Selain itu, Rahmad juga mempunyai pendirian yang teguh bagi mengawal diri dari terjebak dengan aktiviti menghisap rokok.
Rahmad tidak menafikan pernah mencuba merokok suatu ketika dahulu ketika diajak rakan, namun dia mampu mengawal diri daripada terus terjebak dan ketagih dengan aktiviti tidak sihat itu.
Bahkan, kini Rahmad juga peka dengan persekitaran dan akan segera beredar jika mendapati ada seseorang yang merokok di sekelilingnya.
Berkongsi mengenai rutin kecergasannya, Rahmad memberitahu yang dia lebih gemar untuk melompat tali skip berbanding rutin lamanya berjoging.
“Dulu mesti berjoging sebanyak tiga hingga empat kali dalam seminggu. Kalau saya ‘cuti’ sehari, saya dah risau. Dua hari lagi saya risau,” kongsinya.
“Sekarang, kalau saya rasa dalam dua ke tiga minggu tidak bersenam saya akan skipping untuk dapatkan stamina,” tambah Rahmad.
Buat peminat sukan automotif, Formula 1 (F1) merupakan tahap tertinggi bagi seseorang pemandu sama ada dari segi teknologi, kelajuan, populariti dan juga kemahsyuran.
Di dalam dunia F1 mempunyai stamina dan kecergasan yang bukanlah satu pilihan tetapi suatu keperluan. Sepanjang musim perlumbaan yang mencabar, pemandu F1 perlu mengekalkan tahap kecergasan tinggi untuk menghadapi tekanan fizikal dan mental yang melampau di atas trek.
Untuk mengekalkan tahap kecergasan dan kondisi mental yang baik sepanjang musim bukanlah satu perkara yang mudah. Kali ini MASKULIN igin kongsikan untuk anda akan beberapa aspek utama bagaimana pemandu F1 menyediakan diri bagi cabaran setiap perlumbaan.
Latihan Kardiovaskular
Pemandu F1 menjalani latihan kardiovaskular yang cukup berdisiplin bagi meningkatkan kemampuan atau kapasiti jantung dan paru-paru mereka.
Aktiviti seperti berlari, berenang dan berbasikal adalah sebahagian daripada rutin harian. Sesetengah pemandu juga mengambil bahagian dalam triatlon dan maraton untuk mengukur dan meningkatkan stamina mereka.
Latihan Kekuatan
Meskipun mereka mungkin tidak terlihat seperti angkat berat, pemandu F1 perlu mempunyai kekuatan otot yang cukup untuk mengawal kenderaan mereka yang bergerak laju di trek.
Latihan kekuatan membantu dalam membangunkan otot-otot core, bahu, dan lengan yang kuat. Ini juga membantu dalam meningkatkan daya tahan mereka terhadap kecederaan.
Latihan Keseimbangan dan Fleksibiliti
Mereka turut menghabiskan masa yang banyak di dalam kokpit yang sempit yang menuntut keseimbangan dan fleksibiliti baik.
Latihan seperti yoga dan pilates juga dapat membantu mereka mengembangkan keseimbangan, fleksibiliti dan konsentrasi yang diperlukan.
Simulator Perlumbaan
Pemandu F1 juga menghabiskan masa yang banyak di simulator perlumbaan untuk mengasah kemahiran memandu mereka sambil membangunkan kecergasan fizikal.
Simulator ini meniru keadaan sebenar di trek dan membantu pemandu membiasakan diri dengan tekanan fizikal dan mental semasa perlumbaan.
Pemakanan dan Pemulihan
Pemakanan yang seimbang sangat penting untuk memastikan pemandu Formula 1 mendapat nutrien yang diperlukan untuk berprestasi di tahap terbaik. Selain itu, pemulihan adalah sebahagian penting dari program kecergasan mereka.
Pemandu F1 mengambil masa untuk berehat dan pulih, serta menjalani rawatan fizioterapi untuk memastikan mereka bersedia untuk cabaran seterusnya.
Psikologi Sukan
Pemandu Formula 1 juga bekerja dengan ahli psikologi sukan untuk mengembangkan mentaliti pemenang dan mengelola tekanan yang datang dengan persaingan pada tahap tertinggi.
Melalui dedikasi dan latihan yang tak kenal lelah, pemandu Formula 1 mengukuhkan diri mereka bukan sahaja sebagai atlet yang luar biasa, tetapi juga sebagai contoh kecemerlangan di dalam dunia sukan motor.
Program kecergasan komprehensif ini memastikan bahawa mereka berada pada puncak kecergasan, siap sedia untuk menghadapi cabaran dan tekanan yang terbawa dengan kejuaraan sukan permotoran elit seperti ini.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat anda yang aktif melakukan aktiviti senaman di pusat kecergasan atau gimnasium pastinya tidak asing lagi dengan rutin ini.
Bench press atau juga dikenali sebagai chect press merupakan sejenis rutin senaman atau latihan bebanan di mana seseorang itu menekan beban ke atas sambil berbaring di atas bangku latihan bebanan.
Bentuk sebaman seperti menjadi sangat popular kerana ia mampu membantu meningkatkan kekuatan di bahagian atas badan serta daya tahan, kuasa dan saiz otot. Bagi melakukannya anda hanya perlu menggunakan bangku untuk berbaring secara rata dan barbel yang anda boleh menambah pemberat dari semasa ke semasa.
Ia adalah senaman berbilang sendi yang melatih banyak otot dada, bahu, dan juga lengan. Ketika melakukan bench press anda menurunkan berat badan ke paras dada dan kemudian menekan ke atas sambil memanjangkan tangan anda. Pergerakan ini dianggap satu ulangan atau reps.
Namun seperti rutin senaman yang lain ia perlu dilakukan dengan teknik dan cara yang betul. Bukan sahaja ia boleh melancarkan senaman malah mampu mengelak berdepan kecederaan yang serius.
Berikut MASKULIN kongsikan 10 kesilapan utama yang ramai orang buat ketika bench press.
BEBANAN TERLALU BERAT
Mungkin sebab terlalu teruja atau ingin buktikan sesuatu. Walhal ia satu kesilapan jika memilih bebaban berat tidak sesuai dengan stamina dan kekuatan diri. Ia bukan sahaja boleh meningkatkan risiko kecederaan serius malah merencatkan rutin senaman.
KELEBARAN GRIP SALAH
Walaupun variasi bench press seperti close grip bench press dan wide grip bench press ini adalah variasi untuk memenuhi tujuan yang berbeza. Ia menyediakan corak pergerakan yang berbeza dan menggerakkan otot yang berbeza.
Lebar cengkaman ideal anda bergantung pada struktur badan anda, tetapi secara amnya anda harus menyasarkan lebar yang menyebabkan lengan bawah anda menegak di bahagian paling bawah lif dengan pergelangan tangan dan siku anda disusun terus di atas satu sama lain.
KEDUDUKAN PERGELANGAN TANGAN
Membengkokkan pergelangan tangan akan meletakkan banyak tekanan pada sendi di bahagian tersebut. Lalu menyebabkan angkatan menjadi kurang efetktif serta boleh mecederakan tangan.
RENDAHKAN BAR TERLALU TINGGI DARI DADA
Jika anda melakukan teknik bench press yang betul kesilapan ini automatik akan dapat dielakkan. Menurunkan bar ke kawasan leher anda boleh memberi tekanan yang tidak perlu pada bahu dan boleh berbahaya apabila anda naik ke beban yang lebih berat.
UPPER BACK FLAT
Bahagian upper back atau punggung anda tidak seharusnya dalam keadaan rata. Sebaliknya anda ingin angkat sedikit bahagian tulang kipas dan membantu posisi yang baik untuk melakukan bench press.
Melakukan penekan bangku dengan punggung atas yang rata meningkatkan tekanan pada sendi bahu anda apabila ia terputus hubungan dengan bangku.
KAKI TIDAK MENYENTUH LANTAI
Tidak mempunyai tapak yang kukuh dengan kaki semasa melakukan angkatan akan meletakkan anda dalam kedudukan yang tidak stabil dan mengurangkan kekuatan anda. Ini kerana anda tidak boleh mendapatkan daya daripada mendorong kaki ke tanah.
TANPA BANTUAN SPOTTER
Senaman bench press sememangnya cukup unik kerana ia menuntut kita mendapatkan bantuan dari spotter di kalangan staf gimnasium.
ANGKAT PUNGGUNG
Ini adalah kesilapan biasa dan cukup sinonim ramai orang buat. Ia di mana seseorang itu mengangkat glute mereka semasa mereka menekan bar kembali ke atas.
Secara teknikal akan membantu anda mengangkat palang, tetapi ini bukan cara paling berkesan untuk menyasarkan otot bahagian atas badan anda.
LANTUNAN PARAS DADA
Jika memerlukan momentum untuk melakukan angkatan jangan sesekali melakukan lantunan pada bar. Jika anda kerao melakukannya ia petanda bebanan itu tidak sesuai dan terlalu birat ubtuk anda.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat yang mantap untuk anda semua!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tiada alasan lelaki nak kurus sebab kajian mengatakan, lelaki mudah kurus dan turunkan berat badan berbanding wanita.
Ramai wanita yang merungut susah nak turunkan berat badan walaupun mereka dah buat macam-macam. Kalau berat mereka turun pun agak perlahan dan lambat.
Sebenarnya memang ada perbezaan yang ketara antara lelaki dan wanita, malah lelaki lebih mudah mencapai sasaran menurunkan berat berbanding wanita.
Perkara ini diperakui oleh pakar selepas pelbagai kajian dan penyelidikan tentang perbandingan jantina dilakukan.
Jurnal Diabetes, Obesiti dan Metabolisme yang dikaji oleh sekumpulan saintis telah menghimpunkan lebih daripada 2,000 orang dewasa yang berdepan dengan masalah pra-diabetes dan obesiti dari Eropah, Australia dan New Zealand.
Kesemua individu ini menjalani diet 800 kalori sehari yang terdiri daripada sup dan bijirin selama lapan minggu dan makan 375 gram sayur-sayuran rendah kalori yang terdiri daripada tomato, timun dan salad.
Selepas tempoh lapan minggu, saintis mendapati golongan lelaki turun berat badan paling banyak iaitu purata 11.8 kg berbanding wanita hanya sekitar 10.2 kg. Selain berat badan, kajian juga mendapati kadar lemak dalam badan turun.
Bukan itu sahaja, 35% lelaki dan wanita melaporkan tahap glukosa darah cenderung normal dan tidak lagi pra-diabetes. Pra-diabetes merupakan keadaan kadar gula darah bermula di atas normal, tetapi tidak sehingga diabetes.
Secara umumnya, ini membuktikan lelaki mempunyai metabolisme lebih tinggi dan lebih lemak viscera. Malah disebabkan lelaki mengambil lebih banyak kalori setiap hari daripada wanita, maka kesan pengurangan kalori lelaki akan lebih cepat.
Ini 5 sebab kenapa lelaki lebih mudah hilang berat badan seperti yang dilaporkan dalam beberapa laman portal kesihatan menurut kajian oleh penyelidik.
Portal Verywell menerusi sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Applied Physiology mendapati lelaki mempunyai 10 hingga 15% lebih banyak otot daripada wanita. Semakin banyak otot yang lelaki miliki, maka lebih banyak kalori yang akan dibakar, walaupun korang dalam keadaan rehat.
Ini kerana otot adalah bahagian tubuh yang aktif metabolik, maka ia cenderung untuk membakar lebih mudah apata lagi jika ditambah dengan senaman yang konsisten.
Bagi wanita pula, lemak subkutan yang meraka miliki melekat pada permukaan kulit. Biasanya, lemak ini tersebar di sekitar paha, punggung dan pinggul kerana ia akan digunakan untuk melahirkan anak. Ia tidak aktif secara metabolik maka sukar untuk dibakar dengan aktiviti atau senaman.
Hormon estrogen dalam tubuh wanita berperanan penting untuk penyediaan mereka semasa bersalin anak dan meningkatkan libido hubungan intim. Malah hormon ini juga menyebabkan wanita sukar menurunkan berat badan.
Menurut penyelidik dari Universiti New South Wales, estrogen membakar kalori lebih banyak selepas makan kerana ia memulihkan jumlah lemak yang terkumpul di dalam badan. Lemak ini kemudiannya digunakan sebagai persediaan untuk melahirkan anak, terutamanya di bahagian pelvis wanita.
3. Tubuh lelaki cepat memberi reaksi
Disebabkan kadar metabolisme yang tinggi dan hormon, tubuh lelaki memberi reaksi segera apabila korang dalam usaha menurunkan berat badan. Menurut Jurnal Nutrisi British, lelaki dua kali lebih banyak kehilangan berat badan dalam tempoh dua bulan pertama selepas menyertai program diet seperti Atkins, Slim-Fast dan Weight Watchers berbanding wanita. Namun selepas bulan ke-6, kadar penurunan agak statik manakala wanita kekal menurun walaupun pada tahap perlahan.
Tidak seperti lelaki, wanita tergolong dalam kategori “emotional eater” atau pemakan emosi. Menurut penyelidik dari Makmal Kebangsaan Brookhaven, apabila wanita terdedah kepada bau atau melihat makanan tertentu, niat makan mereka lebih tinggi berbanding lelaki.
Apabila wanita stres, panik atau depresi, mereka mudah memberikan respons terhadap makan. Kalau lelaki pula lebih memilih rokok, minum alkohol atau terlibat dalam aktiviti lain untuk menghilangkan stres, panik atau depresi.
5. Wanita lebih mudah dan cepat panas letih ketika bersenam
Apabila bersenam wanita cenderung untuk rasa cepat panas, mudah letih dan lemah kerana kapasiti paru-paru wanita lebih kecil berbanding lelaki. Ini menyebabkan sistem pernafasan wanita terpaksa bekerja keras untuk memproses oksigen ke dalam badan ketika mereka bersenam, selain menyebabkan lemak subkutan dalam tubuh wanita tidak terbakar dengan cepat seperti otot lelaki.