Makanan berlemak, pedas, berasid, berangin, coklat, bawang, kopi dan minuman berkarbonat sememangnya kegemaran Malaysia. Bak kata sesetengah orang, kalau tak pedas tak ‘kick’, malah ada yang berulam cili padi dengan menggigitnya sewaktu dimakan bersama nasi. Memang enak makan berasaskan makanan seperti itu, apatah lagi ia sememangnya selera Asia. Namun tahukah anda, memakan makanan berkenaan tanpa pemantauan sepatutnya boleh menyebabkan seseorang itu diserang simptom pedih hulu hati atau refluks gastroesofagus (GERD).
Masalah ini menjadikan penyakit ini kerap berlaku di Asia dan makin meningkat disebabkan perubahan diet, obesiti dan tekanan. Menurut Gastroenterologi Ubat Dalaman, Hospital Universiti Santo Tomas, Dr Denis C Ngo, pakar perubatan kini melihat peningkatan bilangan kes keadaan gangguan gastrousus (GI) teruk dan kronik seperti GERD, ulser peptik dan pedih hulu hati. Di Filipina, kelaziman esofagitis menghakis (radang esofagus disebabkan GERD) meningkat daripada 2.9 peratus kepada 6.3 peratus dalam tempoh enam tahun.
Ads
“Di Malaysia, penyakit ini meningkat dua peratus kepada 8.4 peratus dalam tempoh 10 tahun manakala kajian trend semasa menunjukkan kadar esofagitis di Taiwan meningkat lebih dua kali ganda iaitu lima peratus kepada 12.6 peratus dalam tempoh tujuh tahun.
Ads
Ads
“Selain pedih hulu hati, pesakit GERD dan GI mengalami kesukaran menelan (disfagia), kekurangan tenaga, gangguan tidur dan kualiti hidup lebih rendah berbanding keadaan penyakit kronik lain seperti kencing manis, artritis atau kegagalan jantung kongestif,”
Kelaziman pesakit GERD lebih tinggi di Asia. Keadaan ini membimbangkan sehingga pesakit bukan hanya memerlukan kelegaan cepat bagi keadaan GI, malah rawatan berkekalan menggunakan perencat pam proton (PPI) dalam jangka panjang. PPI disahkan sebagai rawatan asas kawalan dan pengurusan GI berkaitan asid kronik. Ia merencatkan enzim (susu protein dalam sel perut yang menghasilkan asid) bagi merembeskan asid.
“Kajian menunjukkan tidak semua PPI merencat keberkesanan clopidogrel pada tahap sama. Penemuan ini mempunyai implikasi mendalam berkenaan bagaimana doktor boleh memilih PPI lebih selamat,” Hasil data keselamatan yang dikeluarkan doktor dan pesakit mempunyai lebih jaminan bahawa terapi PPI selamat digunakan untuk rawatan jangka masa panjang bagi GERD dan keadaan gastrousus teruk.
Makanan dan minuman yang perlu dielak jika anda menghidap GERD
Arak
Minuman berkafein
Minuman berkarbonat
Coklat
Buah-buahan sitrus
Perasa pudina
Makanan lemak atau bergoreng
Makanan pedas, terutama berperisa bawang putih dan bawang merah
Makanan berasaskan tomato seperti piza atau sos spageti atau cili
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selepas melancarkan beberapa lagu seperti Wanita Terindah, Cinderella dan Wanita Terakhir, nampaknya pelakon Fattah Amin beranikan diri tampil dengan lagu bertemakan hari raya pula.
Muzik video nyanyian Fattah Amin yang dimuat naik di salah sebuah laman hiburan di Instagram mendapat lebih 40,000 tontonan.
Namun Fattah Amin terus berdepan dengan kritikan dan tohmahan netizen mengenai lagu terbarunya itu yang dinyanyikan secara live ketika menghadiri rancangan Wanita Hari Ini.
Ada yang mendakwa suaranya sumbang dan sengau, malah ada juga yang meminta Fattah fokus dalam bidang lakonan berbanding nyanyian.
Lebih teruk lagi apabila ada yang mengatakan Fattah Amin dan isterinya, Fazura tidak boleh menyanyi tetapi tidak menyedari hakikat itu.
Mungkin lain orang lain cara mereka mendengar tetapi mungkin ada je yang merasakan nyanyian pasangan romantis ini sedap dan masih diterima dalam kalangan peminat mereka.
Apa yang penting, netizen jangan tahu nak kecam je, cuba beri pandangan dalam bentuk yang lebih sopan dan beretika ye!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa yang tidak sedih apabila tidak dapat bersama keluarga tersayang menyambut Ramadan dan Aidilfitri, apatah lagi jika ia terpaksa disambut di balik tirai besi.
Sebagai seorang yang pernah bergelar banduan suatu ketika dahulu, Ameng Spring menyifatkan sambutan Ramadan lebih sayu berbanding Aidilfitir di penjara.
Pemilik nama sebenar Wan Aminuddin Wan Ismail itu berkongsi pengalamannya menerusi laporan Gempak.
Muncul sebagai tetamu dalam salah satu episod Borak Dulu Baru Buka, Ameng menyifatkan pengalaman berpuasa di dalam penjara sebagai ‘keras’.
“Sambut Ramadan di dalam penjara sangat ‘keras’. Makan tidak tentu hala, berebut-rebut.
“Sahur pada pukul 11 malam, kalau tidak makan mereka akan ambil makanan yang diberi.
“Warden pula agak keras dan kita juga ada tekanan emosi. Fikir anak, isteri, ibu.
“Pada saya Ramadan lebih sedih daripada Aidilfitri,” ujar Ameng.
Walaupun sayu, Ameng menyifatkan ia adalah bulan paling berkualiti bagi dirinya. Malah sepanjang menyambut Ramadan di penjara, Ameng berjaya khatam Al Quran sebanyak tiga kali.
“Untuk saya, hidup paling berkualiti pada Ramadan. Setiap masa duduk dalam air sembahyang.
“Saya boleh khatam tiga kali dalam Ramadan. Seratus peratus saya habiskan masa mengaji. Jadi setiap 10 hari saya dapat khatam sekali,” katanya.
Justeru Ameng menitipkan pesan buat semua umat Islam agar memberi fokus setiap Ramadan datang.
“Jika ini adalah Ramadan terakhir buat saya atau kita semua, fokus dan khusyuk. Jangan lepaskan Ramadan berlalu begitu sahaja,” pesan Ameng.
Untuk rekod, Ameng pernah dipenjara selama lapan tahun bermula pada 2011 atas tiga kesalahan dengan dua daripada kerana memiliki dadah.
Melancarkan prospektus bagi syarikat Go Hub Capital Berhad (Go Hub) merupakan satu langkah cukup signifikan dalam perniagaan mereka.
Sebagai penyedia penyelesaian teknologi maklumat (IT) pengangkutan utama di Malaysia, Go Hub kini dalam perjalanan untuk menjadi tersenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad.
Hari ini, Go Hub mengumumkan pelancaran prospektus. Dengan pelancaran IPO yang dinanti-nantikan, mereka berkata telah bersedia untuk mencipta nama di arena awam.
Go Hub bukan sekadar penyedia penyelesaian IT biasa. Sejak penubuhannya, mereka telah menyediakan penyelesaian IT yang disesuaikan khusus untuk industri pengangkutan, terutamanya dalam segmen bas dan rel.
Tidak hanya berhenti di situ, Go Hub juga menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan, sokongan dan pengurusan terminal yang komprehensif, memastikan setiap pelanggan menerima penyelesaian terbaik dan menyeluruh.
Dengan pelancaran IPO ini, Go Hub menyasarkan untuk mengumpul RM37.51 juta melalui terbitan 107.18 juta saham baharu. Dana yang diperoleh akan digunakan untuk:
Meningkatkan usaha pemasaran untuk memperkukuh keterlihatan jenama dan meningkatkan penglibatan pelanggan melalui kempen yang disasarkan dan acara industri.
Menambah baik kecekapan operasi secara keseluruhan untuk mencapai kecemerlangan korporat.
Permohonan untuk IPO telah dibuka bermula jam 10.00 pagi hari ini dan akan ditutup pada 20 Jun 2024. Go Hub dijangka disenaraikan di Pasaran ACE pada 3 Julai 2024. Pada harga IPO RM0.35 setiap saham, Syarikat akan mencapai permodalan pasaran sebanyak RM140.0 juta.
Encik Tan Cherng Thong, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Go Hub, berkongsi kegembiraannya, “Pelancaran Prospektus ini adalah pencapaian penting bagi Go Hub.
“Kami telah berada dalam industri pengangkutan sejak 2011, dan penyenaraian ini selaras dengan visi kami untuk memperluaskan operasi, meningkatkan penyelesaian kami, dan meluaskan jangkauan kami ke pasaran antarabangsa. Kami optimis tentang masa depan dan peluang yang dibuka oleh IPO ini.”
Pengarah Urusan Pasaran Modal UOB Kay Hian Securities (M) Sdn Bhd, Encik Tan Meng Kim, turut memberikan sokongan penuh, “Dalam era transformasi digital ini, kami berada pada kedudukan yang sangat baik untuk memanfaatkan peluang ini.
“Visi strategik dan kehebatan teknologi mereka memastikan pertumbuhan berterusan dan kepimpinan dalam sektor penyelesaian IT pengangkutan awam.”
Syarikat ini turut menunjukkan pertumbuhan yang konsisten, berkat kepakaran Kumpulan dalam membangun dan melaksanakan penyelesaian IT yang komprehensif.
Ia termasuklah untuk pengangkutan awam, termasuk sistem TOS, BOS dan Automated Fare Collection (AFC). Komitmen Syarikat terhadap kualiti, kecekapan, dan inovasi telah menjadikannya sebagai pembekal yang dipercayai di Malaysia.
UOB Kay Hian Securities (M) Sdn. Bhd. ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin dan Ejen Penempatan untuk Go Hub. Dengan sokongan yang kukuh ini, Go Hub bersedia untuk melangkah ke hadapan dan mencapai kejayaan yang lebih besar.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang