Bukan senang orang berbadan besar ingin kurus. Jika tiada kesungguhan dalam diri pasti gagal untuk kurus.
Lebih membakar semangat untuk kurus apabila dia pernah diperli dan diejek dengan pelbagai gelaran memalukan sehingga kemurungan.
Gara-gara pengalaman pahitnya menjadi gemuk sejak tadika, Caden Harris berkongsi kejayaannya menurunkan berat badan dengan tujuh tip kurus demi membantu orang yang ada masalah berat badan sepertinya.
Jom baca pengalaman dan perubahan yang dialaminya. Semoga perkongsian ini memberi anda semangat untuk menurunkan berat badan.
Sempena sambutan Jubli Emas Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 Mei lalu, Dr. Noor Hisham telah memuat naik di laman facebooknya beberapa keping gambar kenangan beliau ketika zaman pengajian di UKM bersama mentornya.
Selain menzahirkan rasa bangga menjadi sebahagian daripada alumni UKM yang merupakan antara universiti tertua di Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia itu juga turut merakamkan ucapan penghargaan buat mentornya.
Menurutnya sepanjang bergelar pelajar, beliau telah berjumpa dengan ramai individu hebat yang telah memberikannya inspirasi serta bimbingan kepadanya selama ini.
Dan salah seorang mentor beliau ialah Profesor Emeritus Dr Freda Andrea Meah yang menjadi tulang belakang kepada kejayaannya sepanjang melanjutkan pengajian.
Perkongsian beliau ini ternyata menarik perhatian warganet untuk mengucapkan perhargaan terima kasih kepadanya yang telah menjadi Hero Negara bersama barisan hadapan yang lain dalam menangani penularan wabak COVID-19, selain memuji kekacakan Dr Noor Hisham ketika zaman mudanya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kecoh sejak beberapa hari ini ‘panas’ tentang lelaki curang di media sosial. Hal ini selepas influencer terkenal Alif Teega mendedahkan telah bernikah dengan isteri kedua ketika isteri pertamanya sedang mengandung anak ketiga.
Malah, pelbagai kisah rumah tangga diganggu individu ketiga sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan, baik daripada golongan selebriti mahupun orang biasa.
Bercakap secara umum, pelakon senior, Datuk Jalaluddin Hassan, 69, menitipkan pesanan serta nasihat buat para suami agar sentiasa menghormati isteri serta memahami perasaan suri hidup masing-masing.
“Setialah dengan isteri, hormati dan fahami perasaan mereka.
“Dalamilah erti kesetiaan dan hargai kerana hidup tanpa janji akan menjadi tidak bermakna.
“Pegang kasih sayang itu dan insyaAllah rumah tangga kita akan selamat. Cuma, saya tidak faham bagaimana seorang wanita sanggup melukai hati wanita lain,” katanya.
Dalam pada itu, Jalaluddin turut bersimpati dengan golongan isteri yang pernah menjadi mangsa keganasan suami sendiri.
Menurutnya, tindakan sebegitu adalah sesuatu yang perlu dikecam kerana suami, sifat azalinya adalah untuk melindungi isteri serta orang tersayang.
“Jika semuanya itu benar-benar berlaku, memang kasihan kepada si isteri dan saya tak bersetuju dengan tindakan sebegitu.
“Namun, kadang-kadang ada juga isteri berlagak jadi mangsa dan ada juga segelintir isteri yang sengaja mereka-reka cerita sehingga perkara itu memberi persepsi buruk terhadap si suami.
“Kita memang kena berhati-hati dengan kes-kes sebegini,” katanya.
Jalaludin pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Hashimah Aksan pada tahun 1977 sebelum arwah isterinya menghembuskan nafas terakhir pada 2016.
Kemudian, pada tahun 2017, beliau kembali bergelar suami kepada Datin Rapidah Abdul Ghani.
Untuk rekod artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan Instagram MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebentar tadi Malaysia telah kehilangan seorang tokoh yang unggul dan amat disegani.
Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Mahmud bin Taib telah dilaporkan meninggal dunia pagi ini. Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 4.28 pagi di Hospital Cardiac Vaskular Sentral Kuala Lumpur.
Tidak dinafikan allahyarham merupakan tokoh yang berpengaruh dan disegani ramai. Beliau terkenal dengan semangat patriotisme dengan cuba menyingkirkan tembok tradisi dan taraf sosial dalam kalangan masyarakat Sarawak.
Ini kami rangulkan 10 fakta menarik tentang figura ini.
1. Berjaya mengurangkan kadar kemiskinan di Sarawak daripada kadar 70 peratus kepada serendah satu digit sahaja.Disebabkan itu, Allahyarham digelar sebagai Bapa Pembangunan dan Pemodenan Sarawak.
2. Memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak (kini dikenali sebagai Premier Sarawak) selama 33 tahun. 16 Mac 1981 hingga 28 Februari 2014.
3. Menekankan polisi politik pembangunan yang berpaksikan kesaksamaan bagi mewujudkan pembangunan dan kemakmuran Sarawak agar sebarang perbalahan politik, sama ada dalaman atau luaran diketepikan.
4. Membawa masuk kampus universiti-universiti Barat dan Australia ke Sarawak amat dititikberatkan oleh Abdul Taib. Inisiatif ini bagi merapatkan jurang ketidaksamaan.
5. Memperkenalkan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) yang bertujuan mempelbagaikan ekonomi masa hadapan Sarawak.
6. Dilahirkan di bandar Miri, Sarawak pada 21 Mei 1936 dengan berdarah bangsawan.
7. Cemerlang dalam bidang akademik kerana ditawarkan biasiswa Colombo Plan bagi melanjutkan pelajaran di menara gading dalam jurusan undang-undang di Universiti Adelaide Australia.
8. Menolak pelawaan berkerja sebagai hakim dan menjawat jawatan pendakwa raya di negeri tercinta Sarawak.
9. Melakar sejarah sebagai tokoh termuda dalam kancah politik Sarawak, pada 22 Julai 1963 beliau mengangkat sumpah sebagai seorang menteri.
10. Ketua Menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Sarawak.
Innalillahiwainnailaihirojiun…Semoga roh Tun Pehin Sri Haji Mahmud bin Taib dicucuri rahmatNYA.
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.