Kemunculan Kurt Cobain bersama band Nirvana telah banyak mengubah lanskap muzik popuar pada era 90-an dahulu. Malah impak yang dibawa oleh Kurt Cobain dapat dirasai hingga ke hari ini.
Vokalis legenda ini telah banyak memberikan pengaruh kepada pemuzik-pemuzik pada hari ini merentasi pelbagai genre. Di antara persembahannya yang cukup diingati sehingga ke hari ini ialah ‘Nirvana MTV Unplugged in New York’ pada tahun 1993.
Jika ditanya peminat muzik amnya apakah persembahan dari siri MTV tersebut paling diingati pasti nama Nirvana akan menjadi antara yang pertama muncul dibibir mereka.
Ads
Dengan reputasi tersebut maka tidak hairanlah apabila gitar akustik yang digunakan oleh Kurt Cobain untuk persembahan tersebut dilelong dengan harga yang sangat tinggi.
Pada bulan Mei lalu, gitar Kurt Cobain dari siri 1959 Martin D-18E telah mula dilelong pada harga USD1 juta di Julein’s Acution. Namun hasil lelongan gitar tersebut naik sehingga enam kali ganda kepada USD6 juta (RM25.6 juta).
Ads
Ads
Turut dilelong bersama gitar tersebut ialah kotak hard-shell gitar. Lelongan ini sekali gus menjadikan gitar Kurt Cobain sebagai gitar yang paling mahal pernah dijual.
Namun di sebalik lelongan ini muncul sedikit kontroversi tentang pemilik sebenar gitar tersebut. Ini kerana anaknya Frances Bean dan bekas isterinya, Courtney Love memfailkan tuntuan ke atas gitar ini.
Gitar tersebut kini menjadi milik pengasas jenama audio mikrofon RODE, Peter Freedman. Dai dilaporkan ingin membawa gitar tersebut sebagai item pertunjukan bagi meraih dana untuk pelbagai kegioatan seni oleh badan keseniaan bebas.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pernah tak korang rasa asyik nak mengunyah je, walaupun baru 10 minit lepas makan. Kalau layan nafsu makan, memang semua makanan hendak rasa tidak kira waktu. Apatah lagi dengan kalau yang jenis melepak kedai mamak 24 jam tu.
Tapi, bukan mudah hendak kawal nafsu makan, betul tak? Seolah-olah ia sudah menjadi tabiat yang sebati dengan diri. Kalau nak berhenti ‘mengunyah’, cuba ikut tips diet yang berkesan ini. Secara tidak langsung, ia membantu anda mengawal nafsu makan.
Sebaiknya, latih diri guna pinggan yang kecil. Dengan ini anda melatih diri untuk makan dalam kuantiti yang sedikit. Tapi, kurangkan sedikit demi sedikit, kerana kalau terlalu mendadak nanti anda akan cepat berputus asa.
Risiko apabila anda skip waktu makan yang sepatutnya adalah potensi untuk makan banyak disebabkan terlalu lapar. Sebab itu, jangan skip sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Apabila anda makan mengikut jadual, maka anda dapat elak dari makan berlebihan.
Hanya makan disebabkan rasa lapar dan bukannya stres atau rasa boring dan ingin kunyah sesuatu kerana ia boleh menyebabkan anda terlebih makan. Jika diamalkan selalu, ia boleh menjadi tabiat buruk dan tidak elok untuk badan.
Kawal diri untuk berhenti makan apabila terasa perut sudah diisi.
Antara tips diet yang berkesan adalah dengan meluangkan antara 20 hingga 30 minit untuk menikmati makanan. Set masa dan makan perlahan-lahan. Makan dengan laju boleh menyebabkan anda makan berlebihan.
Jangan main telefon, jangan asyik tengok TV sampai tak fokus pada makanan. Sebaliknya, fokus pada apa yang anda makan. Jika terlalu banyak gangguan, anda hilang fokus pada makanan dan berpotensi untuk makan berlebihan.
Pastikan setiap hidangan mengandungi lebih daripada 50 peratus sayur-sayuran atau buah-buahan kerana ia rendah kalori. Jadi tiada masalah jika anda makan lebih banyak sayur atau buah, malah ia cepat mengenyangkan dan dapat mengawal nafsu untuk makan makanan lain.
Kalau ke pejabat, pastikan bawa 2-3 biji epal, oren atau semangkuk anggur supaya anda boleh ‘mengunyah’ dengan sihat.
Jika terasa lapar, cuba bangun dari tempat duduk dan lakukan perkara yang boleh menghalang anda daripada makan. Contohnya, melakukan kerja rumah yang lain seperti membasuh baju, mengemas, atau mandi.
Kalau di pejabat, mungkin anda boleh bangun untuk ke tandas atau berbual dengan rakan sekerja anda buat seketika.
Tips diet yang berkesan ini dapat membantu menghilangkan keinginan untuk menikmati makanan.
Apabila terasa ingin makan, tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Kemudian, capai segelas air kosong dan minum dengan perlahan. Sebagai variasi, anda boleh juga menikmati air lemon, limau nipis, teh halia, teh pudina, atau teh hijau – tapi yang tanpa gula ya. Boleh detoks sekali!
Salah satu sebab yang buat kita rasa nak mengunyah adalah kerana keletihan atau kurang tidur. Oleh itu, cuba dapatkan masa tidur berkualiti walaupun 10 minit. Anda akan berasa lebih segar setelah bangun dari tidur dan mencuci muka.
AMALKAN TIPS DIET YANG BERKESAN INI
Mengawal nafsu makan adalah prinsip nombor 1 dalam mengekalkan berat badan unggul. Jika diikutkan nafsu makan memang boleh membinasakan diri. Memang susah tapi tak bermakna ia tidak boleh dilakukan.
Jadikan ia satu cabaran untuk diri sendiri dalam mengawal nafsu makan demi kesihatan diri untuk jangka masa yang panjang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pasti perit menerima lafaz talak yang diucapkan secara berhadapan pasangan. Apatah lagi jika hanya dilakukan secara video. Inilah yang terjadi dalam rumahtangga penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin telah diceraikan oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Dr Rushdi telah melafazkan cerai talak satu kepada penyanyi berusia 51 tahun itu.
“Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah.
Dikongsi dari fb Kes Syariah, ada dua jenis lafaz talak / cerai yang isteri kena tahu agar hubungan tidak menjadi zina.
Lafaz cerai terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu:-
(i) Lafaz Soreh; (ii) Lafaz Kinayah
Lafaz soreh ialah lafaz yang digunakan jelas menunjukkan kepada makna talak/cerai dan tidak boleh ditafsirkan kepada makna lain selain talak/cerai. Lafaz soreh ada tiga (3) iaitu talak/cerai, bebas/lepas dan pisah. Contohnya seorang suami berkata kepada isterinya “Aku ceraikan engkau” atau “Aku berpisah dengan engkau”.
Hukum lafaz soreh ini ialah jatuh talak sama ada suami berniat menceraikan isteri atau tidak. Ini kerana lafaz soreh tidak perlu kepada niat ketika diucapkan.
Lafaz Kinayah pula ialah lafaz yang boleh ditafsirkan sebagai cerai atau selain cerai.
Ada banyak lafaz kinayah di antaranya ialah seorang suami berkata kepada isterinya “Engkau bebas dari aku”, “Engkau terputus hubungan dengan aku”, “Kembalilah kepada keluarga engkau”, “Jauhkan diri engkau dari aku”, “Engkau haram ke atasku” dan lain-lain lagi.
Kesemua lafaz ini dianggap kinayah kerana ia boleh ditafsirkan sebagai talak/cerai atau selain talak/cerai.
Hukum lafaz kinayah ialah talak tidak jatuh melainkan suami mempunyai niat menjatuhkan talak kepada isteri. Dengan erti kata lain, Lafaz kinayah memerlukan niat suami untuk menceraikan isteri.
Jika suami ada melafazkan cerai di luar dan tanpa kebenaran mahkamah, maka segeralah bertindak dalam masa tujuh (7) hari untuk melaporkan lafaz cerai di Mahkamah Syariah bagi tujuan pengesahan lafaz cerai.
*Untuk info, Nora mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya itu yang juga merupakan sahabat baik arwah suaminya.