Seorang graduan Kejuruteraan Elektronik, Abdullah Aiman Abdul Razak, memilih untuk menjadi penjaga zoo pada tahun 2019 kerana cintanya terhadap haiwan.
Lelaki berusia 28 tahun dari Tasik Gelugor, Pulau Pinang itu berkata minatnya bermula sejak kecil, malah terinspirasi daripada filem komedi Ace Ventura: Pet Detective lakonan Jim Carrey yang ditonton pada tahun 1994.
Selain itu, figura lagenda alam liar, Steve Irwin atau lebih dikenali sebagai Crocodile Hunter, turut menjadi idola utamanya.
Foto : The Rakyat Post
Tinggalkan Kerjaya “High Risk” Demi Dunia Haiwan
Beliau telah memelihara pelbagai jenis haiwan sejak kecil, sambil mempelajari kehidupan, habitat, perangai, tingkah laku dan spesies haiwan yang dijaganya.
“Sejujurnya, saya lebih sayangkan haiwan daripada manusia,” tulisnya di Threads.
Antara haiwan yang pernah diuruskan termasuk ular, burung hantu, helang, kucing, anjing, kuda, alpaka dan burung kakak tua.
Bahkan, dia pernah menjinakkan ular Ball Python, burung helang Brahminy Kite dan kebanyakan spesies kakak tua.
Ads
Lalui Depresi, Tetap Kembali Ke Dunia Haiwan
Abdullah mendedahkan, gambar dan kisah yang dikongsi adalah dari tahun 2019 hingga 2023, sebelum beliau mengalami episod depresi yang menyebabkan dirinya “hilang arah”.
Selepas pulih, beliau menjadi penggroom kucing profesional namun terpaksa berhenti akibat masalah kulit.
“Sekarang, bila hampir pulih sepenuhnya, saya perlahan-lahan kembali ke kerjaya ini,” katanya.
Foto : The Rakyat Post
Tidak Gentar Dengan Kata-Kata Negatif
Abdullah berkata ramai yang cuba menghalang, namun dia tetap nekad mengejar minatnya walau terpaksa meredah pelbagai halangan.
Ads
Malah, dia pernah membimbing pelatih veterinar dalam teknik dan kemahiran mengendalikan haiwan.
Kisah Abdullah ini jelas menunjukkan bahawa kejayaan bukan semata-mata diukur melalui pencapaian akademik di atas kertas, tetapi juga melalui keberanian untuk keluar daripada zon selesa dan mengejar apa yang benar-benar diminati.
Walaupun berdepan pelbagai halangan dan pandangan skeptikal, dia membuktikan bahawa minat yang disertai usaha gigih mampu membuka pintu rezeki dan peluang yang tidak disangka-sangka.
Dalam prosesnya, dia bukan sahaja mengembangkan kemahiran sendiri, malah turut berkongsi ilmu dan memberi inspirasi kepada orang lain, termasuk mereka yang ingin membina kerjaya dalam bidang yang jarang diceburi.
Ads
Abdullah mengingatkan kita bahawa setiap orang mempunyai jalan tersendiri, dan selagi ada semangat, kesungguhan, serta keberanian untuk mencuba, tiada impian yang mustahil untuk digapai.
Nama Ziyad Zolkefli cukup hangat diperkatakan di kalangan warganet dan rakyat Malaysia amnya berikutan insiden kemenangannya ditarik semula di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Lebih mengharukan, Ziyad telah berjaya memecahkan bukan sahaja rekond kebangsaan tetapi rekod dunia bagi kategorinya.
Impian Ziyad untuk menghadiahkan sebutir pingat emas pada Hari Kebangsaan telah ranap akibat berlaku kecelaruan dan masalah teknikal. Namun, rata-rata rakyat Malaysia masih menganggap Ziyad sebagai pemenang sejati.
Lontaran kata-kata semangat tidak putus-putus dikirimkan kepada legenda sukan lontar peluru negara ini dari pelbagai peringkat masyarakat.
Hantarannya yang memohon maaf telah mendapat hampir 15 ribu komen dengan lebih 170 ribu likes. Dugaan yang datang dalam pelbagai bentuk kepada atlet sepertinya merupakan satu asam garam yang harus dilalui. Itulah yang turut dikongsi oleh seorang lagi legenda sukan tanah air yang juga pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020, Dato’ Azizulhasni Awang.
Dato’ Azizulhasni Awang
Menerusi satu hantaran yang ditujukan khas buat Ziyad, beliau mengucapkan tahniah di atas preatsi cemerlang di Sukan Paralimpik. Azizulhasni juga berharap Ziyad terus bersabar dengan ujian yang harus dihadapai sekarang ini.
“Pertamanya saya ingin ucapkan jutaan tahniah kepada rakan saya Ziyad Zolkefli, di atas prestasi cemerlang memecahkan rekod dunia yang ditonjolkan di Sukan Paralimpik Tokyo. Memang sudah di atas kertas yang Ziyad adalah juara malah memecahkan rekod dunia bukan sesuatu yang mudah.
“Namun saya berharap Ziyad bersabar dengan ujian yang terpaksa di hadapi sekarang ini, sudah tentu ianya bukan suatu keputusan yang mudah untuk diterima,” jelas jaguh sukan lumba basikal yang turut dikenali dengan nama julukan ‘The Pocket Rocketman’.
Beliau juga turut berkongsi pernah berdepan situasi hampiar sama ketika bertanding di Sukan Komanwel New Delhi pada tahun 2010. Kemenangan pingat emasnya telah ditarik dan memberikan tamparan yang cukup hebat.
“Ini realiti dunia sukan. Pelbagai perkara yang diluar jangkaan boleh berlaku. Kadang-kadang ianya adalah kerana kesilapan kita, dan kadang-kadang pula boleh jadi kesilapan dari pihak lawan.
“Dan jangan terkejut jika pihak pengadilan juga melakukan kesilapan kerana ianya memang sentiasa berlaku di dalam dunia sukan ini. Mereka adalah manusia dan kita juga adalah manusia. Manusia memang tidak lari daripada membuat kesilapan,” tambahnya lagi.
Jelas Azizulhasni lagi, kejadian seperti yang berlaku kepada Ziyad memang amat pahit untuk ditelan. Sebagai rakan atlet, beliau menasihatkan Ziyad untuk menerimanya sebagai Qada’ dan Qadar. Malah terus berusaha dan tidak berputus asa.
Semoga kata-kata dari atlet legenda tanah air ini mampu memberikan semangat dan motivasi kepada Ziyad untuk terus gigih dan memberikan yang terbaik di masa akan datang.
Sementara itu dalam hantaran terbaru Ziyad, dia memuat naik foto dengan kapsyen, “Saya akan bangkit kembali. Terima kasih kerana memberi kata-kata semangat”.
Isu poligami memang tak pernah surut dan dianggap lelaki menyakiti hati wanita jika memadu kasih.
Namun begitu, berbeza dengan kisah lelaki yang tular dan menjadi sebutan warga maya Indonesia apabila dia dilaporkan menghabiskan wang kira-kira RM85,000 sebulan bagi menafkahi tiga orang isterinya.
Tiga Isteri Dan 24 Anak
Mungkin mempunyai tiga orang isteri adalah sesuatu yang biasa, lelaki itu juga mempunyai 24 orang anak hasil perkahwinannya bersama isteri-isteri tersayang.
Lelaki Sedia Rumah
Lelaki itu keluar RM85,000 sebulan untuk nafkah 3 isteri dan 24 anak, rumah lengkap dengan masjid & kolam renang.
Rahsia kekalkan kebahagiaan rumah tangga
Apa yang membuatkan netizen kagum mungkin kerana lelaki yang dikenali sebagai Umar Key Ohoiten itu telah mendedahkan rahsia bagi mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.
Menurut Umar, rahsia untuk terus bahagia dalam alam poligami adalah bersikap adil dan jujur dengan para isterinya.
Lelaki itu juga memberikan wang nafkah sebanyak RM25,000 kepada setiap isteri selain menyediakan rumah berkembar lengkap serba satu sebagai tempat tinggal ketiga-tiga isterinya.
Lelaki Sedia Rumah
Bukan itu sahaja, kediaman tersebut juga dilengkapi dengan kolam renang, gelanggang badminton serta masjid untuk tujuan beribadah.
Anak-anak Umar juga menyifatkan bapa mereka itu sebagai seorang yang penyayang dan tegas dalam hal-hal agama.
Sekadar info, Umar merupakan seorang usahawan terkenal yang berasal dari Maluku dan memiliki hubungan baik dengan ahli-ahli politik di Indonesia.
Tak sampai seminggu lagi kita akan beralih ke tahun baru. Jadi, bersempena penutup tahun 2023, MASKULIN kongsikan salah satu kaedah mudah, tetapi berkesan jika anda ingin melihat rumah sentiasa bersih dan sedap mata memandang.
TRIK Tahun Baharu Marie Kondo, Hidup Lebih Teratur Bila Buang Barang
Siapa tak kenal Marie Kondo ni. Tip mengemas rumahnya memang banyak diguna pakai di seluruh dunia malah tidak terkecuali rakyat Malaysia.
Jujurlah, memang ramai dalam kalangan kita hanya tutup sebelah mata dari membuang barangan rumah begitu saja dengan alasan sayang, bukan?
Hasilnya, rumah makin bersepah dengan barangan yang tidak lagi diperlukan.
Cara yang disyorkan pasti buatkan anda tidak menyesal meskipun anda terpaksa buang barangan yang mungkin sudah terlampau lama ‘diperam’.
Teknik tersebut dikongsikan oleh Nurul Adni Adnan menerusi Laman Facebooknya. Menurut beliau, Marie Kondo adalah satu rancangan popular di Jepun yang berkonsepkan mengemas kediaman orang lain.
“Mulakan Tahun 2023 dengan Marie Kondo. Hanya simpan benda yang memberikan kegembiraan. Satu ketika, saya sempat tengok satu episod rancangan Marie Kondo tentang mengemas rumah.
Malah, bintang Netflix dengan siri Tidying Up With Marie yang terkenal dengan teknik mengemas dan mengatur KonMari ini mencipta fenomena dengan mengajak orang ramai merapikan dan mengorganisasikan ruang di dalam rumah melalui cara tersendiri.
Berikut dikongsikan lima tip untuk anda jadikan rujukan:
Setiap barang yang dimiliki mempunyai ruang tersendiri
Asingkan mengikut kategori, susun barangan tersebut supaya kelihatan kemas.
Labelkan setiap kotak bagi memudahkan anda meletakkan barang mengikut kategori.
2. Buang kertas atau bil yang tak diperlukan.
Sementelah kini, kebanyakan kertas kerja boleh disimpan secara dalam talian.
3. Susun barang secara menegak
Cara ini membantu menjimatkan ruang dan membolehkan anda mencari barang-barang anda dengan lebih mudah.
Simpan pakaian mengikut saiz, kemeja-T misalnya, senang diambil dan tidak bersepah. Malah susunannya juga lebih teratur.
4. Hanya simpan pakaian yang membawa kegembiraan
Tanya kepada diri sendiri jika cara mengemas tersebut mendatangkan kegembiraan atau tidak.
Anda akan mengetahui jawapannya dengan segera.
5. Simpan wang kecil dalam dompet
Marie Kondo tidak mengerti mengapa ada yang menyimpan duit syiling dalam tabung atau laci tanpa menggunakannya.
Justeru, beliau menyarankan supaya menggunakan wang tersebut dengan cara menyimpannya dalam dompet. Itu lebih baik daripada membiarkannya tersimpan lama dalam laci.
Selamat mencuba tip yang dikongsikan oleh Marie Kondo ini.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.