Dalam landskap industri hiburan global yang penuh persaingan khususnya arena animasi Asia yang didominasi Jepun, muncul satu judul dari Malaysia yang berjaya menembusi tembok tersebut dengan cukup hebat iaitu ‘Mechamato’.
Kejayaan siri dan filem animasi tempatan ini bukan sekadar pencapaian biasa, tetapi satu penanda aras baharu yang mengukir nama negara di peta dunia.
Sebelum menjejakkan kaki ke bumi Matahari Terbit, Filem Mechamato telah pun membuktikan kekuatannya di pasaran tempatan dengan kutipan pecah panggung mencecah RM36 juta.
Namun, apa yang berlaku selepas itu di Jepun benar-benar di luar jangkaan, sekali gus membuktikan kualiti hasil tangan anak tempatan setanding dengan produksi antarabangsa.
Sambutan terhadap Mechamato di Jepun adalah fenomena hebat. Ia bukan sahaja ditayangkan di saluran televisyen utama Jepun seperti Tokyo MX, malah turut mendapat tempat di pawagam-pawagam utama di lebih 30 lokasi seluruh negara itu.
Penonton Jepun memberikan maklum balas yang amat positif terhadap kualiti animasi, jalan cerita, dan karakter Mechamato.
Ads
Kemuncak pengiktirafan hadir apabila Mechamato memenangi Anugerah Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival (TAAF) 2023.
Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studio, Mohd Nizam Abd Razak
Ini adalah kejayaan yang sangat signifikan – Mechamato menjadi animasi pertama di luar Jepun yang berjaya meraih anugerah berprestij berdasarkan pilihan peminat di negara itu sendiri!
Bayangkan, dalam ‘rumah’ anime dunia, animasi dari Malaysia diangkat sebagai pilihan peminat. Ini bukan magis, ini adalah bukti kerja keras dan bakat luar biasa.
PEMINAT JEPUN
Dalam perkongsian terbaru Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studio, Mohd Nizam Abd Razak berkongsi satu momen cukup mengujakan.
Ads
Menerusi perkongsian di laman X, beliau meluahkan rasa teruja melihat peminat-peminat di Jepun sanggup beratur panjang semata-mata untuk bergambar dengan maskot karakter Mechamato di sebuah ekspo.
Foto: X @nizamabdrazak
Lebih mengagumkan, ada peminat yang hadir membawa poster Mechamato yang dicetak sendiri!
“Mendengar anak-anak kecil Jepun teriak “Mechanize!” adalah sesuatu yang tak ternilai dan menjadi suntikan semangat buat seluruh pasukan Animonsta. Tak sangka boleh ada peminat di Jepun. Lagi semangat untuk Mechamato S4 dan Mechamato Movie 2!,” jelasnya cukup teruja.
Foto: X @nizamabdrazak
Kejayaan Mechamato ini adalah inspirasi besar buat seluruh industri kreatif di Malaysia. Ia membuktikan bahawa dengan gabungan formula yang tepat – jalan cerita yang kukuh, kualiti animasi bertaraf antarabangsa, dan strategi promosi yang berkesan – kita mampu bersaing dan malah melebihi jangkaan di pasaran global yang paling mencabar sekalipun.
Mechamato bukan sekadar animasi, ia adalah simbol potensi luar biasa yang dimiliki oleh karyawan dan anak seni Malaysia!
Rosyam Nor, bukan nama asing dalam industri seni Malaysia. Figura dengan nama asal Mohamed Noor bin Shamsuddin, adalah seorang pelakon, penerbit, dan usahawan terkenal di Malaysia.
Walaupun dikenali salah satu ikon dalam industri hiburan tanah air dan berada di puncak jaya, namun beliau tidak malu mengakui agak jahil dalam bab agama suatu ketika dulu.
Rosyam Nor dalam program Rumah No 107 berkongsi kisah pemergian arwah bapanya yang memberikan pengajaran cukup besar untuk dirinya.
Rosyam Nor
Dia mendedahkan sangat menyesal apabila tidak dapat mengaji untuk jenazah arwah bapanya.
“Saya tak salahkan ibu bapa kerana saya pun dibesarkan di Kuala Lumpur dan kami tidak ada sekolah agama pada ketika itu.
“Bila bapa saya meninggal bayangkan saya tidak boleh mengaji untuk jenazah arwah bapa saya sebab saya tak tahu mengaji.
Rosyam Nor
“Saya tengok jenazah bapa saya terbujur kaku tapi saya tak boleh nak mengaji untuk jenazah arwah bapa saya.
“Yang saya tahu nak baca pada ketika itu hanyalah Al-Fatihah dan tiga Qul, itu sahaja dan saya merasakan betapa hinanya saya.
“Nama saya besar, saya diangkat menjadi hero nombor satu Malaysia, hero Malaya tapi bila bapa mati kau tak boleh sedekahkan.
“Dari situ terdetiklah di hati saya… Mak saya selalu pesan apa-apa pun doa. Saya minta pada Allah saya nak mengaji, tolonglah aku Ya Allah
“Akhirnya Allah temukan saya ketika berumur 45 tahun dengan seorang ustaz, bukan di masjid tapi di lokasi KL Gangster,” ceritanya yang menjadi tetamu undangan untuk program berkenaan bersama Zizan Razak.
Apabila belajar tentang matematik, sains dan juga fizik, nama-nama besar seperti Isaac Newton, Albert Einstein, Stephen Hawking serta ramai lagi bukanlah sesuatu yang asing.
Kalau dalam Islam sendiri pun, Al khawarizmi cukup terkenal dengan kehebatan matematiknya termasuk memperkenalkan konsep algebra.
Bagaimana pula dengan anak Malaysia?
Siapa cakap tiada anak Malaysia mampu meletakkan nama setaraf nama-nama besar ini? Meski pun kini sudah memasuki era moden, pembaharuan tetap akan berlaku.
Baru-baru ini tular satu cerita salah seorang Alumni Universiti Kuala Lumpur – Malaysia France Institute (UniKL MFI) yang berjaya mencipta sebuah karya saintifik berinovasi ‘Cooling Performance Index’ atau ‘Fawzal Number’.
Apa itu Fawzal number?
Fawzal number ini diambil bersempena nama bapanya iaitu Ahmad Fawzal. Fawzal number (nombor Fawzal) merujuk kepada nisbah pemindahan haba atau kapasiti penyejukan dengan kuasa yang digunakan oleh sesebuah rekabentuk.
Nombor Fawzal ini juga didefinisikan sebagai Fawzal Number bersamaan convective HT dibahagikan dengan penggunaan kuasa dan ia merupakan revolusi baharu dalam kejuruteraan permotoran.
Pernah diaplikasikan pada model supercar
Kongsi sebuah portal, Fawzal number ini pernah diaplikasikan pada sebuah model terpantas yang dihasilkan sebuah syarikat pembuatan supercar terulung di Itali.
Memetik perkongsian Aid, katanya syarikat terulung tersebut telah menggunakan konsep rotor cooling technique untuk sistem penyejukan kedua bagi electric machinemodel keluaran mereka.
Konsep rotor cooling technique cetusan Aid ini antara yang terawal di dunia pernah dicipta bagi electric machine berkuasa tinggi selain beliau turut diberi peluang oleh syarikat tersebut untuk menguji keberkesanannya.
Karya industri ciptaan beliau telah diguna pakai oleh syarikat penaja yang terbukti dapat meningkatkan prestasi produk mereka sebanyak 200% (original continuous performance = 50kW & improved continuous performance = 100kW).
Bagi peminat bola sepak global terutamanya Liga Perdana Inggeris nama pemain muda kelab Manchester City, Eling Haaland kini kerap bermain di bibir mereka.
Apa penampilan pertamanya di dalam liga paling kompetitif di Eropah menyaksikan dia telah menjaringkan sebanyak 15 gol dalam 9 perlawanan setakat ini!
Ia satu angka yang cukup luar biasa dan ramai pihak kelihatan cukup terkejut prestasi ditunjukkan anak muda dari Norway ini mampu hingga ke tahap ini. Malahs dalam 9 perlawanan tersebut dia telah mencatatkan tiga hatrik.
Prestasi yang ditunjukkan oleh pemain tinggi lampai ini tidaklah datang dengan mudah. Selain melakukan rutin senaman yang cukup intensif, Haaland juga mengikuti diet yang cukup ekstrem.
Memetik kenyataannya dari dokumentari berjudul ‘Haaland: The Big Decision’, Haaland berkongsi beberapa jenis diet ekstremnya. Apabila ditanya tentang apakah jenis daging yang diambil, Haaland menjelaskan dia cukup spesifik.
“Anda semua mungkin tidak makannya tapi bagi saya ia penting untuk menjaga kesihatan badan. Saya berpendapat mengambil makanan berkualiti dari sumber tempatan sangat penting. Daging seperti hati dan jantung lembu contohnya termasuk dalam diet saya,” jelasnya.
Haaland turut berkongsi dia bagaimana dia meminum air yang ditapis dari sistem penapisan kompleks digunakannya. Selain menekankan kepentingan cahaya matahari untuk ketajaman mata.
Jelasnya, dia cukup peka dan mengambil berat tentang circadian rhythm, di mana proses dalaman yang menjaga corak masa tidur dan rehat.
“Perkara pertama saya lakukan pada waktu pagi ialah mendapatkan cahaya matahari untuk mata. Ia baik untuk menjaga circadian rhythm.
Makanan kegemarannya pula ialah lasagne yang dimasak oleh bapanya, Alf-Inge. Jumlah kalori yang diambilnya secara harian pula ialah sebanyak 6000 kalori.
Jadi tidak hairanlah mengapa prestasi yang ditonjolkan oleh Haaland sehingga kini cukup luar biasa! MASKULIN menjangkakan pemain muda Manchester City mampu menjaringkan lebih 30 gol liga untuk meusim ini.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap orang ada tarikan tersendiri tapi kalau anda tertanya-tanya apa sebenarnya yang wanita perasan dulu pada tubuh lelaki, jawapannya bukan hanya tentang 'six-pack'.
Beberapa kajian...