Tidak semua orang mampu memiliki rambut panjang. Bagi anda yang jenis rambut lebat, memang beruntung. Nak simpan rambut panjang hanya ambil masa beberapa bulan sahaja. Bagi yang jenis rambut nipis memang agak sukar. Kalau panjang pun nampak tidak berapa cantik.

Namun sebenarnya ada beberapa langkah serta tip penjagaan yang boleh anda lakukan untuk memastikan rambut panjang sentiasa kelihatan sihat, bersinar dan nampak sihat.

Kali ini MASKULIN ingin kongsi cara terbaik bagaimana nak jaga rambut yang panjang.

Cuci Cara Betul

Selama ini adakah anda guna teknik yang betul ketika mencuci rambut? Cara yang betul ialah pertama mencuci rambut dengan membilas keseluruhan rambut dengan air sedikit suam.

IKLAN

Ini dapat membuka liang-liang pori yang tersumbat dan membebaskan segala jenis kotoran pada kulit kepala. Ketika guna syampu, lakukan urutan lembut menggunakan jari kepada kulit kepala. Akhir sekali, bilas dengan air sejuk supaya pori kembali tertutup.

Guna Sikat Yang Betul

Menggunakan sikat yang betul juga memainkan peranan sangat penting untuk pastikan rambut sentiasa terurus dan kekal sihat. Gunakan sikat jenis wide-tooth combs untuk rambut yang panjang. Mula menyisir pada bahagian hujung rambut dahulu bagi mengurangkan masalah kerosakan pada rambut. Elakkan menyisir rambut ketika ianya masih basah kerana rambut yang basah lebih rapuh dan sukar diurus.

Guna Sikat Sesuai & Cuci Ikut Masa, Antara Cara Terbaik Jaga Rambut Panjang

IKLAN

Produk Sesuai

Kalau nak berambut panjang pastinya anda harus bijak memilih produk penjagaan rambut yang sesuai. Seloknya guna produk yang bebas daripada bahan kimia merbahaya. Pilihlah produk yang berasaskan sumber semulajadi.

Kurangkan Guna Curling Iron & Dryer

Kalau boleh elakkan guna sebarang peralatan yang mengeluarkan haba panas ketika mendandan rambut. Haba boleh menyebabkan rambut anda menjadi kering dan mudah putus. Jika anda nak guna dryer pastikan ia berada di paras paling rendah.

IKLAN

Minyak Kelapa

Perlu akui tak ramai orang Melayu menggunakan minyak kelapa untuk rambut terutamanya lelaki. Namun minyak kelapa mampu membantu meningkatkan mengekalkan protein dalam rambut malahan, berperanan sebagai pelindung daripada sinaran UV merbahaya. Ia juga kaya dengan vitamin dan asid lemak bagi menyihatkan kulit kepala dan menghilangkan sebum pada folikel rambut.

Diet Seimbang & Minum Air Cukup

Anda adalah apa yang anda makan dan minum. Ingat, segala apa yang anda makan boleh memberikan kesan kepada badan termasuklah rambut. Pastikan juga anda selalu minum air dan tidak terhidrat. Kekal hidrasi sepanjang hari mampu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.

Semoga tip ini mampu membantu anda tampil dengan gaya rambut panjang yang segak dan tampan! Jangan lupa untuk subscribe YouTube dan Telegram MASKULIN ya!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI