Sumber foto: Instagram @akiyamachoo

Peminat siri Netflix berjudul Physical: 100 pasti kenal dengan figura bertubuh sasa berketurunan Korea, Choo Sung- Hoon atau lebih dikenali dengan gelaran Sexyama. Dia sememangnya berkebolehan dan terlatih dalam seni mempertahankan diri seperti judo, karate, tinju tendang, gusti dan telah berlatih salah satu darinya seawal usia tiga tahun lagi. Dengan berlatih secara konsisten sehingga usianya mencecah 46 tahun kini, tidak hairanlah Choo mampu bersaing hingga ke peringat akhir di dalam siri program realiti berkenaan.

Maskulin sempat menemubual Choo ketika ketika majlis Kelab Kereta di Asia Tenggara yang berlangsung di Sentul Depot, Kuala Lumpur minggu lalu, di mana dia hadir selaku duta jenama PUMA SEA Motorsport.

Gym Keutamaan Sexyama Walaupun Mengembara

Mengapa anda masih kekal aktif bersenam di usia ini?

“Ketika saya masih muda, saya sentiasa ada stamina dan fizikal yang ingin saya bina. Semakin waktu berlalu dan semakin dimamah usia, saya akui pembinaan otot juga semakin sukar. Tetapi selagi saya bekerja keras, saya masih mahu kelihatan kuat dan seksi. Sebab itulah saya sentiasa bersenam dengan matlamat. Maka kerja keras akan membawa saya kepada matlamat untuk mempunyai fizikal yang mantap.”

IKLAN

Bagaimana anda memotivasikan diri untuk terus konsisten?

“Bersenam merupakan perkara yang sukar, setiap masa. Bahkan ketika saya bersenam pagi tadi, ia juga sangat sukar. Tapi apabila menyentuh perkara yang sukar, saya mencari keseronokan di dalamnya. Jadi menempuhi kesukaran itu, saya tahu hasilnya adalah badan saya akan bertambah baik. Itu semua kerana saya tahu yang saya teruskan senaman saya setiap hari.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MASKULIN (@maskulinmag)

IKLAN

Rancangan seperti Physical: 100 memberi inspirasi kepada anak muda untuk membina tubuh yang lebih baik. Namun, adakalanya ada segelintir yang terlalu menekan diri sehingga terpengaruh dengan pengambilan bahan terlarang. Apa komen anda?

“Setiap individu itu berbeza. Bukanlah tempat saya untuk menentukan apa yang baik dan buruk bagi orang lain. Saya percaya yang pendapat juga berbeza-beza di dalam industri (kecergasan) ini. Bagi golongan muda, seperti yang telah mula seawal 12 tahun, saya percaya yang kalian perlu percaya pada tubuh sendiri. Pengambilan bahan terlarang tidak akan membantu tubuh anda. Apa yang benar-benar perlu kalian lakukan ialah usaha dan tumpukan pada diri anda, cari dan percaya kebolehan diri. Dari situ kalian boleh membina badan idaman kalian.”

IKLAN

Apa nasihat anda kepada golongan seusia anda untuk mula bersenam?

“Saya akui memang sukar untuk mula bersenam apabila kita mencapai usia pertengahan, dan ia akan memakan masa yang lama. Tetapi senaman tidak pernah menipu, tidak pernah mengecewakan. Anda perlu tahu yang kesannya akan terbukti pada diri anda sepanjang masa. Di penghujung hari, hasilnya ialah anda akan kelihatan hebat.”

Boleh kongsikan apakah tips anda untuk bersenam ketika mengembara seperti sekarang?

“Apabila mengembara, perkara pertama ialah mengkaji tentang negara yang dituju. Kemudian, cari tahu tentang kemudahan di hotel, terutamanya gim. Hotel yang mahal tidak semestinya mempunyai gim yang lengkap. Kalau saya menginap di hotel yang tidak mempunyai gim yang lengkap, saya akan menukar lokasi penginapan saya. Dari segi senaman pula, saya akan bersenam sekali sehari. Hanya selepas itu barulah saya pergi membeli-belah, ke pantai dan aktiviti seumpamanya. Jadi kemudahan gim yang lengkap adalah sangat penting bagi saya.”

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI