Melayari bahtera perkahwinan sememangnya disarankan agama terutama sekali buat mereka yang mampu daripada zahir dan batin. Bagi mengelakkan daripada melakukan aktiviti sumbang dan zina, pernikahan dan perkahwinan adalah jalan terbaik. Sebelum sesebuah perkahwinan dilangsungkan, pasangan wajib untuk mengambil kursus perkahwinan sebagai langkah persediaan menghadapi kehidupan berumah tangga. Namun, harus diingat ada etika perlu anda ikuti ketika menghadiri kursus perkahwinan ini.
1- APA-APA PUN, DAFTAR DULU
Sebelum menghadiri kursus perkahwinan, anda berdua disarankan untuk melakukan apa yang ‘wajib’ dahulu. Ikut prosedur yang ditetapkan dan jangan main redah sahaja. Peserta yakni anda sendiri perlulah untuk mengisi borang terlebih dahulu bagi melayakkan anda untuk duduk di kerusi kursus. Kebiasaannya, peserta perlu mengisi borang pendaftaran dan membawa salinan kad pengenalan sewaktu mendaftar.
2- KAWAL KETERUJAAN
Telatah ini boleh kita lihat terutama sekali bagi mereka yang sudah tidak sabar lagi untuk hidup berdua. Mungkin kerana terlalu lama hidup membujang, apa nak jadi jadilah sehinggakan ada yang menganggap kursus perkahwinan satu tempat untuk berseronok sahaja.
Ketahuilah kursus perkahwinan bukan satu tempat untuk anda bergembira bersama pasangan. Kursus perkahwinan samanya seperti kuliah iaitu anda dinasihatkan untuk berdisiplin. Jangan terlampau teruja sehingga gelak ketawa, bermain-main mahupun melakukan perkara yang sumbang. Ini boleh mencacatkan perjalanan program dan anda sendiri mungkin akan diarah keluar.
2- IKUTI PROGRAM YANG DIRANCANG
Ads
Sudah nama pun kursus, ia pasti melibatkan program yang sudah disusun atur buat semua peserta. Kebiasaannya, kursus perkahwinan mengambil masa selama dua hari dan dipenuhi dengan kelas-kelas kuliah yang wajib anda ikuti.
Oleh itu, amalkan untuk mengikuti tuntutan kursus itu sebaiknya. Setiap kuliah pastinya menawarkan pendekatan berbeza tentang kehidupan suami isteri dan bagaimana untuk menempuhnya. Jadi, ia amat penting anda mengikuti kesemua kuliah yang dirancang. Jangan main skip sahaja. Elakkan daripada keluar semasa kursus sedang berlangsung.
4- BERDUA LEBIH BAIK
Komitmen untuk hidup berdua mulai diuji sebaiknya anda melangkah masuk ke ruang kursus. Saling menjaga, berkomunikasi dan menjalani tempoh kursus sehingga ia tamat.
Namun, jika anda berdua datang berasingan, malah ada yang tidak hadir akibat tuntutan kerja, hal-hal peribadi dan sebagainya, ada baik untuk anda berdua tangguhkan dahulu. Sama jua seperti dalam hidup berumah tangga, kedua-duanya mestilah sentiasa patuh, bertanggungjawab dan mengambil serius akan perkara ini.
Ads
5- SOAL PAKAIAN JANGAN DIAMBIL RINGAN
Soal pemakaian sememangnya diambil berat oleh mana-mana kursus perkahwinan yang dianjurkan. Pakaian dan corak pembawaan diri sebagai manusia yang bertamadun mencerminkan akhlak dan personaliti anda.
Sama jua konsepnya ketika anda menghadiri kursus perkahwinan. Semua peserta hendaklah berpakaian formal iaitu berbaju kemeja dan berseluar slack bagi lelaki dan berbaju kurung serta bertudung bagi peserta wanita sepanjang kursus berlangsung. Elakkan dari memakai pakaian yang mendedahkan aurat.
Ads
6- SERAP ILMU DAN PRAKTIKKAN
Ramai di kalangan kita hanya menjalani kursus perkahwinan semata sekadar untuk mencukupkan syarat. Ini tidak sepatutnya berlaku. Atas sebab tidak mengambil serius akan pendekatan ini, ia sedikit sebanyak memberi efek pada institusi kekeluargaan yang bakal dibina.
Oleh itu, semua peserta disarankan untuk menyerap ilmu yang diberikan sebaik mungkin. Sebaik sahaja melangkah masuk ke alam berumah tangga, praktik. Kelak, perkahwinan anda dan pasangan akan kekal bahagian hingga ke akhir hayat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Anda pasti tak percaya apabila membaca tajuk artikel ini. Penulis pun tak percaya dengan kenyataan tersebut. Kurang tidur sehari, bersamaan dengan 6 bulan makan junk food?
Namun kajian ilmiah telah membuktikannya. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Josiane Broussard, dan beberapa penyelidik dari Cedars-Sinai Medical Center di Los Angelesmendapati, kurang tidur semalaman mengurangkan sensitiviti badan terhadap insulin sama seperti ketika anda makan makanan berlemak selama 6 bulan lamanya.
Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh buah pinggang yang membolehkan badan anda untuk menggunakan gula ( glukosa) dari karbohidrat dalam makanan yang anda makan untuk tenaga selain membantu menjaga tahap gula dalam darah anda dari menjadi terlalu tinggi ( hiperglisemia ) atau terlalu rendah ( hipoglisemia ).
Kurang tidur boleh menyebabkan anda diserang penyakit diabetes.
Apabila tubuh menjadi kurang sensitif terhadap insulin, tubuh anda tidak boleh menghasilkan insulin yang cukup untuk menjaga kadar gula darah stabil.Jika keadaan ini berterusan, tubuh anda tidak dapat memproses dan mengawal gula dengan baik dalam tubuh.
Kurang tidur boleh menyebaban kerosakan insulin dan berpotensi diserang penyakit diabetes.Jadi, kalau anda kurang tidur beberapa hari ni, ‘bayar hutang’ tidur anda tu balik ye..
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini memohon maaf dan meminta agar video teaser lagu hari raya yang telah menjadi viral dihapuskan oleh mereka yang memiliki akses kepadanya.
Dalam sebuah catatan Instagram yang telah mendapat sambutan lebih 8,000 suka, Aliff mengungkapkan permintaan maafnya dan meminta agar isu tersebut tidak diperbesarkan lagi.
“Maafkan saya… mohon yang ada video yang korang tak senang tu, delete lah. Tak payah dipanjang-panjangkan. Maaf ya sahabat-sahabat semua,” demikian tulis Aliff.
Akan tetapi, reaksi netizen terhadap permintaan maaf ini bercampur aduk. Dalam perkembangan terbaru, media melaporkan bahawa telefon bimbit dan kad sim Aliff, yang diduga digunakan untuk mengunggah video tersebut, telah disita oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, memberitahu bahawa peralatan tersebut sedang diperiksa oleh Unit Forensik sebagai bagian dari penyelidikan lebih lanjut.
“Saya difahamkan selepas beliau dipanggil dirakam percakapan di Ibu Pejabat MCMC tempoh hari, telefon bimbit dan kad sim beliau disita dan dihantar ke forensik untuk siasatan lanjut. Setakat ini, saya belum menerima sebarang maklumat terperinci,” ujar Fahmi dalam sebuah sidang media.
Meskipun video tersebut dikatakan telah dihapus, Fahmi meminta MCMC untuk terus menyelidiki masalah ini. Kontroversi ini bermula ketika Aliff memuat naik klip video lagu hari raya bertajuk ‘Love Raya’, yang langsung mendapat kecaman dari netizen.
Bahkan ibu Aliff, Rozita Ibrahim, juga menyatakan rasa malu dan kecewa terhadap perilaku anaknya.
Kisah ini menjadi bukti bagaimana sebuah video dapat memicu reaksi luas dan menyeret nama seorang usahawan terkenal ke dalam sorotan publik, sekaligus mengingatkan tentang pentingnya mempertimbangkan isi konten yang diunggah ke media sosial.
Sumber: Media Hiburan & Sinar Harian
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menjaga kulit bukan hanya keperluan wanita, tetapi juga penting untuk lelaki.
Kulit yang sihat bukan sahaja meningkatkan keyakinan diri, malah membantu mengelakkan pelbagai masalah seperti jerawat, kulit kusam dan penuaan pramatang.
Hormon testosteron menyebabkan kulit lelaki lebih berminyak berbanding wanita, menjadikannya lebih terdedah kepada jerawat dan pori tersumbat.
Selain itu, mencukur boleh menyebabkan kulit kering, iritasi dan luka kecil, menjadikannya lebih sensitif jika tidak dijaga dengan betul.
Pendedahan kepada sinar UV dan pencemaran juga boleh mempercepatkan proses penuaan kulit.
Oleh itu, menggunakan pelembap dan pelindung matahari setiap hari sangat penting untuk memastikan kulit kekal sihat dan terlindung.
Langkah Mudah Rutin Penjagaan Kulit
Pembersihan Wajah
Langkah pertama adalah membersihkan wajah dua kali sehari menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit.
Ini membantu menanggalkan kotoran, minyak, dan sel kulit mati yang boleh menyumbat pori.
Foto : Remaja
Skrub Muka
Penggunaan skrub muka dua kali seminggu dapat membantu kulit lebih segar dan bersih dengan menghilangkan sel kulit mati dan mengelakkan pori tersumbat.
Pelembap
Pelembap penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan kekeringan. Pastikan anda memilih pelembap yang ringan dan tidak berminyak.
Pelindung Matahari
Satu lagi langkah penting adalah menggunakan pelindung matahari dengan sekurang-kurangnya SPF 30 setiap hari untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang boleh menyebabkan penuaan dan kanser kulit.
Untuk memilih produk yang sesuai, kenali jenis kulit anda terlebih dahulu sama ada berminyak, kering, kombinasi atau sensitif.
Gunakan produk yang tidak mengandungi bahan kimia keras seperti alkohol dan pewangi yang boleh menyebabkan iritasi.
Membaca label dan ulasan produk juga penting untuk memastikan bahan yang digunakan memberi manfaat kepada kulit, seperti asid hyaluronik, niacinamide, atau aloe vera.
Tidak perlu malu untuk menjaga kulit! Dengan rutin penjagaan kulit yang betul, lelaki boleh memiliki kulit yang lebih sihat dan berseri.
Mulakan dengan langkah mudah dan pilih produk yang sesuai untuk keperluan anda. Jadi, sudah sedia untuk mula menjaga kulit anda hari ini?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.