Penyakit ‘Slip disc’ ni memang tidak boleh di pandang remeh dan dibuat main. Sebelum ini Hafiz Suip yang popular dengan lagu awan nano ni pernah di serang penyakit ‘Slip disc’ gara-gara kerana terlalu lincah bermain futsal. Terbaru, telah memuat naik satu gambar beliau menerima rawatan dengan caption ‘ Ya Allah kau permudahkan segala urusan ku…slip disc datang lagi dengan permainan baru!!’
Rata-rata netizen mendoakan Hafiz kembali sihat dan kata-kata semangat buatnya.
Namun rentetan dari kisah Hafiz Suip ini kami kongsikan sedikit info tentang penyakit ‘Slip disc’ ini
SLIP DISC
Slip disc adalah keadaan di mana tulang belakang telah berganjak atau telah tergelincir dari posisi kedudukan asalnya. Antara simptom atau tanda-tanda masalah ‘slip disc’ ialah pesakit biasanya akan berasa sakit belakang, kejang otot, kebas-kebas dan lemah-lemah badan serta gagal mengawal pembuangan air kecil atau besar.
Jika anda tiba-tiba kerap berasa sangat sakit seperti mencucuk-cucuk dan inflamasi (rasa terbakar) terutamanya pada bahagian bawah belakang, tengkuk dan bahu, segeralah berjumpa dengan doktor. Bincang dan ketahui keadaan sebenar mengenainya secara istilah perubatan dan jangan biarkan ia melarat kerana boleh menyebabkan komplikasi kronik seperti lumpuh.
FAKTOR PENYUMBANG KEPADA MASALAH SLIP DISC
Adakah Slip Disc hanya berlaku pada tulang belakang kawasan pinggang sahaja? Tidak, kebanyakan kes juga berlaku pada pangkal tulang belakang di leher dan sekitarnya.Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada masalah berkaitan dengan sakit slip disc ini.
Di antaranya ialah disebabkan:
Faktor Mekanikal : Postur badan yang tidak betul mungkin semasa melakukan kerja-kerja kasar, mengangkat benda-benda berat, bersukan atau berat badan berlebihan yang menyebabkan tekanan berterusan kepada struktur tulang belakang.
Faktor Trauma : Kecederaan otot atau patah tulang belakang mungkin akibat kemalangan, terjatuh atau kesilapan semasa dalam pergerakan aktif atau sewaktu bekerja.
Ads
Faktor Nutrien : Kekurangan nutrien yang menyebabkan kemerosotan stabiliti atau elastisiti otot serta kerapuhan tulang (osteoporosis) akibat peningkatan usia.
Faktor Genetik : Sesetengah individu mungkin kurang bernasib baik kerana mengalami pembawaan genetik yang menyebabkan kemerosotan fungsi ‘disc’, punca kepada slip disc itu sendiri.
KAEDAH RAWATAN UNTUK MENGATASI MASALAH SLIP DISC
Kesakitan akibat slip disc mungkin berpanjangan jika tidak dirawat dengan sebaiknya. 7 cara berikut mungkin dapat membantu meredakan masalah berkaitan sakit tulang belakang
1.REHAT SECARA TENANG DAN RELAKS
Cuba pelbagai posisi rehat yang boleh menurunkan kadar sakit belakang seminimumnya untuk merasai keselesaan yang sebaik mungkin. Kaedahnya seperti berbaring di atas lantai rata, berlapik tilam sederhana dengan bantal di kepala dan di bawah kaki. Boleh juga berbaring mengiring dengan bantal di antara celah kaki. Boleh juga mencuba kaedah yang lain bergantung kepada keselesaan anda. Jangan terlalu berada pada satu-satu posisi dalam masa yang lama.
2. BERJALAN KAKI SEDEKAT BOLEH
Pergerakan mungkin membantu mengurangkan rasa sakit. Ambil sedikit masa antara 10 hingga 20 minit) berjalan di atas permukaan rata (tidak curam, mendaki atau bertangga).
Ulangi untuk setiap 2 atau 3 jam sekali. Berjalan dalam jarak yang pendek sudah memadai supaya kesakitan boleh dikawal dan tidak timbul masalah sakit kaki.
Ads
3. AMBIL UBAT JIKA PERLU
Selepas pemeriksaan doktor, pesakit kebiasaannya disarankan untuk berehat, mengehadkan aktiviti dan diberi preskripsi ubat tertentu. Sakit belakang bukan masalah yang kecil, patuhi preskripsi ubat yang diberikan dan ambil ikut dos dan masa yang ditetapkan.
Sekurang-kurangnya ia membantu mengurangkan peritnya kesakitan tulang belakang yang bukan main calang-calang rasa sakitnya.
4.CUBA TERAPI HABA ATAU AIS
Kaedah ini tidaklah mendapat pembuktian secara klinikal akan keberkesanannya. Hanya boleh dicuba sama ada boleh membantu mengurangkan kesakitan akibat slip disc.
Gunakan heating pad dengan suhu sederhana. Tekap atau balut pada bahagian yang sakit sekitar 15 ke 20 minit dan lakukannya 2 atau 3 jam sekali.
Amalkan mandian air suam atau mandi dengan pancuran air hangat sekali sekala.
Ads
Guna balutan haba pakai buang yang boleh bertahan lama sehingga 8 jam atau lebih.
Guna pek ais bahagian yang sakit sekitar 10 ke 15 minit.
Atau boleh juga guna seketul ais sederhana besar atau sayur sejuk beku yang dibalut dalam tuala nipis. Lakukannya untuk 2 hingga 3 jam sekali.
5. TERAPI FIZIKAL
Apabila pergerakan terbatas dalam had tertentu, terapi fizikal boleh membantu. Kaedah ini boleh dilakukan sama ada di klinik, hospital, rumah dengan bantuan oleh pakar terapi fizikal. Kebiasaannya dimulakan dengan kaedah mengurangkan kesakitan dan bengkak, kemudian kepada sesi memperbaiki fleksibiliti, koordinasi, kekuatan dan ketahanan. Mungkin memerlukan beberapa kaedah senaman dalam program terapi ini.
6. PEMBEDAHAN TULANG BELAKANG
Nisbahnya berlaku kepada 1 daripada 10 pesakit slip disc. Rasanya sedikit ngeri. Mungkin pilihan terbaik apabila kerosakan saraf atau kesakitan menjadi semakin kronik atau gagal sembuh sekurang-kurangnya selepas 4 minggu kaedah rawatan lain.
7.PENGAMBILAN SUPLEMEN UNTUK TULANG BELAKANG
Merujuk kepada laman livestrong.com, terdapat beberapa suplemen yang boleh membantu memperbaiki kerosakan tisu akibat masalah slip disc. Antara kebaikan suplemen ialah ia boleh membantu masalah slip disc anda secara dalaman setelah rawatan asas dan rujukan daripada doktor.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tugas membersih dan mengemas rumah kini lebih menyeronokkan dengan SCENTIFY by Enchanteur, sebuah rangkaian semburan penyegar fabrik terbaharu dari jenama wangian kegemaran Malaysia.
Sempena pelancaran rangkaian baharu ini, sebuah acara maraton menggosok pakaian telah diadakan di Mydin Hypermarket USJ di mana seramai 80 orang telah menggosok lebih 10,000 helai pakaian dalam masa 24 jam.
Maraton 24 jam yang bermula pada 29 November ini bukan sahaja acara menggosok pakaian semata-mata, malah untuk menampilkan kelebihan SCENTIFY by Enchanteur Eau de Fabric kepada penonton dan orang ramai, di mana fungsinya tidak hanya terhad kepada menyegar fabrik, tetapi juga sebagai peneman ketika menggosok pakaian.
Rangkaian baharu SCENTIFY Eau de Fabric dan Eau de Car ini dicipta atas permintaan tinggi pengguna terhadap produk penyegar fabrik dan pewangi kereta yang tidak terhad kepada membasmi atau menghilangkan bau kurang enak.
Malah, SCENTIFY by Enchanteur Eau de Fabric juga menjadikan sesi menggosok pakaian atau melakukan kerja rumah anda lebih mengujakan menerusi 3 variasi wangian premium yang membangkitkan mood.
Wany Hasrita & Izzue Islam Turut Serta Menggosok Pakaian
Turut memeriahkan acara, selebriti terkenal penyanyi Wany Hasrita dan pelakon Izzue Islam telah bergabung dalam sebuah “duet menggosok” sebagai penutup kepada tempoh 24 jam tersebut. Di kemuncak acara, sejumlah 10,700 helai pakaian berjaya digosok dalam tempoh hanya satu hari, melayakkan SCENTIFY olen Enchanteur Eau de Fabric dalam The Malaysia Book of Records bagi “Jumlah Pakaian Terbanyak yang Digosok dalam Sehari”.
Sijil rasmi telah dianugerahkan ole pihak The Malaysia Book of Records kepada Puan Rozaina & Encik Syed Ashiq selaku wakil dari SCENTIFY manakala pihak Mydin Mohamed Holdings Berhad diwakili oleh Yang Berbahagia Datin Wira Dr Hajah Siti Hawa Mod dan Yang Berbahagia Dato’ Murad Ali Mydin Mohamed, merangkap Pengarah-Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Berhad.
SCENTIFY by Enchanteur Eau de Fabric (370ml) boleh didapati dengan harga RM9.50 di Semenanjung Malaysia Dan RM10.00 bagi Sabah dan Sarawak, dan rangkaian SCENTIFY by Enchanteur Eau de Car (14ml) pada harga RM9.90 in Semenanjung Malaysia dan RM10.40 bagi Sabah dan Sarawak di semua peruncit utama, pasaraya, dan pasaraya besar di seluruh negara.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Golongan belia merupakan antara yang paling tinggi dan aktif menggunakan e-dompet dalam urusan jual beli serta pelbagai bentuk pembayaran di negara kita.
Selain lebih selamat tatkala negara berdepan pandemik COVID-19, penggunaan e-dompet juga memberikan pelbagai kelebihan kepada pengguna.
Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan bakal memperkenalkan inisiatif kredit e-tunai dikenali sebagai e-Belia bernilai RM300 juta. Ia akan dibuka kepad kira-kira dua juta belia warganegara Malaysia yang layak bermula 1 Jun depan.
Jelas Kementerian Kewangan, e-Belia akan ditawarkan menerusi empat penyedia perkhidmatan. Mereka adalahBigPay, Boost, ShopeePay and Touch ‘n Go eWallet yang secara keseluruhan mempunyai 30 juta pengguna aktif dengan jaringan lebih 1 juta peniaga di dalam dan luar talian.
KATEGORI LAYAK
Pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada salah satu penyedia perkhidmatan e-tunai tersebut. Selain itu, ia juga dikatakan akan disertakan dengan pelbagai insentif tambahan dalam bentuk cash back, baucar, mata terkumpul atau coins oleh setiap penyedia perkhidmatan e-tunai yang dipilih.
Untuk pengetahuan anda, e-Belia dibuka kepada warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun ini iaitu mereka yang lahir pada tahun 2001 hingga 2003.
Ia juga terbuka kepada pelajar sepenuh masa di peringkat diploma, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap empat dan ke atas di IPT berdaftar.
Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 1 Jun hingga 22 Julai depan dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai depan.
Mereka yang layak digalakkan untuk mengemas kini akaun di aplikasi e-tunai masing-masing atau memuat turun aplikasi e-tunai tersebut sebelum 1 Jun ini.
Jika anda kaum keluargayang layak, jangan lupa uar-uarkan perkara ini kepada mereka. Ingat mereka yang layak adalah dari golongan berikut:
Kategori layak menebus kredit e-Wallet :
Belia berumur antara 18 hingga 20 tahun.
Belia yang belajar sepenuh masa peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kebanyakkan lelaki memang gemar bermain game, tapi sekarang kaum wanita pun tidak ketinggalan. Khas untuk kaki game seperti Mobile Legends atau Arena of Valor sememangnya antara aplikasi perlu dalam telefon pintar untuk bermain game namun ada kekangan disebabkan bajet poket.
Berikut beberapa jenama smartphone yang kami cadangkan untuk peminat game bagi tujuan game kasual berharga di bawah RM1,000. Namun perlu diingatkan, berdasarkan pemprosesan, format skrin dan RAM yang ada, ia tidak terlalu hebat, jadi berpadalah ketika bermain.
1. Xiaomi Redmi 5 Plus
Harga: RM749
Xiaomi Redmi 5 Plus beroperasi pada Qualcomm Snapdragon 625 dengan skrin 5.99 inci jenis 18:9 dan RAM 4GB.
Ia mempunyai kapasiti bateri 4000mAh, namun teknologi bateri pada Xiaomi kali ini memungkinkan anda menggunakan fon ini seharian tanpa powerbank.
2. Honor 7X
Harga: RM900 – RM1,000
Smartphone yang hebat dan memang padan untuk dimainkan pada peranti mempunyai skrin 5.93 inci didatangkan dengan paparan FHD+ dan resolusi 2160 x 1080 piksel namun berjaya dinipiskan sehingga 7.6 milimeter dengan berat hanya 165 gram.
Bermakna, bermain game memang tidak mendatangkan masalah apatah lagi dengan pemprosesan Kirin 659 2.36GHz yang berkuasa tinggi dengan GPU pun tidak kurang hebatnya di samping RAM 4GB ini.
3. Samsung Galaxy J7 Prime (2017)
Harga: RM759
Telefon yang mempunyai versi RAM 3GB dan storan 32GB ini cukup untuk bermain game kasual, namun jangan terlalu lama di depan skrin.
Ia mempunyai skrin 5.5 inci jenis 1080 x 1920 HD, jadi boleh tahan untuk visual.
4. Vivo V7
Harga: RM999
Berdasarkan skrin 5.7 inci dengan RAM 4GB, ia mampu mengoperasikan permainan kasual.
Selain storan 32GB, Vivo V7 juga lengkap skrin jenis FullView 18:9 di samping pemprosesan Qualcomm 1.8GHz.
5. Moto G5s Plus
Harga: RM860 – RM999
Moto G5s Plus mempunyai skrin 5.5 inci HD penuh yang dikuasakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 625 dan RAM 4GB.
Ia dibangunkan dengan storan 32GB dan menggunakan operasi Android 7.1.1 di samping kapasiti bateri yang besar iaitu 3000mAh, yang mampu bertahan seharian dengan penggunaan kerap selain skrin 5.2 inci IPS LCD 1920 x 1080 piksel Corning Gorilla Glass 3.
6. Xiaomi Mi A1
Harga: RM899 – RM1,000
Xiaomi menjual model telefon Mi A1 hasil kerjasama dengan Google yang juga peranti pertama beroperasi di bawah program Android One di Malaysia.
Memang sesuai untuk kaki game, ia dilengkapi pemprosesan Qualcomm Snapdragon 625, bateri 3080mAh dan RAM sebanyak 4GB dibantu storan dalaman 64GB.
7. Neffos X1 Max
Harga: RM698
Neffos mempunyai model X1 Max bersaiz 5.5 inci dengan pemprosesan MediaTek Helio P10 menjadikan operasi telefon lebih pantas dan menjimatkan bateri.
X1 Max menggunakan teknologi pengecas pantas dengan 30 minit untuk cas sebanyak 50 peratus jadi kalau habis bateri, cepat sikit dicas.
8. ASUS Zenfone 4 Max Pro
Harga: RM999
ASUS Zenfone 4 Max Pro nyata berbaloi sekarang apabila datang dengan harga lebih murah iaitu RM999 saja, namun anda boleh memiliki kapasiti bateri besar sebanyak 5000mAh
Ia juga berfungsi sebagai powerbank manakala skrin 5.5 inci HD penuh memang sesuai untuk game dengan RAM 3GB.
Berminat? Semoga memberi manfaat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.