Datuk Hans Isaac, satu nama besar yang tidak asing dalam dunia hiburan tanah air, sekali lagi diberikan kepercayaan untuk menerajui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sebagai Pengerusi, berkuat kuasa 26 Mac 2025.
Pelantikan ini diumumkan secara rasmi oleh Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib menerusi akaun Instagram rasmi agensi itu.
Kembalinya Hans ke kerusi Pengerusi ini bagaikan satu simbolik kepada kesinambungan perjuangannya dalam memperkasa industri perfileman tempatan.
Pernah menyandang jawatan sama pada tahun 2019, pelakon, pengarah dan penerbit prolifik ini melepaskan jawatan tersebut pada Mei 2020 selepas menerima surat penamatan kontrak.
Namun, kredibiliti dan komitmen beliau terhadap pembangunan industri seni tanah air tidak pernah dipertikaikan.
Ads
VISI STRATEGIK
Dalam tempoh tiga dekad Hans berada dalam dunia hiburan, beliau bukan sekadar dikenali sebagai pelakon berkarisma tetapi juga tokoh yang membawa visi strategik.
Pelantikannya semula ini juga dilihat sebagai satu langkah berani dan tepat, apatah lagi selepas beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) pada 17 Mac lalu, yang disandang sejak 2023.
Ads
Pelantikan Hans juga berlaku selepas tamatnya kontrak Datuk Kamil Othman sebagai Pengerusi FINAS pada 22 Februari lalu. Datuk Kamil kini diberi tanggungjawab baharu sebagai Penasihat Industri kepada FINAS bermula 17 Mac.
Pengaruh Hans dalam dunia hiburan bukan sekadar dari segi lakonan, tetapi juga dalam membina ekosistem seni yang lebih tersusun, inklusif dan relevan.
Dengan pengalaman luas serta pemahaman mendalam terhadap kehendak industri dan penonton masa kini, harapan besar disandarkan agar beliau dapat mengemudi FINAS ke arah masa depan yang lebih gemilang.
Biodata Ringkas Datuk Hans Isaac
Nama Penuh: Gerald Hans Isaac Umur: 53 tahun Tarikh Lahir: 20 Ogos 1971 Asal: Kuala Lumpur, Malaysia Kerjaya: Pelakon, Pengarah, Penerbit, Usahawan Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Stamford College Pencapaian:
Pelbagai anugerah lakonan dalam filem dan drama tempatan
Bekas Pengerusi FINAS (2019–2020, 2025–kini)
Bekas Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (2023–2025) Fakta Menarik: Hans juga aktif dalam kegiatan amal dan pernah mencuba nasib dalam dunia politik pada PRU14.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Orangnya segak dan berkarier, rupa paras yang tampan membuatkan namanya menjadi sebutan netizen.
Lagi pula gambarnya duduk mesra melayan ‘baby sayang’ atau Mira Filzah di majlis resepsi perkahwinan pelakon Farah Nabila hangat dibualkan.
Orangnya berkerjaya dan mempunyai firma seni bina dan perusahaan perniagaan sendiri.
Ada yang mula berspekulasi, siapakah gerangan individu ini sebenarnya dan apa status hubungannya bersama Mira Filzah?
Ada khabar angin mengatakan beliau sebenarnya kawan Mira Filzah sewaktu zaman pengajian, namun persahabatan mereka terpisah kerana dirinya melanjutkan pengajian di luar negara.
Walaupun sehingga kini Mira Filzah tetap dengan pendiriannya untuk merahsiakan identiti lelaki tersebut kerana menghormati permintaan kedua belah keluarga, orang ramai dapat mengagak dan memahami situasi tersebut.
Ditambah lagi, ada khabar angin mengatakan beliau sudah pun merisik Mira dan bakal melangsungkan pertunangan pada bulan September tahun ini.
BIODATA
Nama Penuh: Wan Emir Astar
Instagram: Wan Emir Astar
Twitter: Wan Emir Astar
Umur: 30 tahun
Kerjaya: Arkitek
Anak Kepada: (Ayah) Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad, (Ibu) Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yazid
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pelakon terkenal Indonesia, Reza Rahadian yang memeluk Islam pada usia 19 tahun mengaku menemui jalan perdamaian selepas mempelajari agama Islam.
Melalui temubual santai di Youtube Kasisolusi yang tular di media sosial, Reza berkata walaupun setiap agama mengajar mengenai kasih sayang dan perdamaian, namun Islam disifatkan sebagai agama yang menyempurnakan ajaran dan mudah.
Youtube: kasisolusi
“Dalam perjalanan hidup, saya menemukan bahawa Islam itu agama yang damai, agama yang penuh cinta. Semua agama mengajarkan tentang kasih, tapi dalam perspektif saya Islam itu menyempurnakan” – Reza
“Islam menyempurnakan nilai sebuah cinta, kasih dan membuatkan saya rasa damai. Bagi saya memeluk Islam itu adalah memeluk kedamaian” – Reza
Pelakon Habibie & Ainun itu turut mendedahkan bahawa ibunya juga bersikap terbuka untuk dia memilih mana-mana agama setelah menganjak dewasa.
Youtube: kasisolusi
“Saya peluk (Islam) ketika berusia 19 tahun. Saya sebelum ini seorang nasrani”
“Ibu saya pun pernah pesan, pilihlah agama yang saya percaya kerana agama yang dia yakini itu dibawa sejak saya lahir. Namun, kalau saya rasa ada keyakinan untuk memeluk agama yang berbeza serta mempunyai kesedaran penuh, ibu saya tidak menghalang,” katanya.
Walaupun berbeza agama, hubungan pelakon yang berusia 37 tahun itu masih akrab dengan ibunya hingga hari ini.
Kredit: Detik
Dalam pada itu, di ruangan komen ramai yang mendoakan agar Reza kekal istiqamah dan turut memuji cara pemikirannya.
Sekadar info, sekitar April lalu Reza telah berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah. Awal tahun ini, Reza Rahadian juga terlibat dalam beberapa filem terbaru seperti Pasutri Gaje, 24 Jam Bersama Gaspar, dan terbaru Siksa Kubur yang bakal memasuki panggung di Malaysia tidak lama lagi.
Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh pemilik kereta adalah cermin kereta yang retak atau pecah. Kebanyakan orang mungkin beranggapan bahawa keretakan pada cermin kereta memerlukan perbaikan profesional yang mahal. Namun, apa yang ramai tidak sedari, dengan sedikit pengetahuan dan kemahiran DIY (Do It Yourself), masalah ini sebenarnya boleh diatasi sendiri, terutama waktu-waktu nak raya ini memang banyak nak guna duit. Buat sendiri lagi jimat!
Caranya dengan menggunakan pek wind screen repair kit yang ada dijual. Dikongsi oleh abamrongg_oe yang menggunakan Dr Crack, wind screen repair kit, ini cara yang boleh digunakan untuk baiki sendiri cermin kereta yang retak. Termasuklah retak yang panjang.
1. Kenal pasti jenis crack, tujuan untuk kenal pasti crack dari dalam dari dalam atau luar.
2. Ambil resin dan titis pada cotton swab.
3. Ratakan pada tempat crack, ikut saja garisan retak. Ulang langkah 2 dan 3 ini sampai ke hujung crack.
Semasa meratakan resin pada retak kita juga dah nampak perbezaannya.
Kemudian letak lagi resin dan tampal curing tab sepanjang retakan.
Dah siap jemur di bawah cahaya matahari sehingga kering.
4. Cabut curing tab.
5. Kemudian kikis kesan resin menggunakan razor blade.L ap sampai bersih dan anda dapati kesan retakan akan hilang.
Untuk video penuh boleh tonton di TikTok abamrongg_oe
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.