PRODUK KESIHATAN BANTU MASYARAKAT

 Jual Produk Kesihatan, Usahawan Itu Sendiri Perlu Sihat

Kalau tiada mimpi, memang susah hendak memulakan sesuatu. Apa juga yang kita lakukan tanpa mimpi dan matlamat yang jelas, kita kabur dan tiada fokus padanya. Usah terikut-ikut kata orang, lakukan mengikut kata hati, barulah anda akan menjumpai jalan kejayaan yang anda sendiri tidak pernah jangkakan.

Saya mendapat pendidikan dari Putra Intelek International College dalam bidang Pengurusan Risiko, buat masa ini saya menjalankan perniagaan berasaskan makanan sihat iaitu fokus pada bahagian produk minuman kesihatan untuk lelaki dan perempuan.

“ Bagi saya setiap insan berhak mendapatkan kehidupan yang sihat dan bahagia, melihat keperluan itu saya dan rakan kongsi terpanggil untuk menghasilkan produk yang boleh dinikmati segenap lapisan masyarakat. Tujuannya hanya satu iaitu untuk kekal sihat dan cergas sepanjang hari. Dari situ kami mengeluarkan GoodMan Coffee khusus memberi tenaga seharian untuk mereka yang bekerja.

“Mengandungi herba dan serbuk kopi asli yang sangat berkhasiat yang didatangkan dari teknologi sains nutrisi juga hasil hutan alam semula jadi. Ramuan ini memberi kebaikan untuk sistem tubuh luar dan dalaman serta meningkatkan sistem daya tahan tubuh manusia.”

IKLAN

Jual Produk Kesihatan, Usahawan Itu Sendiri Perlu Sihat

SUPLEMEN UNTUK SIHAT

Berkongsi mengenai penjagaan kesihatan dengan pengamalan diet menggunakan suplemen, apa pula pendapat anda mengenai perihal ini?

IKLAN

 

“Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral sebagai tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif, seperti vitamin C, bagus untuk kulit serta vitamin E, asid amino, zink dan sebagainya. Makanan tambahan seperti itu yang kita perlukan dan diambil setiap hari untuk memestikan tubuh sihat dan kekal bertenaga. Cara pengambilan adalah bergantung kepada pengguna, sama ada melalui minuman atau kapsul.

 

IKLAN

“Sekiranya seseorang ingin memilih makanan tambahan untuk diri sendiri, individu tersebut perlu pastikan kenapa dia perlu mengambil makanan tambahan tersebut dan kepentingan suplemen tersebut kepada kesihatannya. Kita perlu tahu adakah penting suplemen tersebut untuk kita amalkan. Kita perlu ingat makanan tambahan tidak akan menyembuhkan sesuatu penyakit tetapi ia hanya membantu mengekalkan kesihatan.

 

Suplemen ini semua adalah untuk memaksimakan pertumbuhan otot-otot anda. Saya juga ada mengamalkan Whey protein dalam diet seharian saya. Whey protein ini merupakan bahan yang kaya dengan protein dan rangkaian amino asid yang lebih baik daripada putih telur. Diasaskan daripada product low fat diary sememangnya popular dalam kalangan yang selalu bersenam bagi menaikkan kadar metabolisme, sistem imun, pemulihan otot-otot dan banyak lagi dan tidak semestinya untuk weight training sahaja.”

IKUTI KISAH LEBIH LANJUT DI DALAM MAJALAH MASKULIN EDISI MEI 2018

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI