Sibuk dan tak sempat bersenam. Ya, itulah alasan biasa yang kita dengar. Bukan anda sahaja malah kami di MASKULIN juga kadang-kadang terjerat dengan alasan ini.
Bila sudah muncul alasan makan rasa malas itu akan mula menebal dalam diri. Akhir sekali langsung tak bersenam. Lama-kelamaan saiz pinggang pun semakin naik.
Usahlah kita terus begini dan mencipta alasan sedangkan anda boleh melakykan senaman harian yang mengambil masa tak lebih 10 minit pun!
Ikuti beberapa jenis senaman yang anda boleh lakukan dalam hanya 7 minit sahaja.
Ads
Rutin yang MASKULIN kongsi di bawah ini merupakan teknik senaman abdomen yang popular dan berimpak tinggi. Jika mahu lebih kesan yang hebat anda boleh turut menggunakan dumbbell di dalam beberapa rutin senaman.
Ads
Lakukan setiap teknik senaman di bawah seberapa banyak reps anda mampu dalam tempoh 50 saat. Rehat 10 saat dan teruskan dengan siri senaman yang berikutnya.
Down Dog to Mountain Climbers
Oblique Heel Touch
Side Oblique Crunch (Right)
Side Oblique Crunch (Left)
Triple Crunch (3 Reverse Crunches and 3 Regular Crunches)
Plank Climbers (Plank and Mountain Climber)
Ab Circles
Untuk menjadikan senaman anda lebih menyeronokkan carilah pasangan atau kawan untuk melakukannya bersama-sama. Amalkan senaman harian ini selama sebulan dan anda boleh lihat sendiri hasilnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Salah satu jenis kecederaan yang cukup melecehkan buat penggemar aktiviti kecergasan ialah kekejangan otot.
Ia sebenarnya jenis kondisi kecederaan yang biasa berlaku sama ketika bersenam, bersukan, tidur dan sebagainya.
Bila berlaku kesakitan yang dialami memang cukup memeritkan. Ini disebabkan berlakunya pengecutan otot dengan mengejut.
Selain bahagian betis, ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain seperti paha, punggung, leher dan tangan.
Untuk mengurangkan terjadinya kekejangan otot, doktor menyarankan anda untuk mengambil senarai makanan ini sebagaimana yang dikongsikan Public Health Malaysia.
Betis saya kerap kejang pada waktu tidur. Menjerit saya. Sakit sangat sampai menangis air mata. Suami tidak dapat tidur sebab terjaga dan tolong urut pakai minyak urut. Tapi sakit betis sampai ke pagi tidak hilang. Tidak tahan sakit tersebut, kami berjumpa dengan doktor pagi itu.
Doktor kata, kejang jangan dibiarkan lama. Kalau boleh, lakukan regangan secepat mungkin. Jika tidak, kesannya mungkin lebih lama nak sembuh.
Doktor kongsikan bagaimana nak hilangkan kejang tersebut pada ketika itu. Ambil tuala. Tarik tapak kaki dengan lembut. Anda akan rasakan betis anda ditarik. Ingat.
Jangan paksa atau terlebih. Cukup sekadar regangan terasa. Ulangi 3 kali setiap betis. Anda juga boleh amalkan setiap malam sebelum tidur. Ianya boleh mengurangkan episod kekejangan di waktu malam.
Ada lagi nasihat.
Selalunya, kejang disebabkan kurangnya pengambilan air.
Doktor sarankan beberapa makanan yang boleh mengurangkan kejang.
✅ Keledek
Terdapat kalsium, magnesium dan potassium yang membantu di dalam melegakan kekejangan.
✅ Tembikai
Membantu meningkatkan hidrasi otot. Ramai yang mengalami kekejangan otot biasanya tidak cukup hidrasi.
✅ Susu
protein dalam susu dapat membantu di dalam proses pemulihan tisu otot.
✅ Kekacang
Sumber magnesium yang baik. Magnesium diperlukan dalam perhubungan saraf dan otot. Jadi kekurangan Magnesium selalu dikaitkan dengan kekejangan otot.
✅ Sayur hijau berdaun gelap
Sumber kalsium dan magnesium. Kalsium yang rendah dalam darah berkait dengan kekejangan otot. Jadi selain susu, sayur hijau berdaun gelap seperti brokoli, kale, bayam, chard dan lain-lain.
✅ Jus oren & tomato
Meningkatkan hidrasi dan tinggi potassium. Selain kalsium dan magnesium, potassium juga penting untuk mencegah otot kejang. Ianya terlibat dalam hubungan saraf dari otak ke otot.
✅ Air putih
Membantu meningkatkan hidrasi otot dan badan. Pernah lihat orang berlari tiba-tiba kejang otot? Ianya boleh disebabkan kurangnya air dalam badan. Tanpa air yang mencukupi, anda berpotensi untuk kekejangan. Minumlah satu gelas sebelum tidur.
Begitulah cerita doktor kepada kami. Semoga ianya membantu. Boleh share tidak perlu minta kebenaran.
Susah nak cari snek sihat yang boleh dimakan sebagai snek seharian?Apa kata korang amalkan buah tin sebab terkandung banyak khasiat buah tin bukan sahaja untuk kuruskan badan tetapi juga kesihatan lelaki mahupun perempuan secara keseluruhannya.
Buah tin atau dalam bahasa Latin Ficus Carica berasal dari tanah Asia barat, merupakan buah yang sangat terkenal, lebih-lebih lagi dalam dunia Islam. Bukan sahaja disebut di dalam al-Quran, tetapi Rasulullah S.A.W juga bercerita tentang khasiat buah ini.
Kandungan zat besi yang tinggi dalam buah tin membantu mengoptimalkan pembentukan homoglobin atau sel darah merah. Ini amat berguna dalam rawatan penyakit Anemia.
Buah tin mengandungi gabungan mineral semulajadi seperti magnesium, fosfor, omega 3, omega 6, dan fenol. Kandungan-kandungan mineral semulajadi inilah yang cukup bermanfaat untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mencegah munculnya penyakit jantung koroner.
Dengan mengamalkan air rebusan daun tin sekali dalam sehari, penghidap penyakit batu karang dapat mengeluarkan sedikit demi sedikit batu karang dari saluran pundi kencing mereka. Cubalah
selain isi buahnya yang berkhasiat, daun buah tin juga dikatakan mampu meningkatkan senstiviti hormon insulin dalam memecahkan glukosa dalam darah.
Bagi mereka yang dalam usaha membuang kolesterol jahat dalam badan, anda boleh cuba mengamalkan makan buah ini. Selain menurunkan kadar Trigliselida, iaitu sejenis kolesterol jahat dalam badan, air teh daun tin juga dapat menyegarkan badan anda.
Ini yang lelaki suka! Cuba rendam isi buah tin dalam susu semalaman dan letakkan di dalam peti ais. Kemudian di waktu pagi, minum. Amalkan selama sebulan. Anda mungkin dapat rasakan perubahan stamina anda ketika bersama isteri anda. Tidak lagi lelah, tidak lagi kalah awal!
Kanser prostat seringkali berlaku kepada lelaki berumur 30 dan ke atas. Para penyelidik pemakanan kebanyakannya mencadangkan pemakanan buah tin secara kerap kerana ia mengandungi Coumarins yang dapat mencegah kanser prostat di umur tersebut.
Jerawat biasanya berlaku disebabkan oleh lubang pori tersumbat oleh minyak dan kotoran yang melekat di muka. Buah tin yang mengandungi mineral alkali mampu mengawal pH kulit serta membersihkan lubang pori daripada tersumbat. Caranya mudah saja. Samaada anda mengamalkan makan buah ini atau melenyekkan isi buah tin kemudian sapukan secara rata di permukaan kulit. Losyen semulajadi untuk anda.
Jika anda mengalami sakit tekak atau Sore Throat, anda boleh cuba minum jus buah tin tanpa gula. Dengan kandungan lendir yang tinggi, ia dapat melembabkan tekak anda yang kering itu.
Rasulullah S.A.W sudah menyatakan perkara ini berabad lamanya. Sabda Rasulullah S.A.W “Kalau aku perkataan tentang buah yang diturunkan dari syurga, niscaya aku katakan inilah kerana buah- buahan syurga tidak berbiji.Oleh karena itu, makanlah buah ini. Sesungguhnya buah ini menghentikan penyakit buasir dan menyihatkan badan”.Setelah dibuat kajian, ia terbukti kerana buah tin mengandungi falvonoid yang tinggi, mampu mencegah radikal bebas dan peradangan punca buasir. Kandungan serat dalam buah tin juga bermanfaat untuk merawat sembelit. Jadi bagi anda yang selalu sangat meneran dalam tandas, bolehlah cuba amal buah ini.
Menurut kajian di Universitas Yale, buah tin mengandungi tryptophan yang cukup berkesan untuk memberikan rasa tenang dan aman serta sangat baik untuk menghilangkan Insomnia dan membuat tidur anda lebih nyenyak.
Anda mungkin pernah lihat benjolan atau “isi lebih” dekat tangan atau mana-mana bahagian tubuh kawan anda. Itu adalah tumor, terjadi kerana pertumbuhan secara abnormal. Dengan kandungan benzaldehide dan phenol dalam buah tin, ia dipercayai mampu menghentikan pertumbuhan parasit dan virus yang menjadi penyebab tumor.
Asma boleh terkena kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa, disebabkan oleh jangkitan radangan pada saluran alveolus pada paru-paru. Untuk merawatnya, anda mungkin boleh cuba mengamalkan jus buah tin. Dengan kandungan antibakterial dan antiseptik, jangkitan saluran pernafasan tersebut dapat diatasi dengan mudah sekali.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Brisk walk atau berjalan pantas adalah antara bentuk senaman yang paling mudah, efektif, dan mesra untuk semua peringkat umur serta tahap kecergasan.
Ia merupakan bentuk senaman sangat sesuai untuk mereka yang baru ingin memulakan gaya hidup aktif. Selain tidak memerlukan peralatan mahal atau keahlian gim ia cukup mudah untuk dileakukan.
Hanya dengan sepasang kasut yang selesa dan tekad untuk berubah, sesiapa sahaja boleh mula menikmati manfaat kesihatan yang luar biasa.
Berjalan pantas selama 30 minit sehari mampu meningkatkan kadar metabolisme, membantu membakar kalori, serta menguatkan otot kaki dan teras badan.
Selain itu, ia juga memperbaiki kesihatan jantung, mengurangkan tekanan darah, dan menurunkan risiko penyakit kronik seperti diabetes dan kolesterol tinggi.
Bagi individu yang ingin menurunkan berat badan, brisk walk ialah pilihan terbaik kerana ia memberikan impak rendah kepada sendi, mengurangkan risiko kecederaan, serta boleh dilakukan di mana-mana sahaja – di taman, sekitar kejiranan, atau di atas treadmill.
Menurut laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, Malaysia mencatatkan kadar obesiti yang membimbangkan, di mana hampir 50.1% rakyat Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti.
Lebih memburukkan keadaan, obesiti adalah antara punca utama penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, dan masalah jantung.
Statistik ini menunjukkan betapa pentingnya untuk setiap individu mengambil langkah proaktif dalam mengawal berat badan dan meningkatkan tahap kesihatan mereka.
Memulakan rutin brisk walk adalah satu permulaan yang mudah tetapi berkesan untuk kembali ke trek kecergasan.
Brisk walk membantu menurunkan berat badan dengan meningkatkan kadar pembakaran kalori. Sebagai contoh, seorang individu dengan berat sekitar 70kg boleh membakar sekitar 300-400 kalori sejam dengan berjalan pantas.
Sekiranya dilakukan secara konsisten bersama pemakanan yang seimbang, ia dapat membantu mencipta defisit kalori yang diperlukan untuk menurunkan berat badan.
Berikut adalah beberapa tip untuk menjadikan brisk walk lebih efektif:
Turunkan berat badan tidak perlu melibatkan senaman yang kompleks atau melampau. Dengan hanya berjalan pantas secara konsisten dan mengamalkan pemakanan sihat, anda boleh mencapai perubahan besar dalam kesihatan dan berat badan anda.
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.