Hanya kerana menunjukkan sokongan terhadap Palestin, pemain bola sepak terbaik Algeria, Youcef Atal dihukum penjara selama lapan bulan.
Memetik laporan Aljazeera, hukuman itu dijatuhkan oleh mahkamah Perancis pada Rabu lalu, selain mengenakan denda sebanyak 45,000 euro (RM228,149) atas dakwaan mencetus kebencian.
Atal yang mewakili kelab Ligue 1, Nice itu dihukum selepas meluahkan pandangannya secara terbuka terhadap kekejaman Zionis ke atas rakyat Palestin dalam siri pembunuhan beramai-ramai terbaru sejak 7 Oktober lalu.
Pada Oktober, Atal memuat naik sokongannya terhadap Palestin di media sosial sejurus selepas Zionis memulakan keganasan terhadap orang awam di Gaza dan Tebing Barat.
Ads
Mungkin Digantung Kelab
Selain dikecam teruk di Perancis, Atal turut berdepan penggantungan oleh kelabnya sehingga memaksa pemain berusia 27 tahun itu memadamkan hantarannya di media sosial.
Pemain Maghribi, Noussair Mazaoui yang beraksi untuk kelab Jerman, Bayern Munich, turut menjadi mangsa selepas menunjukkan simpati ke atas rakyat Palestin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai yang menganggap makan roti putih ketika bulan puasa lebih menyihatkan dan berkhaist untuk orang diet.
Gara-gara tak lalu telan oat, anda gantikan nasi dengan roti putih kerana percaya roti putih lebih menyihatkan dan dapat menurunkan berat badan sepanjang berpuasa.
Namun hakikatnya, tabiat makan roti putih bukanlah baik untuk kesihatan, lebih-lebih lagi jika anda makan secara berlebihan.
Kenapa anda kena mengurangkan pengambilan roti putih ketika berpuasa? Ini 7 sebabnya.
Roti memiliki kadar sodium yang sangat tinggi. Apabila anda kerap makan roti putih, kadar garam di dalam tubuh akan meningkat dan ia bakal menjejaskan kesihatan anda.
Roti putih mempunyai nutrisi yang rendah. Memang ia mengenyangkan perut terutamanya bagi anda yang mahu mengelak nasi tetapi ia tidak memberikan vitamin atau protein yang secukupnya untuk tubuh. Malah roti penuh gandum juga mengurangkan penyerapan nutrisi dari makanan lain.
Ramai yang yakin, makan roti putih untuk mengelak nasi akan membuatkan mereka menjadi kurus. Sebenarnya, roti mengandungi kalori yang akan meningkatkan berat badan anda.
Kandungan gluten dalam roti boleh memberi reaksi negatif kepada mereka yang sensitif terhadapnya. Bila anda mengambil roti tanpa bebas gluten, sistem imunisasi anda boleh terganggu, cepat kepenatan, masuk angin dan sistem penghadaman tidak baik.
Majoriti makanan berasaskan roti memiliki jumlah karbohidrat yang tinggi. Jika anda kerap makan roti putih, karbohidrat yang ada di dalam tubuh akan menyebabkan gangguan otak yang dapat menurunkan fungsi kognitif.
Pati yang terdapat pada roti akan cepat memasuki saluran pencernaan tubuh, seterusnya memasuki aliran darah dengan menjadi glukosa. Apabila ini terjadi, ia akan menyebabkan kadar gula dalam darah dan kadar insulin naik dengan cepat.
Roti mengandungi sirap jagung fruktosa (gula) yang tinggi. Ia merupakan sejenis gula yang memberi kesan kepada kepada kesihatan anda khususnya mereka yang mengalami gout. Ini kerana menurut kajian untuk pesakit gout, antara penyebab kenaikan asid urik dalam darah adalah disebabkan kandungan fruktosa yang tinggi dalam tubuh.
Bukan tak boleh makan langsung, tapi makanlah roti putih secara berpada-pada dan tidak berlebihan. Sebaiknya gantikan pemakanan anda di bulan puasa Ini dengan nasi, roti gandum, oat, kurma dan susu kerana ia lebih mengenyangkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan tidak semua orang sukan melakukan aktiviti kecergasan di luar rumah atau pun di gimnasium. Apatah lagi buat anda yang memiliki karakter introvert. Jadi adakah itu bermakna anda tidak boleh melakukan senaman?
Melakukan senaman di rumah sebenarnya boleh menjadi pilihan yang sangat baik untuk mereka yang tidak suka, tidak sempat atau malas keluar rumah. Terdapat beberapa jenis senaman yang tidak kurang hebatnya anda boleh lakukan di rumah.
Berikut MASKULIN kongsikan lima jenis senaman yang boleh dilakukan di rumah dengan cara yang betul, tepat dan mudah!
Cara Melakukan Senaman Plank:
Cara Melakukan Squat:
Cara Melakukan Push-Up:
Cara Melakukan Burpees:
Cara Melakukan High Knees:
Selamat mencuba!
Jom subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video senaman menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kepenatan merupakan satu perkara biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja terutamanya selepas seharian suntuk sibuk melakukan pelbagai tugasan kerja sama ada di pejabat atau di rumah.
Jadi keletihan akibat kehabisan tenaga itu bukanlah satu perkara pelik. Namun perkara ini harus dibezakan dengan kondisi di mana anda sering berasa lesu dan penat walapun tidak melakukan apa-apa pun sepanjang hari.
Itu adalah satu perkara yang pelik dan tak kena berlaku pada diri anda. Kenapakah anda boleh rasa penat sedangkan tak buat sebarang kerja berat pun? Usah risau kerana terdapat beberapa penjelasan mengapa keadaan ini boleh berlaku kepada diri anda.
Terdapat beberapa punca utama yang menyebabkan berlakunya keletihan atau lesu.
Mungkin selama ini anda rasa tidur selama 7 hingga 8 jam sehari sudah mencukupi. Akan tetapi adakah tidur anda itu adalah tidur yang berkualiti?
Tak mendapat tidur yang nyenyak dan berkualiti merupakan salah satu punca mengapa keletihan dan kelesuan berlaku. Badan anda melakukan pelbagai perkara ketika anda tidur termasuk menyimpan memori, melepaskan hormon yang mengatur tahap metabolisme dan tenaga anda.
Tak dapat dinafikan semakin lama semakin ramai generasi muda terutamanya golongan lelaki berdepan dengan masalah kemurungan. Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kemurungan dan ia lebih parah jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan.
Kemurungan bukan sahaja membuat anda lesu tetapi ia turut menjejaskan corak diet pemakanan, tidur serta apa yang anda rasakan tentang diri anda. Tanpa mendapatkan rawatan, simptom berkaitan kemurungan ini mungkin akan berlanjutan sehingga berminggu, berbulan, bahkan mungkin bertahun.
Kemurungan boleh mengurangkan tenaga, mengubah corak tidur dan pemakanan, menganggu ingatan dan fokus serta membuatkan anda berasa putus harapan, tidak bernilai dan sentiasa berfikiran negatif.
Tahukah anda alahan terhadap makanan juga boleh menyebabkan badan berasa lesu? Alahan makanan atau tindak balas sensitif terhadap sesuatu makanan boleh menjadi punca kepada masalah kerap keletihan.
Reaksi sensitif atau rintangan terhadap sesuatu makanan mungkin menyebabkan masalah seperti ruam gatal, masalah sembelit, hidung berair atau sakit kepala. Tetapi,ia turut boleh menyebabkan keletihan.
Stres merupakan antara musuh besar kepada kesihatan mental dan fizikal. Adalah sesuatu yang normal untuk mempunyai tekanan dalam hidup. Dan, sebenarnya tekanan ini membuatkan anda lebih berjaga dan dapat membantu untuk memberikan yang lebih baik dalam hidup anda seperti dalam tugasan kerja, temuduga – ianya memberikan sesuatu yang positif jika bersifat sementara.
Tetapi tekanan yang berlebihan atau kronik boleh menjejaskan tahap tenaga dan kualiti hidup anda – turut berhubung kait dengan keletihan. Tekanan yang kronik boleh mendatangkan keletihan secara fizikal dan mental yang cenderung menyebabkan wujudnya masalah kesihatan lain.
Masalah kesihatan dan perubatan, merupakan antara salah satu faktor yang boleh mengakibatkan anda kerap keletihan walaupun anda melakukan perubahan pada gaya hidup, bersenam, memperbaiki tahap tekanan dan mendapatkan tidur yang mencukupi.
Antara beberapa keadaan kesihatan yang menunjukkan keletihan sebagai salah satu simptomnya adalah seperti: anemia, tiroid yang tidak aktif, diabetes, kegelisahan, penyakit jantung, demam kelenjar, kehamilan serta kekurangan vitamin dan mineral.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
BOYNEXTDOOR dilantik sebagai duta global Under Armour, membawa semangat muda, ekspresi autentik dan komitmen untuk terus berkembang menerusi kempen baharu, Commit.