Biasa kalau sebut tentang jerawat orang perempuanlah yang paling risau. Tapi jangan tak tahu lelaki juga mempunyai kerisauan yang sama.
Terutama buat lelaki yang berusia di peringkat usia 20-an. Pada umur beginilah penampilan sedikit sebanyak memainkan peranan dalam hala tuju hidup mereka.
Di pasaran kini terdapat pelbagai jenis lambakan produk untuk melawan jerawat. Ad ayang bentuk krim, ada yang berbentuk serbuk dan ada juga berbentuk pil. Memang macam-macam jenis sekali.
Tapi bahan semula jadi juga boleh digunakan untuk melawan jerawat. Anda boleh cuba ramuan di bawah untuk melawan jerawat. Kesemua bahan ini juga sangat senang diperolehi dan murah!
Sebiji Lemon
Asid yang terkandung di dalam sebiji buah lemon sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Salah satunya adalah mampu menghilangkan jerawat di muka. Kandungan asid dalam lemon dapat mengurangkan radang pada kulit berjerawat serta membersihkan pori-pori wajah yang tersumbat.
Bukan itu sahaja, lemon juga bertindak mencerahkan kulit dan menghilangkan bintik hitam. Ambil lemon dan sental pada seluruh kawasan berjerawat. Biarkan kering selama 15 minit kemudian barulah dibilas dengan air bersih.
Ads
Cuka Epal
Selain lemon, cuka epal yang anda gunakan dalam kebanyakkan membuat beberapa jenis menu ini juga bertindak pantas untuk meredakan jerawat. Asid yang terkandung di dalamnya bertindak menghilangkan sel kulit mati.
Malah antioksidan yang juga terkandung di dalamnya berfungsi mempercepat proses penyembuhan kulit akibat jerawat. Apa yang perlu anda buat adalah dengan membancuh 5ml cuka bersama sedikit air dan sapu pada jerawat. Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air suam. Lakukan sebelum waktu tidur.
Kunyit Hidup & Garam
Kunyit hidup memang sangat berkesan menyembuhkan jerawat. Ambil sedikit kunyit hidup dan kemudian tumbuk halus bersama sedikit garam kasar. Sapu dan letakkan di tempat jerawat dan biarkan hingga ia kering.
Ads
Mungkin anda akan merasa sedikit pedih namun biarkan sahaja hingga kering. Hasilnya jerawat akan terus kecut.
Selepas jerawat makin pulih jika anda ada masa, ada baiknya cuba petua untuk cerahkan kulit wajah pula. Petua dengan menggunakan bahan dapur ini paling senang dicuba malah tak perlukan kos yang tinggi pun.
Penggunaan tiga asli seperti beras pulut, garam dan gula bukan hanya mencerahkan kulit bahkan ia boleh memulihkan masalah jerawat dan melembutkan kulit wajah. Tidak salah jika anda mencubanya.
Ads
Bahan-bahan:
2 sudu makan beras pulut
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
Gaul kesemua bahan di dalam kuali dan sangai kering kesemuanya. Apabila ia bertukar warna keperangan, angkat dan kisar bersama sedikit air.
Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan cair. Apabila bancuhan sejuk, ratakan ke seluruh wajah. Biarkan seketika hingga kering kemudian gosoklah dengan lembut ke seluruh wajah.
Lakukan urutan perlahan-lahan dengan teknik gosokan secara membulat. Teruskan menyental wajah sehingga anda berpuas hati. Sental pada bahagian hidung dan kawasan berjerawat lebih lama. Biarkan seketika kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Hasilnya kulit akan lebih cerah sejurus selesai, lembut dan masalah jerawat juga dapat diatasi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila timbulnya jerawat di muka pasti anda stres dan ingin mencari jalan bagaimana untuk mengecutkan jerawat tanpa meninggalkan kesan parut. Rasa nak kikis muka sebab kehadiran jerawat akan meninggalkan parut yang menghodohkan penampilan, selain boleh menghilangkan keyakinan diri.
Pasti anda telah mencuba pelbagai produk, namun ada ketikanya produk yang digunakan tidak memberikan hasil memuaskan. Jangan berputus asa kerana ada cara lain yang mungkin berkesan untuk anda cuba.
Menggunakan hanya dua bahan murah iaitu kunyit dan timun, Nauf Safuan berkongsi petua berkesan yang digunakannya untuk mengecutkan jerawat tanpa meninggalkan kesan parut. Jom baca perkongsiannya.
Ni percubaan pertama aku mengunakan kunyit dan timun. Aku share pengalaman aku yea.
Tujuan aku pakai mask ni. Sebenarnya nak kecutkan jerawat kat atas kening ni dan aku campur dengan timun untuk haluskan kulit aku dan kecilkan pori pori. Timun tu juga bertindak untuk mengawal minyak yang bertakung kat muka aku ni. Haha
Perbezaan selepas aku pakai mask kunyit timun ni. Muka nampak lebih fresh. Kulit rasa lembut. Jerawat atas kening dah mula tunjuk kesan nak mengecut.
Kulit aku jenis berminyak. Aku pakai pagi. Alhamdulillah sampai malam kulit aku mantain ja tak berminyak. Sampai malam kulit mantain lembut dan lembab. Mungkin sebab aku buh timun tu. Pori pun nampak lebih halus.
Posted by Nauf Safuan on Tuesday, 20 February 2018
Kunyit tu hampa buh 1 sudu kecik. Sudu kfc tu. Pakai jangan lama sangat. Nanti muka jadi kuning. Pakai dalam 5 minit dan terus cuci guna air bersih.
Selamat mencuba.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apabila meningkat dewasa masalah jerawat bukan lagi menjadi ‘musuh’ utama yang anda hadapi. Akan tetapi dengan kepelbagaian aktiviti yang anda lakukan dalam kehidupan seharian, wajah terdedah kepada bermacam kotoran.
Kemunculan masalah blackhead pula bakal menghantui anda! Jika ia tak dikawal masalah blackhead ini boleh menjejaskan penampilan kacak anda. Apabila liang wajah anda tersumbat dengan kotoran, sel mati serta minyak maka sakanlah blackhead dan whitehead muncul.
Jangan biarkan ia berlarutan walaupun ia tak menyakitkan namun blackhead boleh menyebabkan kulit wajah menjadi semakin kusam.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 4 cara terbaik bagaimana anda boleh hapuskan blackhead pada wajah.
PENCUCI MENGANDUNGI ASID SALISILIK
Antara contoh produk yang mengandungi asid salisilik.
Rejimen penjagaan kulit wajah biasanya mempunyai tiga langkah; mencucui, exfoliating dan pelembapan. Namun anda boleh jadikan ia sebagai satu langkah sahaja dengan menggunakan pencuci wajah mengandungi asid salisilik. Ia berfungsi menghakis blackhead yang tersumbat pada liang.
Ini antara amalan yang boleh anda lakukan tapi susah untuk dilakukan setiap hari. Dengan menggunakan pelembap mengandungi SPF yang kaya dengan pelbagai nutrien anda boleh mengekalkan kesihatan kulit wajah. Malah ia boleh menghalang segala jenis kotoran untuk melekat.
SAPU TREINOIN SEBELUM TIDUR
Menurut pakar, retinoid dianggap sebagai salah satu langkah terbaik untuk mengecilkan liang roma, menghalang jerawat dan melambatkan proses penuaan wajah. Walau bagaimanapun silalah rujuk doktor atau pakar dematologi sebelum anda menggunakan mana-mana produk yang betul-betul sesuai dengan kulit wajah anda.
Cuba tengok orang Korea, tak kira lelaki atau perempuan mereka sentiasa mengamalkan penggunaan mask dalam kehidupan harian.
Sebab itulah ramai di antara mereka mempunyai kulit wajah yang licin dan polos. Menggunakan mask seminggu sekali boleh menghalang berlakunya kotoran tersumbat dalam liang wajah. Pakai selama 10 hingga 15 minit pun sudah mencukupi.
Selamat mencuba ya! Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN untuk perkogsian paling terkini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tentu anda stres bila minyak wangi yang disembur pada waktu pagi semakin hilang menjelangnya tengah hari. Sebenarnya ada cara nak pastikan bau minyak wangi kekal lama.
Ramai yang suka pakai minyak wangi. Selain boleh menyerlahkan penampilan, memakai minyak wangi juga boleh meningkatkan keyakinan diri.
Jadi amat penting untuk melakukan semburan yang baik.
Ini 10 tipnya.
Sapu Vaseline pada nadi
Tip berkesan agar bau minyak wangi bertahan lama ialah dengan menyapu sedikit Vaseline terlebih dahulu pada nadi sebelum anda memakai minyak wangi.
Semburan di dada
Semburan di bahagian ini membuatkan bau minyak wangi kekal lama kerana kawasan ini tidak memerlukan pergerakan yang banyak. Malah perpeluhan di kawasan ini juga akan meningkatkan lagi bau minyak wangi yang anda pakai.
Kajian menunjukkan bau minyak wangi kekal lebih lama pada kulit berminyak berbanding kulit kering. Jika anda mempunyai kulit kering, lembapkan dahulu dengan losen atau pelembap yang tidak mempunyai bau sebelum anda menyembur minyak wangi.
Pakai selepas mandi & sebelum pakai baju
Kelembapan pada kulit anda akan membantu mengekalkan bau minyak wangi. Jadi pakailah minyak wangi selepas mandi dan sebelum anda memakai pakaian. Cara ini juga akan menghalang bau minyak wangi dari mengotori pakaian atau aksesori anda.
Elak simpan di tempat panas
Haba, cahaya dan kelembapan boleh memecahkan molekul pada minyak wangi dan mengurangkan kualiti baunya. Langkah sebaiknya anda simpan minyak wangi di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari tingkap.
Elak menggosok minyak wangi dengan tangan kerana perbuatan ini boleh merosakkan molekul wangian tersebut dan menyebabkan baunya jadi berbeza. Cara yang baik, semburkan minyak wangi pada jarak 4-6 inci dari kawasan sasaran.
Elak sembur pada sesuatu kawasan itu dengan semburan yang lama atau panjang. Cukup hanya semburan ringan kerana ia akan menyebarkan bau yang sama rata pada tubuh anda.
Sembur pada sikat rambut
Jangan sembur minyak wangi pada rambut kerana kandungan alkoholnya boleh membuatkan rambut jadi kering. Sebaiknya, semburkan minyak wangi pada sikat dahulu sebelum anda menyikat rambut.
Sembur di kulit yang panas
Minyak wangi berkesan kepada kulit yang ‘panas’ dan mempunyai peraliran darah yang baik. Selain di bahagian dada, anda juga boleh menyembur minyak wangi di belakang telinga, nadi pada sendi tangan, siku, celah paha, belakang lutut dan pergelangan kaki untuk mengekalkan bau minyak wangi.
Jangan bazirkan titisan akhir
Langkah berjimat, anda boleh campurkan titisan akhir minyak wangi ke dalam losen badan anda. Ini akan membuatkan losen anda sentiasa wangi.
Elak goncang botol minyak wangi
Jangan goncang botol minyak wangi kerana cara ini akan membuatkan udara mudah masuk dan mengurangkan kualiti bauannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.