Pasti ramai tergila-gila dengan drama adaptasi daripada novel terbaru iaitu Mr. Grey yang sedang hangat ditayangkan di slot Megadrama Astro Ria sejak 9 April lalu. Tapi bagi nama hero utama drama itu, Fendy Bakry masih agak asing bagi penonton walaupun sudah hampir lima tahun berkecimpung dalam industri lakonan di Malaysia ini.
Jejaka berusia 30 tahun yang berasal dari Perlis ini juga pernah terlibat dalam pencarian Hero Remaja pada tahun 2012 bersama rakan seperjuangan seperti Fattah Amin, Syafiq Kyle, Shaharul Ridzuan, Ben Amir dan ramai lagi. Namun menerusi drama Mr Grey yang bersiaran sebanyak 14 episode.
Namun menerusi drama Mr Grey yang bersiaran sebanyak 14 episod itu, kini namanya kian melonjak naik setelah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton setia drama tempatan.
Percaya rezeki
Bercerita rakan seangkatannya, Fattah Amin, Syafiq Kyle dan Saharul Ridzwan, yang telah terlebih dahulu mengecap populariti mendadak berbanding diri sendiri yang masih mencari tapak kukuh, kata Fendi, dia tidak kisah dengan situasi tersebut sebaliknya terus berfikiran positif.
“Tidak cemburu langsung pun. Kami kalau berjumpa tetap berbual seperti biasa. Lagipun saya anggap ini adalah rezeki masing-masing.
“Untuk diri saya sendiri, mungkin sebab saya belum dapat lagi slot yang popular yang boleh membuatkan orang betul-betul kenal dengan saya.
“Tak ada masalah, saya pun banyak yang perlu belajar lagi,” katanya yang turut menyertai Persatuan Teater Negeri Perlis.
Tak nak cakap banyak! Jom kita ‘cuci mata’ dengan melihat gambar-gambar Fendy yang penuh segak dan kacak ni.
Ramadan ternyata bukan halangan buat skuad bola jaring wanita kebangsaan untuk terus menjalani latihan yang kini hampir memasuki fasa ketiga sebagai persiapan temasya Sukan Sea 2017, Ogos nanti.
Lebih menakjubkan, perlawanan menentang pasukan lelaki yang diadakan sekurang-kurangnya seminggu sekali membuktikan kesungguhan anak didik Tracey Robinson merangkul pingat emas di laman sendiri.
Menyedari tempoh masa yang kian singkat, kesemua 15 pemain berlatih pada sebelah malam dengan penekanan kepada kecergasan selain taktikal.
Pengurus Pasukan Bola Jaring Kebangsaan, Zaiton Abd Ghani berkata walaupun berada di bulan Ramadan namun latihan tetap dijalankan pada sebelah malam.
“Kesemua 15 pemain kini giat menjalani latihan dibawah kendalian Robinson, kami juga mengaturkan beberapa perlawanan persahabatan menentang pasukan lelaki.
“Langkah ini diambil dalam usaha menambah kecergasan, keyakinan dan kekuatan serta menimba pengalaman.
“Paling kurang seminggu dua perlawanan persahabatan bakal dilalui dan kami dapat lihat peningkatan serta keyakinan ketara di kalangan pemain,” jelasnya pada sidang media Kita Juara di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, tengah hari tadi.
Mengenai senarai 12 pemain yang bakal mewakili skuad kebangsaan pada temasya Sukan Sea nanti, Zaiton menjelaskan ia kini dalam fasa terakhir.
“Untuk fasa terakhir, tiga pemain akan digugurkan dari senarai 15 pemain sebelum senarai akhir 12 pemain diumumkan selewat-lewatnya 1 Julai.
“Memang kami sudah ada bayangan awal senarai akhir 12 pemain, tetapi persaingan tetap sengit dengan setiap pemain menunjukkan prestasi serta komitmen yang bagus,” ujarnya.
Sementara itu, Robinson berkata, barisan pemainnya akan menyertai beberapa siri perlawanan di Australia pada Jun dengan penekanan kepada keserasian serta keyakinan.
“Pemain akan menyertai beberapa siri perlawanan di Gold Coast pada 13 hingga 24 Jun dan Melbourne, 5 hingga 15 Julai.
“Harapan kami perlawanan ini akan dapat memperlihatkan kelemahan-kelemahan pasukan yang perlu diperbaiki sebelum temasya Sukan Sea nanti selain beberapa taktikal yang dirancang,” katanya.
Untuk rekod, skuad bola jaring negara berputih mata pada Sukan Sea 2015 apabila meraih pingat perak, selepas tewas tipis 43-46 berdepan tuan rumah Singapura dalam perlawanan akhir.
Namun beraksi di laman sendiri pastinya memberi kelebihan buat skuad kebangsaan untuk membalas dendam ke atas Singapura, selain suntikan semangat setelah bergelar juara Asia menewaskan Sri Lanka di Bangkok, Thailand, tahun lepas, manakala Singapura sekadar di tempat ketiga.
Penyanyi popular, Haqiem Rusli berkongsi tentang perubahan besar dalam hidupnya selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga bersama isteri tercinta, Anis Sofea. Bagi pemilik nama penuh Ridzuan Haqiem Rusli yang kini berusia 27 tahun, alam perkahwinan telah menjadi titik tolak untuk dirinya membuang sifat negatif dan mendidik jiwa agar lebih matang.
Menurut Haqiem, sebelum berkahwin dirinya tidak lari daripada sikap “toksik” dan perangai kebudak-budakan. Namun, kehadiran isteri dalam hidup benar-benar mengubah cara dia memandang kehidupan.
“Perkahwinan ajar saya erti matang. Bukanlah saya nak cakap saya terlalu matang, tapi perkahwinan membuang sikap toksik dan benda-benda negatif dalam hidup saya. Mungkin dulu saya ada perangai sombong atau perangai budak-budak muda,” katanya.
Sebagai lelaki, Haqiem percaya perkahwinan bukan sekadar menyatukan dua jiwa, tetapi turut menuntut rasa tanggungjawab yang besar. Ia menjadikan dirinya lebih sabar, lebih terkawal dan lebih fokus kepada perjalanan hidup serta kerjaya.
Bagi Haqiem, usia bukanlah ukuran untuk membina rumah tangga. Ditanya sama ada dia pernah menyesal berkahwin muda, pelantun lagu Sangkar Derita itu menegaskan bahawa keputusannya tidak pernah disesali.
“Saya tidak pernah menyesal sama sekali. Sebab saya percaya itu adalah takdir Allah dah beri,” ujarnya penuh yakin.
Baginya, kebahagiaan yang dimiliki hari ini adalah rezeki dan ketentuan Ilahi, dan dia memilih untuk menghargai setiap detik perjalanan itu.
Tidak menafikan dirinya kadang-kadang terkesan apabila sering ditanya soal zuriat, Haqiem tetap memilih untuk bersabar.
“Bukan tak cuba, kita cuba tapi rezeki semua dari Allah. Saya menunggu sahaja,” katanya.
Sikap reda dan tenang ini mencerminkan kematangan seorang lelaki yang tidak lagi mengejar kesempurnaan duniawi, sebaliknya percaya bahawa setiap perkara akan hadir pada waktunya.
Perjalanan Haqiem Rusli membuktikan bahawa seorang lelaki tidak akan selamanya terikat dengan perangai kebudak-budakan. Dengan perkahwinan, tanggungjawab dan kesedaran diri, seseorang boleh berubah menjadi versi terbaik dirinya.
Lelaki sejati bukan diukur pada rupa atau harta, tetapi pada keberanian mengakui kelemahan dan kekuatan untuk terus memperbaiki diri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Indonesia bukan sekadar destinasi pelancongan. Dengan ketinggian 3,726 meter dari aras laut, ia adalah gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia yang sering menjadi medan ujian ketahanan fizikal dan mental buat para pendaki.
Bagi Muhammad Salihin Md Noor, atau lebih mesra dipanggil Piji, pengalaman menawan Rinjani bersama 11 rakan pendaki dari Malaysia baru-baru ini meninggalkan 1001 kenangan – ada getir, ada keindahan, malah ada detik yang benar-benar menyentuh jiwa.
Piji mengakui suasana mendaki Rinjani cukup berbeza berbanding gunung di tanah air. “Cuaca di sana pelik – kalau panas, terik menyengat. Kalau sejuk, memang mencengkam tulang. Trek pula berdebu dan berpasir, memang perit pada tekak,” jelasnya.
Mereka berkhemah dua malam, pertama di Pelawangan dan kedua di Danau Segara Anak. Dari kawasan berkabus sejuk hingga pemandangan menghijau luas seperti ‘wallpaper Windows XP’, setiap checkpoint menuntut semangat juang yang tinggi.
Dalam keterujaan mendaki, detik cemas berlaku apabila seorang rakan, Yana, terkena pedih ulu hati ketika perjalanan ke Pelawangan. Tanpa berfikir panjang, Piji bersama dua lagi sahabat sanggup memperlahankan langkah demi memastikan Yana tiba dengan selamat.
“Dalam pendakian, kita kena jadi moral support antara satu sama lain. Bukan soal menyusahkan, tapi soal sama-sama kuat. Itu baru semangat pasukan,” tegasnya.
Sampai di Pelawangan, Piji menitiskan air mata melihat panorama matahari terbenam menghadap Tasik Danau Segara Anak. Namun, perjalanan ke puncak tidak kesampaian apabila beliau diserang AMS (altitude mountain sickness).
“Saya terpaksa akur. Kalau terus paksa diri, risikonya besar. Bagi saya, ini bukan kegagalan, tapi tanda saya perlu kembali lebih kuat,” katanya penuh tekad.
Walaupun tidak sampai ke summit, Piji berpeluang melalui laluan Torean ketika turun. Laluan itu seakan membawa pendaki ke dalam filem “Jurassic Park” dengan pemandangan hutan purba, deruan angin dan panorama epik yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
“Itu saat yang paling indah, seolah-olah mimpi jadi kenyataan bila dapat tengok dengan mata sendiri,” tambahnya.
Bagi Piji, pengalaman ini menjadi pembakar semangat untuk kembali menjejakkan kaki ke puncak Rinjani suatu hari nanti. Baginya, setiap langkah di gunung bukan sekadar tentang sampai ke puncak, tetapi tentang nilai persahabatan, kepimpinan dan kekuatan jiwa seorang lelaki.
“Ini bukan pengakhiran. Saya pasti akan kembali untuk tinggalkan tapak kaki di summit Rinjani,” tutupnya penuh yakin.
1. Latihan Fizikal Sebelum Berangkat – Fokus pada kardio seperti larian jarak jauh, hiking berbeban, serta latihan kekuatan kaki. – Amalkan stamina training sekurang-kurangnya 2–3 bulan sebelum ekspedisi.
2. Gear Wajib – Jaket tahan sejuk & windbreaker kerana suhu boleh turun sehingga hampir 0°C. – Hiking pole untuk kestabilan di trek berpasir dan berbatu. – Mask atau buff bagi elak habuk & debu gunung berapi.
3. Pengurusan Nutrisi – Bawa makanan tinggi tenaga seperti energy bar, coklat, kacang & kurma. – Minum air secukupnya untuk elak dehidrasi, terutama di kawasan berdebu.
4. Elak AMS (Altitude Mountain Sickness) – Naik secara perlahan, beri masa tubuh adaptasi dengan altitud tinggi. – Jangan paksa diri jika rasa pening, loya atau sesak nafas. – Pastikan rehat cukup dan tidur berkualiti setiap malam.
5. Mental & Teamwork – Ingat, mendaki gunung bukan soal ego individu. Ia soal kerjasama, saling sokong dan bertahan sama-sama. – Bawa semangat positif, kerana di puncak nanti yang lebih penting ialah pengalaman dan persaudaraan, bukan sekadar ‘sampai atas’.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.