Hal paling utama dalam usaha untuk menurunkan berat badan adalah anda harus membakar kalori jauh lebih banyak daripada kalori yang masuk ketika anda makan. Kejayaan anda dalam melakukan diet menurunkan berat badan adalah bergantung kepada rutin yang konsisten dari anda.
Jangan sampai anda menyerah kalah di tengah jalan. Yang pasti perlu untuk tekad dan keinginan yang jitu untuk merubah bentuk tubuh anda yang berisi menjadi bentuk tubuh yang ideal.
1) Sarapan Lebih Awal
Sarapan lebih awal pada waktu pagi akan membantu untuk mempercepatkan proses pembakaran kalori dalam tubuh. Misalnya jika anda bermula untuk sarapan setiap jam 7 pagi, maka anda mampu untuk mengawalkan waktu sarapan menjadi seawal jam 6 pagi.
Ads
2) Minumlah Sebelum Makan
Apabila kita minum segelas air sebelum kita mulakan makan, maka perut kita akan berasa seolah-olah lebih kenyang sehingga secara automatik bahagian makan anda akan turut berkurang (tidak terlalu banyak) dan jika dilakukan secara rutin maka berkesan untuk menurunkan berat badan kita
Ads
3) Gunakan Piring Berukuran Kecil
Anda boleh mengurangkan bahagian makanan anda dengan selalu menggunakan piring yang berukuran kecil sehingga makanan yang masuk ke tubuh anda tidak menjadi terlalu banyak. Cara ini telah terbukti cukup efektif dalam menurunkan berat badan anda.
Ads
4) Jangan Malas Bergerak & Bersenam
Anda haruslah juga bergerak sebanyak mungkin. Jangan hanya berbaring dan melepak di rumah. Kerap melakukan aktiviti dan bersenam yang menggerakkan tubuh pada setiap hari. Anda juga boleh mencuba untuk kerap naik turun tangga atau berjalan di sekeliling kawasan perumahan anda.
5) Paparan Sinar Matahari
Berdasarkan penelitian, sering berada di luar rumah dan terdedah kepada sinar matahari, akan mampu meningkatkan metabolisme pada tubuh sehingga tubuh sanggup untuk membakar lebih banyak kalori. Hal ini juga mampu membantu dalam usaha anda untuk menurunkan berat badan
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sesetengah orang menggunakan kaedah berdiet Atkins yang dipopularkan oleh Dr Robert Atkins pada 1958. Atkins mencadangkan pengambilan karbohidrat dengan jumlah sangat rendah iaitu kurang 20 gram sehari dan mengambil lebih banyak makanan protein dan lemak.
Menurutnya, kaedah ini menyebabkan badan membakar lebih banyak lemak kerana tubuh berubah kepada keadaan ‘ketosis’ dan paras insulin yang rendah menyebabkan hati membakar simpanan glikogen.
Kaedah ini boleh menurunkan berat badan dengan cepat tetapi membiarkan tubuh dalam keadaan berasid dengan ‘ketosis’ adalah tidak baik untuk kesihatan jangka masa panjang.
Ada juga kajian menunjukkan kaedah Atkins boleh menyebabkan masalah batu karang, buah pinggang dan reput tulang (osteoporosis).
Kaedah ini tidak lagi popular sekarang selain menimbulkan kontroversi kerana pemakanan tidak seimbang dengan mengurangkan karbohidrat secara melampau didapati menyebabkan pelbagai masalah kesihatan di kemudian hari.
Menurut kajian Harvard Medical School, kaedah pemakanan sihat dan boleh menurunkan berat badan secara sihat dan beransur-ansur serta kekal lebih lama adalah dengan makan secara seimbang.
Pemakanan seimbang yang disaran adalah dengan mengambil karbohidrat sihat yang kaya dengan serat, indeks glisemik (GI) rendah, makan lebih sayur dan buah.
Seseorang juga perlu meninggalkan ‘makanan proses’ yang tinggi gula, tinggi asid lemak trans dan tinggi karbohidrat halus yang mempunyai indeks glisemik tinggi.
Pengambilan lemak sihat seperti minyak zaitun, minyak kanola, minyak kelapa atau santan juga baik untuk kesihatan. Minum air mineral, kopi O dan teh O tanpa gula adalah kaedah minum secara sihat.
Secara umumnya, Harvard Medical School membuat satu gambar rajah panduan pemakanan sihat berbentuk ‘pinggan makan’ yang dipanggil ‘Healthy Eating Plate’.
Kaedah ini diikuti di Amerika Syarikat yang dipanggil ‘Choose MyPlate.gov’ dan di Malaysia dipanggil sebagai ‘Model Pinggan Sihat’.
MENURUNKAN BERAT BADAN HANYA DENGAN BERSENAM
Senaman penting untuk menurunkan berat badan, tetapi bergantung kepada senaman semata-mata tanpa mengawal pemakanan adalah usaha sia-sia. Kajian mendapati seseorang yang hanya bersenam tanpa mengawal jumlah makanan dan kalori makanan menyebabkan berat badan susah turun, malah bertambah.
Ini kerana ramai mengira kalori yang dibakar apabila bersenam dan menyangka dengan kalori yang dibakar, tidak perlu mengawal jumlah makanan yang diambil. Jika ingin menurunkan berat badan secara maksimum, jumlah pemakanan seharian masih perlu dikawal walaupun anda bersenam.
MEMILIH PRODUK ‘RENDAH LEMAK’
Kita selalu memilih makanan atau produk yang dilabel sebagai ‘rendah lemak’ dan merasakan ia baik untuk kesihatan dan boleh membantu menurunkan berat badan.
Hakikatnya, produk itu sebenarnya mempunyai nilai kalori tinggi kerana kandungan gulanya sangat tinggi. Pengeluar produk ini mengurangkan lemak dalam produk mereka tetapi menambah kandungan gula untuk membuatkan produk ini lebih sedap. Kajian sains mendapati lemak mono tak tepu (kekacang, avocado, minyak zaitun) dan lemak Omega 3 dari ikan baik untuk menurunkan berat badan.
MEMILIH MINUMAN ‘DIET’
Kajian mendapati pengambilan minuman ‘diet’ menyebabkan masalah berat badan dan kencing manis walaupun kalorinya lebih rendah. Satu kajian di Texas Health Science Center di San Antonio, Amerika Syarikat mendapati seseorang yang mengambil minuman ‘diet’ menghadapi sehingga 70 peratus peningkatan saiz pinggang daripada seseorang yang mengambil minuman biasa. Kajian sebelumnya juga mendapati, risiko obesiti bertambah sehingga 41 peratus untuk penggemar minuman ‘diet’.
Menurut pakar pemakanan, fenomena ini berlaku kerana pemanis tiruan aspartame yang rendah kalori dalam minuman ‘diet’ meningkatkan selera makan dan menghalang otak mendapat ‘isyarat kenyang’ apabila perut penuh. Minuman terbaik untuk menurunkan berat badan ialah air mineral.
Jika anda gagal dalam percubaan pertama untuk menurunkan berat badan, jangan terlalu cepat mengalah. Kajian mendapati seseorang yang hanya cuba menurunkan berat badan mendapat faedah kesihatan walaupun gagal menurunkan walau sedikitpun.
Jadikan matlamat untuk mendapat kesihatan baik sebagai sebab utama menurunkan berat badan kerana kesihatan baik akan terpancar sebagai kecantikan sebenar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berhenti merokok ternyata ujian getir buat semua perokok tegar. Pelbagai kaedah sudah diambil, malah kerajaan dan pihak lain yang terlibat turut membantu dalam mengemukakan pelbagai cara, namun masih belum berkesan. Apa lagi yang boleh anda lakukan? Di sini Maskulin senaraikan 10 cara yang boleh anda cuba. Semoga anda berjaya!
1) BERHENTI SEKARANG! JANGAN BERLENGAH– Jika anda ingin berhenti, berniatlah untuk henti dan ketika anda di dalam ‘mood’ yang baik.
2) MOTIVASI DIRI– Motivasikan diri dan kemahuan yang tinggi, komited dan bersunguh-sungguhlah capai tujuan berhenti merokok. Tiada hasil yang positif lahir dari tabiat merokok.
3) JANGAN LAKUKAN SEORANG DIRI- Carilah kawan / rakan sekerja dan lakukan bersama-sama. Pastikan juga dia punya niat yang sama. Lagi ramai lagi bagus. Saling nasihat-menasihati.
4) DAPATKAN SOKONGAN KELUARGA- Jika anda ingin berhenti, pastikan dapat sokongan kuat dari keluarga anda tahu akan niat dan usaha anda itu. Jika anda sudah punya keluarga pula, minta pada isteri untuk sentiasa memantau perkembangan anda.
5) SOROK/BUANG ‘SEBATANG ROKOK’ SETIAP HARI- Untuk elakkan lagi banyak bahan nakotin berbahaya masuk ke dalam tubuh badan anda, amalkan untuk buang sebatang rokok setiap hari. Anda juga boleh sorokkan beberapa batang dari pandangan mata anda. Jadikan ia sebagai satu rutin
6) BUANG SEGALA BENDA BERKAITAN DENGAN ROKOK- Ambillah inisiatif untuk membuang segala benda yang boleh mengingatkan anda pada tabiat merokok. Contohnya kotak-kotak rokok yang lama, bekas abu rokok, pemetik api mahupun mancis.
7) ALIHKAN PERHATIAN ANDA- Bijaklah dalam usaha untuk alihkan perhatian anda. Contohnya, apabila anda ingin merokok, lakukanlah sesuatu seperti bersenam, bermain permainan video di komputer, mendengar lagu di iPad dan lain-lain.
8) BUATKAN SENARAI- Buatlah senarai. Pertama, senaraikan keburukan merokok seperti penyakit-penyakit berbahaya dan tampalkan di dinding rumah atau pejabat. Selain itu, anda juga boleh senaraikan kebaikan anda berhenti merokok.
9) BERIKAN GANJARAN- Minta bantuan ahli keluarga dan rancanglah ganjaran yang boleh anda terima jika berhenti merokok.
10) CIPTA AREA ‘JANGAN MEROKOK’- Ciptalah area ‘Jangan Merokok’ dengan membeli pelekat atau poster dan tampalkan di setiap sudut kawasan kediaman anda.
Pergi ke pasar raya dan memilih pelbagai makanan yang sihat sememangnya menjadi rutin harian setiap individu. Mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat akan lebih berhati-hati dalam memilih pemakanan yang sesuai. Melalui kawasan makanan mentah menjadikan lelaki lebih peka dalam pemilihan jenis ikan yang sesuai ketika berdiet. Ini kerana setiap ikan mempunyai kalori dan keistimewaannya yang tersendiri. Pengambilan ikan secara kerap, boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, asma, dan juga meningkatkan kesuburan.
Salmon merupakan jenis ikan berlemak yang tergolong dalam sumber protein paling bagus di seluruh dunia. Ia dapat mengurangkan tekanan darah kerana kaya dengan asam lemak omega-3, asam eicosapentaenic (EPA), dan asam docosahexaenoic. Kombinasi dengan selenium berlimpah, dan asam lemak omega 3 membantu menurunkan tekanan darah.
Jangan risau, lemak yang terkandung dalam ikan ini merupakan lemak sihat yang baik. Asupan EFA (asam lemak esensial) yang seimbang dan cukup dapat membantu membakar lemak tubuh dan memberi energi. Ikan Salmon sarat dengan vitamin A, D, E dan K. Rangkaian vitamin tersebut bermanfaat bagi sendi tulang, mata, memberi “makan” otak, memperbaiki otot, dan mengatur keseimbangan metabolik.
Bagaimana nak pilih ikan Salmon?
Pemilihan ikan Salmon sebenarnya tidaklah sukar seperti yang disangka. Jika anda berada di runag pemilihan ikan, pasti anda akan nampak ikan Salmon yang telah siap potong diletakkan di atas kawasan yang mempunyai ais. Jadi senanglah untuk anda ambil dan kira berat ikan tersebut. Ada banyak variasi Salmon. Jangan pening kepala. Kadar Salmon liar omega-3 dianggarkan dari 700 hingga 1.800 miligram 1 hidangan 3 auns. King, Chinook, dan Sockeye merupakan yang paling enak. Itu kerana mereka adalah ikan terbesar dan paling gemuk. Lemak itu membantu mengawal mereka dalam suhu dingin, tetapi itu juga berarti lebih banyak omega untuk anda.
Okay, kini anda nak pilih yang beku ataupun segar dari laut? Jika anda menetap di Alaska, memancing terus ikan Salmon dan makan barulah dikira fresh. Jadi pilihlah yang sejuk beku. Walaupun anda membeli di pasar raya Malaysia, ikan Salmon telah disejuk bekukan sejak ia ditangkap lagi, dan ia tidak akan menghilangkan nutrisi dalam ikan tersebut. Ada yang bertanya sama ada ingin membeli sekali dengan kulit ataupun tidak. Sebenarnya ia terpulang kepada anda, jika anda gemar makan kulit ikan, belilah. Jika anda geli buanglah. Ia tidak akan efek nutrisi dalam ikan tersebut.
Bagaimana nak masak?
Ramai yang tak tahu bagaimana nak masak ikan barat ini. Tak ada masalah sebenarnya untuk anda jadikan ia masak lemak cili api. Namun, nutrisi dalam ikan tersebut akan hilang serta merta. Jadi, masak ikan Salmon ini secara panggang, stim ataupun goreng dengan kuantiti minyak yang sikit. Ikan Salmon tidak memerlukan jumlah masa yang banyak pun untuk masak, dalam 5 minit dengan minyak yang panas, ia sudah siap dihidangkan. Kalau tidak, mengapa orang jepun makan secara mentah kan?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 mencipta sejarah apabila Nu Ideaktiv mencatat Malaysia Book of Records dengan pengagihan 16,000 mangkuk bubur lambuk di Dataran Merdeka.