Teknologi automotif terutamanya dalam penghasilan kereta kini semakin canggih dan maju. Berbanding 20 tahun yang lalu, kereta yang dihasilkan pada masa kini jauh berbeza dan dilengkapi ciri-ciri pintar. Antara pemain utama yang sentiasa di depan melakukan revolusi ini ialah gergasi automotif Jepun, Honda.
Memetik laporan terbaru dari Reuters, Honda telah mengumumkan syarikatnya akan menjadi pengeluar automotif pertama menghasilkan kenderaan autonomus pada Level 3.
Ia membawa maksud kenderaan yang dihasilkan oleh Honda ini lebih maju dan pintar sehingga boleh melakukan arahan lebih sukar seperti perjalanan dalam kawasan sesak.
Menurut Honda, model pertama yang akan dilengkapi teknologi canggih ini ialah Honda Legenda dan ia akan dipasarkan pada penghujung bulan Mac 2021.
Ads
ARAHAN LEBIH SUKAR
Bagi peminat kereta perlumbaan menghasilkan teknologi ‘auto-pilot’ ini bukanlah satu perkara baru. Sebelum ini Tesla turut memperkenalkan teknologi sama cuma pada Level 2 sahaja. Pada Level 2, kenderaan boleh mengambil alih stereng dan melakukan pemamduan sendiri.
Ads
Manakala pada Level 3 pula, ia mampu melakukan tugasan yang lebih sukar seperti memotong kenderaan lain yang lebih perlahan. Walaupun begitu pemandu boleg mengambil alih kawalan kereta bila-bila masa sahaja.
Kerajaan Jepun turut mengiktiraf teknologi terkini diperkenalkan oleh HOnda ini yang turut diberi gelaran ‘Traffic Jam Pilot’. Penrgiktirafan ini bermakna ia boleh digunakan secara sah di atas jalan raya seluruh Jepun.
Ads
Mungkin dalam masa terdekat nanti kita boleh lihat kereta yang dipandu secara auto-pilot sepenuhnya seperti yang biasa kita lihat menerusi filem sains fiskyen.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk kandungan video gaya hidup lelaki terkini.
Sumber: Reuters
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pasaran motosikal berkuasa besar kini memperlihatkan satu perkembangan yang baik di Malaysia. Ini terutamanya dalam segmen motosikal berjenama mewah dari kategori roadster.
Sebagai salah satu jenama yang cukup disegani, BMW Motorrad sentiasa menyerlah ke hadapan memperkenalkan jentera dengan spesifikasi dan rekaan yang cukup menawan.
Baru-baru ini, BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan jentera BMW R nineT 100 Years yang serba baharu. Lebih menarik, ia hanya terhad kepada 1,923 unit sahaja di seluruh dunia. Ia juga sebagai simbolik kepada tahun kelahiran BMW Motorrad dengan hanya 10 unit bakal disediakan secara khas untuk pasaran Malaysia.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, “Menjadi ikon seni reka bentuk dalam eranya, BMW R nineT telah mengorak haluan bagi jentera roadster yang bukan sahaja menawan tapi juga berkuasa tinggi, yang terus mengusik jiwa para peminatnya sehingga ke hari ini.
“BMW R nineT ini telah diperhalusi dan ia memiliki sofistikasi yang merangkap tradisi roadster BMW Motorrad, menjadi kemuncak bagi usaha pembangunan motosikal selama 100 tahun dan cita ke atas enjin Boxer.”
“Sementara kita meraikan ulang tahun BMW Motorrad yang ke-100 pada tahun ini, kami juga berasa amat teruja untuk mempersembahkan 10 unit BMW R nineT 100 Years yang eksklusif buat warga komuniti kita di Malaysia.
“Jentera ikonik BMW R nineT menjadi model dambaan para peminat roadster dan dengan menatap jentera ini sahaja, ia pasti dapat membangkitkan perasaan nostalgia dalam hati mereka,” tambahnya lagi.
Bahasa reka bentuk BMW R nineT 100 Years yang ringkas memperlihatkan tangki serba kompak serta posisi tempat duduk yang menegak, di samping aneka material berkualiti tinggi dan juga elemen-elemen penggayaan yang menawan.
Memberi penghormatan kepada sejarah dan tradisi BMW Motorrad berusia 100 tahun, yang berkait rapat dengan enjin Boxer, edisi roadster klasik yang eksklusif ini didefinisikan oleh aneka ciri serta konsep permukaan yang serba istimewa.
Warna metalik Black Storm yang menghiasi tangki bersadur kromnya merupakan ciri khas bagi edisi jentera 100 Tahun ini, ia memetik ilham daripada model R 75/5 yang dikeluarkan pada tahun 1969.
Elemen warna hitam dan krom pada BMW R nineT 100 Years mempamerkan teknik pemadanan yang bersofistikasi tinggi, turut menyerlah dengan jalur kembar putih pada bahagian tangki, disempurnakan dengan pad pencengkam serta jata 100 Tahun pada tangki tersebut.
Kemasan krom serba klasik juga dapat dilihat pada permukaan pelitup tempat duduk belakang, sementara dapra hadapannya pula didatangkan dalam rona hitam berserta jalur kembar berwarna putih.
Menyimpulkan iras jentera ini yang menawan ialah sentuhan warna hitam dan “oxblood” pada bahagian tempat duduk. Komponen-komponen berwarna hitam seperti tiub serampang dan salur masuk udara snorkel juga didatangkan bersama BMW R nine T 100 Years baharu.
Kelengkapan standard bagi motosikal ini termasuk lampu hadapan LED berserta lampu tunggangan waktu siang, indikator dwikelajuan dan indikator sensor kelajuan rasional dengan kandungan komputer terintegrasi, Kawalan Stabiliti Automatik (ASC), Mod Tunggangan “Rain & Road”, rangkaian pemacu dan pemacu akhir dalam rona hitam, serta suspensi belakang dengan prabeban spring yang boleh dilaras sepenuhnya oleh serampang teleskopik songsang.
Aneka kelengkapan yang ekstensif ini turut disempurnakan dengan tawaran Aluminium Package dan Aluminium Fuel Tank, di samping Comfort Package, ia mencakupi Riding Modes Pro, kawalan luncur dan penggenggam berciri hangat.
Menjadi jantung BMW R nineT 100 Years ialah enjin Boxer empat lejang berkembar 1,170cc dengan ciri penyejuk udara/minyak yang mampu menjana 80 kW (109 kk) serta 116 Nm tork.
Untuk membekalkan daya cengkaman yang setara dengan kuasanya, BMW R nineT 100 Years menampilkan brek cakera berkembar dengan empat angkup piston di hadapan dan brek cakera tunggal dengan dua angkup piston apung di belakang.
Bagi menjamin tahap keselamatan yang tinggi, generasi BMW Motorrad ABS Pro yang terkini juga dibawakan secara standard.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selain barisan produk teknologi hijau, Honda Motors Co Ltd turut mempamerkan motor modifikasi bagi pasaran Jepun di Tokyo Motor Show (TMS) 2017.
Salah satu model yang menarik perhatian pengunjung ialah motosikal sport Honda CBR 250RR versi kustom.
Jentera yang didakwa memiliki DNA perlumbaan itu mendapat sentuhan modifikasi yang berbeza daripada versi standard. Bagaimanapun bahagian mekanikal dikatakan masih sama yang mana mempertaruhkan enjin 250cc dengan kuasa 38.7PS dan tork 23.3Nm.
Pihak Honda memilih warna putih bagi badan CBR 250RR berkenaan. Ia kemudian dipadankan dengan jalur merah di beberapa bahagian bagi menyerlahkan ciri perlumbaan.
Bahagian rim turut menerima semburan cat putih yang kemudian dipadankan dengan tayar perlumbaan. Melengkapkan imej tersebut, Honda memilih ekzos Akrapovic.
CBR250RR kustom itu turut menerima lampu depan LED bersama perincian merah yang menjadikan pandangan depan lebih agresif. Secara keseluruhan, model tersebut sama dengan CBR 250RR di pasaran selain tawaran pad tangki dan kemasan gentian karbon pada fender belakang.
Jentera berkenaan menggunakan suspensi USD di depan dan Pro-Link monoshock di belakangnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ini berita terkini buat peminat dua roda. Penulis percaya, ramai yang kecewa apabila Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan model CBR 250R bukannya versi RR. Nampaknya anda perlu menunggu lebih lama lagi kerana model berkenaan disahkan tidak akan dibawa masuk tahun ini.
Ini kerana model sedia ada CBR 250 RR yang dibangunkan di Indonesia itu tidak memenuhi spesifikasi Euro. Menurut sumber dari BSH, pihak Honda kini sedang membangunkan CBR 250 RR yang menepati spesifikasi Euro agar model tersebut boleh dipasarkan secara global.
Apabila disoal mengapa pembangunan versi Euro mengambil masa yang agak lama. Ini jawapan sumber: “Untuk memenuhi spesifikasi berkenaan, kira-kira 70 peralatan pada jentera perlu dikemas kini. “Antaranya kabel, pendawaian, lampu, tayar, emisi dan lain-lain,” jelasnya.
Selain itu, pihak BSH juga memberitahu sekiranya model tersebut dibawa masuk, harga seunit CBR 250 RR akan melebihi RM30,000. Justeru itu, pihak BSH masih mempertimbangkan pilihan yang ada dan mencari alternatif lain agar model berkenaan dapat dijual di bawah RM30, 000. Difahamkan model berkenaan akan diimport dari Indonesia bagi memanfaatkan pengecualian cukai antara negara Asean.
Sumber menyatakan adalah mustahil membawa model berkenaan tahun ini. Kemungkinan CBR 250 RR akan dibawa masuk tahun hadapan. Waktu yang tepat masih belum diketahui. Bagaimanapun, untuk makluman tahun hadapan BSH akan melancarkan empat model baru. Antaranya CB Series dan Honda Africa Twin. Buat peminat CBR 250 RR, anda perlu bersabar sehingga model versi Euro siap dibangunkan.
Kemunculan wajah Aiman Hakim Ridza di beberapa lokasi strategik menerusi paparan digital gergasi menimbulkan rasa tertanya-tanya di kalangan orang awam.