Bila kali terakhir kita mencari info tentang tips bebas hutang? Wang amat penting dalam memenuhi keperluan untuk terus hidup. Namun ramai yang masih berhutang. Tidak ramai yang mahu berkongsi tips bebas hutang. Bagi mereka yang menetap di bandar kos kehidupan yang tinggi akan menjadi bebanan buat mereka berbanding mereka yang memilih untuk hidup di luar bandar.

Tiada cara bebas hutang yang efisien. Kehendak sentiasa seiring dengan keperluan. Terdapat sesetengah pihak yang cuba memenuhi kehendak mereka dengan berhutang. Hutang sentiasa membelenggu manusia dalam kehidupan serba moden ini walaupun di mana anda berada. Oleh itu, panduan bebas hutang itu perlu dipelajari, bukan sekadar ikut-ikutan berdasarkan pengalaman sendiri.

Lelaki ini kongsikan tip agar kita bebas hutang sebelu usia mencapai 40 tahun. Menarikkan?Jom praktikkan.

Bebas hutang jahat sebelum 40 tahun? Mustahil ataupun tidak? Kebanyakan masyarakat kita masih perlu bekerja walaupun sudah bersara. Di mana silapnya?

Ada hutang baik dan hutang jahat. Jika hutang tu tak memberi keuntungan kepada kau dan kewangan kau ia dianggap sebagai hutang jahat.

Jika ia memberi kesan dan menambahkan keuntungan ekonomi kau ia dianggap sebagai hutang baik.

Antara panduan yang boleh dilakukan untuk bebas hutang ialah;

1. Elakkan berhutang yang tidak perlu. Contohnya, elakkan berkahwin menggunakan pembiayaan peribadi. Tak perlu berhutang semata-mata untuk beli sofa baru, televisyen baru, meja makan baru dan sebagainya.

IKLAN

2. Beli barang secara tunai sahaja. Kalau belum mampu simpan di dalam hati dahulu.

3. Beli rumah yang mampu dahulu. Lihat banyak mana pendapatan kita sebulan. Biar bersesuaian.

IKLAN

4. Hidup di bawah kemampuan sendiri. Hidup secara bersederhana dan tak bermegah dengan nafsu kehendak. Kalau mampu beli Honda City, tapi beli Myvi sahaja. Jangan asyik bertukar telefon pintar keluaran terbaru je. Sofa, TV yang masih elok tak perlu ganti baru setiap tahun.

5. Pandu kereta yang rendah harganya. Kereta murah pun berkualiti juga. Kereta murah pun sampai juga tempat yang nak dituju. Asalkan dapat pergi ke mana-mana bersama keluarga tercinta.

IKLAN

6. Simpan & melaburlah semaksima mungkin secara konsisten walaupun hanya sekadar jumlah yang kecil. Menyimpan bersesuaian dengan pendapatan sendiri. Melaburlah di instrumen pelaburan yang kau yakini dan selamat.

7. Cubalah menjana pendapatan kedua. Misalnya seperti berniaga online, ejen takaful, atau apa sahaja. Semuanya untuk keluarga dan diri sendiri juga. Sekurang-kurangnya mampu cover perbelanjaan bulanan dan mampu tanggung kos hidup kau sekeluarga.

Tiada yang mustahil di dalam dunia ini kalau kau berusaha dan mempunyai ilmu serta pengalaman yang mantap. Ada orang menuju bebas hutang cepat. Ibarat naik kapal terbang. Ada orang menuju bebas hutang lambat sikit. Ibarat naik kereta. Tapi bukan tempoh masa yang menjadi persoalannya.

Yang penting kita bersama-sama bebas hutang. Bila pencen nanti boleh tingkatkan amal ibadat, amalan jariah, dan fokuskan bekalan akhirat. Tidaklah perlu bekerja siang dan malam sampai nak ke masjid pun susah. Jika masa muda kau pernah lakukan kesilapan, janganlah mengulangi kesilapan yang sama lagi. Ayuhlah kita berusaha. Tinggalkan aset kepada anak kita bukannya hutang yang menggunung.

Masa muda inilah perlu mencari ilmu yang mampu memberi manfaat pada masa hadapan kau. Jangan masa muda ni kau duk peduli tentang artis kegemaran kau jeeeeeee. Kah!

Sumber : Amir Syahir 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI