Hukum lelaki pakai cincin di jari tengah dan jari telunjuk. Cincin bukan sekadar hiasan di jari, tetapi ia juga melambangkan status, gaya, dan keperibadian seseorang. Walaupun ramai menganggap aksesori ini lebih sinonim dengan wanita, hakikatnya lelaki juga boleh memakai cincin sebagai pelengkap gaya.
Hukum Lelaki Pakai Cincin Di Jari Tengah Dan Jari Telunjuk
Dibolehkan bagi lelaki untuk memakai cincin yang diperbuat daripada perak bahkan di dalam mazhab al-Syafi’e ianya disunatkan. Begitu juga dibolehkan untuk lelaki memakai cincin daripada batu permata, zamrud, zabarjad dan `aqiq.
Bagaimanapun memakai cincin emas bagi lelaki adalah haram dan ini berdasarkan hadis Nabi SAW.
Daripada Abu Hurairah RA:
أنَّهُ نَهَى عَنْ خَاتَمِ الذَّهَبِ
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW melarang (lelaki) dari memakai cincin emas. (Riwayat Muslim)
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan bahawa telah berijma` sekalian muslim akan keharusan perempuan untuk memaikai cincin emas dan telah berijma` juga akan pengharaman buat lelaki bagi memakai cincin emas.
Di dalam sebuah hadis riwayat Muslim, `Ali bin Abi Talib RA telah berkata:
نَهَانِي رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ أَتَخَتَّمَ فِي إِصْبَعِي هَذِهِ أَوْ هَذِهِ. قَالَ فَأَوْمَأَ إِلَى الْوُسْطَى وَالَّتِي تَلِيهَا
Maksudnya: Rasulullah SAW menegahku dari memakai cincin pada jari ini dan ini (sambil menunjukkan kepada jari tengah dan selepasnya iaitu jari telunjuk. (Riwayat Muslim)
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah mengatakan bahawa telah ijma` sekalian muslimin akan sunnah memakai cincin pada jari kelinking bagi lelaki dan bagi wanita pula, boleh dikenakan pada mana-mana sahaja dari jarinya.
Ads
Adapun tegahan Nabi SAW pada hadis di atas membawa hukum makruh tanzih dan dibolehkan untuk mengenakan cincin pada tangan kanan ataupun kiri kerana pada keduanya itu terdapat hadis yang sahih.
Begitu juga di sisi mazhab Hanbali, makruh hukumnya memakai cincin di jari tengah dan juga jari telunjuk berdasarkan tegahan Nabi SAW melalui hadis di atas. Adapun yang zahir dari mazhab Hanbali, tidak dimakruhkan untuk memakai cincin pada ibu jari dan juga jari manis. Ini seperti mana yang disebutkan di dalam kitab Kashaf al-Qina` dan Matalib Uli al-Nuha.
Kesimpulannya hukum lelaki memakai cincin pada jari tengah (hantu) dan juga telunjuk adalah makruh tanzih dan yang sunnahnya adalah dengan memakai pada jari kelinking dan menurut mazhab Syafi’e tidak kisah sama ada memakainya pada tangan kiri ataupun kanan.
Sebaiknya pemakaian cincin pada jari tengah dan telunjuk harus dielakkan dan bagi lelaki di luar sana yang ingin memakai cincin, maka bolehlah memakainya pada jari kelinking ataupun jari manis.
Ads
Jika ditanyakan bagaimana caranya Nabi SAW memakai cincinnya? Maka jawapannya seperti mana di dalam sebuah hadis riwayat Anas bin Malik RA, beliau menyebutkan:
كَانَ خَاتِمُ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فِى هَذِهِ. وَأَشَارَ إِلَى الْخِنْصَرِ مِنْ يَدِهِ الْيُسْرَى
Maksudnya: Adalah Nabi SAW memakai cincin pada jari ini (sambil menunjukkan ke arah jari kelinking pada tangan kirinya) (Riwayat Muslim)
Dalam sebuah penelitian yang menggunakan tikus sebagai bahan kajian, rokok elektrik dapat meningkatkan risiko pembekuan darah yang mematikan dengan cara merosakkan otak. Sehingga para ahli menyimpulkan bahawa rokok elektrik tidak selamat untuk digunakan.
Tikus tersebut diteliti setelah 10 dan 30 hari untuk penelitian hingga kemudian dipertontonkan di depan American Heart Association’s International Stroke Confrence in Houston. Hasil ujian menunjukkan bahawa penggunaan rokok elektrik secara berterusan dapat mengurangkan jumlah glukosa dalam otak, yang merupakan bahan bakar untuk meningkatkan neuron.
“Paparan rokok elektrik menurunkan daya penyerapan glukosa di otak yang merupakan bahan bakar bagi aktiviti otak. Dalam sebuah kajian pada tikus, paparan bahan kimia yang terkandung dalam rokok elektrik meningkatkan risiko pembekuan darah yang berpotensi untuk mematikan,” ucap Ali Ehsan Sifat, salah satu kumpulan peneliti dipetik dari laman Daily Mail.
Hasilnya, baik terdedah dengan asap rokok elektrik mahupun asap rokok tembakau selama 30 hari secara berterusan dapat mengganggu kadar peredaran enzim yang diperlukan untuk mencegah pembekuan darah. Hal tersebut berpotensi untuk meningkatkan risiko stroke dan memburukkan lagi kecederaan pada otak sekunder.
Sebelumnya, rokok elektrik dianggap sebagai cara merokok yang lebih selamat dan kurang beracun jika dibandingkan dengan rokok tembakau.
SUMBER : LelakiSihat
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mungkin klise bila kami perbincangkan mengenai perkara ini, mesti ada yang cakap, ala biasalah jodoh tuhan yang tentukan. Ok lah malas nak cakap banyak, ini di antara mengapa lelaki tak handsome selalu dapat girlfriend yang cun! Kalau tak percaya pergi tengok kawan korang yang tak handsome tu, mesti diorang ada ciri-ciri ini.
Walaupun diri anda tidak berapa sempurna di mata rakan-rakan, dicemuh para masyarakat kerana raut wajah persis pintu, usah risau sekiranya anda memiliki wang ringgit yang mega mewah. Inilah masanya untuk anda membuktikan wajah tidak membawa erti, duit berkuasa mengubah segalanya. Tak ramai wanita yang akan menolak cinta anda. Trust me, kau taburlah beg Chanel, Gucci mesti diorang kata andalah lelaki paling hot pernah dia jumpa!
2.KAU ADALAH LELAKI PALING LUCU DI DUNIA!
Perempuan ni kadang-kadang pelik, kau cuba la borak, layan sikit dengan lawak bodoh pun diorang boleh sangkut, tapi tak ramai la camni, mungkin 40% je la suka lelaki lawak. Melainkan kau seorang lawak dan kaya mereka akan lebih tertarik. Ok anda lawak? Apa lagi tunjukkan skil anda!
3.MULUT MANIS MACAM GULA
Kau cakap diorang lawa, puji setiap apa yang diorang pakai, mesti lama-lama akan sangkut, yela perempuan ni cepat perasan walaupun kau tak la berupa mana, asalkan pandai berkata-kata, manis ayat, kaulah putera idaman dia.
4.TAK HANDSOME NI KEBANYAKANNYA LELAKI SEJATI
Sekarang adalah zaman paling sukar untuk wanita mendapatkan pasangan hidup, yelah yang handsome, sado ni asyik jadi geng kunyit je, so perempuan akan memilih wajah-wajah pecah rumah sebagai pasangan hidup. Biar tak kacak, asalkan tulen banggg.
5.KAU HANYA UNTUK DIA, SEBAB TAK ADA ORANG PUN NAK KAU SELAIN DIA
Faham la konsep tu kan, kau hanyalah untuk dia. Dia rasa selamat bila kau memilih dia, lagipun orang lain tengok ko sebelah mata, dia je tengok kau dengan dua mata dan hati. Oitshh
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Di saat kita bergembira masih ada yang berduka. Itulah antara contoh bait lirik lagu-lagu Raya yang sering kita dengar. Walaupun bulan Ramada baru sahaja memasuki minggu pertama namun sudah banyak kerja-kerja amal yang sedang giat dijalankan dan dirancang oleh pelbagai pihak.
Begitu juga dengan #ProjekBajuRaya yang digerakkan oleh Grup Sinar Karangkraf. Bersempena ketibaan Syawal pada tahun ini, Kumpulan Karangkraf menggerakkan misi ini bagi menyerikan kemeriahan Hari Raya buat golongan tidak berkemampuan.
Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin yang berkata, melalui projek berkenaan, pihaknya mengumpul pakaian terpakai yang masih elok dan baharu untuk didermakan kepada golongan asnaf, anak yatim dan orang kurang upaya.
Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin
“Orang ramai dialu-alukan untuk menyumbang pakaian seperti baju kurung, baju Melayu, kurta, tudung dan baju kanak-kanak untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan. Baju raya tahun lepas pun boleh diberikan.
“Sumbangan baju-baju berkenaan boleh dibawa ketika berlangsungnya Iftar ala Madinah @Karangkraf dan letak di dalam kotak derma yang disediakan di booth Sinar Harian mulai sekarang sehingga 14 April. Bermula 18 April, kita akan mula agihkan kepada mereka yang tidak berkemampuan,” jelasnya baru-baru ini.
Selain itu, baucar tunai Grup Buku Karangkraf bernilai RM10 juga turut menanti kepada setiap penyumbang.
“Baucar berkenaan boleh digunakan untuk membeli barangan di Karangkraf Mall,” tambahnya lagi.
Sementara itu, Nik Justin juga menyatakan mana-mana individu tang berniat untuk melakukan sumbangan diharap dapat menderma atau memberi baju raya yang masih dalam kondisi yang baik.
“Bayangkan kalau baju diterima sudah rosak, apa perasaan mereka. Jadi saya mohon kerjasama semua agar dapat membuat penilaian baju sebelum ingin menyumbang,” katanya.
Jadi buat anda yang mungkin masih simpan baju raya dua atau tiga tahun lalu yang jarang dipakai atau hanya dipakai dua atau tiga kali, bolehlah membuat sumbangan.
Ingatlah setiap sumbangan anda di belakangnya akan diterima oleh mereka yang akan menghargainya. Jadikan Hari Raya mereka lebih meriah dan bermakna!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.