Petroleum jelly telah berada di pasaran sejak 150 tahun lalu dan masih relevan untuk digunakan sebagai bahan sapuan pelbagai guna.
Ia berfungsi sebagai lapisan yang telap pada air dan mampu mengekalkan kelembapan permukaan kulit.
Ianya murah, selamat dan berkesan untuk pelbagai kegunaan. Bukan sahaja bagus dipakai buat perempuan, lelaki juga perlu menjaga keterampilan diri dengan menggunakan petroleum jelly.
Ini dia beberapa kegunaan petroleum jelly untuk lelaki;
Membantu menyembuhkan luka kecil dan melecur
Jika kulit melecur dan terluka kecil, oleskan petroleum jelly di kawasan luka dan tutup dengan plaster.
Ads
Melembapkan kulit tangan, kaki dan tubuh
Petroleum jelly efektif dalam menjaga kelembapan kulit. Oleh itu, rajinkan diri untuk sentiasa mengoleskan petroleum jelly di kulit terutamanya kulit yang terdedah kepada cahaya matahari.
Ads
Melindungi bibir yang pecah
Bibir kering akan menyebabkan bibir pecah-pecah, ia bukan berlaku pada kaum wanita sahaja, lelaki juga begitu. Untuk mengelakkannya, ambil petroleum jelly dan oleskan di bibir.
Ads
Mengurangkan rekahan pada tumit kaki
Ia juga bagus untuk merawat kulit yang merekah. Sapukan petroleum jelly di kawasan kaki selepas mandi. Atau bersihkan kaki dan biarkan semalaman.
Ekzema dan psoriasis semakin gatal dan teruk apabila kulit semakin kering. Dengan mengamalkan petroleum jelly di tubuh badan selepas mandi membantu dalam akan mengekalkan kelembapan kulit.
Melembapkan kuku
Jangan kata perempuan, lelaki juga perlu menjaga kuku. Ambil petroleum jelly dan sapukan di kawasan kuku agar kuku menjadi lembut dan nampak lebih berkilau daripada biasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kulit kayu manis merupakan salah satu rempah yang memiliki aroma tersendiri dan harum sehinggakan ia banyak diguna dalam berbagai jenis masakan.
Bukan sekadar berfungsi menambah kelazatan pada masakan malah kulit kayu manis ini mempunyai banyak manfaat seperti berikut :
1. Membuang sel kulit mati
Sel-sel kulit yang mati kadang-kala tidak terbuang sempurna. Untuk mengatasi masalah tersebut, anda boleh menjadikan kulit kayu manis sebagai scrub untuk membersihkan wajah anda. Caranya, ambil 1 sudu teh, garam halus setengah gelas, teh sebanyak 1 sudu dan juga minyak almond. Adunkan secukupnya sehingga merata. Sapu pada muka, biarkjan kering dan bilas dengan air bersih.
2. Menjadikan kulit lebih cerah
Pancaran sinar matahari, debu dan pelbagai lagi faktor lain boleh menyebabkan kulit wajah menjadi gelap. Selain menggunakan masker, anda juga boleh menggunakan kulit kayu manis sebagai bahan asli untuk mencerahkan wajah.
3. Memudarkan garis halus pada wajah
Manfaat kulit manis antara lainnya adalah boleh memudarkan garis halus pada wajah. Usia dan pelbagai lagi faktor lain dapat menyebabkan timbulnya garis-garis halus pada wajah. Ambil ramuan kulit kayu manis dan campurkan dengan minyak zaitun. Kemudian sapukan pada wajah secara rata. Lagi pun, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan wajah telah lama diketahui.
4. Menghilangkan bekas jerawat
Jerawat boleh dikatakan antara gangguan kulit yang biasa dan semua orang mengalaminya. Jika anda memicit jerawat sehingga meninggalkan kesan parut, maka atasi masalah tersebut dengan serbuk kulit kayu manis. Caranya, ambik serbuk kulit kayu manis sebanyak 1 sudu teh dicampur dengan madu. Sama seperti langkah di atas, bahan-bahan ini perlu dicampur kemudian disapukan pada bekas jerawat yang telah kering.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rambut adalah mahkota bukan sekadar simbol gaya, tapi juga cerminan tahap kebersihan dan kesihatan diri seseorang.
Lelaki pun kena ambil berat pasal penjagaan rambut, lebih-lebih lagi kalau kau jenis aktif, kuat berpeluh, atau suka bergaya.
Tapi malangnya, ramai yang tak sedar ada tabiat harian yang sebenarnya merosakkan rambut sendiri.
Baru-baru ni, seorang pengguna TikTok bernama @alypsyafi2 berkongsi satu video tentang 4 kesilapan biasa yang selalu lelaki buat sampai rambut jadi busuk, gugur, gatal dan tak bermaya.
Menurut Aly, rambut paling lemah adalah masa lepas mandi, masa rambut masih lembap dan lembik.
Kalau kau terus sikat waktu tu, akar rambut senang tercabut. Sebab tu ramai perasan rambut lekat kat sikat.
Tips dia senang je lap rambut dulu, biar separa kering, baru sikat perlahan-perlahan. Jangan terus serang kepala tu dengan sikat.
Serum rambut memang bagus, tapi bukan untuk kulit kepala.
Tu kesilapan ramai orang buat sapu serum sampai ke akar, kononnya nak bagi sihat.
Tapi sebenarnya, boleh sebabkan kelemumur, jerawat kulit kepala dan gatal-gatal.
Gunakan serum di pertengahan dan hujung rambut sahaja tempat yang paling mudah kering dan bercabang.
Cara kau syampu rambut pun main peranan besar. Syampu tu untuk bersihkan, bukan nak kerjakan kulit kepala.
Menurut Aly, cuba tengok cara tukang cuci rambut di salon mereka urut perlahan, tak kasar langsung.
Tujuannya untuk keluarkan sel mati dan minyak dengan lembut. Kalau kasar sangat, rambut akan jadi rapuh dan kulit kepala pun meradang.
Ramai suka ‘eksperimen’ produk rambut. Hari ni pakai jenama A, esok nampak sale terus tukar ke jenama B.
Ini punca kenapa rambut tak sihat-sihat. Kulit kepala perlukan masa untuk adapt sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum nampak hasil.
Jaga rambut bukan soal nak nampak hensem semata-mata, tapi lebih kepada kebersihan dan keyakinan diri.
Bila rambut bersih, wangi, dan sihat kau bukan je rasa lebih selesa, tapi juga lebih yakin dalam apa jua situasi, sama ada dalam meeting, dating, atau shooting content.
Jadi, jangan ambil mudah. Empat tabiat kecil ni nampak remeh, tapi impaknya besar.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam rutin penjagaan diri lelaki moden, pencuci muka lelaki kini bukan lagi pilihan tambahan, sebaliknya sudah menjadi satu keperluan harian. Sama ada digunakan pada waktu pagi untuk menyegarkan wajah atau pada waktu malam untuk membersihkan kotoran, ia memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan kulit.
Namun persoalan yang jarang difikirkan, adakah pencuci muka yang digunakan selama ini benar benar sesuai dengan jenis kulit anda?
Ramai masih beranggapan mencuci wajah sekadar sapu produk, gosok dan bilas. Hakikatnya, proses ini memerlukan pendekatan yang lebih teliti kerana pemilihan produk yang salah boleh memberi kesan jangka panjang kepada kulit.
Pencuci muka adalah asas kepada keseluruhan rutin penjagaan kulit. Jika asas ini tidak tepat, produk lain seperti serum atau pelembap juga tidak akan memberi hasil yang optimum.
Langkah pertama yang sering diabaikan adalah mengenal pasti jenis kulit sendiri. Secara umum, terdapat empat jenis kulit utama iaitu normal, kering, berminyak dan kombinasi.
Cara paling mudah untuk mengenal pasti adalah dengan memerhatikan keadaan kulit kira kira 20 hingga 30 minit selepas mencuci wajah tanpa menggunakan sebarang produk lain.
Jika kulit kelihatan berkilat dan berminyak, ia menandakan kulit berminyak. Jika terasa tegang, kering atau mengelupas, ia menunjukkan kulit kering. Sekiranya minyak hanya tertumpu di kawasan zon T seperti dahi, hidung dan dagu, itu bermakna anda mempunyai kulit kombinasi. Manakala kulit yang tidak terlalu kering atau berminyak dikategorikan sebagai kulit normal.
Memahami jenis kulit ini sangat penting kerana setiap kategori memerlukan pendekatan penjagaan yang berbeza.
Salah satu kesilapan paling besar yang masih dilakukan ramai lelaki adalah menggunakan sabun mandi untuk mencuci wajah.
Kulit badan dan kulit wajah mempunyai struktur berbeza. Sabun mandi lazimnya lebih kasar dan boleh menghilangkan minyak semula jadi kulit wajah, menyebabkan ia menjadi kering atau lebih sensitif.
Selain itu, menggunakan produk yang tidak sesuai dengan jenis kulit juga boleh menyebabkan masalah seperti jerawat, iritasi atau pori tersumbat.
Bagi mereka yang memiliki kulit normal, ini boleh dianggap sebagai kelebihan. Kulit jenis ini biasanya seimbang dan tidak mudah mengalami masalah.
Pencuci muka yang lembut sudah memadai. Pilih produk yang mampu membersihkan tanpa mengganggu keseimbangan semula jadi kulit. Fokus utama adalah mengekalkan hidrasi dan kesegaran kulit sepanjang hari.
Kulit kering memerlukan perhatian lebih kerana ia mudah mengalami iritasi.
Pilih pencuci muka yang mengandungi bahan penghidratan seperti asid hyaluronik, aloe vera, madu atau gliserin. Bahan bahan ini membantu mengekalkan kelembapan serta mengelakkan kulit menjadi terlalu tegang selepas cucian.
Bahan semula jadi seperti lavender atau santan juga boleh membantu menenangkan kulit sensitif dan mengurangkan keradangan.
Kulit berminyak sering dikaitkan dengan masalah jerawat, bintik hitam dan pori besar.
Namun kesilapan biasa adalah memilih produk yang terlalu kuat sehingga mengeringkan kulit. Ini sebenarnya boleh menyebabkan kulit menghasilkan lebih banyak minyak sebagai reaksi balas.
Sebaliknya, pilih pencuci muka yang mampu mengawal minyak berlebihan tanpa menanggalkan kelembapan semula jadi kulit. Bahan seperti tanah liat dan ekstrak sitrus sering digunakan kerana membantu membersihkan pori serta mengurangkan lebihan sebum.
Kulit kombinasi adalah antara yang paling mencabar kerana mempunyai dua karakter berbeza dalam satu wajah.
Pendekatan terbaik adalah menggunakan pencuci muka yang seimbang dan lembut. Produk jenis ini mampu membersihkan kawasan berminyak tanpa mengeringkan bahagian lain.
Bahan seperti baking soda semula jadi juga boleh membantu mengurangkan masalah bintik hitam dan whiteheads yang sering muncul pada kulit kombinasi.
Adam Scott bakal mencipta sejarah dengan penampilan ke-100 berturut-turut di kejohanan major. UNIQLO meraikannya menerusi koleksi polo DRY-EX edisi khas yang bakal dilancarkan pada 15 Jun.