Anda pasti sudah sinonim dengan Zumba kan? Tahukah anda bahawa Zumba merupakan satu senaman High-Intensity interval training (HIIT)? High-Intensity interval training (HIIT) bermaksud, senaman yang anda lakukan berbentuk berat, namun bertindak pantas untuk memecahkan lemak.
Apa itu Zumba?
Zumba merupakan satu senaman yang berbentuk tarian yang akan diketuai oleh Zin (trainer). Ia merupakan kombinasi elemen tarian dan aerobik yang biasanya akan ditarikan mengikut rentak, dan anda boleh mengikut step tarian yang telah disediakan untuk anda.
Ads
Mengapa Zumba tidak digalakkan kepada mereka yang baru dalam dunia Fitness?
Ini kerana berat badan anda tidak menggalakkan anda untuk bergerak secara agresif. Jika anda dikategorikan sebagai obese, anda harus memulakan senaman secara ringan. Zumba membuatkan anda bergerak secara agresif dengan steps tariannya yang akan menyebabkan lutut, pergelangan kaki anda rosak.
Ads
Apakah bentuk senaman untuk mereka yang baru mula berdiet?
Anda boleh mulakan dengan berjalan di taman sebanyak 10,000 langkah. Berjalan sahaja sudah boleh membakar kalori dengan banyak. Perlu ingat senaman sahaja tidak membantu anda untuk kurus, anda juga perlu mengamalkan diet secara sihat. Senaman hanya 20% manakala penjagaan pemakanan sebanyak 80%. Jadi, jika anda makan secara sihat, berjalan 10,000 langkah setiap hari sudah memadai untuk kurus.
Ingat! Gemuk dah berapa lama? Tak kan sebulan anda sudah tak sabar nak tengok diri anda kurus? Anda perlu konsisten dalam menguruskan diet anda. Berbalik kepada Zumba, setelah anda cukup stamina, boleh bergerak dengan lebih pantas, ini masanya anda ke lantai tari-menari dan ber Zumba lah sepuas mungkin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Calon hendaklah memilih jaket yang berwarna gelap seperti hitam dan biru gelap untuk memberi efek keseriusan pada penampilan calon. Jika calon memakai jaket berwarna coklat, putih atau warna-warna fesyen seperti merah, biru, hijau dan sebagainya boleh menyebabkan calon kelihatan tidak serius seolah-olah hendak menghadiri majlis. Etikanya disini dikecualikan jika calon memang hendak menghadiri temuduga dalam bidang kreatif umumnya dan fashion designer, atau fashion stylish khasnya . Ia memang sangat digalakkan untuk berpenampilan sedemikian.
Pemilihan potongan gaya jaket juga perlu diambil berat kerana terdapat jaket yang berwarna gelap tetapi potongannya tidak sesuai untuk ke pejabat. Jaket tersebut hanya sesuai digunakan untuk acara kasual yang tidak memerlukan calon untuk kelihatan serius.
Fabrik juga memainkan peranan dalam pemilihan jaket. Terdapat fabrik jaket hanya sesuai digayakan untuk kelihatan kasual. Selalunya, material yang digunakan daripada material kain lembut seperti cotton, polyster dan sebagainya dan tida mempunyai lapisan seperti jaket khas untuk ke pejabat iaitu lapisan untuk menahan daripada kesejukan pendingin udara. Namun, jaket adalah pilihan untuk ke temuduga. Jika calon tidak memiliki jaket cukup sekadar berkemeja dan bertali leher, calon sudah boleh kelihatan hebat.
Calon hendaklah memilih jaket yang berwarna gelap seperti hitam dan biru gelap untuk memberi efek keseriusan pada penampilan calon.
Potongan kemeja perlu sesuai denga potongan badan calon. Potongan kemeja hedaklah tidak terlalu besar atau kecil apabila dipakai oleh calon. Ini kerana calon akan kelihatan selekeh jika kemeja terlalu besar atau kelihatan sendat dan sempit seperti bungkusan nangka jika calon memakai baju yang kecil daripada potongan badan sebenar calon. Paling dikhuatiri, calon akan mendapat persepsi negatif daripada penemuduga bahawa anda tidak bersedia untuk hadir ke temuduga tersebut.
Warna kemeja juga hendaklah warna yang lembut dan cerah serta tidak bercorak (plain) agar mudah disesuaikan dengan tali leher yang akan dipakai. Warna yang disarankan adalah seperti biru laut/ muda dan putih untuk mudah mempengaruhi kelembutan emosi kepada penemuduga. Mereka juga manusia biasa yang boleh terganggu emosinya dengan pelbagai sebab.
Terdapat 3 jenis potongan seluar dalam pasaran. Ada yang double pleat, single pleat dan flat front (tiada lipatan lisu) . Potongan seluar double pleat sesuai untuk mereka yang mempunyai perut yang agak lebar. Manakala single pleat untuk mereka yang mempunyai bahagian perut yang sederhana dan kecil. Mereka juga boleh memakai seluar flat front tetapi ianya lebih sesuai digayakan dalam acara kasual.
Warna yang disarankan juga gelap berpadanan dengan jaket yang digayakan. Fabrik seluar juga bukan daripada jeans, potongan khakis atau kudroi. Ia merupakan potongan dan fabrik yang tidak sesuai digayakan semasa dalam temuduga kerana lbih bersifat acara kasual tidak bersifat korporat mahupun professional.
Warna stokin dan kasut perlu berpadanan dengan seluar yang dipakai iaitu berwarna gelap. Potongan kasut hendaklah potongan gaya professional bukan gaya untuk majlis makan malam atau untuk acara santai.
Pemilihan tali leher tidak serumit jaket, kemeja dan seluar. Pemilihan tali leher hanya dititikberatkan pada pemilihan warna. Tali leher yang berpengaruh dicadangkan lebih gelap daripada warna kemeja. Untuk kelihatan lebih hebat dan mempunyai karisma padankan kemeja putih dengan tali leher berwarna merah. Penampilan calon bukan sahaja hebat malah warna tersebut sendiri akan memberi efek kepada calon untuk lebih semangat dan bertenaga dalam sesi temuduga.
Pemilihan tali leher tidak serumit jaket, kemeja dan seluar. Pemilihan tali leher hanya dititikberatkan pada pemilihan warna. Tali leher yang berpengaruh dicadangkan lebih gelap daripada warna kemeja.
6.Jam Tangan
Kesalahan yang biasa dilakukan oleh calon lelaki ialah memakai jam tangan berupa sport yang tidak sesuai digayakan dengan pakaian yang digayakan. Sport watch hanya sesuai digayakan dengan pakaian acara santai atau kasual. Jika digayakan bersama st ia boleh mengurangkan kredebiliti profesional dan korporat. Bukankah seperti ada yang tidak kena pada penampilan itu?
SUMBER :TIP INTERVIEW
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jenama eyewear terkenal dari Paris, IZIPIZI meraikan ulang tahun pertamanya di Malaysia menerusi pelancaran koleksi terbaharu mereka, ALEGRIA Capsule Collection.
Koleksi edisi terhad ini tampil dengan inspirasi Mediterranean yang cukup kuat menerusi gabungan elemen musim panas, warna ceria dan rekaan effortless yang sesuai untuk gaya harian moden.
Pelancaran tersebut sekali gus menandakan satu lagi langkah penting buat IZIPIZI dalam mengukuhkan kehadiran mereka di pasaran Malaysia selepas setahun mula diperkenalkan kepada pengguna tempatan.
Menurut IZIPIZI, ALEGRIA dihasilkan berinspirasikan suasana santai Mediterranean yang sinonim dengan pantai indah, cahaya matahari musim panas dan gaya hidup yang lebih relaks.
Koleksi ini membawa konsep “Sweet Escape” yang mahu memberi sentuhan gaya lebih ringan, ekspresif dan chic kepada pemakai sama ada ketika berada di bandar mahupun bercuti.
Daripada pilihan warna hinggalah kepada bentuk bingkai, semuanya direka bagi membangkitkan mood musim panas yang penuh energi dan effortless.
Ia sekali gus menjadikan ALEGRIA bukan sekadar aksesori fesyen biasa, tetapi juga refleksi kepada gaya hidup moden yang lebih bebas dan playful.
Menerusi koleksi ALEGRIA, IZIPIZI memperkenalkan dua siluet utama iaitu LUZ dan BAY.
Kedua-duanya hadir dengan identiti tersendiri bagi memenuhi citarasa dan personaliti pengguna berbeza.
LUZ tampil dengan bentuk cat-eye feminin yang mempunyai lengkungan lembut bersama sentuhan vintaj moden.
Rekaan ini sesuai buat mereka yang mahu tampil lebih elegan dan fashionable tanpa kelihatan terlalu berlebihan.
Sementara itu, BAY pula mengetengahkan siluet rectangular unisex dengan garisan lebih minimal dan moden.
Bentuk bingkai tersebut direka agar sesuai dipadankan dengan pelbagai bentuk wajah sekaligus menjadikannya pilihan versatile untuk gaya harian.
Gabungan kedua-dua siluet ini turut memperlihatkan pendekatan IZIPIZI yang mahu menawarkan eyewear bergaya tetapi masih praktikal dipakai setiap hari.
Antara tarikan utama ALEGRIA tentunya terletak pada pilihan warna yang cukup menyerlah.
IZIPIZI memperkenalkan lima colourway berbeza yang diinspirasikan daripada suasana dan elemen Mediterranean.
Antaranya termasuk:
Menurut jenama tersebut, setiap warna membawa mood dan personaliti tersendiri bagi membolehkan pengguna memilih gaya yang paling sesuai dengan karakter mereka.
Dalam dunia fesyen hari ini, eyewear bukan lagi sekadar alat perlindungan mata.
Sebaliknya, ia sudah menjadi antara aksesori utama yang memainkan peranan besar dalam menyerlahkan personaliti dan gaya seseorang.
Trend eyewear moden kini lebih tertumpu kepada gabungan fungsi dan fashion.
Sebab itu ramai pengguna kini lebih gemar memilih bingkai yang bukan sahaja selesa dipakai, tetapi turut mampu melengkapkan keseluruhan penampilan harian.
Pendekatan inilah yang cuba diketengahkan menerusi ALEGRIA Capsule Collection.
Dengan gabungan rekaan moden, warna playful dan inspirasi Mediterranean, koleksi ini dilihat sesuai untuk mereka yang mahu tampil lebih stylish tanpa perlu terlalu mencuba.
ALEGRIA Capsule Collection kini boleh didapati di kiosk rasmi IZIPIZI yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur.
Koleksi ini dijual pada harga RM359 sepasang.
Bersempena pelancaran koleksi tersebut dan ulang tahun pertama IZIPIZI di Malaysia, pelanggan yang membeli dua pasang eyewear daripada koleksi ALEGRIA akan menerima pouch eksklusif IZIPIZI sementara stok masih ada. fileciteturn37file0
Kiosk IZIPIZI terletak di:
Level 5, Lot No. P52
Pavilion Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
IZIPIZI mula diperkenalkan pada tahun 2010 dengan visi membantu individu yang mengalami presbyopia.
Namun sejak itu, jenama tersebut berkembang pesat sehingga menjadi antara pemain utama dalam industri eyewear global.
Hari ini, IZIPIZI menawarkan pelbagai jenis eyewear termasuk reading glasses dan sunglasses untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak dan bayi.
Dengan pelancaran ALEGRIA Capsule Collection ini, IZIPIZI sekali lagi membuktikan bahawa eyewear moden bukan hanya soal fungsi semata-mata, tetapi juga sebahagian daripada gaya hidup dan ekspresi diri masa kini.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rambut yang kering pastinya membuatkan ramai yang kurang selesa dan berasa kurang berkeyakinan. Kulit kepala yang kering akan menjadikan rambut kering. Faktor yang menyebabkan rambut kering biasanya kerana rambut yang sering terdedah kepada matahari, syampu yang kurang sesuai, akibat dari mewarnakan rambut dan dari penggunaan perapi yang mengandungi bahan kimia.
Pilih syampu yang sesuai dengan rambut anda dan pastinya untuk melembapkan dan melembutkan rambut. Berikut beberapa syampu untuk rambut kering terbaik yang boleh anda pertimbangkan.
Syampu dengan formula 6 jenis minyak yang terkandung menjadikan rambut lembut, berkilat, tebal, kuat, licin dan mudah diurus. Ia menyerap jauh ke dalam kulit bagi menguatkan akar dan memastikan rambut menerima nutrisi yang secukupnya untuk rambut yang tidak kering, lembut dan mudah dibelai. Kini tak risau lagi untuk sering terdedah dengan matahari kerana syampu ini akan melindungi rambut anda.
Syampu yang sempurna untuk kegunaan harian anda, dengan haruman yang sangat menenangkan. Ia membersihkan rambut dan kulit kepala sambil merawat rambut agar lembut, licin dan berkilat. Dengan sepuluh kali ganda fungsi melindungi rambut anda ia memastikan rambut tidak kering, terurus, lembut dan kembali bersinar. Kini rambut lebih lembut dan sehinggakan anda tidak perlu menggunakan sikat lagi.
Syampu yang diperkayakan dengan minyak kelapa asli semulajadi dan vitamin E. Ia berkesan dalam mengubah rambut yang kering dan rosak agar menjadi lebih kuat, berkilat, dan sihat. Syampu yang mempunyai aroma yang wangi dan pastinya mampu mengembalikan kelembapan rambut akibat kering dan rosak. Ia merupakan syampu yang bebas dari paraben dan sulfat.
Syampu protein Himalaya bagus untuk pembaikan bagi rambut yang kering, keriting, rambut yang rosak dan akibat mewarnakan. Dengan campuran khas herba yang kaya dengan sumber protein semulajadi menyediakan dan memastikan akar dilindungi hingga ke hujung. Alami rambut yang lembut dan terurus dengan syampu dari bahan amla dan beach badam.
Syampu dengan formula ekstrak akar maca membantu untuk menguatkan folikel untuk mengurangkan penurunan rambut. Selain itu, dengan kebaikan minyak habbatus sauda di dalam syampu ini ia membaik pulih akar rambut yang rosak dan juga membantu memulihkan rambut yang kering. Syampu ini bebas daripada minyak mineral, SLES, ALES, parabens, pewarna tambahan dan juga tidak diuji pada haiwan.
Alami rawatan rambut harian di rumah kini seperti di spa dengan membersihkan rambut dengan syampu Timotei. Campuran ekstrak jasmine organik dan minyak argan membantu untuk menghidrat dan memberi kelembapan bagi rambut biasa dan kering. Nikmati rambut yang wangi, lembut dan berkilat untuk anda gayakan setiap hari.
Syampu pembersihan rambut dengan lembut ini sesuai untuk kegunaan harian anda. Ia memberi perlindungan untuk kulit kepala dan menyokong untuk melindungi lapisan asid kulit kepala bagi memberikan rambut yang lebih sihat. Selain itu, dengan nilai pH 5.5 ia sesuai untuk penstabilan rambut dan kulit kepala anda. Syampu yang telah diuji secara dermatologi untuk kebaikan anda.
Sumber: ProductNation.co
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.