Baru-baru ini SUTL Sportsland melancarkan pembukaan semula outlet Nike mereka di pusat beli-belah tekemuka, Pavilion KL. Hadir dengan konsep Nike Rise ia disebut sebagai sebagai outlet jenama Nike terbesar Malaysia.
Nike Pavilion menampilkan aneka produk yang dapat mencetus ilham buat ahli SUTL Life, para keluarga dan komuniti tempatan untuk menjadikan kegiatan sukan sebagai amalan harian. Antara tawatan terbaik untuk pelanggannya yang menjadi ahli bertaraf premium ialah akses awal ke atas keluaran eksklusif.
Di antara pembaharuan baharu pada pembukaan outlet wajah baru ini juga banyak memberikan fokus kepada seksyen wanita dengan pelbagai koleksi kasut dan pakaian untuk tarian, kecergasan, aktiviti berlari, yoga dan pakaian siar, termasuk perkhidmatan pakar penggayaan peribadi.
Berpegang kepada konsep Nike Rise, Nike Pavilion telah merungkaikan sebuah siri ilustrasi Nike By You yang dihasilkan oleh seorang artis tempatan, Shu Yee. Ilustrasi unik tersebut, yang melambangkan makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti Roti Canai, Durian dan Teh Tarik, kini disediakan buat ahli Nike yang ingin memperibadikan kemeja-T dan beg tote mereka.
Ads
“Nike Pavilion bukan sekadar ruang retail yang anda biasa kunjungi. Outlet ini telah dikonsepsikan dengan teliti menggunakan berbilang titik sentuhan yang menawarkan pengalaman Nike yang benar-benar imersif.
“Ketersediaan staf yang arif, perkhidmatan keahlian, produk-produk khas dan banyak lagi tarikan yang lain mencetus inspirasi buat para peminat sukan, sekali gus mengutuhkan lagi hubungan dengan komuniti tempatan, hatta barisan produk yang terbaik juga dapat disediakan untuk memenuhi keperluan setiap individu,” jelas Pengarah Kanan Kedai Nike, Asia Tenggara & India, Tarundeep Singh.
Ads
“Konsep kedai ini mencerminkan suasana kota Kuala Lumpur menerusi reka bentuknya. Kami berharap ia akan menjadi destinasi sukan buat semua golongan, bagi mereka yang meminati sukan, aktiviti kecergasan, ataupun gaya hidup aktif,” tambahnya lagi.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SUTL Global, Arthur Tay pula berkata, “Pembukaan Nike Pavilion di Kuala Lumpur menandakan satu lagi kejayaan SUTL sebagai pengedar barangan pengguna dan gaya hidup yang terkemuka di Asia.”
Ads
“Kami percaya konsep Nike Rise akan menaik taraf pengalaman pengguna, turut menambah seri di semua kedai Nike yang dioperasikan oleh SUTL.
“Meskipun berhadapan dengan situasi yang berbeza dalam pentas peruncitan ketika pandemik, kami percaya usaha bersepadu kami untuk mentransformasikan gaya hidup sukan dengan memberi penekanan yang tinggi terhadap kesihatan dan kesejahteraan peribadi pasti akan membuahkan kejayaan dalam suatu bentuk.”
Buat peminat jenama ini, outlet ini pastinya menjadi lokasi wajib untuk dilawati.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Aktiviti outdoor seperti mendaki bukit, hiking dan juga larian trail kini semakin popular terutamanya buat warga kota. Di sebalik kesesakan kota raya yang penuh hiruk-pikuk maka tidak hairanlah mengapa aktviti outdoor jadi pilihan ramai. Bagi keselesaan aktiviti tersebut pastinya pakaian sesuai diperlukan untuk ketahanan. Di antara jenama yang sering menampilkan koleksi pakaian outdoor adalah Timberland.
Terbaru, Timberland melancarkan koleksi dikenali sebagai Weather Ready yang dikeluarkan sebagai seleksi penghujung tahun atau Fall/Winter 2020. Komitmen Timberland bukan sahaja terhadap menghasilkan variasi pakaian dan kasut tahan lasak tetapi juga memainkan peranan penting kepada alam sekitar.
Menerusi pelbagai kempen, Timberland telah memberi komitmen mereka untuk menanam lebih 50 juta pokok menjelang tahun 2025. Dan sebelum ini juga mereka telah menanam jutaan pokok di beberapa lokasi di dunia. Menyedari akan impak industri fesyen terhadap alam sekitar, Timberland turut melancarkan Nature by 2030. Ia satu inisiatif untuk memastikan kelestarian alam sekitar lebih terpelihara.
VISI REKAAN
Dengan visi tersebutlah koleksi Weather Ready ini dihasilkan. Antara ciri utama yang diserlahkan menerusi setiap item adalah sifat penebat dengan menggunakan fabriks tahan lasak. Ia juga menggunakan teknologi kalis air, TimberDry yang diperbuat daripada bahan plastik kitar semula yang diambil dari tapak pelupusan sampah.
Keselesaan maksima pula dapat dirasai dengan jaket paling premium dihasilkan Timberland iaitu Ecoriginal Waterproff Parka. Lebih menarik, jaket ini menampilkan teknologi penebat Thermore ECOdown yang dihasilkan sepenuhnya dari bahan kitar semula plastik.
Ia juga turut menggunakan fabrik dari teknologi ReBOTL pada lapisan luar yang terhasil sekurang-kurangnya 40% plastik kitar semula. Manakala ciri-ciri kalis air pula dilengkapi DryVent.
Koleksi Weather Ready Timberland turut menampilkan Sherpa Jackets untuk lelaki dan wanita. Selain itu, Outdoor Archive Sherpa Fleece Jackets pula tampil dengan tema warna retro yang dihasilkan daripada 100% bahan kitar semula poliester.
FOOTWEAR
Bagi kategori footwear pula, Timberland memperkenalkan The Garrisan Trail Waterproof High Hiker yang kalis air dan dilengkapi teknologi TimberDry.
Bahagian luaran but yang kalis air dihasilkan daripada kulit berkualiti tinggi yang diiktiraf oleh Leather Working Group dengan jaminan praktis alam sekitar.
Koleksi Weather Ready Timberland kini telah mula dipasarkan di Malaysia menerusi semua outletnya.
Jangan lupa untuk follow Instagram MASKULIN untuk update trend lelaki terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kedua-dua nama ini merupakan gergasi di dalam bidang masing-masing. Siapa tidak kenal dengan Lewis Hamilton, juara dunia 5 kali Formula 1. Manakala Tommy Hifiger pula merupakan figura dan jenama fesyen terkenal.
Apabila bergabung pastinya hasil yang cukup sensasi. Itulah yang diserlahkan menerusi koleksio Tommy x Lewis, kolaborasi antara Tommy Hilfiger dan Lewis Hamilton.
Koleksi yang dilancarkan di Milan beberapa hari yang lalu mendapat liputan yang cukup meluas daripada pelbagai media dan ia juga menjadi bahan bualan utama penggemar fesyen global.
Lewis Hamilton bersama Tommy Hilfiger di majlis pelancaran koleksi eksklusif Tommy x Lewis.
Menurut Lewis Hamilton, koleksi Tommy x Lewis pada musim luruh ini memaparkan pertembungan dua dunia berbeza – sentuhan gaya fesyen klasik Amerika dari Tommy Hilfiger dengan gaya streetwear mewah.
GABUNGAN ELEMEN MODEN STREETWEAR
“Gabungan dua elemen dari dua dunia berbeza ini menjadi titik kreatif utama dihasilkan menerusi koleksi ini. Kerjasama ini merupakan sebuah lagi projek yang cukup mengujakan dan ia tambah gemilang dengan pelancaran di kota fesyen seperti Milan,” jelas Lewis Hamilton.
Lewis Hamilton, Tommy Hilfiger dan Pusha-T, rapper yang membuat persembahan di majlisp elancarannya.
Seperti mana yang kita tahu, Milan merupakan kota yang cukup sinonim dengan fesyen high end. Pengaruh seni bina serta sejarahnya yang sangat kaya dengan pelbagai aktiviti seni moden menjadikan Milan sebagai pilihan tepat pelancaran koleksi istimewa ini.
Antara koleksi yang diperkenalkan di Milan pada kali ini.
Sebanyak 49 item utama diperkenalkan meliputi jaket denim, hoodie, jenas, but, kemeja, beanie, parka dan juga topi ditawarkan kepada peminat jenama ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Musim raya ni selain daripada balik kampung berjumpa dengan sanak saudara, pasti anda terdetik unutuk manjakan diri anda dengan rawatan spa dan urut kan? Mana tidaknya, menjelang raya pasti anda dan rakan sekerja sibuk menyiapkan tugasan kerana tak nak diganggu oleh majikan musim perayaan ini. Jadi alag-alang dah ambil cuti seminggu tu, apa kata anda manjakan diri ke tempat-tempat ini yang tak mahal pun harganya. Tahu dah, duit dah banyak habis ketika raya kan!
Erawan Wellness Massage
Ajak suami atau isteri anda di pusat urut yang berada di NU Sentral ini. Antara sebab mengapa kami memilih tempat ini adalah ia sering mendapat pujian daripada pelanggan yang hadir. Rekaan dalamannya pula cantik dan menarik kerana ia bercirikan Thai. Rasa macam berada di Thailand pula. Anda boleh mendapat rawatan urut 30 minit di kepala, tengkuk dan bahu dengan RM58+. Selain itu, anda juga boleh cuba urutan kaki selama 30 minit dengan harga RM68+ atau urutan badan Thai selama sejam dengan hanya RM98+. Mampu kan?
Herbaline
Bagi isteri-isteri yang nak kan rawatan dacial anda boleh ke Herbaline yang menawarkan servis Relaxing Facial dengan harga RM73.10 untuk satu jam yang mampu untuk menyegarkan wajah tanpa meninggalkan kesan-kesan merah pada pipi anda. Namun jika anda mahukan urutan spa, tempat ini menyediakan servis rubdown untuk 75 minit dengan RM88 satu sesi. Jadi bila anda ke open house, anda boleh kelihatan cantik tanpa masalah.
Thai Odyssey
Lihat saja deko luar yang cantik, anda pasti takut untuk masuk ke dalam kerana caj mahal. Namun jangan risau, Thai Odyssey mempunyai banyak cawangan sekitar Malaysia menyediakan servis hebat dengan harga berpatutan. Anda boleh memilih utnuk melakukan urutan separuh badan dnegan harga serendah RM58+ untuk 30 minit yang bakal melegakan kepala, tengkuk dan bahu anda yang sering terbeban dengan stress. Urutan kakinya pula hanya dengan nilai RM73+ untuk 1 jam.
Jentayu Spa & Salon
Anda pasti terkejut dengan harga pakej-pakej yang ditawarkan di spa ini. Semuanya murah-murah belaka dan berbaloi untuk mencari spa dan salon yang murah di sekitar KL ni. Terletak di Ampang, Jentayu menyediakan spa kecantikan yang bercirikan tradisional melayu. Pakej biasa pusat ini meyediakan perkhidmatan sauna, lulur dan rawatan facial dengan bernilai RM50. Namun bagi mereka yang mahukan urutan badan, anda boleh mencuba Pakej C yang menyediakan servis sauna, lulur dan urutan badan dengan hanya RM88 sahaja! Murah kan!!!
Layari Website mereka, mana tahu ada promosi khas raya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.