Bidang perniagaan merupakan salah satu cabang karier yang cukup mencabar. Apatah lagi untuk lepasan universiti yang masih mentah dan muda, pastinya peru dilakukan dengan cara yang betul berserta ilmu dan bimbingan yang baik.
Melihatkan potensi besar yang ada pada pelajar sebagai pelapis bangsa dan negara, Herbalife, syarikat dan komuniti kesihatan dan kesejahteraan bertekad menggalakkan pembangunan usahawan belia di Malaysia dengan menganjurkan Program Keusahawanan sulungnya bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Penganjuran program sepeti ini dilihat sebahagian daripada inisiatif perintis untuk mendidik golongan muda Malaysia tentang pelbagai peluang ekonomi dalam bidang kesihatan dan pemakanan.
Difahamkan kerjasama ini terjalin berteraskan wawasan yang dikongsi bersama iaitu melengkapkan golongan belia dengan pendidikan menyeluruh yang menyokong perkembangan kerjaya dan memperkayakan kesihatan.
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi di UiTM sentiasa berusaha melahirkan pelajar yang serba boleh dan inisiatif ini menekankan misi tersebut, berbekalkan sokongan daripada Akademi Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Keusahawanan Malaysia UiTM.
Program yang dilancarkan baru-baru ini di kampus UiTM Shah Alam membabitkan latihan kemahiran keusahawanan penting, selain memberikan pencerahan dan ilmu untuk membuka perniagaan berkaitan pemakanan, sambil disokong oleh reputasi global Herbalife dalam sektor kesihatan dan kesejahteraan.
Ads
Bimbingan bermakna daripada tenaga pengedar Herbalife melibatkan sesi bimbingan peribadi, interaksi berkumpulan dan latihan dunia sebenar, akan memastikan setiap pelajar mendapat manfaat daripada pengalaman terkumpul dan tunjuk ajar individu.
MATLAMAT MASA DEPAN
Program perintis ini disertai sejumlah 80 pelajar siswazah, dengan matlamat masa depan untuk meluaskannya kepada kesemua 34 kampus UiTM di seluruh negara.
Menurut Pengarah Kanan/Pengurus Besar Herbalife Malaysia dan Singapura, Steven Chin, berkata, “Kami sukacita untuk terus mengukuhkan kerjasama dengan UiTM menerusi inisiatif terbaharu ini, mencerminkan usaha Herbalife untuk membantu pelajar memanfaatkan peluang ekonomi menerusi tunjuk ajar, latihan, bimbingan dan ilmu keusahawanan.
“Memandangkan trend yang semakin meningkat ke arah keusahawanan dalam kalangan Gen Z dan golongan milenial seperti yang dilihat daripada Tinjau Selidik Usahawan Muda Asia Pasifik 2021, di samping peningkatan kadar obesiti Malaysia dan minat dalam penuaan sihat, program ini bertujuan membantu merapatkan jurang maklumat.
Ads
“Dan dalam pada itu memberikan alat dan ilmu keusahawanan kepada anak-anak muda sambil membentuk ketetapan minda keusahawanan yang diperlukan untuk membina perniagaan dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan,” tambahnya lagi.
Manakala Profesor Madya Dr Raja Mohammed Firhad Raja Azidin, Dekan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam, menambah, “Kami sentiasa berusaha menambah baik pengalaman pembelajaran pelajar-pelajar yang membawa perubahan bermanfaat bersama industri.
“Program usaha sama dengan Herbalife ini menyediakan gabungan unik kepakaran keusahawanan praktikal, sambil menekankan kepentingan kesihatan, kecergasan dan kesejahteraan yang sering kali diabaikan.”
Ads
PENDEKATAAN BERPANDANGAN JAUH
Ts. Dr Nik Roselina Nik Roseley, Pengarah Pusat Keusahawanan Pelajar, Akademi Pembangunan PKS & Keusahawanan Malaysia (MASMED), UiTM Shah Alam, mengulas, “Kerjasama dengan Herbalife adalah satu pendekatan berpandangan jauh kepada pembangunan pelajar, dengan menggabungkan keusahawanan dan gaya hidup sihat.
“Ini merupakan langkah strategik yang bakal melengkapkan pelajar dengan dua kemahiran iaitu ilmu perniagaan dan kesejahteraan diri untuk bersiap-sedia menghadapi cabaran pada masa depan.”
Nurul Hanis Nisha Binti Abdul Halim, pelajar yang turut serta daripada Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi di kampus UiTM Shah Alam berkongsi pengalamannya di majlis pelancaran tersebut: “Inisiatif ini telah membuka mata kami kepada peluang yang ada di depan kita, sejajar dengan kerjaya yang bakal kami ceburi dalam bidang Sains Sukan.
“Menimba ilmu keusahawanan di sini bukan sahaja membantu memulakan perjalanan keusahawanan kami sendiri, tetapi juga memberikan gambaran jelas tentang permintaan di pasaran-pasaran yang berkenaan untuk membuat persiapan lebih baik untuk membina kerjaya selepas menamatkan pengajian.”
Program Keusahawanan UiTM Herbalife, menggabungkan kesihatan dan peluang perniagaan, dan sesungguhnya memperlihatkan komitmen kedua-dua institusi untuk membina masa depan yang cerah dan mampan bagi golongan belia Malaysia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap tahun bila tiba hari raya baju raya adalah satu kemestian. Tidak kurangnya kaum lelaki, turut tempias untuk mendapatkan suatu yang baru untuk di pakai di pagi Syawal. Namun di sebalik keghairahan ini, pasti ada yang terkena calitan kritikan netizen terutama para pereka fesyen yang mengeluarkan koleksi terbaharu mereka di pasaran.
Terkini, limpahan kata kesat mengenai rekaan pereka Amir Kadir menjadi bualan hangat netizen di media sosial, melabelkan rekaannya persis pakaian renang kerana dilihat terlalu ketat pada badan model yang menyarungkan rekaan tersebut, dilihat salah di mata netizen.
INI LUAHAN PEREKA FESYEN TERBABIT MENGENAI REKAANNYA YANG DISALAH ERTI OLEH RAMAI NETIZEN.
1.AMIR SUDAH BERTAPAK LAMA DI DALAM INDUSTRI FESYEN TEMPATAN DAN TIDAK AKAN MEMBUAT SESUATU YANG BOLEH MEMBURUKKAN NAMANYA, TAMBAHAN DIA TAHU APA ITU NILAI ESTETIKA BUDAYA PADA BAJU MELAYU ITU SENDIRI.
2.BAJU YANG DISARUNGKAN ITU JUGA ADALAH ‘LONGGAR’ NAMUN DISEBABKAN BADAN MODEL LELAKI TERSEBUT YANG TERLALU KEKAR MEMBUATKAN BAJU ITU TAMPAK KETAT.
“Kes Baju Melayu VIRAL ciptaan Amir Kadir menjadi bualan di segenap pelusuk netizen di media sosial semenjak kelmarin termasuk Twitter , FB dll malahan di tag ke seluruh Malaysia malahan khabarnya telah di tag ke fb dan twitter teman teman yg berada di seluruh dunia. Saya mendapat respon dari beberapa teman yg berada di Hong Kong , Saudi Arabia, Kuwait , Amerika dll. Saya Amir Kadir sendiri ingin menjelaskan baju tersebut bukanlah sesendat yang saya reka dan sengaja memperlekehkan budaya Melayu sendiri, pengalaman selama lebih 30 tahun dalam dunia fesyen ini telah membuatkan saya sedar erti nilai budaya berfesyen dan etika berpakaian perkara ini terjadi ketika sessi pengambaran yg menggunakan khidmat salah seorang model yg sado dan saiz yg agak kecil utk beliau serta effect nya kelihatan sendat sehingga mengundang spekulasi yg agak berlainan sedangkan jika di lihat pada gambar dimana 2 model yg berlainan effectnya adalah normal . Saya tidak rasa satu perkara yg agak drastik dari mata semua jika kita membandingkan effect pd gambar yg jadi bualan netizen semua dan yg satu lagi. Di harap penjelasan saya telah melegakan hati para netizen semua tentang keadaan sebenar . Maaf jika pihak saya menimbulkan keadaan yg negatif uols tanpa usul periksa terlebih dahulu… anyway selamat berpuasa dan gunakan bulan yg mulia ini dengan amalan yg lebih berfaedah…”
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pakai pelembap udara dan losyen. Ia membantu melembapkan kulit dengan cara mengikat air pada lapisan kulit. Cari pelembap sesuai.
2. Jauhi rokok
Rokok menyebabkan penuaan lebih awal. Rokok mengandungi bahan kimia yang dapat mengurangkan pengaliran oksigen pada kulit. Ia juga mengganggu penyerapan vitamin C yang diperlukan kulit.
3. Kurangkan terdedah panas cahaya matahari
Elakkan terdedah matahari mulai jam 10 pagi hingga 2 petang kerana waktu itu sangat kuat. Ia boleh menyebabkan garis halus, bintik coklat dan perubahan warna kulit semakin ketara.
Pakaikan topi, lengan baju dan seluar panjang serta cermin mata gelap jika berada di luar rumah.
4. Guna krim pelindung matahari.
Gunakan produk SPF30 atau lebih untuk melindungi gelombang ultraviolet pendek (UVB) dan Ultra Violet A (UVA). Ia membantu mengurangkan kedutan, warna kulit yang tidak sekata dan risiko kanser kulit.
5. Diet sihat, minum air
Pastikan ikuti diet sihat dan vitamin A, B, C, E dan K menerusi makanan seperti bayam, kekacang, biji-bijian, lemon, limau, jus anggur dan buah-buahan. Air mengurangkan hidrasi. Minum antara enam hingga lapan gelas air sehari untuk menghilangkan racun pada tubuh.
6. Produk antipenuaan
Bahan pentapeptida yang ada dalam kebanyakan produk yang baharu, membantu mempercepatkan pembentukan sel kulit, menghasilkan kolagen dan menegangkan kulit.
Krim retinoid yang mengandungi vitamin A efektif dalam mengurangkan kedutan, mencerahkan kulit dan pertumbuhan sel kulit.
7. Tidur mencukupi
Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi, iaitu antara tujuh hingga lapan jam. Ini untuk mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata, kulit pucat dan mata bengkak serta masalah lain.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap orang mahu kelihatan kemas apabila mengenakan baju kemeja. Apabila menghadiri majlis atau ke tempat kerja, tentu sekali kita mahu kelihatan kemas supaya mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi.
Hari ini kami kongsikan fungsi setiap jenis lipatan pada kemeja.
Buat lelaki yang setiap hari pakai baju kemeja pergi pejabat, mesti perasan ada beberapa jenis lipatan pada bahagian baju kemeja tu.
Ada tiga jenis iaitu :
1. Lipatan Tengah @ Centre Box Pleat
Kemeja yang ada lipatan tengah di bahagian belakang baju sesuai dipakai oleh lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian perut. Kesian kat perut tu. Sekurang-kurangnya bolehlah jugak bernafas kan? Untuk lelaki yang kurus dan tak ada perut, jika memakai kemeja jenis ini kebiasaannya akan kelihatan kurang kemas.
2. Lipatan Tepi Kiri & Kanan @ Side Pleat
Kemeja yang mempunyai lipatan kiri dan kanan di belakang baju sebenarnya dibuat untuk lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian dada, bahu dan lengan. Contohnya untuk ‘Abang-abang Sado’
Kemeja yang tidak ada sebarang lipatan di bahagian belakang baju dibuat khusus untuk lelaki yang tiada masalah lebihan muatan di bahagian perut atau bahagian badan yang lain. Untuk yang berbadan sederhana, kalau rasa-rasa nak pakai jugak jenis ini, carilah kemeja yang mempunyai potongan Regular Fit dan bukannya Slim Fit.
SUMBER : FB Harry Hamid
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.