Sejak semalam sebuah video telah mula tular dan menjadi perbualan ramai terutamanya di kalangan pengguna jalan raya di negara kita. Menerusi sebuah video yang di muat naik di laman media sosial Facebook seorang penunggang motosikal dilihat melakukan aksi mengacah untuk membaling topi keledar atau helmet terhadap sebuah kereta.
Rakaman video tersebut diambil dari dashcam kereta tersebut yang dilihat memberikan amaran dengan membunyikan hon selepas penunggang motosikal itu dilihat berdiri di atas laluan utama.
Dengan memberikan reaksi agreasif dia dilihat cuba mengacah untuk membalingkan topi keledar. Perkara tersebut dikatakan berlaku di Jalan Temiang – Pantas yang cukup popular menjadi lokasi berfoto sejak kebelakangan ini.
Kejadian tersebut diambil serius oleh pihak berkuasa dan ia kini mula disiasar olej Polis Diraja Malaysia (PDRM). Memetik laporan Utusan Malaysia, Polis Daerah Seremban telah mengesahkan bahawa pihak mereka kini sedang melakukan siasatan.
Ads
Dalam rakaman berdurasi 11 saat tersebut si pelaki dilihat sedang berkumpul bersama rakan-rakan motosikalnya di lorong kecemasan di jalan tersebut.
BERLAKU HARI SAMA
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada hari yang sama iaitu pada waktu tengah hari.
Ia di mana terdapat sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti dan meletakkan kenderaan di dalam laluan kecemasan di lokasi kejadian.
Ads
“Pada masa yang sama, rakaman video dari kamera papan pemuka (dashcam) tersebut turut memaparkan seorang individu seakan-akan cuba untuk membaling objek ke arah kenderaan perakam.
“Bertindak atas rakaman yang diperoleh, satu siasatan sedang dijalankan bagi mengesan pesalah yang terlibat. Kes disiasat di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan galangan di atas jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ads
Nanda turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat terhadap kes berkenaan boleh menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Fadzilah di talian 016-2895801.
“Pihak polis sentiasa memantau dan melakukan penguatkuasaan di lokasi-lokasi tumpuan terutama di Jalan Temiang-Pantai bagi memastikan tiada sebarang pelanggaran undang-undang berlaku,” tambah beliau lagi.
Kejadian seperti ini sebenarnya tidak harus berlaku. Tidak kiralah sama ada pemandu kereta atau penunggang motosikal, masing-masing perlulah ada sikap toleransio dan menghormati pengguna jalan raya yang lain. Pentingkan bukan sahaja keselamatan diri malah orang lain juga. Malang itu tidak berbau namun jika kita sengaja mencarinyapasti busuknya itu merebak kepada orang lain juga.
Sumber: Utusan Malaysia
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Salam takziah buat famili besar Ashraf Sinclair atau nama penuhnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair terutamanya kepada isterinya yang tercinta, Bunga Citra Lestari.
Pagi ini kita dikejutkan dengan berita kematian mengejut aktor yang berusia 40 tahun akibat serangan jantung awal pagi tadi di Jakarta, Indonesia.
Memetik laporan Kompas Indonesia, kematian aktor yang pernah popular menerusi filem ‘Gol & Gincu’ tersebut isahkan oleh pengurus Bunga Cita Lestari, Doddy.
Allahyarham Ashraf mendirikan rumah tangga bersama Bunga Citra Lestari pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang cahayamata bernama Noah Sinclair.
Aktor yang kemudian turut mencipta nama di Indonesia dalam bidang lakonan sejak tahun 2008 itu juga merupakan abang kepada aktres dan hos, Aishah Jennifer dan suami kepada Yuna, Adam Sinclair. Beliau juga merupakan Naib Juara pertandingan Hero Remaja pada tahun 1997.
Sejurus berita sedih ini diuar-uarkan ribuan netizen sama ada dari Malaysia dan Indonesia membanjiri komen foto terkahir Ashraf di akauan Instagramnya.
Tidak ketinggalan selebriti terkenal yang turut berduka dan menyampaikan ucapan takziah di hantaran komen foto tersebut. Antara yang paling menarik perhatian ialah dari Laudya Cynthia Bella, Dian Sastrowordoyo, Luna Maya, Neelofa, Nora Danish, Yasmin Hani, Hunny Mady dan ramai lagi.
Al fatihah…
Foto kredit: Instagram Bunga Citra Lestari & Ashraf Sinclair
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Honeymoon! Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh pasangan kekasih untuk meraikan perkahwinan mereka.Begitu banyak tempat yang menarik untuk dijadikan sebagai destinasi honeymoon anda. Kami tampil dengan 10 destinasi pelancongan yang lebih adventure dan menjadikan honeymoon anda lebih menarik!
Bagi pasangan yang ingin menikmati keindahan alam serta menikmati erti adventure yang sebenar, Wadi Rum Bedoin Camp di Jordan adalah destinasi terbaik untuk mereka merasai kelainan pada bulan madu mereka. Pemandangan bukit bakau serta hamparan padang pasir yang menarik menjadikan destinasi ini amat sesuai untuk aktiviti lasak seperti climbing dan scrambling. Selain itu , camel tours dan jeep tours juga merupakan salah satu tarikan yang disediakan kepada pasangan kekasih yang ingin melihat seluruh pemandangan dan menikmati kedamaian yang ada di sini.
Destinasi percutian “bed & breakfast” ini amat sesuai untuk pasangan kekasih yang mahukan destinasi yang jauh dari kesibukan kota dan juga inginkan ketenangan sepanjang percutian bulan madu anda. Nature and Adventure. Itulah yang dapat digambarkan daripada destinasi percutian ini.Dikelilingi dengan pohon hijau yang segar serta bunyian air terjun yang memecah kesunyian hutan hujan di Hawaii ini , menjanjikan keselesaan pada pasangan kekasih untuk mereka meneroka alam semula jadi ini. Aktiviti hutan seperti hiking sudah pasti menjadikan percutian anda menarik. Ditemani pula dengan binatang liar yang pastinya akan menjadikan perjalanan percutian anda begitu mencabar! Di samping itu juga , ia berdekatan dengan Volcanoes National Park di mana para pengunjung boleh merasai nilai adventure itu sendiri apabila dapat meneroka di kawasan kawah gunung berapi yang aktif itu dengan menaiki kenderaan yang disediakan.
Lebih daripada 200,000 hidupan liar dari pelbagai spesis meliputi seluruh kawasan ekosistem The Serengeti. Luasnya sehingga 14,763 kilometer persegi ini menjadi tarikan utama setiap pelancong untuk datang ke sini. Bagi pasangan yang gemarkan sesuatu yang wild danadventure, destinasi percutian ini sangat sesuai kepada mereka. Seluruh hidupan liar dapat dilihat dari setiap sudut Serengeti National Park dengan menaiki belon panas yang sudah pastinya akan memuaskan mata anda dengan pemandangan yang hebat. Selain itu , anda dapat merasai sendiri kehidupan habitat liar ini di bumi Serengeti. Segalanya live!. Sudah tentu anda akan merasai “extraordinary adventure”apabila berbulan madu di sini.
Paris merupakan negara yang sentiasa menjadi pilihan utama pasangan kekasih untuk berbulan madu. Daripada struktur indah Eiffel Towel hingga ke Lover’s Bridge , ia cukup menggambarkan Paris sebagai kota cinta. Tetapi kali ini , Glam tampil memberi idea yang berlainan daripada kebiasaannya. Biking di tengah kota Provence, France ini sudah pasti dapat melahirkan lagi perasaan romantik pada setiap pasangan. Merasai keharmonian kawasan pendalaman yang dipenuhi dengan bangunan kampung lama, serta dihiasi dengan laluan yang dipenuhi dengan bunga lavender , pasti menyajikan mata anda dengan pemandangan yang indah dah aman. Di samping itu juga , perjalanan berbasikal sejauh 236km itu akan melewati bangunan church lama yang meninggalkan banyak sejarah silam di kawasan ini. Berbasikal di Provence , France ini pasti menjanjikan sesuatu kelainan pada percutian bulan madu anda!
Bagi pasangan yang inginkan pengalaman “extreme” untuk bulan madu mereka, West End di Grand Bahama Island ini memberikan satu perkara baru yang dapat dirasai oleh anda. Melihat jerung dari dalam sangkar bersama pasangan anda bukanlah dianggap bahaya malahan ia merupakan aktiviti menarik yang dapat mencipta kenangan indah bersama.
Menyelam bersama ikan paus pasti membuatkan anda bersama pasangan menikmati keindahan dasar laut di samping mengenali lebih dekat habitat ikan paus itu. Sesi yang mengambil masa 2 jam itu cukup untuk menjadikan percutian anda menarik
Aktiviti meluncur salji ini barangkali merupakan aktiviti yang didominasi oleh kaum lelaki. Tetapi , ia akan menjadi lebih menarik jika anda membawa pasangan anda merasai pengalaman meluncur salji bersama. Di Whales in Rututu ini, merangkumi lebih dari 5 gunung yang mempunyai ketinggian yang berlainan sebagai contoh , Klein Matterhorn gunung setinggi 3,883 m dan Monte Rosa setinggi 4,634 m. Selain itu , anda bersama pasangan dapat menikmati rasa sejuk dan melihat pemandangan luas di puncak gunung.
Bagi pasangan yang sukakan aktiviti sukan air, parasail di Hawaii merupakan pilihan ideal untuk percutian honeymoon anda. Terbang di udara bersama pasangan serta merasai pemandangan indah di udara serta di laut , pasti menyajikan sesuatu yang cukup indah.
Terkenal dengan pergunungan Himalaya yang pastinya sinonim dengan aktiviti-aktiviti lasak dan mencabar, menjadikan percutianhoneymoon anda lebih menarik. Mana tidaknya , destinasi ini memberi anda pengalaman baru berjalan di atas jambatan gantung yang berketinggian 160 meter. Bukan itu sahaja , ekspedisi percutian anda menjadi lebih extreme dengan aktiviti terjunan di Canyon yang pastinya curam dan mencabar. Untuk lebih mencabar , anda dan juga pasangan boleh mengikuti aktiviti berbasikal disepanjang curaman Canyon yang berketinggian 240 meter. Apatah lagi dengan aktiviti merentasi sungai liar di Himalaya yang sememangnya dinanti-nantikan oleh mereka yang mahukan “extraordinary adventure”!
Apabila berbicara mengenai hutan hujan Amazon, sudah pasti anda menggambarkan sesuatu yang mencabar.Berjalan di sepanjang hutan Amazon , berbasikal di sepanjang kawasan gunung berapi serta berakit sepanjang 6,992 kilometer di arus deras sungai Amazon, cukup memberikan anda satu pengalaman yang berharga. Bukan itu sahaja , sepanjang expedisi anda bersama pasangan , anda boleh melihat pelbagai kehidupan liar serta mengkaji alam flora dan fauna yang dikatakan makin pupus.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam dunia yang semakin mencabar ini, lelaki bukan sahaja perlu bijak bekerja, tetapi juga bijak mencari peluang baharu. Persoalannya mudah, tetapi mendalam. Jika anda tahu AI boleh bantu anda jana pendapatan tambahan sehingga RM1,000 sebulan, adakah anda sanggup luangkan sekurang-kurangnya 3 jam seminggu untuk belajar cara gunakannya?
Ini bukan sekadar teori. Realitinya, ramai individu sudah mula menggunakan AI untuk menambah sumber pendapatan. Tidak kiralah sama ada secara langsung atau melalui kerja bebas atau secara tidak langsung dengan mengoptimumkan operasi bisnes kecil mereka.
Dalam konsep pengurusan masa moden, ia berfungsi sebagai ‘leverage’ iaitu alat yang membolehkan satu jam usaha menghasilkan impak setara dengan lima jam kerja biasa.
Dengan AI, anda boleh:
Dan kesemua ini boleh dilakukan dengan kos yang sangat rendah. Malah banyak tools AI menawarkan pelan percuma atau percubaan.
Mari kita bandingkan. Luangkan:
Dan jika 12 jam itu membuahkan RM1,000 pendapatan tambahan, maka setiap jam bernilai RM83. Itu jauh lebih tinggi daripada purata gaji sejam kebanyakan pekerjaan sambilan.
(Cadangan visual: Carta bar – “Masa Belajar AI vs Potensi Pendapatan Tambahan”)
Anda tidak perlu menjadi pakar teknologi. Anda cuma perlu tahu satu masalah kerja atau bisnes yang mengambil masa, dan cari satu alat AI yang boleh bantu ringankan beban itu.
AI bukan magik. Tapi ia merupakan alat. Dan seperti mana-mana alat, nilainya bergantung kepada siapa yang menggunakannya dengan bijak.
Jadi, apakah anda sanggup beri 3 jam seminggu untuk belajar satu skill yang mungkin membuka pintu kepada pendapatan tambahan dan masa kerja yang lebih terkawal?
Mulakan hari ini, dengan satu soalan mudah, “Masalah kerja aku yang mana boleh AI bantu selesaikan sekarang?”
Jawapan anda boleh jadi titik permulaan perubahan besar.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemunculan wajah Aiman Hakim Ridza di beberapa lokasi strategik menerusi paparan digital gergasi menimbulkan rasa tertanya-tanya di kalangan orang awam.