Sejak kebelakangan ini, amalan diet dikenali sebagai intermittent fasting cukup popular sekali. Bukan sahaja di kalangan selebriti dan instafamous tetapi ia juga telah menarik ramai orang awam untuk mencubanya.

Menerusi beberapa testimoni yang dikongsi di laman media sosial memang diakui ia membawa perubahan yang cukup positif buat sesiapa sahaja yang mengamalkannya.

Tapi apakah sebenarmnya intermittent fasting?

Sebenarnya sebelum ini MASKULIN pernah membuat ulasan tentang intermittent fasting. Anda boleh bacanya di sini.

Tapi untuk recap semula, ia secara ringkasnya adalah mengambil makanan dalam tempoh yang tertentu sahaja. Sebagai contoh pengamal diet ini hanya mengambil makanan antara jam 8 pagi hingga 8 malam dalam kuantiti yang tertentu.

Sebagai orang Islam ini sebenarnya tidak ada jauh bezanya dengan berpuasa pada bulam Ramadan dan puasa sunat. Tapi dalam konteks intermittent fasting ia sebenarnya terbahagi kepada beberapa jenis iaitu alternate day fasting (ADF), modified fasting regime dan time-restricted feeding.

KELEBIHAN INTERMITTENT FASTING

Intermittent Fasting, Ini Fakta Tentang Kebaikan Dan Keburukannya

Jenis-jenis intermittent fasting yang dinyatakan di atas biasanya memberi kelebihan yang lebih kurang sama. Antaranya ialah:

IKLAN

TURUN BERAT BADAN

Salah satu sebab mengapa orang amalkan diet ini ialah untuk menurunkan berat badan. Apabila mengambil makanan dalam tempoh terhad, badan akan menggunakan segala kalori untuk dijadikan tenaga. Dalam satu kajian, orang yang amalkan ADF telah alami penurunan berat badan sebanyak 2.5 peratus dalam tempoh 2 minggu sahaja.

KESIHATAN

Kajian juga mendapati intermittent fasting mampu memberi kesihatan yang baik dan kesannya boleh dirasai dalam jangka waktu yang panjang. Ia boleh mengurangkan risiko penyakit arteri dan mengurangkan triacylgycerol.

SENANG DIIKUTI

IKLAN

Program intermittent fasting dapat diikuti dengan mudah kerana dengan berpuasa anda boleh mendapatkan hasil yang mempunyai impak lebih hebat dari segi jasmani dan rohani. Malah orang yang pernah ikuti intermittent fasting banyak menyatakan ia lebih senang dilakukan berbanding rejim diet yang lain.

BACA: 4 Selebriti Popular Yang Amalkan Diet Intermittent Fasting?

KEKURANGAN INTERMITTENT FASTING

Intermittent Fasting, Ini Fakta Tentang Kebaikan Dan Keburukannya

Tidak semua orang boleh mengikuti cara interminttent dalam rutin harian mereka. Dan jika dilakukan dengan terburu-buru ia hanya membawa keburukan.

IKLAN

KESAN SAMPINGAN

Seperti program diet yang lain, intermittent juga boleh membawa keburukan. Ada laporan menyatakan mereka yang mengikuti alternate day fasting berdepan kesan sampingan seperti sakit kepala, kekurangan tenaga melampau dan sesak nafas.

PSIKOLOGI

Jika dtidak diamalkan dengan betul, intermittent fasting juga boleh memberi kesan psikologi terutama kepada mereka yang kurang bersedia secara mental. Malah ada juga kes menjadikan seseorang itu semakin obses dengan makanan mengamalkan diet ini.

BUKAN UNTUK SEMUA 

Walaupun banyak laporan dan testimoni dikongsi namun intermittent fasting juga boleh bawa risiko kepada golongan tertentu. Sebagai contoh ia tidak sesuai kepada wanita mengandung, individu yang ada masalah pemakanan disorder.

Sumber: News Medical

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI