IOS 18-MASKULIN-1

Sama ada anda peminat produk Apple atau tidak, tidak dinafikan setiap pembaharuan dilakukan mereka pasti menjadi tumpuan ramai. Terbaru, Apple melancarkan kemas kini yang cukup dinantikan, iOS 18.

Seperti dijangka ramai pemerhati industri, iOS 18 hadir dengan elemen AI yang unik dari Apple.

Dipertontontkan menerusi WWDC 2024 keynote, sistem operasi terbaru ini tidak akan hanya dikenang sebagai pembaharuan tetapi kerana fungsi Siri yang dipertingkatkan. Ramai menjangkakan kemampuan bantuan AI yang sangat mengagumkan.

Kemas kini terbaru Apple membawa pelbagai ciri inovatif yang direka untuk menjadikan iPhone anda lebih boleh diubahsuai, selamat, dan menyeronokkan. Paling mengujakan ialah Apple memperkenalkan Apple Intelligence yang diintegrarikan dengan ChatGPT!

Namun sebelum kita lebih teruja dengan AI, MASKULIN kongsikan beberapa ciri-ciri baharu yang turut disertakan di iOS18.

Home Screen

Kini, anda boleh menggerakkan ikon aplikasi dan widget anda sesuka hati di Home Screen atau skrin utama. Tidak lagi terikat kepada grid! Anda juga boleh memberi ikon anda pelbagai warna dan menyelaraskannya dengan wallpaper anda.

iOS 18, Apple Tampilkan Elemen AI & Perubahan Besar Untuk Pengalaman Peranti Lebih Hebat

Control Center

Di Control Center ia hadir dengan wajah baharu yang lebih bergaya. Dengan lebih banyak halaman kawalan yang boleh anda sapu, dan keupayaan untuk memilih dan menyesuaikan kawalan yang anda mahu. Sekali gus menjadikan iPhone berfungsi mengikut cara anda.

iOS 18, Apple Tampilkan Elemen AI & Perubahan Besar Untuk Pengalaman Peranti Lebih Hebat

Lock Screen

IKLAN

Penyesuaian adalah kunci dengan iOS 18. Kini anda boleh menukar pintasan di Lock Screen skrin anda untuk membuka aplikasi kegemaran. Buka  lagi hanya lampu suluh dan kamera. Secara ringkas iPhone anda, cara anda.

Sembunyi Aplikasi

Privasi adalah perkara penting, dan iOS 18 menyediakannya. Anda boleh mengunci aplikasi di belakang kata laluan atau Face ID, menyembunyikan aplikasi yang anda tidak mahu orang lain lihat, dan mengawal akses aplikasi kepada kenalan anda.

iOS 18, Apple Tampilkan Elemen AI & Perubahan Besar Untuk Pengalaman Peranti Lebih Hebat

Mesej

Ekspresikan diri anda seperti tidak pernah sebelum ini! Bertindak balas kepada mesej dengan mana-mana emoji atau stiker, jadualkan mesej untuk dihantar kemudian, dan jadikan mesej anda lebih menonjol dengan pemformatan tebal, italic, atau bergaris bawah.

Mail

Kekal teratur dengan mudah menggunakan aplikasi Mail, yang akan menyusun e-mel anda secara automatik ke dalam kategori seperti surat berita dan mesej peribadi. Anda juga boleh mendapatkan gambaran ringkas sejarah e-mel anda dengan kenalan tertentu.

IKLAN

iOS 18, Apple Tampilkan Elemen AI & Perubahan Besar Untuk Pengalaman Peranti Lebih Hebat

Maps

Apple Maps kini termasuk laluan berjalan kaki dan mendaki dengan akses luar talian, sesuai untuk meneroka tempat baharu tanpa bimbang kehilangan isyarat.

Wallet

Menghantar wang kepada rakan kini semudah mengetuk iPhone anda bersama-sama. Apple Pay juga kini berfungsi dengan mata ganjaran, dan tiket digital mempunyai penampilan baharu yang segar.

iOS 18, Apple Tampilkan Elemen AI & Perubahan Besar Untuk Pengalaman Peranti Lebih Hebat

Journal

IKLAN

Aplikasi Journal mempunyai ciri-ciri baharu untuk membantu anda mengimbas kembali catatan lama dan menjejaki kemajuan anda dari masa ke masa.

BACA: Cara Hilangkan Lenguh Tangan & Jari Selepas Lama Guna Telefon Pintar

Game Mode

Nikmati permainan yang lebih lancar dan pantas dengan Game Mode, memastikan anda boleh bermain tanpa gangguan.

Photos

Aplikasi Photos mempunyai penampilan baharu dan beberapa ciri berguna untuk membantu anda mengatur dan menikmati gambar anda dengan lebih baik.

iOS 18, Apple Tampilkan Elemen AI & Perubahan Besar Untuk Pengalaman Peranti Lebih Hebat

MASKULIN menjangkakan iOS 18 bakal tersedia pada pertengahan September, bersempena pelancaran model iPhone baharu. Ia sepatutnya serasi dengan iPhone dari 2019 dan seterusnya.

Adakah anda teruja untuk mengemaskini kepada iOS18?

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI