Sebagai pengguna kenderaan anda pastinya pernah dengar tentang hal tentang waktu terbaik untuk isi minyak agar lebih menguntungkan.
Katanya isi minyak pada dalam cuaca yang panas akan merugikan kerana kononnya ia lebih meruap lalu buat kita rugi. Adakah ia memberi kesan yang sangat signifikan dan membuatkan kita kerugian banyak?
Seorang lelaki telah berkongsi pendapatnya tentang beberapa tip serta mitos tentang perkara ini. Beliau yang menggunakan tweethandle @iDanialz menerusi bebenang yang dikongsi oleh beliau di Twitter ia telah menarik perhatian ramai dan mendapat jumlah retweet yang agak banyak.
Katanya kalau isi minyak masa tanker sedang loading nanti minyak bekeladak, betul ke?
Isi minyak dalam cuaca sejuk lebih untung?
Ini yang selalu kita dengar, isi minyak dalam cuaca panas jadi rugi. Penjelasannya…
Ads
RON 97 lebih power dari RON95?
Orang kata RON97 akan kurang berlaku knocking. Betul… tapi…
Ads
Isi angin pakai Nitrogen jadi lebih jimat minyak
Itu merupakan antara mitos-mitos tentang isi minyak yang cukup popular di kalangan pengguna kenderaan di negara kita. Tapi bagaimana pula dengan tip betul untuk jimat minyak.
Jangan risau saudara Danial turut kongsikan tip yang boleh anda amalkan!
TIP JIMAT MINYAK
Ads
Tukar minyak hitam ikut masa
Jangan blast full penghawa dingin
Pandu dan hentikan kereta secara beransur
Ketika memandu jauh jaga had RPM
Semoga perkongsian dari saudara Danial ini memberikan manfaat kepada anda di masa akan datang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda perasan, cuaca sekarang memang tak menentu dan tapi hampir setiap hari hujan kebelakangan ini.
Malang tidak berbau, pada musim hujan ini juga mungkin akan berlaku banjir dan banjir kilat. Salah satu langkah berjaga-jaga yang perlu kita buat ketika ini adalah memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang selamat dari bencana alam ini.
Justeru kita diingatkan supaya mengelak daripada meletakkan kenderaan di empat kawasan ini sepanjang musin hujan.
1. Lereng bukit
Ada banyak kawasan perumahan atau pejabat yang terletak di tepi kawasan bukit. Berhati-hati sekiranya perlu meletakkan kenderaan ini di sini ketika hujan. Ini kerana tanah di lereng bukit ini tidak terlalu kuat.
Sekiranya air hujan yang deras melalui kawasan lereng bukit berkemungkinan terjadi tanah runtuh. Jika perlu memarkir kereta di kawasan ini kena pastikan sentiasa bersedia. Alih kenderaan jika hujan lebat dan selalu update keadaan ramalan cuaca.
2. Kawasan rendah
Meletak kereta di kawasan rendah memang terdedah kepada risiko kereta ditenggelami air akibat banjir kilat. Ini kerana banjir kilat berlaku dengan pantas, air boleh naik sekejap saja apabila hujan lebat berterusan dalam tempoh beberapa jam saja.
Boleh jadi kereta kita sendiri tak sedar kereta ditenggelami air kerana duduk di dalam pejabat. Jika satu-satu kawasan itu selalu terjadi banjir kilat, elakkan meletakkan kenderaan di sini sekiranya hujan.
3. Tepi pantai dan sungai
Dua kawasan ini antara kawasan yang bahaya dan tidak selamat dalam keadaan hujan. Jadi jangan memarkir kenderaan berhampiran dengan sungai dan pantai dalam keadaan cuaca sebegini.
Selain risiko banjir, keadaan air pasang juga boleh menyebabkan kereta kita dihanyutkan. Walau pun kita rasa dah parking jauh dari sungai atau pantai tapi fenomena air pasang tak boleh dijangka.
4. Bawah pokok
Meletakkan kenderaan di bawah pokok memang tak selamat ketika hujan. Biasa berlaku hujan lebat akan datang bersama dengan angin kuat atau pun ribut.
Kereta boleh rosak ditimpa dengan dahan-dahan pokok jika berlaku angin kuat. Jika sekadar ranting, tak mengapa tapi kalau dahan atau pokok yang tumbang memang besar kerosakan pada kereta. Dah tentu akan menyusahkan.
Jadi bebelum berlaku kejadian tak diingini beringatlah sebelum meletakkan kenderaan. Jika terpaksak meletak kenderaan di kawasan ini sentiasa berhati-hati dengan keadaan cuaca. Sekiranya hujan, alihkan kenderaan supaya dalam keadaan selamat.
Stay safe guys!
Sumber: Baterihub
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video gaya dan fesyen menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Di antara model paling ikonik diperkenalkan oleh BMW ialah BMW 700 Coupe. Dan kini secara eksklusifnya peminat automotif di Malaysia terutama di Kuching, Sarawal khususnya boleh me,ihat sendiri kehadiran model ikonik ini di depan mata!
Baru-baru ini, Regas Premium Auto telah memperlekenalkan kemunculan jentera luar biasa tersebut. Ia juga bersempena perasmian sudut Heritage di pusat pengedaran bertaraf perdana mereka di Kuching, Sarawak.
Menurut Prinsipal Pengedar di Regas Premium Auto Kuching, Gavin Tay, “BMW 700 Coupé merupakan sebuah jentera abadi dan yang serba klasik dalam sejarah BMW Group, dan kami berasa teruja untuk mempamerkan kenderaan ikonik ini di Regas Premium Auto.
“Apa yang menariknya ialah BMW 700 Coupé merupakan jentera BMW yang pertama menampilkan struktur monokok, dan ia telah membantu BMW keluar daripada kancah kemuflisan pada tahun 1959.
“Malah, model ini juga telah membina sebuah legasi dalam dunia automotif bagi kenderaan kecil, sporty dan bertaraf premium yang masih digemari oleh ramai peminat BMW, walaupun 50 tahun sudah berlalu sejak keluaran terakhirnya.”
Antara fakta menarik tentang model kereta ini ialah ia merupakan legasi Wolfgang Denzel, seorang jurutera automotif dan wakil pengedar bagi jenama ini di Austria. Denzel telah bekerjasama dengan pereka berbangsa Itali, Giovanni Michelotti untuk menggubah konsep kenderaan tersebut berdasarkan casis jentera BMW 600 pada waktu itu.
Dengan berbekalkan casis dan suspensi BMW 600 yang telah mantap penggunaannya, termasuk transmisi empat kelajuan ‘all-synchromesh’, diferensial gear serong, unit kuasa berkembar – yang pada asalnya digunakan pada motosikal BMW, kemudian telah ditingkatkan saiznya daripada 600 cc kepada 700 cc.
Model konsep ini telah diluluskan pada Oktober 1958, dan ia telah menjurus kepada pengeluaran varian Coupé dan Sedan oleh BMW.
Pada 9 Jun 1959, Lembaga Pengurusan BMW yang dipimpin oleh Ketua Eksekutif Dr. Heinrich Richter-Brohm telah merungkaikan BMW 700 Coupé yang baharu kepada orang ramai di Feldafing, Munich.
Ketibaannya telah diraikan di serata dunia kerana ia mampu mengekalkan tahap kelajuan dan pecutan yang tertinggi seperti model yang terdahulu – malah ia juga mampu melakukannya dengan ruang yang lebih besar tanpa berat berlebihan.
Pengeluar kenderaan premium ini berjaya menyerahkan lebih daripada 35,000 kenderaan pada tahun 1960, dan BMW 700 mencakupi 58% daripada seluruh pendapatan jenama ini. Penyerahan jentera BMW 700 telah mencecah 190,000 unit menjelang akhir tahun 1965.
Meskipun hanya dikeluarkan selama enam tahun, jentera yang jarang ditemui dan unik ini memperoleh status ikonik yang berkekalan dalam sejarah BMW Group, dan ia masih menambat hati ramai peminat BMW sehingga ke hari ini.
BMW 700 Coupé kini sedia untuk ditatap oleh umum, secara eksklusif di seksyen Heritage oleh Regas Premium Auto. Layari https://www.bmw-regas.com.my/ atau hubungi 082-467777 untuk mendapati butiran mengenai waktu kunjungan bagi seksyen Heritage ini dan membuat temujanji.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Cuaca di negara kita sekarang sekejap panas, sekejap hujan. Itulah kebiasaan yang kita lalui tinggal di negara beriklim tropika. Sekarang kalau cuaca panas, memang bahangnya cukup memeritkan.
Jadi tidak dapat dibayangkan bagaimana memandu kereta atau kenderaan berbumbung yang tidak mempunyai aircond kereta atau penghawa dingin yang berfungsi dengan sempurna.
Terdapat beberapa jenis kerosakan aircond yang boleh berlaku kepada kereta anda. Antara yang paling ketara ialah kerosakan compressor, di mana ia boleh memakan kos yang tinggi untuk dibaiki.
Tapi pernah tak kereta anda alami situasi di mana bila bergerak aircond kereta tak sejuk ketika berhenti? Namun bila memandu, sistem penyejukan berfungsi seperti biasa. Semasa kereta idling pula, aircond tidak terasa sejuk langsung – malah ada yang terus berasa panas seperti dalam ketuhar!
Jadi, apa puncanya perkara seperti ini boleh berlaku? Berikut ialah tiga punca utama mengapa aircond kereta tak sejuk ketika berhenti atau semasa enjin idling.
Motor kipas merupakan salah satu komponen yang cukup penting dalam sistem penyejukan kereta anda. Kipas ini kebiasaannya dapat dilihat apabila ruang compartment enjin dibuka.
Sesetengah model kereta mempunyai dua jenis motor kipas iaitu kipas radiator dan kipas aircond. Ada juga model seperti Perodua MyVi yang hanya mempunyai satu kipas motor sahaja.
Kipas yang tidak berpusing dengan baik boleh berpunca daripada masalah fius atau relay yang rosak. Tidak kurang juga kerosakan pada kipas itu sendiri selepas beberapa tahun digunakan.
Apabila motor kipas gagal berfungsi, sistem penyejukan tidak dapat menyalurkan udara secukupnya kepada condenser aircond, lalu menyebabkan suhu kabin menjadi panas apabila berhenti.
Selain itu, antara punca biasa aircond kereta tak sejuk ketika berhenti ialah gas aircond yang berkurangan.
Apabila gas tidak mencukupi, compressor tidak dapat menyejukkan sistem ketika kereta berhenti. Sebaliknya, bila kereta bergerak, compressor akan bekerja lebih kuat untuk mengekalkan kesejukan dengan gas yang tinggal.
Disebabkan itu juga, semakin laju kereta dibawa, semakin terasa sejuknya aircond. Jika gas habis sepenuhnya, aircond akan langsung tidak terasa sejuk.
Kekurangan gas secara tiba-tiba boleh menandakan kebocoran pada bahagian cooling coil atau compressor itu sendiri.
Inilah senario yang paling teruk dan paling mahal untuk dibaiki. Apabila compressor aircond kereta rosak, bukan sahaja gas bocor, tetapi juga poket anda ‘bocor’.
Komponen ini adalah alat ganti paling mahal dalam keseluruhan sistem aircond kereta. Kerosakan biasanya berlaku apabila kereta telah lama digunakan, sekitar 7 hingga 10 tahun.
Untuk mengelakkan kerosakan compressor, lakukan servis flushing sekurang-kurangnya setahun sekali. Langkah pencegahan ini dapat membantu mengekalkan prestasi optimum sistem aircond kereta dan menjimatkan kos jangka panjang.
Aircond kereta tak sejuk ketika berhenti bukanlah masalah remeh kerana ia boleh menjejaskan keselesaan pemanduan.
Dengan mengenal pasti punca seperti motor kipas rosak, gas kurang atau compressor bermasalah, anda boleh mengambil tindakan awal sebelum kerosakan menjadi lebih serius.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat anda, terutama bagi mereka yang ingin menjaga keselesaan dan prestasi sistem aircond kereta dengan lebih baik.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.