Betapa pentingnya seorang ayah untuk menjadi contoh terbaik untuk anak. Sentiasa ada di sisi anak lelaki mahupun perempuan, dalam susah mahupun senang.
Ustazah Asma Harun pernah merasai sakitnya kemurungan. Dan arwah ayahlah yang sentiasa ada, mendorong, memujuk, malah memberikan jalan hikmah yang akhirnya membantu membebaskan dirinya daripada belenggu keletihan.
RINDU YANG TIDAK KESAMPAIAN
Dalam riuh rendah orang sekeliling, selalu sahaja hati ini tiba-tiba rasa sunyi sepi sayu, halus sahaja rasa tu tapi menghiris-hiris. Air mata laju tidak terbendung. Rindu yang sangat dalam.
Saat saya rasa lemah, sedih, sakit, sempit dalam melalui jalan dakwah ini, saya cuba pejamkan mata dan bayangkan wajah lembut dan kata² arwah ayah. Rindu suara ayah. Ayah baru sahaja pergi tahun lepas.
Masih jelas dalam ingatan, satu ketika saya dah nekad nak berhenti daripada teruskan master, rasa dah tak boleh nak siapkan thesis. Waktu itu juga ujian bertalu-talu, dihimpit dengan tekanan di tempat kerja (belajar dan kerja sepenuh masa), mengandung kali ke 7 dan keguguran (dr. kata kandungan terhenti pembesaran mungkin terlalu stress), tanggungjawab sebagai ibu dan isteri, jadual kuliyah dan ceramah, masalah kewangan dan lain-lain. Ketika itu saya rasai sakitnya kemurungan.
Dalam tempoh dua tahun, selalu mengunci diri masuk bilik bila due date assignment dan exam, walaupun orang kata ustazah buat cincai je asal lulus sudah, tapi sudah terbiasa mesti mujahadah dalam belajar, target mesti A dan 3.8 ke atas, di situ ada nikmatnya.
Selalu Juga Kalah Pujuk Rayu Anak
Paling sedih bila anak kecil duk ketuk-ketuk pintu menangis sebab nak kita, macam-macam alasan mereka bagi, nak bagi beg la, nak tunjuk sesuatu la, selalu juga kalah pujuk rayu anak. Suamilah yang banyak berkorban. Banyak sangat. Moga Allah berkatimu.
Ads
Arwah ayah selalu telefon tanya khabar dan bagi semangat supaya habiskan belajar. Satu ketika saya telefon ayah bagitahu perlu berhenti kerana keadaan saya dah teruk dari sudut emosi, fizikal dan mental. Ayah terdiam seribu bahasa. Saya tahu ayah sangat sedih.
Tak lama lepas tu ayah telefon, Ayah kata..
“Asma’, cuba lihat orang bukan Islam yang bersungguh belajar hingga PhD untuk dapat habuan dunia, kita ni belajar untuk dunia dan akhirat, tak cukupkah SYURGA ALLAH sebagai pengubat segala sakitnya ujian tu, betulkan niat Asma’, buat kerana Allah”.
AllahuAkbar, ketika itu saya terduduk hanya mampu menangis sahaja. Teresak-esok. Saya ditegur lembut oleh ayah, saya nak siapkan master sebab nak kejar pengiktirafan manusia atau kerana mendalami ilmu kerana cari redha Allah, untuk perbaiki diri yang serba lemah.
Ads
Jika kerana manusia, maka kita sentiasa akan diuji dengan manusia. Jika kerana Allah, Dia sentiasa ada dalam hati, dalam langkah dan jatuh bangun kita.
Betul-betul Merayu Minta Tolong Dengan Allah
Saat itu ditikar sejadah memohon ampun pada Allah, kerana lemah menjaga niat, meletakkan tujuan dunia itu lebih besar daripada akhirat. Betul-betul merayu minta tolong dengan Allah, tunjukkan jalan, bukakan kekusutan dan leraikan belenggu yang mengikat.
AllahuAkbar, Dia ya Saami’ Maha Mendengar, Dialah ya Qaarib Yang Maha dekat. Tekanan demi tekanan rupanya laluan untuk merasakan nikmatnya kalimah,
لا حولا ولا قوة الا بالله
Ads
AllahuAkbar, Allah buka satu persatu jalan keluar setiap kesulitan, kesempitan dan kesakitan. MasyaAllah Maha Baik Allah ya Barr, rupanya Allah tidak membiarkan saya selesai pengajian sebelum jelas akan niat dan tujuan. Itulah Tarbiyyah Allah kepada hambanya yang lalai. Fahami dan yakinlah Allah ya Rahman ya Rahim sentiasa sayang kita.
Ayah, duhai ayah. Tak mampu nak tuliskan kebaikan ayah. Peringkat awal saya mula langkah untuk berdakwah, ayah lah yang sanggup bersusah payah membaca dan mencatatkan nota, lalu telefon menjadi perantaraan kami hingga berjam-jam.
Ayah akan tanya esok ceramah dimana dan tajuk apa, Ayah akan berikan isi penting dan dalil yang berkaitan. Ayah selalu tegaskan, hafal dalil Quran, Hadis dan Sirah, jangan cakap kosong, semua kena semak dulu, nak sampaikan ilmu buat betul-betul.
Jadilah lelaki Terbaik Buat Anak Anda..
Selesai ceramah ayah telefon lagi, bertanya bagaimana ceramah tadi. Seringkali saya cakap nak berhenti, malu sangat sebab penyampaian yang teruk, gugup sampai hilang habis isi, suara pun terketar-ketar. Tiap kali itu Ayahlah yang tidak henti beri semangat. Ayah tak pernah hilang percaya walau anaknya sendiri tak yakin lagi. Ayah duhai ayah. Tak mampu lagi catatan ini diteruskan..
Coretan ini buat semua ayah di dunia, jadilah lelaki yang terbaik buat anak anda. Sekali anda menjadi seorang ayah, iya adalah untuk dunia dan akhirat. Andalah tokoh paling penting dalam hidup anak, jadilah contoh yang terbaik, anda akan sentiasa hidup walau telah pergi.
Rindu bertamu menguatkan lagi rasa ingin bertemu, moga di Syurga Allah tempat kita semua kembali bersatu, insyaAllah.
Tidak ramai yang tahu bahawa jenama pakaian tradisional terkenal, Bulan Bintang, diasaskan oleh seorang individu muda yang penuh visi, Azzim Zahid Azmi atau lebih dikenali sebagai Meri.
Kejayaannya dalam industri fesyen bukan sekadar kebetulan tetapi hasil daripada kerja keras, kreativiti, dan strategi pemasaran yang berani.
Foto : MalaysiaGazette
Bermula dengan Impian dan Keberanian
Lahir pada 29 Januari 1997 di Teluk Intan, Perak, Meri dibesarkan dalam sebuah keluarga yang menitikberatkan pendidikan dan nilai kerja keras.
Beliau merupakan anak bongsu kepada pasangan Datuk Azim, seorang pesara kerajaan, dan Datin, seorang bekas pengetua sekolah.
Minatnya dalam perniagaan mula berkembang sejak di bangku sekolah apabila beliau menjual baju T sebagai langkah pertama dalam dunia keusahawanan.
Asas Penubuhan Bulan Bintang
Pada tahun 2016, dengan pengalaman yang diperoleh daripada perniagaan kecil-kecilan, Meri memulakan jenama Bulan Bintang dengan fokus utama pada pakaian tradisional Melayu, terutamanya baju Melayu.
Tidak sekadar mengekalkan elemen tradisional, beliau berjaya memberi sentuhan moden dan minimalis yang menarik perhatian anak muda serta golongan dewasa.
Jenama ini bermula dengan koleksi kurta dan memanfaatkan populariti personaliti media sosial, Luqman Podolski, sebagai model utama.
Langkah ini menjadi titik tolak kepada pengaruh besar Bulan Bintang dalam pasaran fesyen tanah air.
Foto : Iluminasi
Strategi Pemasaran Kreatif dan Teknologi
Kejayaan Bulan Bintang bukan sahaja terletak pada reka bentuk pakaian yang eksklusif tetapi juga strategi pemasaran yang inovatif.
Meri dan pasukannya menggunakan pendekatan unik dengan menghasilkan iklan serta kempen promosi yang kreatif setiap kali menjelang musim perayaan.
Pada tahun 2023, Bulan Bintang mencipta sejarah dengan penganjuran pertunjukan fesyen ‘Takes The Sky’ yang menggunakan 350 unit dron, sekaligus memecahkan rekod Malaysia Book of Records.
Dengan bajet sebanyak RM2 juta, pertunjukan ini bukan sahaja mengukuhkan jenama Bulan Bintang, tetapi juga menunjukkan kebolehan Meri dalam membawa fesyen Melayu ke tahap yang lebih tinggi.
Perjalanan Meri membangunkan Bulan Bintang membuktikan bahawa kejayaan tidak datang dengan mudah, tetapi melalui usaha gigih dan inovasi berterusan.
Dari seorang remaja yang menjual baju T, kini beliau mampu bekerjasama dengan selebriti terkenal seperti Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya sebagai duta jenama.
Dengan gabungan strategi digital, pemasaran moden, dan keberanian untuk mencipta sesuatu yang baru, Bulan Bintang kini menjadi antara jenama pakaian Melayu paling berprestij di Malaysia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam satu video yang kini tular di TikTok menerusi akaun _akk98, seorang guru lelaki dari SMK Dato’ Ibrahim Yaacob, Cikgu Kausar Khairuddin, telah mencuri perhatian ramai selepas rakaman beliau membimbing pelajar pendidikan khas untuk persembahan koir kod tangan bahasa isyarat sempena Anugerah HEM dan Kokurikulum (KOKO) mula dikongsi meluas.
Dalam video tersebut, kelihatan Cikgu Kausar melatih muridnya menggunakan bahasa isyarat dengan penuh sabar dan ketelitian.
Setiap gerakan tangan dan ekspresi wajah menggambarkan satu bentuk komunikasi yang ikhlas tanpa suara, tapi penuh makna.
Persembahan itu bukan sekadar rutin, tetapi simbol kasih dan kefahaman sejati antara guru dan pelajar istimewa.
Ketika ditemu bual oleh Zayan FM, Cikgu Kausar menitipkan pesanan yang cukup bermakna buat semua pendidik, terutamanya mereka yang mendidik pelajar berkeperluan khas:
“Kita mestilah melihat keupayaan murid kita. Terbaiknya kita tidak melihat kekurangan dia. Kita kena asah lagi bakat dia, kita kena tahu apa keupayaan dia, kita tak boleh melihat kekurangan.”
Pesanan ini nampak mudah, tapi dalamnya besar.
Ia bukan sekadar nasihat tapi prinsip yang membentuk cara beliau mengajar dan mendekati pelajar pendidikan khas.
Pendekatan bahasa isyarat ini juga mencerminkan bagaimana komunikasi tanpa suara mampu menyentuh hati dan membuka ruang kefahaman yang lebih luas.
Bahasa Isyarat, Bahasa Kasih
Bagi anak-anak pendidikan khas, bahasa isyarat bukan sekadar alat komunikasi ia adalah jambatan untuk mereka menyentuh dunia luar.
Melalui persembahan koir itu, guru ini membuktikan bahawa suara tidak semestinya datang dari mulut.
Ia boleh hadir melalui tangan yang memahami, wajah yang sabar, dan hati yang percaya.
Setiap gerak tubuh mereka membawa mesej bahawa semua manusia, walau berbeza cara, berhak didengar dan diraikan.
Persembahan tersebut bukan hanya sebuah acara, tetapi satu bentuk pendidikan nilai dan empati yang mendalam.
Ia mengajar kita bahawa kasih sayang dan keikhlasan boleh disampaikan dalam banyak bentuk, termasuk melalui bahasa isyarat.
Persembahan koir pendidikan khas ini menjadi simbol bahawa bahasa isyarat mampu menjadi bahasa universal kasih sayang menyatukan hati tanpa perlu sepatah kata pun diucapkan.
Sepanjang tempoh seminggu lalu kita sebagai rakyat marhaen telah menyaksikan perubahan iklim dalam arena politik tanah air.
Selepas berkakhir, negara tercinta kini menyaksikan pemerintahan yang baharu diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8.
Berikutan dengan itu kita bakal saksikan barisan kabinet menteri yang baharu bakal menerajui pelbagai kementerian. Dan selaras dengan itu juga deretan menteri-menteri kerajaan terdahulu menamatkan perkhidmatan terkakhir mereka bermula minggu ini.
Semalam Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menamatkan khidmatnya sebagai Menteri Belia & Sukan.
Syed Saddiq bersama kakitangan KBS
Beliau yang memegang rekod tempatan sebagai menteri termuda pernah dilantik memberikan ucapan pernghargaan kepada seluruh warga kerja Kementerian Belia & Sukan (KBS) pada sebuah majlis perpisahan.
“Terima kasih KBS. Adalah menjadi satu penghormatan terbesar untuk berkhidmat kepada anda semua.”
“Apabila kita berhadapan dengan situasi yang menuntut kita untuk memilih, ingat, sentiasalah memilih yang boleh mengangkat nilai moral dan integriti kita, bukan kuasa atau kepentingan peribadi.”
Itulah ucapan yang turut dikongsikan oleh beliau di laman Twitter kendaliannya. Turut sama hadir pada majlis perpisahan tersebut ialah Timbalan Menteri Belia & Sukan, Steven Sim Keong.
Sepanjang tempoh 22 bulan perkhidmatan, Syed Saddiq dan Steven Sim dilihat telah banyak berusaha untuk memantapkan belia dan arena sukan tempatan.
Ramai juga warganet melahirkan rasa terkilan kerana menyaksian perkhidmatan mereka ditamatkan. Dan tidak kurang juga yang mengutuskan kata-kata semangat agar beliau terus kekal dalam arena politik tanah air.
All the best to both of you from team MASKULIN!
Kredit: Twitter @syedsaddiq
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.