Menceburi bidang katering atau pengurusan makanan menjanjikan pulangan lumayan bagi mereka yang ingin menjana pendapatan tinggi. Biasanya mereka yang menceburi bidang ini mempunyai pengkhususan bidang masakan, telah bosan dengan kerja lama atau ingin menukar kerjaya yang lebih mencabar.  Bagi yang bercita-cita ingin menceburi bidang katering, tinjau salah satu skop kerjaya menguntungkan ini.

 Perniagaan Katering, Lelaki Kalau Buat Mesti Kaya

APA ITU KATERING?

Katering atau disebut perkhidmatan makanan menawarkan khidmat penghidangan makanan dan minuman yang telah siap dipesan dan tersedia untuk majlis tertentu. Biasanya perkhidmatan ini akan dibuat dalam bentuk ala carte ataupun layan diri.

Mereka yang memberi perkhidmatan katering akan mementingkan kualiti dan kepuasan pelanggan. Oleh sebab itu, amat  penting kepada mereka yang ingin menceburi bidang ini mempelajari seluk- belok perniagaan perkhidmatan makanan secara langsung atau tidak langsung. Apa yang perlu anda tahu?.

 

 TUGAS DI BIDANG KATERING

-Merancang dan memberikan perkhidmatan makanan/minuman kepada pelbagai organisasi

Ada kalanya terlibat dalam pengurusan kanopi, pentas perkahwinan dan juga pakej-pakej perkahwinan lain selain makanan.

-Menerima pelbagai tempahan melibatkan pelbagai konsep atau tema yang diinginkan oleh sebuah organisasi

-Merancang dan menganjurkan program melibatkan makanan

-Menentukan kos, mengagihkan kerja penghantaran dan pengurusan makanan

-Mengawasi mutu dan kualiti makanan mengikut permintaan pelanggan

-Mengkaji konsep terkini pengurusan makanan

IKLAN

-Mempelbagaikan kelainan masakan mengikut permintaan terkini

-Menjaga etika dan mengeratkan hubungan dengan pelanggan tidak mengira pangkat

-Sentiasa menjaga hubungan dengan pelanggan selepas perkhidmatan

-Membuat post-mortem melalui komen pelanggan

Perniagaan Katering, Lelaki Kalau Buat Mesti Kaya

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

1-Sikap tidak berputus asa– sentiasa berusaha melakukan perkhidmatan terbaik dan mencari pelanggan dan menjana pendapatan tambahan.

 

2–Niat baik dalam mencari rezeki– Selain mencari keuntungan, melalui kerjaya ini dapat memberikan kepuasan pada diri sendiri. Jangan berikan perkhidmatan yang mengutamakan keuntungan semata-mata tanpa menjaga kualiti.

IKLAN

 

3-Peramah– Sikap ini akan mengeratkan hubungan dengan pelanggan. Selain itu perlulah beretika  ketika bersama pelanggan.

 

4-Sedia menerima kritikan– kadang-kala perkhidmatan yang ditawarkan ada kekurangan. Jadi terima dengan positif sebarang kritikan atau komen daripada pelanggan untuk mempertingkatkan perkhidmatan.

 

5-Sentiasa ingin berubah– Mencari konsep perkhidmatan katering yang berbeza daripada orang lain dan mencuba sesuatu yang baru. Selain itu perlulah mempunyai idea dan kreativiti yang tinggi.

6-Disiplin yang tinggi- Anda perlulah fokus dan tidak menawarkan perkhidmatan sambil lewa. Disiplin diri yang tinggi menjanjikan perkhidmatan terbaik.

 

IKLAN

7-Mempunyai asas perniagaan atau perkhidmatan makanan- Ini penting sebagai pengetahuan dan untuk menguruskan perkhidmatan yang diberikan. Jika tiada, anda boleh sertai kursus khas untuk perkhidmatan makanan yang disediakan pihak tertentu.

 

SH: PELUANG KERJAYA– Inbox

-Pengusaha Pusat Peranginan dan penginapan

-Pengusaha Homestay

-Pengusaha Katering/gerai/kiosk

-Pembekal keperluan dan kelengkapan pusat peranginan atau hotel

-Perunding Pengurusan Acara

-Pengurus restoran

-Pensyarah Hotel dan katering

-Usahawan dalam bidang katering

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI