Pastinya kita sebagai lelaki dianugerahkan sedikit kelebihan, mampu menahan diri daripada membuang air kecil lebih lama berbanding wanita. Namun, jangan terpedaya! Ramai yang tidak menyedari bahawa tabiat menahan kencing ini sebenarnya boleh membawa padah kepada kesihatan.

Sering kali kita lihat (atau mungkin kita sendiri yang melakukannya) lelaki cenderung menangguhkan atau melambatkan untuk buang air kecil, terutamanya ketika memandu dan berasa malas untuk berhenti di R&R atau stesen minyak. Ingat, jangan sesekali jadikan ia kebiasaan!

Sedarkah anda, air kencing yang ditahan itu sebenarnya adalah sisa kotoran dari tubuh yang perlu disingkirkan secepat mungkin? Menyimpan kotoran dalam badan hanya mengundang pelbagai risiko kesihatan yang tidak diingini.

BERBEZA IKUT USIA

Tabiat menahan diri daripada membuang air kecil jika diamalkan berlarutan boleh memberikan kesan sangat negatif terhadap kesihatan. Akan tetapi ia mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan umur.

Sebagai contoh kanak-kanak yang menahan kencing akan berdepan dengan komplikasi lain di masa akan datang. Bagi orang dewasa pula ia boleh menyebabkan jagkitan pada saluran kencing. Malahan dalam kes lebih teruk, ia boleh menyebabkan masalah inkontinens iaitu masalah hilang kemampuan untuk menahan kencing.

Ads

Sedar tak sedar seluar sudah basah dek kerana badan sudah tak mampu menahan kencing secara semulajadi.

Jangan Amal Tahan Atau Berlengah Buang Air Kecil!
Food photo created by jcomp – www.freepik.com

KEROSAKAN SARAF

Dalam kes lebih teruk seseorang berdepan masalah ini boleh terkencing di mana-mana dan bila-bila sahaja. Apabila batuk atau bersin, air kencing boleh keluar tanpa disedari. Bagi mereka yang mengalami kerosakan buah pinggang, uretra yang tersumbat atau pun kerosakan saraf turut berlaku.

Tahukah anda bahawa jika kencing melebihi lapan kali dalam sehari ia merupakan indikasi sesuatu yang tidak normal berlaku. Jangan pula anda mengurangkan jumlah pengambilan air kerana ingin elak tahan kencing kerana itu adalah tindakan salah.

Ads

Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif. Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.

KESAN BURUK

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan. Masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.

Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.

Ads

“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence, Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.

Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI