Rupanya dengan hanya menggunakan kulit pisang, anda boleh menyelesaikan masalah kesan parut pada badan atau kulit wajah dengan cara yang mudah dan murah.

Jika anda mengamalkannya secara rutin, ia boleh membantu memudarkan bekas parut terutamanya parut jerawat atau parut kesan daripada luka baharu.

Sesetengah orang mempunyai kulit sensitif untuk menggunakan krim pemudar parut, selain bimbang penggunaan krim seperti ini boleh membuatkan parut menjadi semakin gelap dan hitam.

Jadi sebagai langkah yang lebih selamat dan menjimatkan, apa kata gunakan sahaja cara ini untuk mengatasi masalah anda.

Bukan sahaja kesan parut, agen yang terkandung di dalam kulit pisang juga boleh anda manfaatkan untuk pelbagai kegunaan.

Ini antara kegunaan kulit pisang.

IKLAN

1. Mengatasi masalah kulit jerawat

Jangan Buang Kulit Pisang Lepas Makan. Selain Pudarkan Parut, Elok Untuk Jerawat

Menurut kajian, nutrisi kalium, zat besi, zink dan vitamin C dan E yang terkandung di dalam kulit pisang boleh menenangkan kulit sekali gus mengatasi masalah kulit berjerawat. Untuk mengatasi kulit berjerawat, anda boleh lakukan cara ini sebelum tidur malam. Caranya, hanya gosokkan kulit pisang pada wajah selama 10 minit. Kemudian, anda biarkan sisa-sisa kulit pisang tadi melekat pada wajah semalaman. Keesokan hari, cuci wajah anda dengan bersih dan hasilnya kulit anda juga akan bersih dan halus. Lakukan secara konsisten sehingga jerawat anda semakin mengecil dan hilang.

2. Kurangkan kekuningan pada gigi

Jangan Buang Kulit Pisang Lepas Makan. Selain Pudarkan Parut, Elok Untuk Jerawat
Sumber: whstatic.com

Bagi yang mempunyai gigi kuning boleh cuba cara ini. Mudah sahaja caranya. Anda hanya perlu gosokkan kulit pisang pada gigi kira-kira satu minit setiap hari selama seminggu. Cara ini dapat membantu untuk mengurangkan kekuningan yang melekat pada gigi. Lakukan secara rutin agar anda boleh mendapatkan hasil yang memuaskan.

IKLAN

3. Elak kulit gatal akibat gigitan nyamuk

Jangan Buang Kulit Pisang Lepas Makan. Selain Pudarkan Parut, Elok Untuk Jerawat

Gunakan kulit pisang sebagai bahan untuk melegakan rasa sakit dan kegatalan akibat gigitan nyamuk. Hasilnya, rasa gatal dan kesan merah yang anda alami itu akan beransur hilang.

4. Mengurangkan kedutan

Jangan Buang Kulit Pisang Lepas Makan. Selain Pudarkan Parut, Elok Untuk Jerawat

IKLAN

Vitamin C dan antioksidan dapat membantu mengurangkan kedutan dan garis-garis halus. Ia sekali gus membuatkan wajah anda nampak awet muda.

Tip penting:

1. Pastikan anda guna buah pisang yang segar untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
2. Kulit pisang yang telah dikupas mesti digunakan dengan segera dan tidak boleh dibiarkan lama kerana ia akan menjadi lebam.

Sumber: metdaan.co

Follow Instagram MASKULIN

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI