JBL baru-baru ini mengeluarkan JBL Go 4, lanjutan kepada model Go 3 yang popular. Sebagai nama yang cukup besar dalam industri peranti audio, JBL dilihat cukup agresif dalam menampilkan pelbagai produk setiap segmen.
Jika anda seorang lelaki yang aktif dan suka mendengar muzik di mana sahaja, JBL Go 4 mungkin adalah speaker yang anda perlukan.
MASKULIN sendiri sempat mencuba menggunakan peranti audio ini selama kira-kira seminggu.
Apa yang menarik tentang JBL Go 4? Ikuti review ini.
Reka Bentuk dan Elemen Mudah Alin
JBL Go 4 mengekalkan konsep ultra-mudah alih seperti model terdahulunya. Dengan berat hanya kira-kira 450 gram, ia sangat ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja.
Bahkan ia boleh dimuatkan dalam poket belakang seluar jeans atau digantung pada beg galas tanpa kesan rasa berat. Ini menjadikannya pilihan ideal untuk lelaki yang gemar aktiviti luar seperti hiking, berbasikal, atau sekadar bersantai di pantai.
JBL turut melakukan beberapa perubahan reka bentuk. Antaranya ialah port pengecasan USB-C dan gelung untuk menggantung kini diletakkan di sebelah kanan unit.
Manakala pada bahagian kiri menampilkan panel kawalan berlekuk dengan butang kuasa, Bluetooth, dan butang Auracast yang baharu. Ciri ini menjadikan Go 4 lebih mudah digunakan dan selesa untuk dipegang.
Ads
Salah satu ciri menonjol JBL Go 4 adalah penarafan IP67, yang bermaksud ia kalis habuk dan kalis air. Anda tidak perlu risau jika speaker ini terkena air atau jatuh ke pasir. Tambahan silikon di sekeliling tepi unit memberikan perlindungan tambahan, memastikan speaker ini tahan lasak untuk kegunaan harian.
Selain itu, JBL telah menambah kaki yang direka semula dan dua jalur silikon tebal di bahagian belakang, yang memberikan kestabilan tambahan jika anda mahu menggunakan speaker ini sebagai speaker yang mengarah ke atas.
Ini adalah peningkatan berbanding Go 3 yang hanya mempunyai kain sebagai bahan luaran.
Kualiti Bunyi dan Sambungan
Walaupun JBL Go 4 mengekalkan output 4.2W yang sama seperti Go 3, ia kini menyokong Bluetooth 5.3. Dan meskipun tidak menawarkan codec dengan bitrate tinggi, sambungan Bluetooth yang lebih baik memastikan kualiti bunyi stabil serta sambungan lebih jauh.
Ciri sambungan berbilang titik membolehkan anda beralih dengan mudah antara dua peranti, seperti telefon dan komputer riba anda.
Satu lagi peningkatan besar adalah sokongan aplikasi JBL Portable yang kini menyokong Go 4. Aplikasi ini membolehkan anda menyesuaikan bunyi menggunakan EQ 5-band yang boleh disesuaikan.
Ads
Anda juga boleh berpasangan dengan speaker JBL lain yang menyokong Auracast melalui ciri “Party Together”. Jika anda mempunyai dua unit Go 4, anda boleh menikmatinya dalam mod stereo untuk pengalaman audio yang lebih kaya.
Dari segi kualiti bunyi, perlu diingat bahawa JBL Go 4 adalah speaker yang kecil dan mudah dibawa.
Ia bukan untuk mereka yang mencari bass yang mendalam atau bunyi yang sangat kuat. Namun, dengan sedikit penyesuaian menggunakan EQ di aplikasi, anda boleh mendapatkan bunyi yang lebih seimbang dan memuaskan.
Ketahanan dan Sokongan
JBL Go 4 menawarkan sehingga 7 jam masa main balik dengan satu caj, berbanding 5 jam yang ditawarkan oleh Go 3.
Ads
Masa main balik ini boleh berbeza bergantung pada tetapan bunyi dan volume yang digunakan. Jika anda meningkatkan bass atau menggunakan volume tinggi, jangka hayat bateri mungkin sedikit berkurangan.
Secara keseluruhannya, JBL Go 4 adalah pilihan yang menarik untuk lelaki yang mahukan speaker Bluetooth yang kecil, tahan lasak, dan mudah dibawa.
Dengan peningkatan dalam reka bentuk, ketahanan, dan sokongan aplikasi, ia adalah peningkatan yang layak berbanding Go 3.
Sama ada untuk kegunaan di rumah, di luar, atau ketika bersantai, JBL Go 4 adalah teman yang sempurna untuk pengalaman mendengar muzik anda.
Rating MASKULIN – 4/5
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Masih belum reda dengan kehangatan Galaxy S24 Series, Samsung kini menampilkan Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G. Kehadiran dua telefon pintar ini yang menunjukkan komitmen berterusan Samsung untuk menjadikan inovasi terbaik tersedia untuk semua orang.
Untuk versi terbaharu dari siri ini, Samsung mengetengahkan ciri-ciri keselamatan Knox Vault, serta kemampuan fotografi baru yang terinspirasi oleh inovasi kamera flagship Galaxy dan paparan yang menakjubkan yang menyesuaikan dengan persekitaran pengguna dengan Vision Booster.
“Dengan siri Galaxy A, kami sedang memperluaskan teknologi terkini kami kepada penonton yang lebih luas supaya lebih banyak orang dapat mendapat manfaat darinya,” kata Presiden dan Ketua Perniagaan Mobile eXperience di Samsung Electronics, TM Roh.
“Kami bersemangat untuk membuka lebih banyak kemungkinan pada siri Galaxy A tahun ini, termasuk menawarkan Samsung Knox Vault untuk pertama kalinya pada barisan ini. Kami bangga dapat membolehkan pengguna siri Galaxy A menikmati pengalaman mobile yang luar biasa dengan selamat dan boleh dipercayai.”
Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G dikatakan mampu menawarkan kemampuan fotografi yang hebat. Ini termasullah ciri-ciri seperti stabilisasi gambar optik (OIS) dan stabilisasi gambar video digital (VDIS) yang menjaga foto dan video tetap tajam bahkan ketika merekam dalam perjalanan.
PENGALAMAN IMERSIF
Peranti baru ini juga meneruskan tradisi siri Galaxy A untuk menjadikan pengalaman peranti mobil yang menyeronokkan dan imersif mampu diakses oleh semua orang. Ia hadir dengan paparan Super AMOLED dalam Definisi Tinggi Penuh dengan skrin 6.6 inci.
Samsung turut membawakan salah satu ciri keselamatan flagship inovatifnya, Samsung Knox Vault, kepada pengguna siri Galaxy A untuk buat kali pertama.
Buat anda yang mungkin tak tahu, Samsung Knox Vault menawarkan perlindungan menyeluruh terhadap serangan perangkat keras dan lunak dengan membangun lingkungan eksekusi yang aman yang secara fisik terisolasi dari prosesor utama sistem dan memori.
Ini dapat membantu melindungi data paling kritikal pada perangkat, termasuk kredensial layar kunci, seperti PIN, kata kunci dan pola.
Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G juga dilindungi oleh Samsung Knox, platform keamanan multi-lapis Galaxy.
Samsung Knox dirancang untuk menjaga informasi kritikal dan melindungi terhadap kerentanan dengan perangkat keras yang aman secara end-to-end, deteksi ancaman waktu nyata dan perlindungan kolaboratif, mengambil pendekatan holistik di seluruh ekosistem Galaxy.
Smartphone siri Galaxy A baru menunjukkan komitmen Samsung untuk memastikan perangkat Galaxy tetap aman dan terkini lebih lama.
Dengan Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G, pengguna akan terus mendapat manfaat dari hingga empat generasi pembaruan OS Android dan One UI serta lima tahun pembaruan keamanan, mengoptimalkan siklus hidup perangkat dengan menjaga mereka dilengkapi dengan semua ciri Galaxy dan Android terbaru.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Anda rasa dah biasa dengan telefon yang semakin besar dan berat? Fikir semula.
Apple baru sahaja melancarkan iPhone Air, peranti yang bukan sahaja nipis, tetapi juga satu tamparan kepada norma industri.
Ia adalah bukti bahawa Apple masih berani berinovasi, walaupun dengan risiko membuat kompromi. Persoalannya, adakah iPhone Air hanya sekadar nipis yang kosong, atau ada ‘isi’ di sebalik badannya yang langsing? Mari kita bongkar kelebihan dan kekurangannya.
Kelebihan (Pro’s): Ringan Tanpa Kompromi Kekuatan
Reka Bentuk Ultra-Nipis dan Ringan: Ini adalah ciri utama iPhone Air. Dengan ketebalan hanya 5.6 mm, ia adalah iPhone paling nipis yang pernah dihasilkan. Gabungan bingkai titanium gred aeroangkasa menjadikannya ringan namun kuat. Rasanya seperti memegang udara, mengubah cara anda berinteraksi dengan telefon anda.
Kuasa Penuh Pro: Di sebalik badannya yang langsing, iPhone Air dibekalkan dengan cip A19 Pro yang sama seperti model iPhone 17 Pro. Ini bermakna anda mendapat prestasi tahap flagship, sama ada anda mengedit video, bermain permainan grafik tinggi atau menjalankan banyak aplikasi serentak.
Paparan Teratas: Skrin 6.5 inci Super Retina XDR dengan teknologi ProMotion 120Hz memberikan pengalaman visual yang mengagumkan. Teks dan grafik kelihatan sangat tajam, dan tatalan terasa sangat lancar, menjadikan setiap interaksi visual satu keseronokan.
Penyimpanan Lebih Besar: iPhone Air hadir dengan penyimpanan permulaan 256GB. Ini bermaksud anda mendapat lebih banyak ruang untuk menyimpan gambar, video, dan aplikasi kegemaran anda tanpa perlu risau.
Kekurangan (Con’s): Kompromi yang Tidak Dapat Dielak
Pembesar Suara Mono: Ini adalah pengorbanan terbesar. Demi reka bentuk yang sangat nipis, Apple mengorbankan pembesar suara stereo dan hanya menggunakan pembesar suara mono. Ini akan menjejaskan pengalaman audio, terutamanya jika anda seorang ‘audiophile’ atau gemar menonton filem tanpa fon kepala.
Tiada Lensa Telefoto: Walaupun dilengkapi dengan kamera utama yang canggih, ia tidak mempunyai lensa telefoto seperti model Pro. Jika anda gemar merakam gambar dari jarak jauh, anda mungkin perlu mengambil kira kekurangan ini.
eSIM Sahaja: iPhone Air adalah peranti eSIM sahaja. Ini mungkin menjadi masalah bagi pengguna yang masih menggunakan kad SIM fizikal, terutamanya jika pengendali telekomunikasi mereka belum menyediakan sokongan penuh untuk eSIM.
iPhone Air adalah peranti yang menarik dan berani. Ia bukan untuk semua orang, tetapi ia menawarkan pakej yang unik untuk mereka yang mengutamakan gaya dan reka bentuk yang berani tanpa mengorbankan kuasa pemprosesan.
Sekiranya kualiti audio dan keupayaan zoom optikal tidak menjadi keutamaan anda, iPhone Air mungkin merupakan pilihan yang sangat bergaya untuk anda.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sukan Olimpik Paris 2024 bakal bermula pada 26 Julai 2024. Buat setiap atlet di dunia inilah medan di mana impian boleh menjadi kenyataan, hasrat serta aspirasi negara menjadi taruhan. Atlet Sukan Olimpik dari setiap pelosok dunia akan berkumpul dan bersaing dalam setiap sukan berbeza.
Kemunculan temasaya sukan terbesar di dunia ini juga pastinya menjadi medan cukup penting buat penaja-penaja utamanya. Sebagai salah satu penaja terbesar Samsung bakal melakukan sesuatu yang cukup istimewa buat kesemua atlet Sukan Olimpik Paris 2024.
Mereka mengumumkan dan mengesahkan bahawa setiap atlet yang bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024 bakal menerima telefon pintar Galaxy Z Flip6 Olympic Edition.
Telefon pintar tersebut baru sahaja diperkenalkan baru-baru ini dan lebih istimewa ia hadir dengan versi yang tidak akan terdapat di pasaran dan eksklusif untuk atlet bertanding sahaja.
Dalam erti kata lain ia tidak akan dijual kepada umum. Namun begitu, model Galaxy Z Flip6 yang biasa boleh didapatkan di pasaran.
Kolaborasi Samsung Bersama Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dilihat sebagai satu pernghargaan buat atlet yang Berjaya melayakkan diri ke peringkat tertinggi.
Menurut laman sesawang rasmi Olimpik, setiap atlet juga bakal diberikan 100GB data, teks serta panggilan tanpa had bagi kegunaan mereka sepanjang berada di Perancis.
Tambah mereka lagi, jika atlet meurpakan adalah sebahagian daripada kontinjen lebih daripada 50 atlet, Chef de Mission akan mengagihkan telefon apabila mereka tiba di Perkampungan Olimpik.
Manakala untuk kontinjen kurang 50 orang atlet, boleh menuntut telefon tersebut di Olympic Rendezvous Samsung, di Plaza Perkampungan Olimpik Paris, bila-bila masa antara di antara 18 Julai hingga 11 Ogos 2024.
Pakej Edisi Olimpik Samsung* termasuk:
Telefon bimbit Edisi Olimpik Samsung
E-SIM dengan data 100GB dan panggilan serta teks tanpa had
Samsung Galaxy Limited Edition Flipsuit (untuk Telefon Pintar)
2. Panduan Selamat Datang IOC
3. Botol SIGG Coca-Cola dan Botol Powerade Squeeze Paris 2024
4. Beg alat mandian berjenama P&G, mengandungi pewangi udara, syampu, sabun tangan, berus gigi dan ubat gigi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Datuk Seri Bung Moktar Radin, figura politik Sabah yang sinonim dengan laungan “Radu Tatap Radu”, meninggal dunia meninggalkan legasi keberanian dan perjuangan rakyat yang akan kekal dikenang.