Jika sebelum ini, ciri mengesan apnea tidur ini tidak boleh digunakan Di Malaysia walaupun Apple Watch Series 10 telah dilancarkan sejak tahun lepas dan dijual di Malaysia sebulan selepasnya.
Ads
Baru-baru ini, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan di bawah KKM telah meluluskan ciri mengesan apnea untuk Apple Watch. Ciri ini akan diaktifkan pada jam-jam Apple Watch Series 9, Apple Watch Series 10 dan Apple Watch Ultra 2.
Ads
Cuma, buat masa ini masih tidak pasti versi watchOS 11 mana yang akan diedarkan untuk mengaktifkan ciri ini.
Ciri Apnea Tidur
Ciri mengesan apnea tidur adalah satu ciri perisian perubatan, yang mengesan masalah pernafasan pengguna ketika tidur. Ia menggunakan metrik Breathing Disturbancesatau BD. Ia turut boleh mengesan masalah tersedak atau tercekik, kerap terjaga, letih sepanjang masa, mengantuk pada waktu siang, sakit kepala pagi atau juga mengesan keadaan mood yang tidak stabil.
Secara rasminya, MDA telah memberi kelulusan pada 2 Januari 2025 dan menyatakan bahawa ciri ini dikhaskan untuk orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas yang belum pernah didiagnosis dengan apnea tidur.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penggunaan peranti jam pintar kini sudah dianggap sebagai satu keperluan penting terutamanya bagi mereka yang sentiasa cergas dan mengambil berat akan kondisi fizikal mereka.
Tidak dinafikan di pasaran pada masa kini terdapat lambakan tawaran jam pintar dari pelbagai jenama dari seluruh dunia.
Terbaru, Kieslect, jenama yang kian popular dalam industri peranti pintar boleh pakai memperkenalkan dua jam tangan pintar yang ‘super’ bergaya iaitu Kieslect Kr2 dan Ks2.
Penerima anugerah bergengsi, Kr2 dengan Anugerah Reka Bentuk Muse 2023 dan Ks2 dengan Anugerah Reka Bentuk Produk New York 2023, kedua-dua jam tangan ini memang penuh dengan kecanggihan dan gaya!
Pengurus Besar Kieslect Malaysia, Cik Wei Lee, penuh semangat bercerita tentang kejayaan Kr2 dan Ks2. Katanya, Kieslect membawa teknologi terkini dan reka bentuk timeless ke Malaysia, siap sedia mengubah cara kita berinteraksi dengan waktu, kesihatan, dan fesyen. “Selamat datang ke masa depan yang lebih cerdas,” katanya.
Apa yang menarik tentang Kr2 dan Ks2? Kedua-duanya dilengkapi dengan teknologi cipset dwi teras yang canggih, membolehkan jam tangan beroperasi dengan pantas dan cekap, baik pada kelajuan tinggi (240Mhz) mahupun rendah (96Mhz). Ini semua tentang prestasi yang hebat dengan penggunaan kuasa yang minimal.
Tak cukup dengan itu, kedua-dua model ini juga memiliki GPU 2.5D untuk paparan AMOLED yang menakjubkan, memberikan grafik berwarna cerah, efek 3D yang dinamik, dan animasi yang lancar dengan kadar penyegaran 60 FPS. Ditambah lagi dengan kecerahan 1000 NIT, paparan ini mudah dilihat walaupun di bawah sinar matahari terik.
Kieslect tak lupa tentang kemudahan penggunaan. Dengan modul panggilan 2-dalam-1 dan ketersambungan Bluetooth 5.3, pengguna boleh menikmati pengalaman smartwatch yang seamless tanpa perlu bersusah payah dengan setup yang rumit.
Dan untuk para penggemar sukan, ada lebih 100 mod sukan yang diprogramkan, lengkap dengan pemantauan kesihatan 24/7 seperti kadar denyutan jantung, tekanan, pengukuran SpO2, dan peringatan kitaran haid untuk wanita.
Kr2 dan Ks2 juga datang dengan dua jenis tali – satu magnet dan satu lagi silikon hitam – yang menambah keeleganan dan keselesaan. Tidak ketinggalan, penderia biometrik canggihnya yang mampu mengumpul data kesihatan dengan lebih tepat dan efisien.
Ks2, dengan fitur tambahan seperti pemantauan Tenaga Badan, membolehkan pengguna mengukur kadar denyutan jantung, oksigen dalam darah, dan tekanan dalam hanya 30 saat. Ini membantu pengguna mendapatkan gambaran kesihatan mereka dengan segera.
Peminat bola keranjang dan Pengurus Perhubungan Pelabur, Encik William Yeo, sangat memuji Ks2.
Menurutnya, Ks2 adalah jam tangan yang sempurna untuk gaya hidup aktifnya, memberikan semua pemberitahuan dan peringatan yang diperlukan baik di pejabat mahupun di gelanggang bola keranjang.
Kieslect Kr2 dan Ks2, dengan kombinasi gaya dan fungsionaliti, pasti akan menambah seri dalam kehidupan anda, tidak kira di mana anda berada – di bilik darjah, bilik mesyuarat, padang golf, atau di gim.
Pada 17 Januari 2024, Malaysia telah menyambut kedatangan Kieslect Kr2 dan Ks2. Kedua-dua model ini boleh didapati dengan harga RM499 di Kedai Rasmi Shopee dan beberapa peruncit terpilih seperti Goldblitz Sdn Bhd, SS Solution, MMG Distribution, dan MG Digital Store.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Adakah anda pernah mendengar irama lagu yang menarik tetapi tidak tahu tajuk atau liriknya? Kini, anda tidak perlu risau lagi. YouTube Music telah memperkenalkan ciri terbaru yang membolehkan pengguna mencari lagu hanya dengan mendengungkan iramanya sahaja.
Ciri Youtube Music yang kini tersedia untuk pengguna Android itu menggunakan teknologi pengenalan suara yang canggih untuk membantu anda menemui lagu yang anda cari.
Ciri humming di YouTube Music membolehkan anda mencari lagu dengan hanya mendengungkan irama lagu.
Teknologi ini menggunakan algoritma pembelajaran mesin untuk menganalisis irama yang didengungkan dan membandingkannya dengan pangkalan data lagu yang luas di YouTube Music.
Ini bermakna anda boleh menemui lagu yang sepadan dengan irama yang ada dengungkan dengan cepat dan tepat, tanpa perlu mengetahui tajuk atau liriknya.
Untuk menggunakan ciri ini, ikuti langkah-langkah berikut:
– Pastikan aplikasi YouTube Music anda adalah versi terkini. Anda boleh mengemaskini aplikasi ini melalui Google Play Store bagi pengguna Android.
– Setelah aplikasi dikemaskini, buka aplikasi tersebut pada telefon pintar anda dan log masuk ke akaun Google anda.
– Di halaman utama aplikasi, tekan ikon kanta pembesar di bahagian atas untuk membuka halaman carian.
– Tekan ikon mikrofon yang terletak di sebelah kotak carian untuk mengaktifkan ciri carian suara. Anda akan diminta untuk mula mendengungkan irama lagu yang ingin dicari.
– Dengungkan irama lagu tersebut dengan nada yang jelas dan stabil selama kira-kira 10-15 saat. Pastikan tiada gangguan bunyi latar belakang untuk hasil yang lebih tepat.
– YouTube Music akan memproses melodi yang anda dengungkan dan mencari padanan yang paling sesuai. Hasil carian akan dipaparkan dalam beberapa saat, menampilkan senarai lagu yang berkemungkinan padan dengan melodi tersebut.
Mudah & Pantas
– Ciri ini memudahkan anda mencari lagu tanpa perlu menaip lirik atau nama lagu. Anda hanya perlu mendengungkan melodi dan YouTube Music akan melakukan selebihnya.
Mesra Pengguna
– Antara muka yang intuitif dan mudah digunakan menjadikan ciri ini sesuai untuk semua peringkat umur, termasuk mereka yang kurang celik teknologi.
Kepelbagaian Lagu
– Algoritma pengenalan suara YouTube Music mampu mengenal pasti pelbagai lagu dari pelbagai genre dan bahasa, memberikan anda hasil carian yang luas dan tepat.
Hum dengan Jelas
– Pastikan dengungan anda jelas dan tidak terganggu oleh bunyi latar belakang.
Fokus pada Melodi Utama
– Dengungkan irama yang paling dikenali atau berulang dalam lagu untuk hasil yang lebih tepat.
Periksa Sambungan Internet
– Pastikan sambungan internet anda stabil untuk mengelakkan gangguan semasa proses carian.
Dengan adanya ciri humming di YouTube Music, mencari lagu yang terngiang di minda anda kini lebih mudah dan cepat. Anda tidak lagi perlu berasa jengkel apabila tidak dapat mengenal pasti tajuk lagu kegemaran anda. Mulakan pengalaman mencari lagu dengan humming hari ini dan temui betapa mudahnya ciri ini dalam kehidupan seharian anda.
Di antara kelebihan utama yang ada pada telefon pinta keluaran Apple iaitu iPhone ialah nilai selepas pasaran atau nilai pada pasaran terpakainya yang jauh lebih tinggi berbanding kebanyakan telefon pintar lain.
Ia merupakan satu perkara yang tidak dapat dinafikan lagi sejak sekian lama. Apakah faktor yang menyebabkan perkara itu berlaku? Ia tidak pasti, namun ada berpendapat iPhone menawarkan sebuah ekosistem unik tersendiri.
Jadi tidak hairanah pasaran iPhone secondhand cukup besar dan mendapat sambutan yang baik. Namun anda juga harus berhati-hati dalam membeli iPhone terpakai. Selain melihat kondisi fizikal dan luaran terdapat perkara yang harus anda periksa.
Kali ini MASKULIN kongsikan tip untuk anda periksa info iPhone tersebut yang ‘tidak nampak di mata’.
Pertama sekali daparkan telefon yang ingin anda beli. Tekan butang telefon kemudian tekan dial *#06#. Kemudian di skrin akan terpapar ‘Device Info’ yang turut mempunyai IMEI.
Atau anda juga boleh dapatkan IMEI dengan pergi ke Setting > General > About > IMEI
Tangkap layar paparan IMEI itu. Kemudian highlight dan ‘copy’ IMEI tersebut.
Selepas itu, buka browser Safari dan taip, iunlocker.com. Di laman sesawang tersebut pilih bahagian menu di atas kemudian klik ‘Check IMEI’. Letakkan IMEI yang anda copy tadi di ruangan disediakan.
Maklumat terperinci tentang telefon tersebut akan terpapar. Di antara maklumat penting yang anda boleh perhatikan ialah tarikh ia dibeli pertama kali. Tempoh waranti dan sebagainya.
Selamat mencuba! Buat anda yang ingin membeli iPhone terpakai semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda ya!
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.